Tuesday, September 11, 2007

Kash Or Akashah : Tentang Saya!

hampir sebulan rasanya sejak saya ditag oleh seorang teman dari Miri ni. maaf ya, Naz! bukan terlupa, cuma tak sempat nak fikir sebenarnya apa yang perlu ditulis.

oh, lapan perkara aja ya? nampak senang tapi rumit juga nak memikirkannya.

peribadi?

ah, tak juga.

tangguh punya tangguh, alamak! si Ash pula-

"bro! i dah tag u jugak. kalau rajin buat kay..."

duh! seronok memang seronok. takpe, saya cuba ya?

kata Nazrie, 8 perkara aje- tak banyak. okay la.

okay, kita mula satu-satu.

lapan perkara. tentang saya!

1. suka baca novel masa zaman sekolah.

paling suka novel-novel tulisan ahadiat akashah. yang paling saya ingat ialah budak setan dan hmm... sekuntum bunga, sekeping kad & seraut cinta.

budak setan banyak memberi impak dalam hidup saya. hingga kini, watak kashah seolah hidup dalam diri saya. so pada yang masih tak tahu, kash adalah kashah, dan kashah adalah kash. nick yang saya guna sejak sekian lama. faham sekarang?

2. suka warna merah.

tak pasti pula cemana boleh mula suka ngan kaler nih. dulu grey. habis semua baju, kasut, beg hinggalah ke jam tangan saya beli grey. pantang nampak. tapi slowly dah tukar merah plak. rasanya sebab ada satu tahun tu (2004 tak silap) saya teruja ngan iklan kasut kaler merah yang dipakai Britney Spears (hahaha... mati la Britney katanya!). tak fikir panjang, terus beli. dari hari tu semata-mata nak matching ngan kasut, saya mula beli baju, cap, jam, beg (jenama Nike tak silap) kaler merah- sampai la sekarang. :)

3. tak suka tempat yang crowded.

tak tahu kenapa tapi saya sebenarnya tak berapa gemar ke tempat-tempat yang ramai orang. bukan aje tak suka pegi, malah kalau lalu aje pun kat tempat yang ramai orang mesti rasa semacam. mula lah rasa cam ada yang pandang-pandang dan tak selesa.

kalau waktu di asrama dulu, saya paling tak suka lalu di kawasan kantin atau dewan makan. situ kan ramai orang. kalau jalan mesti tunduk pandang lantai atau buat-buat cuit hidung especially kalau tempat tu ramai budak perempuan- lebih rela follow junior lalu ikut jalan belakang!

4. allergic ngan seafood.

ya! rugi tak? hahaha. takde la 100%, hanya jenis yang tertentu sahaja.

kata doktor, saya pantang jika mengambil ketam dan udang besar-besar.

kenapa?

"makin gatal...!!".

ops!

5. tak suka tengok TV.

agaknya kerana hidup dan membesar di asrama buat saya terlupa dengan keseronokkan menonton tv. hanya selepas demam akademi fantasia musim pertama dan siri pangako sa yo, saya jadi teruja kembali. sanggup pulang awal dr kelas semata-mata nak tengok drama siri popular dari Filpina itu.

apa pun tv masih bukan keutamaan bagi saya. jika zaman kanak-kanak saya sarat dengan Transformers, Thunder Cats, Smurf, Jam, My Little Pony, Care Bears dan sebagainya. zaman sekarang- duh, bosannya!

6. gemar baca suratkhabar.

habit yang saya tak bisa buang sejak dari zaman sekolah. kalau dulu hampir setiap hari saya akan menghabiskan masa di perpustakaan membaca semua akhbar harian (kecuali nan nyang ngan tamil neesan ok!) .

kalau hujung minggu pula, habis semua akhbar mingguan akan saya beli. dan percaya tak, saya akan habiskan sepanjang pagi dengan membelek akhbar!

"dude, kau baca paper ke, kau kaji tulisan dia??".

7. suka baca papan tanda.

ini lagi satu habit yang tak bisa saya buang. bermula dr waktu kecil lagi, pantang jika naik kereta ke mana-mana, habis semua papan tanda termasuk "jangan berhenti" dan "dilarang merokok" akan saya baca dan hafal.

agaknya sebab itulah minat saya menjurus ke arah grafik dan penulisan. agaknya!

8. cepat marah, cepat cool down.

ya, saya memang pemarah. tapi tengok keadaan lah. senang panas sebenarnya (tapi masih terkawal).

paling tak tahan jika kena menunggu. 5-6 minit okay lah, tapi kalau dah sejam, dua... sapa tak menyirap. lagi satu jika kena marah atau dikutuk/kritik sehingga melampau-lampau. buat saya sedih dan bisa down sepanjang hari.

apa pun saya cepat cool down. cuba bersikap rasional. yelah dah tua-tua ni kan? nak merajuk-rajuk, ada ke lagi yang nak pujuk? huhuhu...

okay cukup 8 perkara tentang saya?

so, Nazrie... puas hati now?

okay kita tengok pula apa si Ash ni nak...

my 5 Pekara!

1. 5 benda dalam beg

sebab tak dinyatakan beg apa, jadi saya ambil contoh beg galas aje la kay (selalu bawak ke hulu-ke hilir)....

a. buku catatan/drawing book
b. t-shirt spare (kaler merah of course!)
c. my nokia N95!
d. wallet FCUK
e. set (mini) toileteries - perfume, gel, fash wash etc.

2. 5 benda dalam wallet

aduhhh... takde apa sebenarnya sebab kat sini tak banyak pakai kad ke semua. duit je la... huhuhu...

a. bussiness card - sendiri (dan yg mana baru dapat/orang kasi)
b. duit...
c. i/c Malaysia ngan German Student Card
d. gambar sendiri (dan hmm... ada la!)
e. kad-kad bank/kredit

3. 5 benda favourite dalam bilik istimewa

tak faham sangat actually apa maksud si Ash ni tapi hentam aje la ye... huhuhu

a. freezy! *si kucing kering yang diberikan my Kak Wan - siap landing cantik lagi okay atas katil...
b. laptop. kadang kat katil, kadang kat luar. tapi selalu ada meja kecik (ala breakfast table si aidit tu) so senang la, bleh wat keje sambil baring je...
c. mini bar fish freeze. teringat yang ada member dedulu selalu tersasul bila sebut benda alah ni. tempat untuk saya sumbat segala makanan dan minuman. paling penting kena ada coke light ngan fresh milk untuk sarapan!
d. jaket-jaket. tak tahu asyik gila beli jaket je sejak kat sini. suka aar design2 dia. dah ada kat 10 helai dah. hari-hari tukar, mix n match gitu.
e. kalau Ash cakap katil, saya pulak nak mention... bantalll...!! kenapa? tak leh tido takde bantal. sakit pala. kekeke...

5 perkara yang ingin lakukan

a. boleh survive lagi 2 tahun kat sini (insyallah!).
b. fasih cakap German. err, wie gehts? (",)
c. melancong ke semua negara eropah. ambitious nih!
d. punya advertising company sendiri. mudah-mudahan...
e. settle down life kat Bali... beli umah, lepak Kuta... lalalala....

5 perkara yang sedang dilakukan

a. yupp... betul, Ash. menaip! hehehe...
b. termenung (siap berangan sekali dok fikir apa nak taip...)
c. hirup hot chocolate. ni dah cawan ketiga dah ni... huhuhu...
d. fikir apa nak makan besok... nasi ke sup? erk!
e. bayangkan seseoranggg... ops!

okay la, itu aje nampaknya. sorry la posting ni saja nak gurau-gurau. dan nak meneruskan tradisi, saya dengan "happy"nya mengumumkan pula 5 orang teman/kawan yang bakal di tag. so pada senarai mereka yang bakal saya sebut di bawah ini, peraturannya mudah sahaja.

1. Letaklah senarai/panduan (ini) untuk rujukan.
2. Senaraikan 8 perkara (secara rawak) berkenaan dengan diri anda. make sure jangan tipu!
3. di akhir posting, pilihlah 8 orang di kalangan pembaca blog anda untuk ditag dan senaraikan (sila letak link sekali).
4. Tinggalkanlah komen di blog mereka sebagai makluman yang mereka telah pun di tag oleh anda.

dan, ini dia... senarai 8 orang yang saya pilih secara rawak yang bakal di tag!

1. AM (hahaha mati la berkurun baru nak update!)
2. Kak Wan (dah kena pun tak kira, wat jugak lagi sekali...... lalalala)
3. Xis (pun sama, kalau dah kena pun, wat lagi... yeayy!)
4. Mr. Manager! errr... yang, you dah kena jugak ke?
5. Aidit! jangan wat-wat sibuk plak yer... huhuhu...
6. Kak Lis - hahaha rasainnn...!!
7. Arep - i tau you mesti tak sabar kanz? haks!
8. Eidie Britt - yes! yess!! akhirnyaa....

guys,

you can choose lah either nak buat 8 perkara je ke or tulis 5 benda seperti yang saya buat kat atas tu kay.

good luck!

budak kopi a.k.a. stabuxguy,
Germany

4 comments:

Xis said...

Stabuxguy
okay.. okay.. will post my own version in the near future... but as you said.. the first person, may take ages to do it.. or will not do it at all.. hahah... mati laa kena bebel... haha..

Fizz Zaquan said...

Kash~! thanks for replying my tagging tu ekk...apa2pun tujuan tagging kali nie hanya untuk mengenali hati budi seseorang...bukan untuk membuka pekung di dada..sekali lagi thanks kash for this..appreciate sgt2~!...and i read dah...:)

Mr A said...

bonjour bro! enfin! tu l'a fait parfaitement. merci beaucoup hein~

translation? hahaha..pepandai cari sndiri. sdn bhd, ok?

thnx again.

Anonymous said...

arep tak sabar nak kena tag?
cosser tau!

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...