Saturday, August 30, 2008

Happy Birthday, Irwan!

Another Year

I’m wishing you another year
Of laughter, joy and fun,
Surprises, love and happiness,
And when your birthday’s done,

I hope you feel deep in your heart,
As your birthdays come and go,
How very much you mean to me,
More than you can know.

Friday, August 29, 2008

Catatan Baik Demam & Selamat Hari Merdeka!

Nampak sihat dan happy ya! Ops! Gambar ni di snap beberapa minggu sebelum masuk hospital. Kredit to MB. :)

Dari hari keluar hospital, hinggalah ke saat ini, saya masih tak henti-henti menerima ucapan simpati, baik dari kalangan teman-teman rapat, mahupun rakan bloggers sendiri.

"Get well soon ya...". Buat saya tersenyum dan terharu sendiri. Sekali lagi, terima kasih buat anda ya!

Untuk pengetahuan, saya hampir sihat sepenuhnya. Terima kasih sekali lagi buat MB yang masih terus-menerus menjaga saya. KN yang saban hari singgah membawa makanan, nasi beriyani dan sebagainya (kebetulan KN ada urusan di Penang beberapa hari). Terima kasih daun keladi...

Saya pun dah mula keluar, jalan-jalan- cuba-cuba nak gagahkan diri walaupun badan sedikit lemah. Tadi pun sempat singgah di Starbucks, lama tak minum ice chocolate sama shepherd's pie. Borak-borak ngan MB, sambil tu mata ternampak satu Bearista Butterfly Bear yang sangat-sangat la cutee! Dalam kepala terus teringat my litle sis kat Tanah Merah. Kebetulan next week nak balik sana, so rasa cam nak beli lak untuk dia.

Sorry tak sempat nak snap pic tadi sebab saya dah minta salah sorang barista kat situ wrap-kan lelawa, nasib baik ada pic dari google nih. Comel kan? :)

Eeeiii... rasa cam nak beli untuk diri sendiri lak... hahaha!

Balik rumah MB kalut masak sup ayam cung sementara saya pula sibuk layan KN berborak kat ruang tamu. Dari hal gosip hiburan kat Harian Metro, beralih ke projek membuat design packaging kotak untuk produk sabun susu kambing teman saya, si Wardy. Actually, dah agak lama juga dia minta saya membuat lakaran-lakaran dan re-packaging design nih, tapi atas faktor kekangan masa, saya tangguhkan dulu.

Logo Nanny- produk susu kambing Wardy, teman saya di Kuala Lumpur

KN
ni bagus. Banyak juga dia tokok-tambah idea yang diberikan MB semalam. Saya dikira beruntung juga, kerana dikelilingi selain pakar bahasa Inggeris, juga mereka-mereka yang arif dalam dunia grafik dan periklanan.

Oh, nak tahu apa saya buat sepanjang terbaring sahaja di rumah beberapa hari lalu? Kebetulan ternampak iklan Maxis di TV. Pernah dengar tentang Opera? Macam Explorer dan Firefox juga. Kali ni Opera didatangkan dalam bentuk mini yang dipertingkatkan khas untuk kegunaan melayari internet di telefon bimbit.

Menarik dan mesti cuba.

Mengapa?

Bagi penggemar dan pelayar internet yang aktif macam saya, saya sarankan anda mencuba produk terbaru Opera ini. Mudah sahaja untuk dimuat-turun dan memasukkannya ke dalam telefon bimbit anda. Melaluinya, saya bisa melayari internet dengan lebih selesa dan semuanya dalam satu skrin!

Pendek kata, anda bisa melayari Facebook, CNN, BBC, Live Scores bolasepak dan sukan kegemaran serta banyak lagi...

Klik di sini untuk memuat turun Opera Mini™ 4.1.

Ada beberapa kegemaran baru juga yang saya muat-turun melalui Opera. Antaranya- sebuah perisian permainan Mobile Aquarium. Di sini, anda bisa memuatkan beberapa ekor 'ikan' comel yang anda suka dengan syarat anda harus menjaga dan memberinya makan mengikut waktu yang tertentu. Ala-ala Tamagochi gitu.

Awas ya! Jangan sampai 'ikan' anda mati kelaparan pula.

Lucunya, tak sampai 24 jam, dah dua ekor 'ikan' saya lesap dari skrin gara-gara terlupa memberinya 'makan'. Takpe, now saya dah create lagi dua ekor, si Alex dan Oman- harap-harap tak lupa lagi bagi makan. Hehehe...

Klik di sini untuk muat turun. (",)

Apa saya buat hujung minggu nanti?

Sabtu ni saya akan ke Perlis sekali lagi. Rancangnya awal Ramadhan saya ke Kuala Lumpur, berbuka bersama AM dan teman-teman yang lain. Disebabkan demam minggu lepas, saya terlepas penerbangan. Takpe lah. At least boleh juga ke Perlis menjenguk Tok Su. Lama juga tak melawatnya. Tok Su pasti gembira sebaik nampak saya, MB dan KN bertandang ke sana nanti.

Sam, sila beritahu jika kamu juga mahu join nanti ya?

Ok semua. Cukup dulu untuk kali ini. Khas buat anda, baik pembaca atau mereka yang setia singgah di sini (atau mungkin baru mengenali), Darimejastabux dengan sukacitanya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 51!!

Salam Merdeka buat semua...

Jumpa lagi!!

Thursday, August 28, 2008

Berdua Lebih Baik

Seminggu saya tidak dapat mengemaskini apa-apa di sini, di ruangan yang sepatutnya menjadi catatan saya hari-hari. Teringat kembali, Khamis lalu, saya hanya terlantar di rumah. Berkali-kali MB menelefon, bertanya, "mahu ke klinik?". Saya bertegas, tidak perlu. Ah, cuma demam biasa. Tukas saya. Bukan degil, tapi itulah perangai saya dari dulu. Dasar ke klinik, diberinya ubat yang sama juga. Balik-balik panadol, ubat batuk. Paling lama pun, selepas dua hari, baiklah saya.

Lalunya saya hanya baring di rumah. Badan makin panas. Capai gelas pun dah tak larat. Sekali lagi MB menelefon. "Cepatt... I bawak you pegi klinik. Sepuluh minit lagi I sampai." Kali ini saya dah tak mampu nak cakap apa-apa. Iyakan sahaja.

Khamis, Jumaat, Sabtu- demam saya belum kebah nampaknya. MB harus ke Kuala Lumpur hari ni. Dia tampak risau.

"I dah tukar flight ke malam. Risau nak tinggal you sorang-sorang." Saya tersenyum. Betapa baiknya MB. Saya tahu, ikutkan MB berat nak tinggalkan saya. Namun tiket penerbangan pun sudah lama dibeli. Balik pun bukan saja-saja, meraikan hari jadi Jija, anak saudaranya yang dah menginjak ke usia enam tahun. Terbayang Jija yang bijak dan keletah. Sesekali wajahnya merah jika kena marah.

"Takpe, you baliklah. I'll be fine. I'll see you on Sunday night kay?". Saya cuba redakan perasaannya.

Selama dua malam saya sendiri. Mujur juga MB membenarkan saya rehat di rumahnya. Senang jika terjadi apa-apa. Di sini, dari pak cik-pak cik pengawal kat bawah tu, sampai la ke jiran sebelah-menyebelah, kenal MB. Maklumlah, nama pun MB... Miss Bersukaria la katakan... sentiasa ceria gitu.

Masuk ke hari Ahad, suhu badan saya masih tak turun-turun. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana keadaan dan perasaan saya. Pun masih, saya berdegil untuk sesiapa pun datang membantu. Berkali-kali MB menawarkan Dr. Ida (yang saya panggil Kak Ida), teman rapatnya dari universiti untuk datang tengok-tengokkan saya. Bukan apa. Bimbang menyusahkan. Saya tahu Kak Ida baik. Bukan sahaja Kak Ida, saya ada lagi mereka-mereka yang baik di sini- Kak Intan, Juliana. Mereka juga adalah kenalan-kenalan pensyarah saya di universiti.

11 malam.

MB tiba di rumah. Betapa gembiranya saya sebaik melihat wajahnya. Hanya beberapa perkataan yang mampu keluar dari bibir saya, "youu... pleaseee... hantarkan I ke hospital...". Ayat yang saya ulang berkali-kali. Badan saya terlalu lemah dan kepala pun bagai nak pecah. Sakit amat.

Hospital.

Malam itu juga saya dimasukkan ke wad di hospital berhampiran. Pertama kali sebenarnya. Awal-awal tu takut juga. Dalam kepala macam-macam yang saya fikirkan. Mujur MB ada sanggup nak temankan saya. Hanya satu yang saya fikir, saya nak sihat cepat. Terlalu banyak hidup saya tergendala sejak dari minggu lalu. Banyak yang perlu saya uruskan.

"Anggaplah sebagai ujian Tuhan...", berkali-kali MB memesan.

MB dengan pose terbaru- gaya tutup muka : "I tak mau lagi dikenali...".

Malam pertama itu juga saya dimasukkan air (duh, sakitnya kena cucuk!) dan diberikan beberapa jenis ubat. Pertama kalinya sejak Rabu lepas saya bisa tidur nyenyak...

Awal pagi.

Saya terjaga sebaik doktor dan beberapa orang jururawat mengelilingi.

"How are you feeling today?". Saya angguk, agak tak bermaya. "Betterrr...". Itu sahaja yang mampu saya jawab. Doktor cuba menerangkan sedikit-sebanyak keadaan saya berdasarkan ujian darah malam tadi. Kepala saya masih terasa sakit sebenarnya, sukar nak terima input-input yang diberikan. Saya serahkan kepada MB untuk mendengar.


Apa yang saya tahu, saya disyaki terkena denggi namun ujian darah menunjukkan negatif. Platlet darah juga rendah, terlalu rendah. Itu yang membuatkan saya lemah.

"It's ok. I'll give you antibiotic so that badan you tak lemah. Plus, the water will support your body and give the energy. Don't worry." Lebih kurang itulah yang saya dengar.

"You tak nak bagitau your dad? Family?". Saya pandang MB. Terdiam sejenak. Dah perangai saya juga tak suka nak susahkan keluarga (atau sesiapa sahaja).

"Sakit sikit je ni... besok keluarlah...".

Setakat yang tahu, cuma kawan-kawan terdekat, itupun tak ramai- Irwan (yang muncul tiba-tiba sebaik menaiki penerbangan malam Selasa lalu), Arep, Nazri, Karl, Wardy (thanks, guys kerana menelefon!).

Tak lupa pada Kak Ida, Juliana dan anak-anak (Iman & Danial) yang sudi datang melawat. Juga KN (Kak Noya), thanks for the sup tulang dan satay malam tadi.

Terima kasih, terima kasih kepada kalian semua.

Tak lupa, tentunya penghargaan tertinggi saya berikan buat MB- insan yang sering berada di samping saya, susah dan senang (walaupun 'ideologi' kami berbeza!). Tidak dapat saya gambarkan betapa hidup saya tanpanya. Hanya Tuhan yang bisa membalas segala jasa-jasa beliau kepada saya.

Terfikir juga, barangkali itulah sebabnya Tuhan sentiasa mempermudahkan hidupnya, punya kumpulan kawan-kawan yang setia, disenangi sesiapa ke mana sahaja- Oh, Tuhan! Sentiasalah merahmati hidupnya!

Amin-

Stabuxguy - Mengajar saya menjadi seorang yang lebih baik...

Tuesday, August 19, 2008

Saya, Kisah Ratu Filem Dan Kenangan

Mesti ada yang tak percaya pic ni di ambil di bandar Georgetown ya... di tepi salah sebuah bar di Jalan Penang...

Hujung minggu saya- tiada apa selain berehat-rehat dan menyelesaikan tugasan di rumah, menghitung hari untuk pulang ke Kuala Lumpur (cuti Merdeka & awal Ramadhan) selain MB menjemput dan memasak makanan yang best-best di rumahnya.

Oh, ya kami ada ke Little India membeli beberapa dvd filem-filem Hindi semalam. Ya, memang saya buang tebiat.

"Gigih!". Satu perkataan dari MB buat saya sewaktu memandu (dengan excited-nya) ke Georgetown semalam.

Sebut pasal filem Hindi, terima kasih buat beberapa pembaca Darimejastabux yang telah susah-payah menghantar e-mail kepada saya beberapa koleksi lagu-lagu Hindi popular. Tak sangka tulisan saya di posting Sarah Yasmeen semalam menarik perhatian anda. Terima kasih, terima kasih sekali lagi.

Ada dua perkara yang sempat saya catatkan di ruangan nota di telefon bimbit minggu lalu (sebaik teringat). Satu berkenaan idol saya di dalam dunia perfileman, dan satu lagi ialah kisah lucu sewaktu di zaman sekolah.

Mahu tahu?

Okay jom saya cerita satu-satu ya.

Sepanjang filem-filem yang telah di tonton, saya cukup gemar dengan gaya dan watak yang dibawa oleh mereka ini. Tolak Julia Robert, Sarah Jessica Parker dan Cameron Diaz, pada saya dua ikon yang akan saya sebutkan ini lebih memberi kesan di hati saya (dari segi gaya lakon dan karakter yang dibawa).

Pertama- Farida Jalal.

Hah, anda kenal siapa dia? Sesuai dengan mood filem-filem dan lagu-lagu Hindi minggu ini, saya paparkan khas buat anda- seorang pelakon Hindi kegemaran saya (sering membawa watak-watak ibu/mak cik yang baik hati). Foto di atas ialah diambil di zaman awal kemunculannya. Manis bukan?

Mula berlakon sejak di awal tahun 1960 hingga kini, Farida telah membintangi banyak filem-filem Hindi popular dan terbaik di negaranya, antara yang masih saya ingat ialah Bobby (1973), Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Chori Chori Chupke Chupke (2001) dan yang paling mengesan saya ialah Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001).

Masih terbayang babak Farida (Daijan/DJ) di dalam filem Kabhi Khushi Kabhie Gham membantu Rohan (Hrithik Roshan) mengikat tali kasut sewaktu di London. Sebak!

Wajah Farida yang sejuk dan bersifat keibuan itu bukan sahaja menambat saya, malah watak-wataknya yang periang dan sentiasa gembira itu turut membuatkan saya terus terpaku menyaksikan setiap filem-filem yang dibintanginya.

Sekarang anda tahu, mengapa antara sebab saya gemarkan filem Hindi (selain faktor tarian dan lakonan hebat Aishwarya Rai.. hehehe...).

Di Malaysia juga saya punya pelakon/karakter yang saya suka tonton di filem. Lakonan yang berkesan (berkarakter), selain wajah garang dan suara lantang dan sedikit lucu kadang-kala (sesetengah filem) pilihan saya adalah adalah milik Siti Tanjong Perak.

Puas saya google info tentang pelakon ini, tak banyak yang saya ketahui. Sekadar nama penuh beliau, SITEE SOENDARI BINTI SAMAT (unik bukan?), berasal dari Sulawesi, dan berketurunan Bugis.

Mula bergiat di dalam teater dan bangsawan pada awal kemunculannya, beliau mendapat nama Siti Tanjong Perak hasil dari nyanyian (tajuk lagu) yang sama dengan gelarannya iaitu "Tanjong Perak" di dalam salah satu persembahannya.

Antara lakonannya yang paling mengesan saya (watak mak tiri garang) ialah di dalam filem Bawah Putih Bawang Merah, Rumah Itu Duniaku dan juga sebagai "pari-pari gempal" yang lucu dalam Anakku Sazali (muncul sebabak di pentas sewaktu mempersembahkan sketksa/nyanyian).

Mereka (Farida dan Siti Tanjong Perak) mungkin bukanlah jelita dan popular sebagaimana aktres-aktres sezaman yang lain, tapi kehadiran mereka cukup sebagai menyinari lagi bintang dan seni perfileman negara masing-masing.

Apa yang penting, saya masih (dan sentiasa akan) terhibur dan menggemari lakonan kedua-duannya. Babak-babak sedih, getir, tegang, gembira dan marah berjaya dihidupkan dengan baik oleh mereka.

Saya duduk. Tersenyum seketika di depan laptop (sekarang ini) sebaik teringat kembali filem-filem lakonan mereka.

Oh, dulu-dulu juga saya teringat satu cerita (dah masuk catatan kedua). Dah lama, hmm... zaman sekolah menengah tak silap. Satu perangai saya ialah suka merayap ke kelas-kelas orang di waktu petang (waktu semua pelajar dah balik).

Apa yang saya buat, melepak di meja guru, feeling-feeling jap dan cuba perhati mana-mana meja yang nampak cantik dan kemas berbalut dengan wrapping paper bunga-bunga. Macam-macam kaler ada (biasanya meja pelajar perempuan la kan).

Paling best bila saya selongkar di bawah meja (ruang penyimpanan alatan sekolah/buku), mesti terjumpa satu buku log yang berisi tulisan-tulisan jiwang dengan lirik-lirik yang best. Siap ada gambar lagi tau (samada senior yang diminati, pemain boleh sepak sekolah) berserta tulisan,

"Adam Jusoh, aku cinta padamu!". Hahaha!

Biasanya lagu-lagu popular semasa la. Ada lagu Azian Mazwan Sapuan (hahaha.. mati la ada yang tak ingat kan?), Wann, Fauziah Latiff, Kumpulan Gersang dan lain-lain.

Saya dan rakan-rakan biasanya akan pulun membaca sambil gelak-gelak (dan bernyanyi sekali). Memang best waktu tu. Tulisan bebudak perempuan ni plak lawa-lawa, siap berhias dan ada "awan larat" semua.

Hujung minggu sewaktu makan-makan dengan MB di Sri Idaman, Teluk Tempoyak...

Saya pasti anda juga mempunyai pengalaman yang sama.

Stabuxguy - Senyum sendiri bila ingat kisah dulu-dulu.

Sunday, August 17, 2008

Introducing... Sarah Yasmeen!

Haks... hampir tiga hari saya sibuk dan tiada masa untuk menaip atau memuat apa-apa di sini. Pagi ini, bangun sahaja dari tidur, sambil mendengar lagu-lagu muat-turun dari filem-filem Hindi popular- Kabhi Alvida Na Kehna, Kal Ho Naa Ho, Mohabbatein dan Taal, antara filem-filem kegemaran saya (ya, entah kenapa mood saya berbaur Bollywood sejak malam tadi- hahaha!), saya edit-edit beberapa keping gambar Sarah Yasmeen, adik sepupu saya. Dah lama Sue, aunty saya dok tanya-tanya gambar-gambar anak kesayangannya ini. Ok, Sue- dapat e-mail?

Ya, ya! Sekali lagi saya kenalkan kepada anda semua... my adik sepupu, Sarah Yasmeen!

Berusia 3 tahun dan cukup kaletah. Biarpun kami jarang berjumpa (Yasmeen di Lumut bersama ibu dan ayahnya), namun dia cukup manja dan mudah rapat dengan saya. Kat bawah ni ada saya sertakan sekeping gambar (sebelum dan selepas) saya dan Yasmeen. Tak banyak yang saya ubah- cuma bermain dengan lighting dan warna sahaja. Sekadar suka-suka!

Sekadar berkongsi. Selamat menikmati. Oh, selamat berhujung minggu!

Tuesday, August 12, 2008

Pilihan Hidup (Yang Kita Ada)

Malam tadi saya dinner bersama MB. Sesak otak memikirkan betapa sunyinya saya di sini, saya ajak MB ke Sri Idaman, spot makan-makan terbaik (terletak di kawasan Teluk Tempoyak) jika anda merasa tensi. Ada jeti, laut, bisa pandang sunset (biarpun tak berapa jelas) dan bot-bot yang tersadai. Cukup untuk buat otak saya release seketika.

Ah, bagus!

Macam biasa, kami order kerang rebus, ketam (kesukaan MB), siakap tiga rasa dan sotong (digoreng tepung). Dimakan tanpa nasi, kami ratah sambil borak-borak. Dari isu hati dan perasaan, satu soalan yang masih bermain di fikiran saya, "apa saya buat di sini sebenarnya?".

Jawab MB, "you ada misi. Jangan sesekali menyesal dengan pilihan yang you dah buat. Setiap orang ada takdirnya sendiri...". Gitulah lebih kurang.

Kata-katanya buat saya berfikir seketika. Saya termenung, waktu itu, (sambil menguyah-nguyah kerang) saya bayangkan seseorang.

"You busy hari ini?". Saya merapatkan gagang.

"Nope. Ada apa?".

"I nak bawak you dinner ke Muara, makan seafood. Boleh tengok-tengok sunset." Bunyi cam romantik. Saya suka!

"Jumpa lepas ofis ya. I datang amik you kat umah." Kenangan!

Pandangan saya berubah. Nampak MB (dengan sepenuh perasaan) sedang meratah ketam.

Meneroka ke laut lepas- Jauh di sudut hati, saya (terlalu) rindukan Kuala Lumpur. Rindukan kawan-kawan- AM terutamanya, abang saya, kami melepak petang-petang di Starbucks, Dome, sebaik habis workout di Fitness First di KLCC, tempat-tempat hiburan, tengok wayang, sesekali menonton teater di IB (jika punya kelapangan).

Semua-semua itu tidak bisa saya buat di sini. Saya bukanlah kaki shopping, biarpun ada Queensbay Mall sebesar-besar alam, saya perlukan aktiviti, kawan-kawan, kehidupan bersosial. Shopping bukanlah keutamaan saya.

Seringkali saya tersenyum bila diajukan, "happy ke kat Penang?". Teragak-agak saya mengangguk, antara ya dan tidak. Tidak kerana faktor-faktor yang saya sebutkan tadi.

Namun saya happy kerana di sini saya bertemu dengan mereka-mereka yang brilliant dan hebat- MB, Kak Intan, Kak Noya, Kak Ida (antara beberapa nama).

Mereka antara wanita-wanita yang "takder hal", tak ambil pusing (namun begitu baik hati dan mengambil berat).

"Baju Arab" hadiah Kak Ida sewaktu umrah Mac lalu- baru sempat nak tayang kat sini... nice kan? Tq, tq! I like-

Berada di universiti, dikelilingi wanita-wanita ini (alangkah bagus jika saya mengenali kalian awal-awal), sedikit-sebanyak mengikis tanggapan skeptikal saya terhadap kaum (yang diistilahkan sebagai) penggocang dunia ini (?).

Memang sedari kecil jiwa saya tidak begitu happy dengan wanita. Banyak "kerapah" - pinjam kata-kata MB). Maaf, namun itu kenyataan. Saya dipertontonkan dengan pelbagai contoh negatif. Itu, ini- macam-macam.

Buat saya jadi taboo-

Berbalik kepada cerita kawan-kawan, perasaan yang tidak sama sewaktu saya berada di Germany. Selain dari faktor life yang (agak) bagus di sana, ke kuliah, persekitaran yang tenang, sesekali dapat berchatting di YM dengan teman-teman di Malaysia, cukup buat saya happy dan melepas rindu sesekali- bertanya khabar, "hai, apa perkembangan?".

Penang nyata berbeza. Memang no, no! dan sesuatu yang alien buat saya. Hampir lapan bulan di sini, cuma satu faktor yang menguatkan saya- ah, MB, cukup anda sahaja yang tahu dan memahami saya (ya, biarpun kita "berperang" hari-hari. Dush!)

Ya, saya mesti kuat. Saya tahu- cuma itu jalan keluar yang saya ada. Saya lupakan soal si polan-si polan yang telah melukakan hati saya (Demi Tuhan, saya masih tidak dapat lupakan dia- maaf pada si dia, saya pasti anda faham itu sejarah pahit saya).

"Jom! Sambung borak di Starbucks. Tak best la sini, dah ramai orang!". Kasihan MB, tergesa-gesa dia menghabiskan limau panas di dalam gelas.

Memang saya begitu. Pantas mahu beredar sebaik habis makan. Bosan berlama-lama.

Stabuxguy - Teringat sms MB di waktu siang, "you tak payahlah kejar apa yang you tak pasti, tapi usahalah untuk yang ada sekarang."

Sunday, August 10, 2008

Melawan Kesepian

*Bilik saya yang semak- relevan ke letak pic ni? Huhuhu...

Ahad yang sedikit sepi. Saya bangun dengan perasaan yang sedikit ralat.

"Apa saya nak buat untuk hari-hari seterusnya?".

Sebelum saya terus menulis, Selamat Hari Jadi (9 Ogos) buat Kak Noya saya yang ke _ _ (Sila isikan tempat kosong! Hehehe...).

Terima kasih MB kerana belanja kami (saya tumpang sekaki) makan-makan kat Siriwan Thai Jumaat lalu. Cung-cung makanannya. Pertama kali saya makan tengahari di situ. Not bad.

Okay, jom kita baca posting hari ini.

Semalam saya ke GSC, menonton Susuk bersama MB (saya suka Sofea Jane- aura karakternya tak berubah, masih awesome walau cuma beberapa babak!), makan tengahari di Swensen's, oh sebelumnya, lepak bersama Irwan di Coffee Bean (kasihan dia, tergesa-gesa dari kilang datang menyapa saya di Borders).

"Ibu menunggu di lobi. Mahu jumpa?". Pelawa Irwan sebaik kami selesai minum. Saya ajak MB sekali.

Dua hari dia di sini. Urusan kerja katanya.

"Mahu pulang hari ini juga ya?". Irwan angguk. Ibunya masih rancak berbual dengan MB.

"Minta diri ya. Nanti jumpa lagi." Saya pandang mereka berganti-ganti.

"Hati-hati memandu." Saya lihat Irwan senyum sebelum berlalu.

Di Swensen's, saya borak-borak dengan MB. Banyak yang kami bualkan. Agak lama juga kami tidak keluar macam ni.

Dia kawan yang baik. Dah saya anggap seperti kakak saya sendiri. Biarpun kadang-kala kami 'berperang' juga, namun harus saya akui, MB pendengar dan penyaran idea yang bagus (selain gemar memasak macam-macam untuk saya. Hik!)

"Nak makan apa?", soal saya sendiri sambil melihat-lihat menu.

"Eh, kata tadi nak makan salmon."

"Oh, ya- oh!". Salmon- saya lupa!

Habis makan, dengan mengelek buku-buku dan majalah Borders yang (maha) berat, kami shopping pula di groceries Jusco di tingkat bawah.

"You nak makan pumpkin for dinner kan? Kita beli kat sana je." Yeay! Kan dah kata- bestnye ada yang nak masak untuk saya...

Saya lihat jam. Hampir ke pukul enam petang.

"Banyak lagi ke nak beli? Nanti miss pulak FFM kat tv." Risau ni. Takut terlepas performance Siti. Lama tak tengok dia menyanyi.

Balik rumah, saya terus bukak tv. Adalah la pulak kan rancangan si Jimmy ni ngan Ashraff Muslim. Bosan. Saya tukar channel. Layan X-Files di HBO. Eishh.. eishhh handsome jugak si David Duchovny ni masa muda-muda ya. Hmmm. Tak sampai setengah jam, saya mula bosan kembali. Tak faham jalan cerita sebab tak tengok dari mula (siap ada keluar alien semua).

Sempat juga saya krohhh... sementara MB siapkan barangan di dapur untuk memasak nanti.

Itu sebahagian dari hari minggu saya.

Bukan itu yang ingin saya ceritakan sebenarnya. Hehehe. Pasal pagi ni. Eh, awal pagi ni. Saya memotong tidur dengan bangun tergesa-gesa. Saya pandang kiri-kanan, "Fuuhh, nasib baik saya selamat. Cuma mimpi!". Tegas hati saya.

Sekali lagi?

Nak tahu apa saya mimpi kali ini?

Entah macam-mana, saya tinggal di sebuah apartment tinggi di kampung (kampung nenek saya di Kelantan)- rumah saya paling atas. Maju sunggoh ore kelate, kat kampung pun ado apartment nih!

Tak jauh dari apartment saya itu, terdapat sebuah tasik yang mempunyai dasar yang hampir retak. Tak semena, seseorang (saya tak pasti siapa dia) telah menyelam ke dasarnya, dan menyentuh dasar tasik itu lalu mengakibatkan air di bawahnya menyembur dan melimpah keluar dan terjadilah banjir besar di kampung saya sehingga ke mencecah ke paras lantai ruang apartment saya.

Lucunya, saya yang juga berada di tempat kejadian di awal-awalnya cuba untuk lari dengan terbang (berlumba dengan air yang melimpah) untuk sampai ke apartment menyelamatkan diri.

Penat tau, entah macam mana pula saya boleh terbang hahaha!

Memang sekeliling saya dipenuhi dengan air- sekeliling apartment kecuali rumah saya (mungkin kerana ruang saya terletak di tingkat paling tinggi?).

Pagi ini saya cuba-cuba bertanya Wardy, salah seorang dari teman rapat yang menyapa saya di YM.

genx_boy: morning.. awal bangun on sunday morning
Kash: can't really sleep la dear
Kash: huhuhu
Kash: morning to you to btway
Kash: im so tired
Kash: tadi mimpi my apt tingkat atas kat kg banjir besar
genx_boy: wuts wrong u cant sleep?
Kash: my house je selamat
Kash: apa maknanya tu?
genx_boy: not good at interprating dreams
Kash: hmmm...
genx_boy: maybe u can look up on the internet
Kash: entha la
genx_boy: is there sumthing on ur mind lately?

Flood

Floods are caused by heavy rain and the melting of snow. Water in any form, including rain and snow, symbolizes emotions. Dreaming about being in a flood is an indication that the dreamer is currently experiencing powerful emotions that may be overwhelming. The flood in your dream could represent a very powerful, or even violent, emotionally cleansing experience. But don't worry, just like in an actual flood, waters reside and so do emotions. Water at times represents the flow of life and this dream may point to your feelings of being overwhelmed by it. Depending on the content of the dream and your emotional experience in it, the flood could also represent sexuality and be a sexual dream symbol.

"...is there sumthing on ur mind lately?".

Soalan Wardy itu saya biarkan mati. Fikir-fikir balik, biarlah saya simpan dalam hati.

Stabuxguy - Melawan kesepian...

Friday, August 8, 2008

Kekasihku Seru!



Seram yang bisa menaikkan bulu roma anda!

Ini harus saya akui setelah menonton tiga episod marathon drama ini secara online malam tadi (saya sendiri di depan pc, mengocoh secawan milo panas dan berselendang di waktu malam- oh, pintu balkoni terbuka!).

Pernah mendengar war-war di blog budiey sebelumnya, namun dek kerana kurang minat dengan drama-drama melayu di TV3 (terlampau banyak iklan!) tambah pula saya memang kurang menonton tv. *wink wink*

Tulisan Fadz di blog filemnya [ klik di sini ] sedikit-sebanyak mengubah persepsi saya. Harus saya akui, saya adalah merupakan pencinta drama-drama dan filem seram. Anak Pontianak (yang telah dihentikan tayangannya sebelum penamat) pernah membuatkan saya obses seketika mengikutinya secara online di laman web TV3.

Begitupun, himpunan drama-drama seram selepas itu tidak berjaya menarik minat saya (Saka, Susuk - antara beberapa tajuk). Mungkin kerana masih kecewa dengan penamat tiba-tiba siri Anak Pontianak (?).

Kekasihku Seru ternyata berbeza. Selain dari faktor gergasi tulisan Mira Mustafa dan arahan Khabir Bhatia (Cinta, Love dan terkini, Sepi), sinematografi dan skrip yang kuat (selain palakon-pelakon yang hebat) adalah penyelamat kepada cerita ini; juga tajuknya sendiri pun berbunyi ala-ala lagu Misha- Ku Seru.

Sinopsis Kekasihku Seru
*kredit to Budiey

Emelda Rosmila memainkan peranan sebagai Marisa merupakan graduan dalam bidang sains dan ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Misteri bermula setelah Marisa mengetahui bahawa beliau adalah seorang anak angkat, keinginan untuk mengenali keluarga asal membawa Marisa ke alam penuh mistik dan pelik.

Marisa bertemu dengan pasangan adik beradik Mas Suri (Umi Aida), Mas Ayu (Kuza) dan Mas Lela (Rose Iskandar). Dia merasakan bahawa salah seorang daripada mereka merupakan ibunya.

Mas Suri seorang yang tegas dan jarang sekali berperasaan sensitif, bertanggungjawab untuk menjaga Mas Ayu daripada gangguan Waris.

Siapakah Waris? Jeng.. jeng.. jeng...

Di sini cerita bermula (dan turut menjadi teka-teki saya).

Tonton sendiri. Anda tahu bagaimana perasaan saya!

*klik untuk menonton online

Stabuxguy - Setuju dengan Fadz, harap pihak TV3 akan mengeluarkan set DVD box untuk drama ini. Tak sabar nak beli!

Thursday, August 7, 2008

Aerill, Accident!

Terima kasih Tuhan kerana selamatkan dia.

Itu ayat pertama yang terpacul dari mulut saya sebaik melihat gambar-gambar Aerill yang lebih mesra saya panggil 'abang' tersenyum di katil hospital.

Entah kenapa saya rajin melihat-lihat myspace sejak-sejak akhir ini. Jika petang tadi saya tulis tentang Cj, bagaiman 'kuasa myspace' yang telah merapatkan kembali hubungan kami, malam ini lain pula halnya. Sedang saya ralit menyusun rakan-rakan di toplist, terlihat gambar kereta Gen 2 Abang Aerill (saya kenal dia melalui AM dan kami agak rapat) yang remuk teruk.


Hancur!

Jantung saya terus berdebar-debar.

Kerana ingin tahu, saya cuba klik ke laman myspacenya.

Berkali-kali saya amati, memang yakin itu Gen 2 kepunyaan Abang Aerill.

Terkejut- dan hampir buat saya terduduk seketika. Terus sahaja saya capai handphone dan menghubungi Abang Aerill.

Syukur! Saya lega sebaik mendengar suaranya. Masih terketar-ketar dan trauma dengan kejadian yang menimpa, Abang Aerill sabar melayan saya.

Kata Abang Aerill, dia baru je balik dari buat flight malam tu (KBR-KUL), sedikit penat- awal pagi sampai dan terus memandu pulang ke rumahnya yang terletak di kawasan Pandan Jaya.

Malang tak berbau, keretanya terbabas dan telah melanggar tebing jalan dan terhumban jatuh ke kawasan dewan orang ramai.

Tergamam mendengar cerita, saya teragak-agak menyoal, "how come?".

"Pening, abang pening dah dua hari tak cukup tidur."

Saya telan liur. Terfikir jika saya di tempatnya. Nasib baik juga kejadian berlaku di awal pagi, ramai yang datang membantu.

Biarpun dah tiga hari kejadian berlaku (Abang Aerill baru sahaja keluar dari hospital sewaktu saya menelefonnya) namun saya percaya kesan dan impaknya masih terasa.

Apapun diharapkan Abang Aerill sabarlah, rehat banyak-banyak dan semoga cepat sembuh.

Nanti balik KL kita jumpa ya!

Stabuxguy

Wednesday, August 6, 2008

Rindu Seorang Teman...

Hampir menangis saya.

Ya, saya bukannya kuat. Hati saya rapuh jika disentuh.

Entah kenapa tiba-tiba saya tergerak untuk membuka laman myspace seseorang.

Kami pernah berkawan rapat. Kebetulan rumah pun berdekatan. Mungkin ada di kalangan anda yang mengenalinya.

Cj teman saya. Kawan lama. Pernah saya menulis posting tentangnya di sini dulu (masih ingat Cerita Empat Lelaki?). Lama kami tidak berhubungan. Akibat satu insiden salah faham (ya, saya akui saya agak sensitif) saya jauh hati dan membuat keputusan untuk berhenti menghubunginya. Lama saya diam, masing-masing pun membawa haluan.

Namun hari ini saya beranikan diri. Melihat kembali gambar-gambarnya di laman myspace sebentar tadi buat saya terfikir sejenak, "Cj teman yang baik. Tidak untung jika saya terus menjauhkan diri."

"Tak salah mengalah." Itu kata hati saya.

Lalu saya mendail nombornya (yang masih tersimpan di dalam phonebook).

"Hello, siapa di sana?". Saya kelu.

"Err, Cj ya? Busy?".

"I'm driving la dear. Bisa call balik?".

"Ya, okay okay. Sorry ya. But i really need to talk to you."

"I know. It's ok. You ada masalah ya?". Terharu saya bila Cj bertanya begitu. Masih seperti dulu. Mengambil berat. Terasa seperti kami kembali rapat sebagaimana dulu.

Nyata semuanya salah saya. Cj sama sekali tidak berubah. Cuma saya yang terasa selama ini barangkali.

Atau mungkin juga dia terlupa?

Stabuxguy

Monday, August 4, 2008

Hujung Minggu Di Lumut...

Lama tak jumpa Yasmin, si kecil yang kaletah. Anak kepada Sue, my aunty nih memang comel dan tak boleh duduk diam. Manja dan rengek juga kadang-kala, percutian ke Lumut minggu lalu benar-benar mengubat kerinduan saya padanya.

Jika dulu senang juga berjumpa kerana Yasmin dan Sue tinggal di Shah Alam, namun sejak awal tahun lalu Sue terpaksa mengikut suaminya, Su Sham yang bekerja di Pangkalan TUDM sebagai navy.

Ini merupakan kali keempat sebenarnya saya ke mari. Tak jauh, hanya kira-kira 3 jam memandu dari Pulau Pinang. Penat, tapi saya puas!

Oh, apa pula anda buat pula hujung minggu lalu? Jom kongsi di sini ya!

Stabuxguy - Rancang ke Pangkor. Tunggu ada masa! Siapa mahu ikut?

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...