Laju saya menekan-nekan kekunci huruf di telefon bimbit, "Ya! Ya!". Masakan saya mahu terlepas pelawaan Kak Intan.
Dah lama tak jumpa Kak Intan sebenarnya. Ada juga sesekali terserempak beliau dan keluarga di Pasar Malam Tun Sa'dun, sekadar bertegur-sapa sebelum masing-masing sibuk membeli juadah makan malam.
Selasa, 3 Mac 2009
Saya dan MB tiba tepat di pintu pejabat Kak Intan kira-kira jam 5 petang.
"Mana Kak Ida? Ingat dah sampai...". Saya menyoal Kak Intan. Jujurnya, hingga ke saat ini, saya masih mencuba untuk tidak terkeliru nama keduanya.
Caranya?
Kak Intan = saya bayangkan Mamachupan. Juga wajah-wajah Arif, Iman dan Ehsan.
Kak Ida = Saya bayangkan Abang Hensem @ AH. Atau? Blueberry Cheesecake yang awesome!!
"On the way... tengah dok bake cake lagi katanya...". Wah, ada cake lagi ke. Mesti special nih.
Saya berbual-bual sementara menantikan Kak Ida dengan keknya.




Setengah jam kemudian barulah Kak Ida tiba. Kasihan dia, termengah-mengah menaiki tangga.
"Sorry semua, terlambat dok tunggu kek masak ni hah," ujarnya seraya membuka tupperware. MB dan Kak Intan bangun membantu Kak Ida mengeluarkan makanan.
"It's ok la kak. Dah datang ni pun dah cukup baik." Ujar saya sambil mula menjeling kek. Tengok-tengok juga, mana la tau ada blueberry cheesecake ke... hehehe...

Hampir ke lewat petang kami berkumpul dan berbual (sambil makan-makan tentunya!). Kadang riuh, kadang berselang dengan sesi mendengar dan meluah masalah, kebanyakkan topik petang tu berkisar tentang kami- dari perihal anak-anak Kak Intan, rumah baru Kak Ida, perpindahan saya ke Kuala Lumpur, MB dan hal-hal kat ofis.

"Esok kalau Kash free, datang la singgah di rumah akak pula. Boleh tengok-tengok rumah." Pelawa Kak Ida.
Jika beberapa minggu lalu, saya terlepas untuk menjenguk ke rumah barunya (silap saya- ayark, sorry ye kak!), ajakan Kak Ida kali ini ibarat disorongkan bantal.

Terima kasih!
"Okay set! Petang sok Kash singgah ngan MB!". Ujar saya dengan penuh senyum.
"Psstt..!! Jangan lupa aktiviti karaoke malam ini-", bisik MB. Oh, hampir terlupa saya.
"Dah call Dr. Ju? Fariz jadi ikut?". Teringat si Fariz yang sempoi dan selamba sewaktu makan-makan harijadi saya yang lalu di rumah MB.
Rabu, 4 Mac 2009

"Cantik..", itu adalah perkataan pertama yang keluar dari mulut saya sebaik melangkahkan kaki. Kak Ida senyum.
"Terima kasih...".


Dalam dok bergelak-ketawa, AH sempat juga mengajar dan memberikan saya beberapa tips dan ilmu fotografi. Hampir tak berkedip saya mendengar setiap penerangannya. Begitu terperinci.
Sayang kami harus meminta diri. Saya melihat jam. Hampir ke enam setengah petang. Sudah berjanji dengan Dr. Ju dan keluarga pula untuk ke pasar malam dan dinner di rumahnya pula. Tak sabar berjumpa Danial dan Iman, kami bersiap-siap untuk beredar.
Alangkah bagusnya jika saya masih punya banyak waktu.
Rumah Dr. Ju agak tidak jauh, namun kami langsung ke USM sebelum keluar ke Minden untuk ke tapak pasar malam berhampiran.
Nasib saya agak baik hari itu, kelihatan Kak intan dan keluarga juga baru tiba. Dapat juga saya bertemu Mr. Baker dan anak-anak buat kali terakhir, sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.
Dari jauh lagi, Mr. Baker tersenyum melihat saya. Sempat juga saya menegur Arif, Iman dan Ehsan yang agak malu-malu, maklumlah jarang benar kami bertemu-muka.



"Terima kasih, Uncle Kash!", ujar keduanya serentak.
Mengucapkan selamat malam kepada Danial dan Iman sebelum mereka masuk tidur, untuk kesekian kali saya merasa sebak.
Esok hari adalah terakhir saya di Pulau Pinang. Penerbangan ke Kota Bharu, bertemu keluarga di Tanah Merah, seterusnya menyertai AM dan kawan-kawan ke Pulau Perhentian sebelum kembali ke Kuala Lumpur.
Hidup baru, hari baru. Yang pasti, sebuah lagi perjalanan kini bermula. Yang panjang dan penuh selekoh yang tidak ketahuan. Moga ada harapan di setiap persimpangan. Moga juga perjalanan saya tidak begitu diperpayahkan.
Kuala Lumpur, bukalah pintu. Kuala Lumpur, cekalkanlah hatiku.
Stabuxguy.
2 comments:
taktala melihat gambar 3 kakak itu.. lantas seraya berkata...hi charlie... [u lah tu]
*larikkkkkkkk
cantiknya, laminated wood flooring tuu...pilihan sape la agaknya :)
Post a Comment