Monday, December 31, 2007

Tahun Baru - Kash & Impian

selasa
1 jan 2008
dari kiri : icky, saiful, alif, andre & me

malam pertama

sepanjang minggu lalu hati saya sudah tidak sabar-sabar. ada beberapa perkara yang menjadi agenda terakhir.

kuala lumpur.

ibarat titik yang maha berat buat saya. betapa berat untuk saya meninggalkan. kota yang telah menyimpul pelbagai cerita, suka-duka, pahit dan lara. kota yang juga membesar dan mematangkan saya.

mahu ke mana ya kashy? seorang teman menyapa. saya berteleku.

ah, tidak ke mana-mana. di Malaysia juga. tuntutan kerja. balas saya, enggan mahu bercerita.

kamu seriuskah? di sana mati- kosong dan tiada apa-apa.

KL happening. bisa kamu tinggalkan semuanya?

kawan, jika di pekan Oldenburg saya bisa hidup tanpa kamu, insyaallah- di mana-mana sahaja bumi Tuhan. dia maha merencana. tiap kita ada takdir dan rezeki yang telah ditentukan.

saya tetap sayang kamu. kawan takkan mati. jangan risau.

e-mail, nah yahoo-kan saja saya bila terdetik ya.

kashy, kamu masih bersungguh? sudah nekad?

ya, ya- dan ya! *ubah angin*

party andre.

me & wardy- feeling norman & JC (?)

hampir dua minggu saya mencari-cari. baju, apa mahu dipakai, ikut tema- duh mati. saban tahun ke zon di klcc. ah, AM
pula takde kali ni. siapa mahu diajak?

sam : jangan bimbang kashy, i ada. you kenal andre and the gang quite well juga kan?

yap! saya kenal andre. dia dan kawan-kawan. mereka ibarat 'abang-abang' saya.

selain sam, helmi paling rapat dengan saya sepanjang minggu lalu. saya berkira-kira mengajaknya.

mahu party? kita ke zon hujung minggu nanti.

tak banyak soal, helmi terima pelawaan saya.

meriah dan glamour. masing-masing sakan bergaya. ada yang ikut tema, ada yang berkilometer lari tajuk pun ada. hahaha!

saya?

dengan hanya mengenakan kemeja ungu dan berjeans (yang baru dibeli siangnya) saya jumpa helmi di lobi.

jom ke atas. dah lambat. gesa saya.

maaf, helmi. memang saya terlambat sebenarnya.

masuk ke apartment, saya terus cari andre.

sorry, sorry! what can i do?

you pegi aje usik-usik kamera ngan cam kat luar tu. pasni i nak suruh you ambil video waktu show.

saya tarik helmi. kami gegas ke luar.

jam hampir ke sembilan malam. jemputan mulai memenuhi ruangan. ada yang ke kaunter makanan, ada yang duduk-duduk, berkenalan.

hi, siapa nama? keje apa? tinggal mana?

saya masih snappy-snappy bersama helmi. seronok. pertama kali kami menolong andre membuat kerja-kerja merakam video dan gambar tetamu ni.

me & helmi

buat abang andre, thanks kerana menjemput. walaupun dah few party saya miss (ada hal dan sebagainya), beliau masih tak melupakan saya.

tahun baru.

di mana saya? haha! ramai bertanya.

kash tak keluar? sambut di mana?

dulu-dulu masih ingat. malam tahun baru, saya ke bukit bintang. seronok-seronok, sama kawan-kawan. lepak minum-minum, tonton konsert-

detik dua belas tengah malam, kami lompat-lompat. SELAMAT TAHUN BARU!!

tapi tahun ni? jeng.. jengg...

hanya bertemankan kak wan saya, kami ke starbucks di e-gate. entah kenapa hati saya sayu tiba-tiba bila terpandangkan jambatan pulau pinang. teringatkan yang ramai kawan-kawan saya menjemput ke party mereka di KL.

kash, datang ya! housewarming... sempena new year sekali. oh dan my convo- and birthday!

kash, jangan lupa. bbq new year nanti. datang tau!

tak kurang, yang jemput saya hingga ke PD.

-beach party.

saya kuatkan hati. kata-kata di 'welcome card' yang diberi kak wan siang tadi buat saya tabah.

the butterfly of freedom.

"why do you fly outside the box?"

"i fly outside the box because i can."

"but we KNOW the box. we are SAFE inside the box."

"that, my friend, is why i leave it. for you may be SAFE... but I AM FREE!".

saya habiskan caramel hot chocolate di tangan. hiruk-pikuk malam tahun baru di sini biasa-biasa sahaja. tak semeriah di KL. tapi takpe. malam pertama saya.

saya enjoy suasana santai begini. perkara yang sama saya buat sewaktu di Germany dulu. bercampur dengan orang-orang asing dan tidak dikenali. normal jika anda baru. beri saya tiga bulan di sini.

saya bertuah kerana di sini ada kak wan, dia banyak menyokong saya. biarpun sebuah keputusan yang berat dalam hidup saya, memilih untuk tinggal dan kerja di sini-

kenapa di sana? KL sudah kurang kerja kah?

seperti yang saya cakap di awal tadi- ubah angin. saya banyak belajar dari kuala lumpur. kecewa dan patah hati adalah antara punca kenapa saya memilih untuk datang ke sini. selain peluang, ya peluang. peluang yang saya kira susah untuk saya lepaskan. kualiti hidup. anda bisa hidup tenang di sini. percayalah.

hari lahir.

hahaha! saya hampir tua. januari ini usia saya bakal menginjak ke dua puluh enam. apa yang saya capai? entah lah. jika ditanya, saya masih belum perolehi apa-apa (untuk dibanggakan). dua-enam bukanlah angka yang kecil. jika sepupu-sepupu saya, ada yang dah bertunang dan berkahwin di usia ini, saya- bila lagi? soalan cepumas tiap kali pulang beraya atau ziarah saudara-mara di kampung.

tengok anak wan long tu, dah tunang pun. tak lama lagi kahwin. kamu tu, bila lagi?

cepat-cepat lah yer, mak su dah tak sabar nak tengok bakal anak saudara sorang lagi nih.

saya senyum saja. sudah lali diusik begitu.

stabilkan hidup, kukuhkan kewangan- beli kereta, beli rumah. impian saya, melancong ke tempat-tempat yang belum pernah saya lawati. yeah, selagi muda. itu antara perkara yang mahu saya buat. meskipun saya seorang yang simple, namun tiap manusia punya keinginan yang ingin dicapai (dengan hasil titik peluh sendiri.)

saya mahu kembali ke Germany. ya, sebuah negara yang amat saya rindui. universiti, kawan-kawan, suasana yang telah agak lama saya tinggalkan.

eh, bukan you nak settle down di bali ke? kak wan kembali mengingatkan saya.

hahaha... ya ya- itu cakap-cakap kami sewaktu makan-makan di jimbaran bay oktober lalu.

bali yang indah.

takpe, kaut pengalaman di sini dulu, then pergi ke Germany. dah kaya besok-besok, beli rumah then tinggal di bali. how's that?

angan-angan. tak salah menyimpan impian kan?

stabuxguy

5 comments:

Anonymous said...

Welcome to Northen side Malaysia Ma Friend...

stabuxguy said...

hi dafi, which dafi ni ya?

spa-Q or dafi AF? haks.. haks...

tq.. tq...

K.

Anonymous said...

Dafi SPA-Q.. Hahhahaha.. Mengada lah you..

stabuxguy said...

dafi spa-Q... i like... lalalala....

K.

عيديد said...

Usia cuma nobor dan ia bukanlah satu ukuran untuk mengira pencapaian seseorang. Yang penting terus usaha dan jgn putus asa. Gembira dalam hidup dan semoga impianmu menjadi kenyataan. Selamat Hari Lahir Kash

Salam Sayang,
Aidid

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...