Malam tadi saya dinner bersama MB. Sesak otak memikirkan betapa sunyinya saya di sini, saya ajak MB ke Sri Idaman, spot makan-makan terbaik (terletak di kawasan Teluk Tempoyak) jika anda merasa tensi. Ada jeti, laut, bisa pandang sunset (biarpun tak berapa jelas) dan bot-bot yang tersadai. Cukup untuk buat otak saya release seketika.
Ah, bagus!
Macam biasa, kami order kerang rebus, ketam (kesukaan MB), siakap tiga rasa dan sotong (digoreng tepung). Dimakan tanpa nasi, kami ratah sambil borak-borak. Dari isu hati dan perasaan, satu soalan yang masih bermain di fikiran saya, "apa saya buat di sini sebenarnya?".
Jawab MB, "you ada misi. Jangan sesekali menyesal dengan pilihan yang you dah buat. Setiap orang ada takdirnya sendiri...". Gitulah lebih kurang.
Kata-katanya buat saya berfikir seketika. Saya termenung, waktu itu, (sambil menguyah-nguyah kerang) saya bayangkan seseorang.
"You busy hari ini?". Saya merapatkan gagang.
"Nope. Ada apa?".
"I nak bawak you dinner ke Muara, makan seafood. Boleh tengok-tengok sunset." Bunyi cam romantik. Saya suka!
"Jumpa lepas ofis ya. I datang amik you kat umah." Kenangan!
Pandangan saya berubah. Nampak MB (dengan sepenuh perasaan) sedang meratah ketam.
Meneroka ke laut lepas- Jauh di sudut hati, saya (terlalu) rindukan Kuala Lumpur. Rindukan kawan-kawan- AM terutamanya, abang saya, kami melepak petang-petang di Starbucks, Dome, sebaik habis workout di Fitness First di KLCC, tempat-tempat hiburan, tengok wayang, sesekali menonton teater di IB (jika punya kelapangan).
Semua-semua itu tidak bisa saya buat di sini. Saya bukanlah kaki shopping, biarpun ada Queensbay Mall sebesar-besar alam, saya perlukan aktiviti, kawan-kawan, kehidupan bersosial. Shopping bukanlah keutamaan saya.
Seringkali saya tersenyum bila diajukan, "happy ke kat Penang?". Teragak-agak saya mengangguk, antara ya dan tidak. Tidak kerana faktor-faktor yang saya sebutkan tadi.
Namun saya happy kerana di sini saya bertemu dengan mereka-mereka yang brilliant dan hebat- MB, Kak Intan, Kak Noya, Kak Ida (antara beberapa nama).
Mereka antara wanita-wanita yang "takder hal", tak ambil pusing (namun begitu baik hati dan mengambil berat).

"Baju Arab" hadiah Kak Ida sewaktu umrah Mac lalu- baru sempat nak tayang kat sini... nice kan? Tq, tq! I like-
Berada di universiti, dikelilingi wanita-wanita ini (alangkah bagus jika saya mengenali kalian awal-awal), sedikit-sebanyak mengikis tanggapan skeptikal saya terhadap kaum (yang diistilahkan sebagai) penggocang dunia ini (?).
Memang sedari kecil jiwa saya tidak begitu happy dengan wanita. Banyak "kerapah" - pinjam kata-kata MB). Maaf, namun itu kenyataan. Saya dipertontonkan dengan pelbagai contoh negatif. Itu, ini- macam-macam.
Buat saya jadi taboo-
Berbalik kepada cerita kawan-kawan, perasaan yang tidak sama sewaktu saya berada di Germany. Selain dari faktor life yang (agak) bagus di sana, ke kuliah, persekitaran yang tenang, sesekali dapat berchatting di YM dengan teman-teman di Malaysia, cukup buat saya happy dan melepas rindu sesekali- bertanya khabar, "hai, apa perkembangan?".
Penang nyata berbeza. Memang no, no! dan sesuatu yang alien buat saya. Hampir lapan bulan di sini, cuma satu faktor yang menguatkan saya- ah, MB, cukup anda sahaja yang tahu dan memahami saya (ya, biarpun kita "berperang" hari-hari. Dush!)
Ya, saya mesti kuat. Saya tahu- cuma itu jalan keluar yang saya ada. Saya lupakan soal si polan-si polan yang telah melukakan hati saya (Demi Tuhan, saya masih tidak dapat lupakan dia- maaf pada si dia, saya pasti anda faham itu sejarah pahit saya).
"Jom! Sambung borak di Starbucks. Tak best la sini, dah ramai orang!". Kasihan MB, tergesa-gesa dia menghabiskan limau panas di dalam gelas.
Memang saya begitu. Pantas mahu beredar sebaik habis makan. Bosan berlama-lama.
Stabuxguy - Teringat sms MB di waktu siang, "you tak payahlah kejar apa yang you tak pasti, tapi usahalah untuk yang ada sekarang."
4 comments:
There will be times when you find yourself in extremely difficult circumstances. When those times come, it's important to put things in perspective.
Whatever else may be going on, always remember that you have been blessed with life and the ability to live it as you choose. Think of how completely awesome that is.
The idea that you are a victim of any particular circumstance is simply not accurate. For when you look at the big picture, you're not a victim at all.
You are a very fortunate beneficiary of the greatest circumstance that you could possibly imagine, being alive and able to direct your own life. All other circumstances pale in comparison.
The transitory ups and downs are merely tiny threads in the overall fabric of your life. Each one ultimately adds to the richness of your experience.
The quality of that experience is up to you, and the fact that you're aware and able to think and act confers on you an incalculable wealth. See it, value and appreciate it, and spend each day being truly worthy of the unique, precious life that you have. Remember, at least we are good and better enough from others.
we, ourselves who choose the path of our life. But, honestly speeking what happen between you and me has brought to the substantial changed in my life whereby im so glad and thankful to God for letting me in knowing you...Zett
to the first anonymous, thank you very much for the kind and thought-provoking feedback. I truly appreciate your effort to remind me of life's greatness - just the mere fact of being alive, mobile and able to feed myself is already a big bless which not everyone is blessed with. Yes- the little things in life that help to makeup the bigger picture and I always try to remember that so that I will always be thankful with whatever I have.
However, when the trials and turbulances hit at the most odd hours, I at times fail to balance myself up and tend to forget what is really, most important in my life. People like you who help to put me back on my toes. Thank you for the reminder. Good life to you too.
To the second anonymous (Zett), whoever you are and the kind of impact that I had on you or our "relationship", I thank you too. My life has definitely went through many level of changes due to many factors and am sure you did contribute as well. Good life to you too.
God bless you guys.
K.
Saya rasa awak amat bertuah sebab mendapat perhatian kami..sungguhpun anda tidak kenal pembaca2.
Saya nak katakan.. awak harus bertenang dan steady; sentiasa dan harus menguatkan hati kecil dalam kita..supaya kita harus meneruskan hitam putih kehidupan ni..biar terang mahupun gelap... sepi dan ada kala ketakutan.
Tingkatkan "penglihatan" pada hati seseorang sebelum dilukai dengan padah di masa hadapan. Buangkan imej lama; fikirkan apakah elemen untuk kebahagiaan yang benar2 selamat.. Awak harus terus berjalan..Ya.. saya akui tidak mudah bagi awak untuk lupakan yang lepas. bukan awak saja di dunia ni. Awak mesti bangun.. Awak mesti mencari suatu yang lebih bererti, bermakna. Jangan menoleh ke belakang lagi, ya kawanku. Awak mesti belajar..apa yang tidak benar mahupun indah.. tidak akan berkekalan. tidak akan berkekalan. Lepaskan.. Hidup masih jauh dan lama untuk perjalanan bagi setiap insan. Tidak ada masa hadapan..jika masih terkenangkan saat lama yang duka.
Tahu tak; kesederhanaan ada kebahagiaan dan boleh memberikan makna yang kekal.
Mungkin apa yang pasti; pahit bukanlah berpunca daripada kesederhanaan. Biarlah kita betul2 menggunakan hati dan minda kita memandang keperibadian seseorang; terutamanya mereka yang akan memberikan kebahagiaan kepada hidup kawanku ni.
Bagaimanalah kita nak meneliti kita benar2 bahagia dan tenang? Siapakah orang yang benar2 memberi kasih sayang yang tidak terhingga kepada kita? Saya doakan awak akan dapat merasai keikhlasan kesederhanaan dan kesungguhan seseorang yang benar-benar boleh dipercayai; dari hati mereka yang tulus. Boleh ke awak faham? :)
Semoga awak diberkati kasih sayang yang cukup mudah, tulus, awak akan menemui orang yang berkhidmat untuk kehidupan awak sepenuhnya. Kasih sayang yang terus berganda... Lupakan yang lama ya, kawanku.
Awak mesti menatapi dan pandai meninjau kebaikan; sifat2 baik dan bukannya keindahan.
Bintang yang manakah yang kita harus kejar dan dapatkan?. BINTANG yang penuh kebaikan2, biarpun yang tidak mungkin terang berkelipan tetapi sentiasa akan bersama kita hingga akhir hayat dan juga berbesar hati menyerahkan sesuatu demi awak ataupun BINTANG yang terunggul (ultimate)(penampilan/kewujudannya memang tiada tandingan dibanding dengan bintang2 lain); ada masanya susah nak dicapai dan diimpi-impikan jadi milik dan perfect choice buat kita?
Pertimbangkan masa kehidupan kita yang akan berlalu. Di manakah kerelaan awak menyerah masa dan “pelaburan” menuju arah ke bintang pilihan awak sebenarnya?
Jangan awak lepaskan hidup awak. Hidup awak ..pasti didatangi kebaikan. Terus menanti Bintang Pilihan , kawanku. Bintang yang benar-benar bermakna dan impak sebenar yang membuat awak menghargai kehidupan dengan benar.
Saya harap awak faham apa yang saya nak kongsi dengan awak di sini. Akhir sekali, saya harap awak akan benar2 tenang dan relaks sepenuhnya. Mengetahui apa yang kita mahu sebenarnya; apa yang dah lama..dah tidak begitu penting mahupun dikenangkan lagi.
Awak akan peroleh ketenangan dan kebijaksanaan (wisdom) membuat pilihan tepat; lebih sesuai lagi pilihan yang berharga buat kehidupan yang penuh kebaikan.
Post a Comment