Monday, March 16, 2009

Diari Orang Sakit Gigi

Sakit gigi. Terasa hati seperti tergigit-gigit. Saya hanya bungkam di sofa.

Kata cik doktor, "Gigi bongsu anda sudah mahu tumbuh. Ada geraham yang menyekat. Now sudah jadi lubang. Kena surgery. Sabtu depan free?". Erk, surgery? Terbayang pisau dan alatan medik buat saya ngeri.

Pernah mengalami? Ada teman mengusik. "Gigi tu ingat you muda lagi kut..". Saya teragak-agak untuk ketawa.

Dari minggu lalu sebenarnya saya menahan sakit. Bermula dengan mengambil emping sarapan bersalut almond, sakit gigi saya bertambah-tambah. Duh, sekian lama saya mengelak dari memakan kacang (dan suku-sakatnya) sebenarnya- inilah akibatnya (pada yang menganggap saya demand sebab takut jerawat, sila buang jauh-jauh persepsi anda itu sekarang).

Dari hanya duduk-duduk di rumah, saya cuba-cuba ke gym untuk hilangkan rasa sakit (yang saya fikir biasa-biasa sahaja), hasilnya- amat-amatlah tidak membantu. Malah mood saya untuk bersenam 100% tersasar. Beberapa kali saya harus mengawal perasaan.

Habis sahaja gym, saya ajak Wardy ke Pavillion tengok wayang. KLCC terlalu ramai orang. Bisa buat saya pening.

"Kamu okay?". Tanya Wardy berkali-kali. Saya angguk. "Ok!".

Pavillion lebih besar. Juga ada Times, kedai buku yang kini menjadi tempat bersantai kegemaran saya jika berkunjung kemari.

Mahu cari saya di sini? Nah, langsung ke belakang sahaja di sudut fotografi mahupun computer & IT.

"Masih mahu menonton wayang?", soal Wardy.

"Jom! Apa cerita menarik?". Kami melihat-lihat senarai filem yang tertera di skrin GSC.

"Dragonball Evolution?", saran saya. Antara koleksi komik yang saya baca dan kumpul sedari zaman sekolah.

Dragonball Evolution

Jujurnya, anda hampa jika terlalu membandingkan siri komik dengan versi filemnya. Terlalu ringkas dan semuanya seperti mahu disumbat-sumbat dalam satu durasi.

Nasihat saya, tonton dengan hati yang terbuka.

p/s : lebih puas menonton Streetfighter : The Legend of Chun-Li di pawagam...

Beberapa hari lalu saya ter-YM dengan Ted. Bukan... bukan Ted Baker ya Rep... ni Ted lain. Teman saya juga, oh dan dia pandai membuat kad dekorasi. Cantik-cantik kadnya. Tak percaya? Sila klik laman ini. Terima kasih!!

*Ted, anda harus memberi saya sedikit saguhati nanti-

Ok, balik kepada pernyataan tadi. Kami ter-YM minggu lalu. Dia menjemput saya ke parti harijadi teman istimewanya. Saya kata ok. Boleh sahaja kalau diizinkan dan punya waktu yang lapang. Ted kedengaran gembira. Lama tak bersua-muka, ada cerita lain juga yang kami kongsi sebenarnya. Cerita kita-kita. Hahaha!

Untuk beberapa saat saya tergamam.

"Kamu benar ya Ted...", hanya itu ungkapan yang terkeluar dari bibir saya. Dalam hati senyum juga. Ted.. Ted... tak sangka saya. Itu rahsia. Janji saya pada dirinya.

Ted yang saya kenal setinggi Amy Mastura, buat saya geleng seratus lapan puluh darjah!

Habis tentang Ted.

Minggu pertama saya di Kuala Lumpur, Ikzal, teman yang saya kenal sewaktu di majlis berbuka puasa tahun lalu menghantar sms.

"Kash mahu join kami? Gathering bebudak UTP kat Bora Ombak malam nanti-".

Oh, terharu sebaik membaca. Ikzal yang saya temui kali kedua di rumah AM pada makan-makan Aidilfitri lalu sudi menjemput saya.

"Ada Izzu, Sasha, Edward, Zalina.....". Ikzal menyebut beberapa nama (antara yang saya kenal).

Rugi-rugi. Betapa saya mahu pergi, tapi dek kekangan yang tak dapat dielakkan, terpaksa saya batalkan hasrat.

"It's ok dear, next time kami buat you leh join lagi ya!". Saya senyum.

Paling seronok sebaik menonton mini-klip yang dimuatnaik keesokkannya di Facebook. Nak ketawa pun ada melihat gelagat Ikzal-Jez mengiringi Izzu menyanyi.

*Klik di sini untuk tonton klip. :)

Apa yang boleh saya katakan, Izzu punya suara yang bagus!

"Kash, macam mana dengan projek Nanny you? Bila keluar produk?".

Oh, pertamanya- bukan projek saya. Hanya jadi tukang design-nya sahaja. Nanny adalah projek adik-beradik milik Wardy dan Surya. Saya sekadar membantu mereka menyiapkan rekaan kotak dan logonya sahaja. Bakal melancarkan produk sabun susu kambing dengan label Nanny tidak berapa lama lagi, saya antara yang teruja. Masakan tidak, melihat produk yang direka berada di rak-rak di pasaraya, hati siapa yang tidak gembira.

Sebagai permulaan, Nanny bakal menyertai Putra Niaga@Bazar bertempat di Dataran Putra, UPM setiap hari bermula minggu hadapan.

"Kash, jangan lupa posternya. Jumpa you di The Apartment, KLCC jam 1.30 petang esok ya!". Berkali-kali Surya dan Wardy ingatkan saya.

"Dear, I kat KL hujung minggu nanti. Boleh jumpa kalau free." Terkocoh-kocoh, saya terima sms dari Acai pula. Teringat yang saya belum lagi memberi Acai gambar-gambar perkahwinan Ayu, adiknya pada November lalu.

Kami bertemu di Tenpayaki, Pavillion untuk makan malam.

Melihat Acai, saya sukakan gaya rambut terbaru beliau, disimpan sedikit panjang (namun kemas) di bahagian belakang. Acai kelihatan lebih matang.

"Ya, Acai saya kelihatan sedikit (bertambah) 'lebar'. Saya faham maksud anda-", ujar saya sambil menyeringai apabila dia mengusik keadaan fizikal saya. Lama tak berjumpa buat dia terkejut melihat saya barangkali.

Itu hakikat yang kena saya terima sejak kembali ke sini (buat masa ni). Bukan Acai sahaja, malah ramai yang menegur, AM lebih-lebih lagi. Saya cuba positif, biarpun terkadang serasa mahu kembali ke Pulau Pinang, tiada yang peduli tentang penampilan, mahupun berat badan.

Teringat ada seorang teman yang ditegur rakan-rakan kerana memakai baju yang berulang-ulang (dalam minggu yang sama). Duh, susah juga ya hidup untuk impress semua orang ni.

"It's all about being superficial la dear...". Saya pegang komen seorang yang rapat bila kami berbual tentang kehidupan di Kuala Lumpur.

"Gigi Kash. Masih sakit lagi?".

Itulah. Menulis membuat saya terlupa pada kesakitan.

"Kamu harus datang untuk surgery nanti. Ubat ini hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja." Sekali lagi saya tersandar ke sofa. Kata-kata cik doktor kembali terngiang-ngiang di telinga.

Saya kerling kotak tv. Oh-oh rancangan *Akademi Fantasia (konsert ulangan) sudah bermula. Maaf, kena sambung tulisan lain kali nampaknya.

*saya terlepas konsert livenya malam Sabtu lalu.

Jangan lupa Afundi Aril ya! Opss*

Jumpa lagi-

Stabuxguy.

2 comments:

MORIBAYU said...

owh
teringat waktu masa me masih muda..
sakit gigi mahu terbit gigi bongsu.
aduhai..mmg sakit , tapi mengenang kan gigi itu yang terakhir akan tumbuh..tahankan saja.

:)

sabar ya
en kash...sampai masa , kita ke pulau nanti

stabuxguy said...

Terima kasih krn berkongsi encik Muhammad... ;-)

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...