Wednesday, September 19, 2007

Willkommen Nach Berlin! Teil 1

*Welcome To Berlin!

Berlin. Berlin.

terlalu banyak untuk diceritakan. banyak yang bermain di kepala.

sebuah kota yang begitu mengagumkan saya selain membuatkan saya begitu teruja.

beberapa kali sebenarnya posting ini tertangguh. tak seperti waktu saya berada di Malaysia. selain dari kurang idea dan (kehabisan) minat untuk menulis, saya tidak punya banyak ruang (masa) sebenarnya. hari-hari terkejar sana-sini memenuhi tuntutan aktiviti. tak semua dapat saya lancarkan di sini. selain sensitiviti, ya (seperti) faktor yang saya nyatakan di atas tadi. :)

dari hanya angan-angan, saya mula bulatkan hati. ya, mesti jugak jejak ke Berlin. perancangan awal, James bakal menemani saya namun terpaksa tarik diri disebabkan ada hal lain katanya. it's okay. kat Europe ni semua orang travel sendiri-sendiri (insyallah tak sesat punya).

sementelah James juga telah memberi saya contact beberapa orang temannya di sana.

dari Bahnhoft (stesen keretapi) di Oldenburg, saya menaiki tren ke Hannover (transit) sebelum tukar untuk ke Berlin. berhari-hari juga saya cuba ingatkan nama tempat, jenis pengangkutan, tips dan sebagainya yang diajar James. bagus juga anda punya kenalan yang dah biasa dengan keadaan di tempat baru kan?

dari Oldenburg, perjalanan ke Berlin memakan masa hampir tiga jam. macam yang saya cakap dulu, di sini (German), dari segi ketepatan waktu, hampir 100% pengangkutan awamnya boleh dipercayai. anda tidak perlu menunggu lama untuk ke sesuatu tempat. cepat dan selesa.

dari Bahnhof di Berlin, Ranaldo (disebut Ronaldo), teman James yang berasal dari Brazil tetapi fasih berbahasa Indonesia, telah sedia menunggu saya. orangnya ramah, baik sekali. kami menaiki tren bandar (dipanggil S-Bahn) sebelum bertukar ke tren underground, U-Bahn (ala Putra LRT) untuk ke apartmentnya.

sedikit info tentang U-Bahn/S-Bahn, kedua-duanya murah dan efisien. merupakan dua nadi pengangkutan awam utama di Berlin (selain bas) yang menghubungkan beberapa tempat menarik. sama seperti LRT di Kuala Lumpur, anda bisa dibawa jelajah hampir ke seluruh Berlin samada untuk aktiviti sightseeing atau ke sebarang destinasi hanya menggunakan satu tiket (sehari).

terdapat beberapa jenis pembelian tiket yang ditawarkan, bergantung kepada jenis kehendak dan keperluan anda seperti perjalanan sehala (€ 2,10), perjalanan jarak dekat (€ 1,20) malah anda juga boleh membeli tiket harian tanpa had (€ 6,10).

selesai meletak barang dan berehat seketika, kami ke destinasi pertama.

Berliner Dom.

"kamu puasa bukan? kita dinner di sana aja ya!".

dibina sekitar tahun 1895 hingga 1905 dahn merupakan tarikan utama di Berlin. bangunan yang bercirikan neo-baroque ini pernah dimusnahkan pada waktu perang dunia II dan dibina kembali serta dibaikpulih (sepenuhnya) untuk tarikan pelancong pada tahun 1993.

dengan bayaran sebanyak € 5.00 (untuk dewasa) dan € 3.00 untuk pelajar, pesara, serta pelawat berkumpulan, anda bisa dibawa jelajah ke seluruh pelosok Berliner Dom ini, malah apa yang lebih menarik, anda juga bisa meneroka sendiri pemandangan indah keseluruhan Berlin dari tingkat atas menara (Dom). satu pengalaman yang tak harus dilepaskan.

Berlin sebenarnya adalah sebuah kota yang 'termusnah'. terletak di garisan tengah antara barat dan timur, memperlihatkan ianya sebuah negara yang separuh moden dan mundur. anda bisa lihat kesan tinggalan perang disekelilingnya. bisa buat kita asyik dan terfikir. malah tak mustahil bisa tergambar kembali suasana peperangan dan keruntuhan empayar Berlin suatu ketika dulu.

*saya memang suka berimaginasi. :)

himpunan bangunan-bangunan lama, deretan istana, kesemuanya sedang mengalami fasa pembaikan (yang rasanya bakal memakan masa bertahun-tahun).

itu fakta. lancar Ranaldo memberitahu saya.

bergantung kepada keadaan ekonomi (German) dan penajaan badan-badan kerajaan dan swasta.

sempat kami borak-borak seketika, bertukar-tukar pendapat. saya suka Ranaldo, dia bijak. banyak info bukan sahaja Berlin, malah sejarah Eropah yang diketahuinya.

dari Berliner Dom, saya ikut Ranaldo turun. kami ke sebuah restoran thai-vietnam berhampiran.

"i love tom-yam gung!".

hah, tak sangka-sangka pula mamat Brazil ni penggemar tom yam.

saya? layan aje.

dah nampak green curry beef, chicken oyster with cashew nuts, ah itu semua memaut selera saya. terasa seperti di Malaysia pula.

malamnya, kami jalan-jalan di The Brandenburg Gate, sebuah tugu peringatan yang dibina khusus bagi memperingati dan simbol kemenangan dan pemisahan dua daerah (barat dan timur) di Berlin. dibuka secara rasmi pada 22 disember 1989 sebaik pemusnahan Tembok Berlin (siapa yang baca sejarah tahu la).

saya sukakan pemandangan malam di sini. tak ramai orang (yelah waktu pun dah agak lewat), tambah pula masyarakat German lebih suka lepak-lepak di cafe, restoran waktu-waktu begini. hiburan, muzik- itu budaya mereka.

saya?

lepak-lepak di starbucks (sambil menghirup my favourite vanila frappucino dan mufinnya-oh!).

The Brandenburg Gate.

satu lagi tarikan wajib di Berlin.

nak datang? ah, jangan risau. nanti saya ceritakan perihal pengangkutan di hujung posting.

hari kedua.

awal pagi lagi, Ranaldo mengejutkan saya.

"saya harus ke kuliah. ini tiket muzium dan S-Bahn buat kamu. jumpa tengahari di Unter den Linden. nanti saya call."

erk! saya terkedu. saya cuba-cuba memeta sendiri kata-kata Ranaldo. Unter den Linden?

oh, street area berhampiran The Brandenburg Gate. ya, saya ingat!!

"kamu boleh pilih mahu naik S-Bahn atau bas. terpulang! pergi dulu."

nampaknya pagi ini terpaksa la saya jalan-jalan sendiri. tak apa. bagus juga.

"orang ke Europe memang patut jalan sendiri-sendiri. baru thrill dan adventerous gitu." kata Kak Wan saya. er, pernah ke dia cakap macam tu? hehehe...

ok, destinasi pertama saya hari (berdasarkan peta dan susunan places of attractions (yang didownload dari internet) di tangan, Altes Museum.

apa yang menarik saya di sini?

selain faktor lokasi (terletak berhadapan Berliner Dom), di sini turut diadakan pameran warisan purba dari Mesir. teringat yang semalam Ranaldo beriya-iya meminta saya untuk singgah.

"kamu harus lihat Nefertiti, "The beautiful Berlin woman". dia sungguh jelita!".

saya jalan-jalan. langkah ke Altes Museum membuatkan hati saya berdebar-debar.

pertama, sebab saya sendiri (pakai redah je ni).

kedua, sebab bangunan kat sini semua besar-besar. pada yang tak tahu, saya fobia dengan huge structure. pelik tapi benar.

jujurnya, corak pameran di sini begitu mengagumkan saya. tak perlu nak dibandingkan dengan Muzium Negara di Kuala Lumpur (yang sah-sah jauh panggang dari api) tapi belajar dari macam mana mereka organize sebuah pemeran besar macam ni, baik dari susun atur, rekaletak persembahan, interior- semuanya gah dan cemerlang.

sedar tak sedar, hampir 3 jam masa saya dihabiskan di tingkat atas sahaja. ralit melihat mumia, pelbagai barangan antik zaman Fir'aun dan paling penting si jelita Nefertiti yang diwar-warkan Ranaldo.

memang cantik, menarik dan saya kagum melihatnya. peling penting ianya asli dan anda bisa lihat dan renung keunikkan arca "patung paling popular di Berlin" ini.

paling bagus tentang muzium di German ni, anda akan diberikan sepasang headphones dan sebuah pemain cakera kecil (on request) yang akan menerangkan (hampir keseluruhannya) tentang pelbagai monumen, lukisan, arca dan sebagainya.

dari situlah saya memperolehi info tentang pelbagai sejarah dan latar-belakang monumen di sini. saya mula berbuat demikian sejak diberitahu oleh James semasa melawat muzium di Oldenburg dulu.

mudah bukan?

habis tour sekitar Altes Museum, saya ke park yang terletak di tengah-tengah city. melayangkan badan di situ membuatkan anda terasa benar-benar bebas. kawasannya luas dan dikelilingi beberapa monumen dan bangunan sejarah utama- Altes Museum, Berliner Dom dan deretan istana-istana zaman pemerintahan Frederick III.

hampir ke jam satu tengahari. dah janji dengan Ranaldo untuk jumpa di Unter den Linden. saya jalan meredah street. kiri-kanan bangunan besar-besar dan merupakan monumen asal dari zaman awal dan selepas perang.

dari jauh dah nampak si Ranaldo tengah membeli sesuatu di kedai hadiah. saya merapat.

"nah, untuk kamu!". saya tergamam.

"for me?". beberapa keping poskad (yang cantik) dan sebuah mug bertulis "Ber-lin".

saya hampir memeluknya!

"thanks...".

"it's ok. puas jalan-jalan?". saya geleng.

"capek!". Ranaldo macam faham.

"mahu relaks? jom naik bot- seronok!". tak sempat saya cakap apa-apa, Ranaldo dah tarik tangan saya. kami ke jeti berhampiran Havel River di Berliner Dom.

bersambung...

2 comments:

Mr A said...

cool rr berlin. i'll be there one day, n i hope u still be there when i come visiting..

Anonymous said...

wahh! interesting Berlin! I am planning of going there next June. Looking forward summer in Berlin. Hope u'd be there still nxt year.

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...