![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg18GsinaCRnSMrg7THtGc3yiRTDtFp2AF08GB2s625RXtw09FABuSuV-laKrXg24inaikfe_5Zcv1FeFI2silg-0SlESAOvxdzZqPNzbTPFajB1OQra8qK-DW0EXexCkXC8hQF5-88YH8/s400/Me+%26+Sarah+copy.jpg)
Ke mana saya menghilang? Ya- ramai yang bertanya. Ada, saya di Malaysia juga. Tidak ke mana-mana.
Sebaik pulih dari demam dan keluar dari hospital minggu lalu, saya mengambil peluang untuk pulang bercuti ke kampung halaman di Tanah Merah (cepat Google lokasi. Klik di sini!).
Lama juga saya tidak menjengah ke sana. Sesekali menjenguk nenek dan saudara-mara di kampung, terasa terisi juga puasa saya kali ini. Sementelah terdetik di hati, langsung saja saya menempah penerbangan ke Kota Bharu.
"Kita pulang jumpa Tok Su dulu ya? Buka kat sana hari pertama." Tukas MB. Saya teruja. Nampaknya kali ini, saya bakal menjelajah ke banyak tempat untuk berbuka.
Perlis.
Awal-awal lagi KN sudah berjanji untuk turut bersama saya dan MB berbuka di hari pertama Ramadhan di Perlis. Dari Pulau Pinang, kami singgah di Jitra untuk mengambil KN. Perjalanan diteruskan. Sempat juga singgah di beberapa kedai termasuk di Pekan Kangar dan juga pasar malam di Utan Aji. Tak banyak yang kami beli, hanya sedikit untuk makan malam dan selebihnya untuk sahur esoknya.
Menariknya, saya dan KN bertukar-tukar resepi. Dia dan MB, masing-masing memasak makanan kegemaran saya- taucu daging ala Kelantan!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYyv82TSgyUyH0szGUwKZWZNGydwGd3aA2pyQuG0DvhwbL-kO4g0-yTg6e3P758jxcyBk7ZaG4YDm0Bbds6sUP_hLISF-gJ7kjGYMw6w9kLF18u3xDTHz8bInAP9L2qBcdnN2_U6aBrBw/s400/Tauchu+Dging+copy.jpg)
Hanya dua malam saya di Perlis. Tok Su nampak gembira menerima kedatangan saya. Maklum juga, dia sendirian di sana. Hanya Mak Ngah dan Rina, nasib baik juga mereka kerap balik menjengah.
Satu insiden yang tak dapat saya lupa di malam awal puasa sewaktu di sana, rumah Tok Su dimasuki air hampir ke buku lali. Habis melimpah satu rumah!
Malang juga waktu itu kami (saya, MB dan KN) tiada di rumah kerana keluar minum-minum di salah sebuah restoran di Pekan Kangar. Hujan lebat amat. Terpaksa kami lepak lebih lama di situ.
Sebaik tiba, kelihatan Mak Ngah, Rina dan Tok Su sedang berhempas-pulas cuba untuk mengeluarkan air yang bertakung di dalam rumah. Terkejut juga, hmm... rasa kelakar pun ada- sebab esoknya sahur, dan kami ramai-ramai kena kerja keras malam ni sebab satu rumah dah digenangi air!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZau-GqVPgEn_9sUU7Hj5szGV-y4pblluLlxWK1nrqckdH5QzWll8ToYkBDZygac1n18h34Dd3CkY7Oi7qQS2xhz738bd0MQWQ1s9xY0waZMrHdYlavON0h6Gg3NnxM33iT7O17mMkgXA/s400/Banjir+copy+copy.jpg)
MB hantar saya ke lapangan terbang. Sedih juga nampaknya dia. Tambah lagi now MB plak cam nak demam. Saya pesan suruh makan ubat berkali-kali.
Tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota Bharu hampir ke jam 1 tengahari. Saya jalan-jalan dahulu di KB Mall sementara menunggu untuk ke Tanah Merah. Sempat masuk ke Watson's dan beli Oreo Cheese di Secret Recipe.
Tanah Merah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWawhePkaHzLSaAJWnUkZU3yycIOq00uSqhiQ-0RUEgymlu_t4q5AUQbKy9Gd0NJ8UTbIAnnZ17AeoV_L683Ra4jKolqZXpWe0G9c5XZx6kLahWMVhayMmUz542LoC6Cz4aVig76eccrQ/s400/Tanah+Merah+copy.jpg)
Bertolak lewat petang, awal pagi dah tiba di KL Sentral. Itupun kalau takde masalah banjir dan rail rosak lah.
Kebiasaannya, saya akan mengambil koc tempat tidur. Lebih selesa.
Namun masa berubah. Selain faktor menjimatkan masa, kos yang lebih murah (atau setara) juga memungkinkan saya untuk membuat pilihan menaiki penerbangan.
Pada yang tak tahu, jika bercadang nak ke Pulau Perhentian juga boleh singgah di sini. Tipsnya, ambil keretapi malam dari Kuala Lumpur dan anda akan tiba awal pagi di sini. Anda boleh bertanya kepada mana-mana pengusaha teksi di sini untuk ke jeti di Kuala Besut. Jaraknya tak jauh, hanya kira-kira tiga puluh lima minit dari Bandar Tanah Merah. Harganya pun murah. RM20-25 untuk satu teksi.
Selama 4 hari, 3 malam saya di sini. Bersama nenek dan keluarga tersayang, entahlah. Beri saya seribu satu macam rasa. Seperti yang saya nyatakan tadi, masa berubah. Tak banyak yang saya bisa buat di sini. Sementelah saya juga sudah terputus hubungan dengan kawan-kawan dan teman sekampung. Jika ada pun, ramai yang sudah bekerja atau masih belajar di luar. Adatnya, hampir ke Aidilfitri nanti, baru kampung kembali meriah.
Percaya atau tidak, saya dibesarkan dalam kelompok keluarga yang agak besar- sepupu-sepupu sahaja (dari satu generasi) sudah mampu membentuk satu pasukan bola. Rumah pun tak jauh, semua dalam satu kawasan. Faktor yang 'menyekat' kami dari bergaul dengan budak-budak kampung yang lain. Bila dah besar, semua dah ada komitmen sendiri, sunyilah jadinya.
Di hari ketiga (Khamis, 4hb.), saya usul semua saudara-mara (mana yang menetap di sini) datang berbuka di rumah nenek. Kasihan juga ada yang tinggal berdua, bertiga (anak-anak semua di Kuala Lumpur). Nak tunggu semua pulang lambat lagi, jadi elok juga kalau saya ajak now kan, at least mereka takderlah rasa sedih atau terkilan sangat. Berkumpul ramai-ramai ni seronok. Tambah lagi berbuka bersama.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTBj73HNPCra7jq_wenUjk9Ul4uKKbfGeNwraC8tDWLjsmifRaW_1Qzrvr8I_SczCtVC0kQF2vlbbnwZIhxOTcdQgJ44jMNltIU5avJQFCHjQ-opbBigiOrIWNvsJ-HVr1ESnfG-Uj9BE/s400/Pasar+Ramadhan+copy.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRjxDEsSYDnHwghhTOsU9ZF0paDbo9lQJ1vrwEnhrSa0XcIEPrX7szfLNXMkwqYGTTdp_who2e9J7cPr-OS8fjgorvvNHfKGYRCkKossom_afPTdv4OpvQQ-Z2yQMR3Gj0OZlm3iRd94s/s400/Pasar+Ramadhan2+copy.jpg)
Hidangan popular masyarakat Kelantan terutama waktu berbuka... tapi bubur lambuk? Oh, pertama kali saya melihatnya- di 'import' dari Kampung Baru lak tuh. Huhuhu...
Okay back to aktiviti hari ini, saya ikut my aunty ke pasar besar. Banyak juga yang kami beli. Nak tahu apa menu berbuka nanti? Nasi Kerabu Kuning. Hahaha... my kegemaran tuh!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjACczC5UHAGV7O3s2TDtaCC2jxCx82aisPWkWlmcDvME_ABOM3eoM4sKs8AYJ_kfsX0horHqldMl_LIgACZ6GoaKOo6opFZBRp1c0ooXPwfru02E0qISWDX7HmAbsMwjyVedLoYi0jbbA/s400/Nasi+Kerabu+copy.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFf5JjYpU0lK5ESI4gcRYnHcFYbkJYYBm6Dv3xHiUsew17Wje7kWowDKCgcaZrAQ7yj30HDgq9uWm6GBgzqEZmmVO9XTGiTBqgyNaD7SfwIzFG2J3SypxvXwr5dEKCJ1GIYWQuRLQi_ck/s400/nasi+kerabu+kuning+copy.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh98tDH3XlhvPD84uawsPkXj8bvlJWckDhe2VVE5irETLDAE7dW25-yBb6c3btoN_fGhS35GRcT4LLIrpm1CwtI9ktahLr0z2CJ7kGbXZ5cnnen4-HJDqmBC1ArwRuuYdtkQdW9_Jv6KD0/s400/Firefly.jpg)
bersambung...
5 comments:
ya laa... terpaksa aku nonton drama afdlin shauki malam tuh! k... next time kan!
pahtu gak lagu mano cik jah?
hidney,
calon isteri? hua hua huaa... klaka lah yu ni hid... kalau calon isteri, baik i cari for me dulu... baru pas kat yu... leh gitu? heh!
duta,
sowi... sowii... sowiii.... (ikut gaya rita rudaini dlm chenta!)
wk end ni maybe kawe turun KL lagi... insyallah leh buka sekali...
arep,
cik jah mano lak nih? dok kenal la weh... cik yam bakang umah pak semeon tu kenal la kawe... huhuhu...
K.
hej! kash...great that you have recovered...good to have a short break in your hometown...yeah, tanah merah have changed a little, first time went there in 2003...hope to visit bazar ramadhan again...;-)
danial,
wow... u pun org kelantan gak ke? hik!
yeayy... tanah merah dah banyak berubah... a lott!! huhuhu...
K.
Post a Comment