Seawal jam sebelas pagi, selesai segala urusan, saya memandu bersama MB ke Perlis. Perlis atau 'Paris' (istilah yang digunakan MB bagi negeri kelahirannya) bukanlah asing bagi saya. Sejak zaman sekolah saya sudah biasa ke sini. Dua tahun di Beseri, buat saya betah- ke Padang Besar, Pekan Kangar, sesekali terlepas juga outing ke Alor Setar. Ah, teringat abang-abang senior sering memesan 'nasi ganja'. Ada sesiapa pernah cuba? Enak!
Sejak berhijrah ke Pulau Pinang awal Januari lalu, sudah beberapa siri juga saya berkunjung ke Perlis. Selain datang melawat Tok Su, nenek saudara kepada MB, jangan tak percaya, laksa kuala dan pulut ayam di Padang Besar antara faktor yang sering menambat kami untuk sering ke mari. Hanya tiga jam memandu, terasa Perlis-Pulau Pinang tersangat-sangatlah dekat.
Apapun, kedatangan saya kali ini sedikit berbeza dengan kunjungan-kunjungan sebelumnya. Selain dari niat untuk menemani Tok Su berbuka (sebelum pulang beraya di Kelantan), saya juga ingin merasa sendiri suasana menjelang Hari Raya di Perlis. Ralat sebenarnya tidak dapat beraya di sini, berkali-kali Tok Su seakan meminta saya berhari raya di Perlis, sementelah saya juga rapat dengan keluarga MB dan Tok Su.
Oh, ada peristiwa lucu sebenarnya berlaku semalam (sebaik kami tiba). Sebetulnya saya dan MB merahsiakan kedatangan kami kepada Tok Su. MB hanya menelefon Mak Ngah (anak Tok Su) sejurus sebelum kami bertolak. Itupun hanya untuk memastikan Mak Ngah tidak membawa balik Tok Su ke Alor Setar (Mak Ngah menetap di sana).
Sengaja untuk membuat kejutan (saya memang suka bergurau), kami ke Sg. Baru (kawasan penempatan nelayan) dulu untuk membeli ikan segar (baru naik dari laut) untuk dimasak malamnya.
Dari Sg. Baru, kami gerak pula ke Bazar Ramadhan yang terletak di perkarangan Stadium Kangar. Nak dijadikan cerita, kami bertembung kereta Mak Ngah di sana. MB dah siap gelak-gelak (sebab Mak Ngah dah perasan kereta dia juga). Saya dah gelabah sebab baru saja habis text ucapan Raya buat Mak Ngah dan Tok Su.
"Sorry Mak Ngah, Kash tak sempat jumpa dan beraya bersama tahun ni. Selamat Hari Raya to you!!".
Terus tak jadi kejutan yang kami rancang. Duh!
"Hah, itulah hangpa. Nasib baekk... buat lagi cerita kelakar seram. Nasib baik jumpa kat stadium. Kalau tak Mak Ngah dah angkut Tok Su ni pi balik Alor Setaq!".
Semalam juga, sebaik habis terawih, saya ajak MB dan Tok Su ke Pekan Kangar untuk membeli pelita dan lampu lip-lap. Gigih mencari dari satu kedai ke satu kedai, siap kedai basikal pun kami intai, mana la tau kot-kot ada dijual gak. Last-last dapat la jugak kat satu kedai ni, punyalah banyak kami beli, dekat selori gitu... hehehe takder la, 3 plastik je. 1 plastik ada 10 biji pelita. So kami ada 30 biji pelita now. Yippie! Waahhh harus terang-benderang rumah Tok Su menjelang malam raya nanti. MB sempat sambar lampu lip-lap juga untuk rumahnya di Penang.
Balik dari pekan, MB ajak pula keliling kampung untuk lihat-lihat rumah-rumah yang dipasang pelita sebelum kami singgah untuk sesi makan-makan di gerai Bang Li yang terletak tak jauh dari rumah. Saya order teh ais dan mee goreng (macam biasa, tanpa sayur+kering) sementara MB dan Tok Su berkongsi tom yam. Memang cung isteri Bang Li masak. Pertama kali MB bawak saya makan kat sini. Takpe, next time boleh datang lagi. Tengah makan, terbayang kerang rebus, segala macam spesis kuih-muih kat rumah yang belum disentuh. Duh, sah membazir. Puasa, puasa juga. Berapa banyaklah yang nak diisi- perut kami cuma bertiga.
Balik rumah, MB tolong saya pasang pelita. Kerjanya tak la rumit sangat, mudah je. Takat sumbat-sumbat sumbu dia masukkan dalam lubang sumbu tu, lekatkan pada pelita dan masukkan minyak tanah, pastu nyalakan- siap!
Saya letak sepanjang pagar utama. Terasa best pula raya kali ni. Pertama kali saya rasa seperti menyambut raya di kampung sendiri.
Sempat juga saya seloroh pada MB, "Rasa macam kita raya bertiga pula ek!".
Apapun saya harus pulang ke Pulau Pinang hari ni. Ada sedikit kerja lagi mahu diuruskan. Ahad besok adalah hari terakhir persiapan (kemas-kemas barang dan sebagainya) sebelum bertolak balik ke Kelantan pada hari Isnin. Penerbangan saya dari Pulau Pinang (terus ke Kota Bharu) ialah pada jam 12.40 tengahari.
Ada yang sudah tiba di kampung ya? Pada yang memandu, terutama sepupu-sepupu saya, berhati-hati di jalanraya. Kita jumpa di Tanah Merah ya!
Cuti saya :-
29hb September-5hb Oktober : Tanah Merah, Kelantan
5hb-8hb Oktober : Kuala Lumpur
Stabuxguy
No comments:
Post a Comment