
MB tanya saya, "larat memandu?". Saya cuma tersengih. Masih terasa terawang-awang lagi ni hah. Teringat yang lesen memandu saya bakal tamat tempoh keesokkannya. Mati la belum renew.
Perlis
Kami tiba hampir jam dua belas tengah malam. Melihat Tok Su yang sudah tersengguk-sengguk, namun masih ceria menyambut kedatangan kami. Ada perasaan lega di matanya.
"Ngah, Wan tutup pagar ya nanti, Tok Su dah nak tidur." Pesan Tok Su sebaik habis berborak. Kami angguk. Masing-masing pandang muka.
"Okay, i pun nak masuk tidur dulu. Soo- ngantukk!", ujar saya akhirnya. Laju tukar baju, badan terus melayang sebaik rebah ke tilam.
Pagi Isnin.
Awal-awal pagi lagi MB kejutkan saya. "Jommm- kita nak pi beli nasi lemak comel!".
Kata MB, KN dan Sam akan datang tengahari nanti.
"You nak masak apa hari ni?", soal saya sebaik mula perjalanan.
"You nak makan apa?". Hahaha mati la soalan kesukaan katanya. Hmmm nak makan apa ya??
"Ketam masak lemak!".
"Lagi?".
"Itu je so far. Lain-lain you buat aje la. I'm fine."
"Okay, nanti kita cari di Sungai Baharu."
Destinasi pertama kami ialah gerai nasi lemak comel, terletak dalam perjalanan ke Kuala Perlis. Memang sedap nasi lemaknya, wangi (mungkin kerana dimasak secara tradisi- dibalut dengan daun pisang bagai).



Satu makanan yang tak boleh saya terlepas beli jika ke sini ialah 'nasi ganja'. Teringat waktu belajar di Beseri dulu, kalau outing ke Kangar, senior-senior pasti menyuruh kami membeli nasi ganja. Kira amat popular lah waktu itu. Tapi sekarang namanya dah ditukar ke nasi kandar. Sama juga seperti nasi kandar biasa, tapi rasanya lebih enak dan boleh buat kita ketagih untuk membeli dan merasainya lagi sekali. Mungkin sebab tu la ia dinamakan 'nasi ganja'.
Seperti biasa, Tok Su menggeleng kepala sebaik kami tiba di rumah. Kiri-kanan, dua-dua, saya dan MB, penuh dengan makakan. Hahaha- mati la siapa nak habiskan.
"Takpe, nanti KN dan Sam tiba, mereka boleh habiskan!", seloroh MB.
Aktiviti hari ini?
"Mahu cuba ke Gua Kelam lagi sekali? I nak naik tren!". Dari hari tu tak dapat-dapat nak naik. Geram bila asyik terlepas peluang. Antara tarikan terbaru di Gua Kelam. Dinamakan Gua Kelam 2, perkhidmatan tren (merentas gua) ini beroperasi dari hari Selasa hingga Ahad sahaja.
"Ok, and you know what? Ada orang nak ke Padang Besar." Serentak, kami dua-dua memandang Tok Su.
"Yes, yes- pulut ayam!". Saya hampir terjerit.
"Argh, you pun??".
"Lastt- pas ni dah susah nak mai lagi. Hehehe...".
So aktiviti kami (seperti yang dirancang) hari ini ialah, naik tren di Gua Kelam dan makan Pulut Ayam (makan lagi??) di Padang Besar.
Tapi...
Jeng.. jeng.. jenggg...
Sama cam hari tu gak, takde satu manusia pun kat Gua Kelam sebaik kami tiba. Baru perasan kat pintu masuk tu dah ada tulis "Operasi Tren di Gua Kelam 2 ditutup pada hari Isnin" sebesar-sebesar alam. Ah, hampa lagi.
Takpe, destinasi seterusnya, Padang Besar!
Saya dah terbayang-bayang kemungkinan untuk shopping t-shirt sikit, hmm.. maybe short ke... boleh pakai waktu ke Perhentian nanti.
Guess what?? Sampai-sampai ke Padang Besar, gerai pulut ayam tu pun tutup. Duh, kempunan lagi nampaknya. Memang depa ni cuti sakan agaknya. Yelah, semalam kan hujung minggu.
"Takpa", kata Tok Su. " Kita pi makan kat gerai hari tu. Kuew Teow dia pun cung!".
"Nak shop-shop dulu ke or makan terus?", tanya saya pada MB.
"Shop dulu lah. You nak cari t-shirt kan?". Saya angguk. Ya! Ya! Kecewa sebab dua perkara tak dapat buat hari ni.
Masuk dari kedai ke kedai, dapat dua helai t-shirt transformers, kuning ngan merah, satu baik, satu jahat. Tak puas hati lagi ni. I want more. Hehehe...
Ternampak plak satu topi koboi yang ada design army.
"Ni askar melayu ko tentera siye??", soal saya selamba dalam loghat Kelantan.
"Hok tu askar siye be, ambik hok ni, askar malaysia." Positif. Boleh 'berbahasa ibunda' juga rupanya. I like.
"Ok, kawe ambik so. Berapo?".
"Sepuluh riya jah."
Hahaha- mati la yang tak faham pi lekas tanya sesapa member dari Kelantan ya!
Dah tawaf satu pusingan kat bahagian bawah tu, saya ajak Tok Su dan MB ke gerai favourite kami di bahagian luar. Gerai kepunyaan warga siam dari Patani ni memang sedap masakan dia. Order aje apa sahaja, dari sup tulang ke kuew teow, semua sedap. Nah apa lagi, pulut durian pun ada, som tam. Peww!
Apa kami order?



"You, wait jap. I nak masuk balik cari few more t-shirts."
Tak puas hati lagi. Kat bahagian atas belum naik. Takpe, itu je cara saya lepaskan geram hari ni. Tak dapat naik tren katanya. Pulut ayam lagi. Tak dapat Zara, Padang Besar pun jadi la.

"Laksa, tak nak beli?". Saya cuba ingatkan MB.
"KN dan Sam dah tiba. I dah suruh mereka beli tadi kat Changlun."


Habis makan masing-masing menyambung lagi berborak. Tangan tak basuh lagi ni. Dari Tok Su habis makan, bangun hinggalah ke masuk tidur, kami masih lagi dok membuka warung kopi Azwan Ali kat meja makan.
"Okay, dah jam dua lebih lagi. Jom kemas and masuk tidurr!".
Nak masuk tidur, berborak lagi, kali ni topik cerita hantu plak. Tapi nak hilangkan takut, kami seklit-selitkan unsur-unsur kelakar seram kat hujung-hujung. Habiskan jadik cerita Senario The Movie gitu. Tak sedar saya tertidur jam berapa.

Balik rumah, kejutkan KN dan Sam, kami bersarapan buat kali yang terakhir bersama Tok Su semua. Memang agak hening sedikit suasana kali ni. Masing-masing seakan gagal bercerita. Samada terkesan dek cerita hantu semalam ataupun sedih sebab lepas ni agak susah lagi kami nak berkumpul dan makan-makan bersama Tok Su camni.

Tak tertahan air mata sebaik saya memeluk Tok Su buat kali terakhir pagi itu.

Budak Kopi.
No comments:
Post a Comment