Thursday, January 10, 2008

Jogging, Nasi Lemak dan....

khamis, 10 januari.
12.46 tgh

penat. habis sahaja jog di usm pagi tadi, suzana ajak saya dan rakan-rakan yang lain breakfast di tmn tun sardon.

"hah, what, puteri saadong?". tanya saya dengar tak dengar.

"banyak la hang. sardon! s.a.r.d.o.n." eja suzana.

"nasi lemak dia cun!". ujar suzana lagi penuh yakin. saya ikut saja. sementelah masih baru di sini.

"u guys cemana, ikut?".

"on saja!". balas afhzan dan shamir hampir serentak.

afhzan tumpang kereta saya. kami berempat pandu dua kereta dari usm ke tempat yang dimaksudkan.

memang happening. punya la ramai orang. ala pasar tani gitu. but actually it's a kawasan perumahan, ada flet, teres sekelilingnya. siap ada dewan orang ramai and deretan gerai melayu. kat hujung plak ada pasar basah. satu environment yang baru buat saya.

"hang nampak gerai yang ramai dok beratur tu? hah, pi la lekas...". saya pandang gerai yang ditunjuk suzana. mai aii... punyalah ramai orang yang beratur.

memang sedap agaknya nasi lemak dia...

"mesti cuba nih!", ujar saya dalam hati.

hampir sejam kami lepak-lepak di situ. nasi lemak, dua keping roti jala dan susu ais (my fav!)- memang jogging saya waste je pagi tuh. hahaha!

pertama kali kami berempat duduk berborak dan bertukar-tukar cerita. nama je satu ofis, tapi masing-masing sibuk dengan kerja. memang tak punya masa.

dari cerita family, background study, mana tinggal, berkalih ke hal-hal kerja- lepas satu-satu, cerita itu,ini- saya mula rasakan ada keserasian antara kami.

suzana- happening dan gila-gila orangnya. lulusan grafik komunikasi dr usm. kami sebaya dan banyak persamaan saya kira. minat seni, teater, mengagumi andy warhol. yeay, itu saya!

shamir- lulusan engineering dr utm, skudai.

"nape tak keje kat KL je, mir? better payment, prospek keje pun luas." itu soalan pertama saya sebaik awal kami jumpa di hari pertama.

"aku suka Penang. sini tak conjusted macam kat KL. sesak aku kalau keje sana."

logik. alasan yang sama kenapa saya pindah ke sini.

afhzan- lulusan kejuruteraan kimia. juga dr usm. orang kuat dan senior di ofis. dr hal admin, kewangan sampai la ke bahagian grafik- afhzan master. muda tapi

bercita-cita. saya suka gadis ini. tough, macam lelaki. eh, lasak. ya itu perkataan terbaik buatnya.

bukan calang-calang rupanya mereka ini. it's ok. di ofis kami sebumbung. janji masing-masing bisa toleransi. tak timbul soal siapa lebih hebat.

"mahu ke art school? bisa singgah di galeri?". offer suzana. saya pantas angguk.

jogging, nasi lemak- dan now ke art school pula. memang pagi tahun baru (maal hijrah) saya terisi kali ni.

dari padang besbol, daki bukit kecil dan pusing muzium. tak sampai lima kilometer. tapi dua pusingan cukup untuk saya. selebihnya hanya brisk walk sahaja.

apa, anda gelakkan saya? baik, saya cabar anda pusing satu usm... hahaha!

art school.

no wonder lah design-design yang suzana buat cantik. she's so creative and talented. saya kagum dengan apa yang diajar di sini. rasa teringin nak sambung belajar balik. mana tahu rezeki saya, boleh buat ______ ke pulak di sini. kak wan pun ada cakap. why not right?

"minat teater?". tanya suzana bersungguh. saya laju mengangguk.

"art movie juga. harus hayati dan fikir."

"cool. nanti i bawak you. kita ni sama ya!". suzana happy tengok saya. memang kami ada chemistry.

gosh, penang dah buat saya terhibur. jauh dari kota kuala lumpur, saya mula happy di sini. dari berjogging, nasi lemak, lepak pula di art school usm-

ahh, saya suka di sini!

stabuxguy.

No comments:

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...