Tuesday, December 4, 2007

Housewarming Party - Malam Glam Di Putramas

aduh, patut entry ni saya update awal-awal lagi. namun dek kekangan waktu, serta ketiadaan ruang untuk menulis, saya tangguhkan dulu. oh, "kak melrose", jangan marah ya! *sabar*
dan malam ini, setelah ditinggalkan seorang oleh si dia (?) ... (sambil pekena sotong kangkung- duh, pedass amat!) saya mula mengarang. ada wi-fi di sini, ya bagus. sama macam di Kuala Lumpur. boleh kalih situ sana sini katanya.

"K dah dapat sms abang? datang tau. bisa tolong-tolong nanti." pinta abang Nazri.

HOUSE WARMING PARTY
DEC 1ST 2007
8PM
BERKELEY PARK, SRI PUTRAMAS CONDO

saya perati alamat tertera dalam-dalam.

ah, tentu. ok, ok! set. laju saya menaip "reply" di handset.

namun saya selesa jadi "bibik" (helper) dari tetamu. tak perlu pakai glam-glam cukup sekadar apron sahaja.

psstt... satu rahsia saya yang anda harus tahu- P.E.M.A.L.U.

hahaha! mati la pemalu lite-lite katanya.

dari rumah, saya hanya mengambil cab ke rumah baru abang Nazri. tak jauh. sepuluh minit perjalanan lebih kurang. cadangnya abang Nazri datang mengambil saya, namun kasihankan dia yang dah stress ke hulu-ke hilir tu, saya pergi sendiri aja.

"it's ok, bang. saya amik cab aja. jumpa di rumah nanti ya!".

tertanya-tanya juga. di mana letak sri putramas ni? memang blur habis actually. apa saya tahu lokasinya di jalan kuching.

sampai aja- wah! pemandangannya, percayalah- anda akan terpegun beberapa saat!

saujana. buka luas-luas skala mata anda.

terasa di dek Titanic seketika (mulalah nak berangan. haha!)

ah, saya gemar pemandangan sebegini. ruang balkoni yang besar, bisa letak set taman mini, kerusi- menambahkan gah scenery-nya.

boleh juga cit-cat dan bersantai sama teman petang-petang.

hmm... nak layan perasaan sorang-sorang pun boleh.

yes, idea. macam-macam datang.

"dah lama di sini?". soal saya pada usop, teman serumah abang Nazri.

"lima bulan. lebih kurang."

mengapa saya tidak tahu? hampir dua bulan saya kembali dari Germany, baru pertama kali dijemput ke sini.

house warming party

"tak payah. semua dah ready. duduk diam-diam je." ujar usop senyum sebaik saya cuba menyibukkan diri. syazwan, teman lagi seorang ralit memerhati.

sebenarnya, saya tetamu terawal. ingatkan bisa tolong-tolong (apa yang patut). lilau sana-sini. segan juga. mata tertumpu pada sesuatu.

wah, deco rak ala x'mas paling menarik perhatian saya. kreatif.

"you stay mana? part of this house juga kah?".

syazwan geleng.

"i duduk di bukit jalil. datang bantu aja." antara dialog kami yang masih saya ingat. mujur ada syazwan. rajin juga dia layan saya berbual.

hampir jam tujuh malam. semuanya telah sedia. abang Nazri pun dah balik. berpeluh-pelai dia. rushing sana sini tadi katanya.

"dah beli ais... itu... ini...". nampak wajah dia kepenatan. hah, baru tau bukan senang nak organize party ni ya.

keseluruhannya, tema party malam itu memang menjadi. suasana "hambar" pada awalnya, bertukar kecoh dan meriah sebaik teman-teman abang Ezra dari kalangan bebudak MAS dan air asia datang. well, kalau dah ada bebudak crew nie kan, pegi la memana pun, memang happening dan gila-gila. nak tak nak, kena juga ikut perangai gila-gila diorang ni sikit-sikit. layan ajelah kata orang. habis malas pun, saya tumpang gelak.

makanan

perghh, banyak yang sedap sebenarnya. tahniah to abang Nazri dan kakitangan-nya. dari salad yang ala-ala crunchy tu (my fav!), hidangan sate (ayam & daging- both awesome!), rojak buah, sampai la ke spagetti serta nasi ayam- semua "1st class".

tak tumbuh, tak melata. memang kantoi diet saya malam itu. haha!

yang bestnye, malam itu juga saya dah berkenalan dengan seseorang (oh?).

bukan, bukan abang pramugara ya. haha! pasti adalah yang mula nak speku dan tertanya-tanya kan? opss! tak bleh nak dedah kat sini.

bahaya!

"dude, klu aje... pls?".

hahaha...

"siapa? bagitau aje lah!".

"dia "p" juga- ops, cukup."

"p-what?".

haks! cari sendiri-

okay, back to party malam tu (oooo nak lari ya!), "mr. i'm the lucky one" mestilah milik abang Ezra. apa taknya, ingatkan party malam tu is just house warming dan makan-makan biasa aje, rupa-rupanya awal-awal lagi abang Nazri dan teman-teman yang lain dah planning nak bikin suprised-party rupanya.

duh, apasal le tak inform saya awal-awal. birthday abang Ezra rupanya! *mati la saya datang tangan kosong... huhuhu...

dah la diraikan as a birthday boy (?) malam tu, dapat plak birthday present best-best. dan oh, paling best tentulah handphone N76 tu kan... dari yang tersayang katanya... bertuah kan.

apa-apapun adegan paling tak hengat malam tu for sure lah part korang kiss-kiss tu. sweet-lah!!

tahniah sekali lagi to my abang Ezra!! HAPPY BELATED BIRTHDAY TO YOUU...!! stay cun. hehehe... mwah! mwah! mwah!!

lewat juga saya balik malam tu. mujur lah encik P tadi yang murah hati nak tolong hantarkan saya. untung juga- kebetulan kami tinggal di apartment yang sama. cuma berlainan blok aje. itupun baru tahu. huhu...

"first time saya ke blok C hantar awak...".

oh, ye ke... (dalam hati) *kelu*

"nah, ini kad saya. nombornya kejap ya, abang tuliskan...". gulp! abang?

"nanti bisa keluar minum-minum ya." gulp!! kali kedua-

naik aje rumah saya peluk tasya dan haries, dua teman saya dari parit raja, johor.

"happy nampak. ada la tuh...". AM dah kerling-kerling saya. duh, malunya. dah jam dua pagi- ingat dah tidur.

"ya.. ya... dia tegur aku... bla.. bla... kasi kad... nomborr... nah!". saya layang-layang kad tu di depan haries dan tasya.

hahaha! over tak. alah, takat feeling lite-lite, tak salah kan... sesekali? hehehe...

happy, happy juga. tapi malam tu juga dah mengajar saya sesuatu.

kita harus bisa memilih. kadang juga harus belajar untuk melepaskan. saya bulat. jika si dia tak bisa membuat pilihan, saya rela untuk meninggalkan.

itu kata hati saya.

kalah atau mengalah. cuma dua pilihan yang saya ada.

hijrah saya adalah nawaitu utama sekarang.

hijrah?

ya, saya bakal berhijrah.

dude, ke mana? German lagikah?

adalah!

nanti dan tunggu aja ya.

stabuxguy

1 comment:

victoire said...

bapak best macam-macam ade untuk di makan.
tak sabar nak balik Malaysia nak ternak badan. hehe

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...