Minggu yang sedikit menyakitkan (Err, saya maksudkan benar-benar sakit). Drama tu taklah, cuma menahan sakit gigi yang tak baik-baik dan akhirnya dengan segala kekuatan yang ada, saya beranikan juga ke klinik gigi di Putrajaya untuk membuat pemeriksaan kali kedua (atas nasihat doktor dari klinik gigi swasta).
"Gigi kamu perlu perhatian pakar. Ada kemungkinan perlu dibuat sedikit pembedahan di bahagian gusi."
Gulp! Pembedahan?
Tergamam namun saya cuba rasional. Tarik nafas dalam-dalam. Saya pasti saya seratus-peratus sihat (Ya, tolak disyak terkena denggi dan demam teruk tahun lalu) dan tidak pernah terfikir untuk melakukan apatah melalui satu pembedahan (tidak kira sekecil mana pun). Oh, saya memang seorang yang takutkan jarum, pisau dan benda-benda yang seumpanya!
25 Mac 2009
Sebaik mendapat pemeriksaan lanjutan di klinik gigi di Putrajaya, saya dirujuk ke Hospital Pakar Putrajaya untuk pemeriksaan lanjut.
Keterangan yang sama saya dengar buat kali yang kedua. Tidak boleh tidak, saya terpaksa juga melalui pembedahan bagi mengeluarkan dua batang gigi bongsu yang tertanam (kiri dan kanan gusi).
Melihat-lihat x-ray yang ditunjukkan doktor di skrin, hanya dua pilihan yang saya ada, dibuat secara sedar (diberi ubat bius dan ditutupkan mata) atau melalui proses yang dipanggil GA (General Anaesthesia).
Untuk proses kedua (GA) ini, ianya akan dilakukan oleh sekumpulan doktor dan kakitangan terlatih, di mana pesakit akan dipastikan tidur akan dan betul-betul tidak sedarkan diri sepanjang operasi (tanpa rasa sakit). Satu tiub pernafsan akan disalurkan bagi membolehkan pesakit bernafas melaluinya sepanjang proses dijalankan.
Saya terdiam sejenak sebaik doktor membiar saya membuat keputusan. Saya pandang ruang keliling di klinik gigi. Tiada jawapan. Seandainya saya boleh mengatakan tidak untuk kedua-duanya.
Pertama, ngeri. Kedua, tidak sedarkan diri? Wah, itu lebih ngeri.
"Takpe. Kita cabut dulu gigi atas awak tu sementara awak boleh berfikir kemudian." Doktor nampak lebih relaks.
"Hah, kena cabut hari ni jugak ke doktor?".
"Ya, gigi atas awak dah rosak teruk. Kena cabut sekarang juga. Lagi dua tu awak fikir kemudian," ujar doktor sambil tersenyum. Wah, doktor ni benar-benar relaks nampaknya. Tanpa berlengah, dia bersedia untuk melaksanakan kerja-kerjanya. Saya hanya pejamkan mata rapat-rapat.
Bayangkan berada di sebuah kawasan lapang yang indah. Saya berlari sekuat-kuatnya. Tanpa sempadan, tanpa halangan. Oh, ada awan yang jernih di hujung sana. Ada bunga yang memancar-mancar. Err, bunga? Memancar-mancar? Ok, lihat, ini imaginasi saya. Terpulang pada saya, benar?
Saya berlari mendapatkannnya. Mata saya masih terkatup rapat. Berlari dan terus berlari.
"Ok, Encik Kash. Dah siap. Mahu tengok gigi anda sekarang?".
"Erk!".
Stabuxguy
3 comments:
wow..ur impacted wisdom tooth boleh tahan!gud luck.. larikkkkkkkkk
dxoul...
yu jahattt... patut kena calm kan ai... hahaha... anyway thx eh pasal info gigi last wk tuh... sib baik ada yu... :)
hid,
tak sakit?? perghhh... doraemon je tau betapa sakitnye... tapi i buat2 je la berangan... konon2 nak ilangkan rasa sakit...
btway 21/4 ni kena wat minor surgery lagi untuk lagi dua kat belakang tu... takotnye.. takotnyee...
K.
huhuhuhu sakitnyerrrr.. x suka jumpa dentist
Post a Comment