Tuesday, July 24, 2007

BBQ@Ruestersiel

masih pagi. awal jam 5 saya dah bangun. maklum la dah cerah. dah terbiasa. kat Malaysia saya pasti now dah hampir petang rasanya (or mungkin masih tengahari - selamat lunch, kawan!).

waktu posting ini ditulis saya ralit mengelek si freezy sambil asyik mendengar alunan dari album transkripsi (siti nurhaliza). berkali-kali saya putar album siti ni. dok jejauh ni cam best la pulak dengar. huhuhu...

semalam buat pertama kalinya saya dibawa Mario ke rumah keluarganya di Rustersiel, terletak tidak jauh dari tempat kediaman saya sekarang (hanya 20 minit berbasikal). cadangnya mahu berkereta namun jarak yang dekat membuatkan saya putus untuk berbasikal sahaja.

4.45 petang

"it's ok, we ride...".

berkali-kali Mario desak mahu datang mengambil namun saya tolak. akhirnya dia datang juga, tapi berbasikal. kami mengikut jalan biasa ke jogging park dan melalui hospital berhampiran.

tiba di Ruestersiel, Mario segera memperkenalkan saya kepada abangnya, Michael dan kakak iparnya, Roshvita. sama seperti Mario sendiri dan Christa, kedua-duanya juga begitu ramah dan baik melayan saya. terharu seketika dilayan sebegitu rupa. cuma masalah dari segi komunikasi kerana Michael dan Roshvita tidak bisa berbahasa inggeris. terpaksa la si Mario terkuntang-kanting menjadi jurubahasa kami.

awal-awal lagi Mario telah memberitahu kedua abang dan kakak iparnya tentang saya, apa yang saya makan, apa yang tidak boleh, lalu saya nampak mereka begitu mengambil berat beberapa soal dan pantang-larang untuk saya.

Michael dan Roshvita turut menunjukkan saya keseluruhan rumah mereka. cantik dan segalanya tersusun kemas. rasa best sangat dan tak sabar nak tinggal di sini. saya turut mendapat sebuah bilik di tingkat atas. segan pula nak curi-curi ambil gambar. nanti-nanti lah. hehehe...

"oh, no kash. don't open your shoes...", ujar Mario tersenyum. saya termalu seketika. lupa budaya di barat kita tidak perlu membuka kasut.

BBQ!


nampak simple dan senang. segala-galanya diuruskan Michael. memang dia pakar. saya, Mario dan Roshvita hanya berbual-bual di sudut taman rumah. tak banyak arang yang digunakan.


"we use special oil for BBQ...", sempat Michael memberi tips.

satu info buat saya. mungkin kaedah ini bisa saya praktikkan di Malaysia. takde la kotor atau nampak
messy sangat bila berBBQ. di sini, pakai cantik-cantik pun masih boleh 'turun padang' sebab kaedahnya memang simple dan bersih.

selesai membakar semua, kami ke meja hidangan yang disediakan di ruang makan. semuanya telah disusun oleh Roshvita dengan begitu cantik dan kemas. saya kekok juga hendak duduk dan makan ala-mat saleh ni. nasib baik Mario faham dan berkali-kali menasihati saya, "just be yourself...".

"drink for you?". Roshvita datang membawakan saya sebotol jus banana. hahaha! pasti Mario awal-awal lagi telah memberitahunya yang saya kemaruk jus mandarine-banane yang dibawa Christa semalam.

tak sampai seminit, datang pula Michael membawa sepinggan aneka daging dan sosej yang telah siap di bakar. hmmm... nampak sedap. langsung saya teringatkan Malaysia. teringat waktu ramai-ramai mengadakan BBQ dengan kawan-kawan, keluarga... arghhh rinduuu... huhuhu...

untuk dinner malam tadi, kami cuma makan berempat. Christa tak dapat join kerana punya urusan. takpe la, even berempat namun meriah. Michael pandai membuat lawak, Roshvita pula banyak berkongsi tips dan resepi masakan sementara Mario pula jadi jurubahasa tak habis-habis menyakat saya. Roshvita telah berjanji mahu membuat biskut untuk saya. eiii... bestnye!

saya balik sekitar jam 9 petang camtu. kat sini masih awal dan cerah. cuma kalau hari ahad biasanya jalan-jalan dah lengang sebab mostly kedai semua tutup kat sini sebagai menghormati hari untuk ke gereja (menurut Mario lah). macam hari jumaat kat Malaysia juga la.

sampai rumah terus mandi dan baca buku. sempat aunty rozi tanya pasal dinner tadi. kami borak-borak jap. besok dia ngan uncle ramli akan ke UK dua minggu. rumah ada maid ngan pekerja yang jaga. takpe, saya bleh kemas barang sikit-sikit before pindah ke rumah Michael-Roshvita. mereka pun tak mendesak namun happy jika saya dapat berbuat demikian secepat yang boleh.

stabuxguy - semakin betah

1 comment:

Anonymous said...

Oh! Lapar!!

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...