Thursday, August 28, 2008

Berdua Lebih Baik

Seminggu saya tidak dapat mengemaskini apa-apa di sini, di ruangan yang sepatutnya menjadi catatan saya hari-hari. Teringat kembali, Khamis lalu, saya hanya terlantar di rumah. Berkali-kali MB menelefon, bertanya, "mahu ke klinik?". Saya bertegas, tidak perlu. Ah, cuma demam biasa. Tukas saya. Bukan degil, tapi itulah perangai saya dari dulu. Dasar ke klinik, diberinya ubat yang sama juga. Balik-balik panadol, ubat batuk. Paling lama pun, selepas dua hari, baiklah saya.

Lalunya saya hanya baring di rumah. Badan makin panas. Capai gelas pun dah tak larat. Sekali lagi MB menelefon. "Cepatt... I bawak you pegi klinik. Sepuluh minit lagi I sampai." Kali ini saya dah tak mampu nak cakap apa-apa. Iyakan sahaja.

Khamis, Jumaat, Sabtu- demam saya belum kebah nampaknya. MB harus ke Kuala Lumpur hari ni. Dia tampak risau.

"I dah tukar flight ke malam. Risau nak tinggal you sorang-sorang." Saya tersenyum. Betapa baiknya MB. Saya tahu, ikutkan MB berat nak tinggalkan saya. Namun tiket penerbangan pun sudah lama dibeli. Balik pun bukan saja-saja, meraikan hari jadi Jija, anak saudaranya yang dah menginjak ke usia enam tahun. Terbayang Jija yang bijak dan keletah. Sesekali wajahnya merah jika kena marah.

"Takpe, you baliklah. I'll be fine. I'll see you on Sunday night kay?". Saya cuba redakan perasaannya.

Selama dua malam saya sendiri. Mujur juga MB membenarkan saya rehat di rumahnya. Senang jika terjadi apa-apa. Di sini, dari pak cik-pak cik pengawal kat bawah tu, sampai la ke jiran sebelah-menyebelah, kenal MB. Maklumlah, nama pun MB... Miss Bersukaria la katakan... sentiasa ceria gitu.

Masuk ke hari Ahad, suhu badan saya masih tak turun-turun. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana keadaan dan perasaan saya. Pun masih, saya berdegil untuk sesiapa pun datang membantu. Berkali-kali MB menawarkan Dr. Ida (yang saya panggil Kak Ida), teman rapatnya dari universiti untuk datang tengok-tengokkan saya. Bukan apa. Bimbang menyusahkan. Saya tahu Kak Ida baik. Bukan sahaja Kak Ida, saya ada lagi mereka-mereka yang baik di sini- Kak Intan, Juliana. Mereka juga adalah kenalan-kenalan pensyarah saya di universiti.

11 malam.

MB tiba di rumah. Betapa gembiranya saya sebaik melihat wajahnya. Hanya beberapa perkataan yang mampu keluar dari bibir saya, "youu... pleaseee... hantarkan I ke hospital...". Ayat yang saya ulang berkali-kali. Badan saya terlalu lemah dan kepala pun bagai nak pecah. Sakit amat.

Hospital.

Malam itu juga saya dimasukkan ke wad di hospital berhampiran. Pertama kali sebenarnya. Awal-awal tu takut juga. Dalam kepala macam-macam yang saya fikirkan. Mujur MB ada sanggup nak temankan saya. Hanya satu yang saya fikir, saya nak sihat cepat. Terlalu banyak hidup saya tergendala sejak dari minggu lalu. Banyak yang perlu saya uruskan.

"Anggaplah sebagai ujian Tuhan...", berkali-kali MB memesan.

MB dengan pose terbaru- gaya tutup muka : "I tak mau lagi dikenali...".

Malam pertama itu juga saya dimasukkan air (duh, sakitnya kena cucuk!) dan diberikan beberapa jenis ubat. Pertama kalinya sejak Rabu lepas saya bisa tidur nyenyak...

Awal pagi.

Saya terjaga sebaik doktor dan beberapa orang jururawat mengelilingi.

"How are you feeling today?". Saya angguk, agak tak bermaya. "Betterrr...". Itu sahaja yang mampu saya jawab. Doktor cuba menerangkan sedikit-sebanyak keadaan saya berdasarkan ujian darah malam tadi. Kepala saya masih terasa sakit sebenarnya, sukar nak terima input-input yang diberikan. Saya serahkan kepada MB untuk mendengar.


Apa yang saya tahu, saya disyaki terkena denggi namun ujian darah menunjukkan negatif. Platlet darah juga rendah, terlalu rendah. Itu yang membuatkan saya lemah.

"It's ok. I'll give you antibiotic so that badan you tak lemah. Plus, the water will support your body and give the energy. Don't worry." Lebih kurang itulah yang saya dengar.

"You tak nak bagitau your dad? Family?". Saya pandang MB. Terdiam sejenak. Dah perangai saya juga tak suka nak susahkan keluarga (atau sesiapa sahaja).

"Sakit sikit je ni... besok keluarlah...".

Setakat yang tahu, cuma kawan-kawan terdekat, itupun tak ramai- Irwan (yang muncul tiba-tiba sebaik menaiki penerbangan malam Selasa lalu), Arep, Nazri, Karl, Wardy (thanks, guys kerana menelefon!).

Tak lupa pada Kak Ida, Juliana dan anak-anak (Iman & Danial) yang sudi datang melawat. Juga KN (Kak Noya), thanks for the sup tulang dan satay malam tadi.

Terima kasih, terima kasih kepada kalian semua.

Tak lupa, tentunya penghargaan tertinggi saya berikan buat MB- insan yang sering berada di samping saya, susah dan senang (walaupun 'ideologi' kami berbeza!). Tidak dapat saya gambarkan betapa hidup saya tanpanya. Hanya Tuhan yang bisa membalas segala jasa-jasa beliau kepada saya.

Terfikir juga, barangkali itulah sebabnya Tuhan sentiasa mempermudahkan hidupnya, punya kumpulan kawan-kawan yang setia, disenangi sesiapa ke mana sahaja- Oh, Tuhan! Sentiasalah merahmati hidupnya!

Amin-

Stabuxguy - Mengajar saya menjadi seorang yang lebih baik...

4 comments:

[danial][ma] said...

hej! kash...what a great thing that you have MB to look after you...sorry to hear that you are (were) not feeling well, hope that you have fully recovered...take care...

Irwan said...

Dear, Please take care of yourself.. Drink a lot of waters and 100 plus.. jgn culas! As much as u can..

Have good day! Cheers!

El-Zaffril said...

OMG no wonder there's no update for quit a long time. Take care of yourself.

Fizz Zaquan said...

Salam Kash! Alhamdulillah dah dengar u semakin sembuh and take care of urself ok. And tak lupa buat MB ~ thanks for taking care of him...kirim kan salam i pada MB ok~!

*if i berkesempatan nak juga jenguk2kan u...namun i terlalu jauh laa beb~!

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...