"Dulu, Kau Pernah Berjanji Pada Diriku
Untuk Menjaga Dan Menyayangiku
Itu Bererti Sampai Akhirnya
Kau Meninggalkanku..."
bila harus memilih. serasa saya dah pun memilih trek keenam dari album lama siti ini, transkripsi- anda masih ingat posting saya di catatankash?
dan hari ini lagu ini kembali menemani hari-hari saya. mengapa? saya suka! itu saja. mungkin juga ada kena-mengena. ya, mungkin. tapi cuma sedikit. tak perlu lah saya panjang-panjangkan ya.
ada yang bertanya, "beb, you dah beli ke album baru siti?".
jawapan saya tentu sekali tidak. hanya mendengar single pertama "ku mahu" dari siri popular spa-Q, tv3 (itupun di muat turun dari internet) dan another single, "mulanya cinta" (uh, saya suka kali pertama medengar lagu ini - terpukau seketika!)
*mulanya cinta - hasil tulisan adlin aman ramly, petikan dari muzikal p. ramlee yang dipentaskan di istana budaya baru-baru ini.
"beb, hujung minggu. buat apa? ceritalah!".
selain dari makan-makan di kelana jaya malam tadi, itu aje. nothing much la. saya sibuk kebelakangan ini. berkejar sana-sini (urusan kerja dan sebagainya). uh, sebut pasal makan-makan malam tadi, it was awesome. jika minggu lalu saya ke sri putramas di jalan kuching menyambut birthday abang ezra dan housewarming, kali ni pun birthday juga tapi lebih bersifat formal dan santai ala keluarga.
selamat panjang umur buat kak long yang bakal menyambut hari ulangtahun jumaat nanti. sengaja kami menyambut lebih awal kerana saya bakal "away" selama seminggu. nanti balik dah nak raya haji then sibuk dengan macam-macam perkara. pindah rumah, kerja baru etc.
menarik malam tadi, saya jadi tukang bakar (panggang) bbq. mengambil alih dari abang long, itulah kali pertama saya melakukan kerja-kerja memanggang bbq seorang diri. memang enjoy habis dan puas bila melihat tetamu semua menjamah hidangan bbq yang siap dibakar.
"cemana kak long, ok? cukup?".
"ok, ok- cukup. jangan hangus nooo...". haha! first batch tadi ala-ala horror jugak la. baru nak try-try kan. lelama okay la. tetiba saya rasa excited. pas ni dah boleh la buat bbq sendiri-sendiri kat rumah.
"api tu jaga-jaga. kasi bara lite-lite je. amik spray tu kalau dia banyak sangat." pesan abang long.
memang berguna tips tu. kalau di German dulu pernah juga cuba-cuba buat mini bbq sendiri di balkoni, tapi pakai elektrik la. tak cung. rasa fake sikit. tak original. heh.
paling saya ingat juga semalam, sesi bermain uno dengan bebudak. sebelum kalah, nasib baik kak wan datang menyergah.
"kanak-kanak, turun bawah nak potong birthday cake *ani!".
*pangilan kanak-kanak kat kak long.
yes selamat. hehehe...
"try pumpkin soup ni. kak long buat. cung tak?".
"letak kari tak?". seloroh saya samakan pumpkin di secret recipe.
"rumah kami takder serbuk kari. you nak pi beli and letak sendiri." haha! jangan tak percaya itu jawapan kak wan saya.
"sedap?".
"hmmm... macam pengat!".
"what!! macam pengat??". saya lihat muka kak wan dah berubah.
hahaha! itu cerita di rumah kak long. sebuah keluarga yang simple tapi happening.
selesai coffee, saya dikenalkan dengan cik sharah ibrahim, editor kumpulan majalah karangkraf. berbual dalam loghat utara (kak sharah rapat dengan family kak long), macam-macam yang kami bualkan.
"we all plan nak buat koleksi buku resepi. nanti i nak you tolong design cover." ujar kak wan serius. kak sharah senyum pandang saya.
"good opportunity tu. bagus untuk your portfolio." abang long cuba yakinkan saya.
dari topik buku resepi, kami alih ke cerita novel. teringat yang ramai meminta saya membukukan boy kl. cuba juga tanya-tanya kak sharah cara-cara nak publish dan apa kriteria sesebuah karya yang diperlukan. tak banyak, kena banyak buat research je. fakta even cerita fantasi sekalipun kena tepat.
yup, setuju. tapi untuk boy kl, ada ke pasaran? berapa kerat warga Malaysia yang dapat menerima serta membaca karya gelap macam tu? seterusnya saya pendamkan sahaja. biarlah boy kl hanya wujud di skrin maya aje. saya rasa si K sendiri pun selesa kalau ceritanya tak menjadi isu dan menjadi tatapan orang-orang yang benar-benar berminat sahaja.
*pada yang mahukan alamat urlnya, boleh la cuba-cuba e-mail atau ym saya ya! (",)
hampir jam tiga pagi saya tiba di rumah. sedar-sedar je, saya rasa tak sedap badan. mungkin sebab terkena asap banyak sangat, or mungkin sebab termakan bbq lamb semalam, mulut terasa mual dan pening-pening. rasa nak rebah pun ada. lupa yang saya memang allergic dengan lamb. tapi tak sangka pula sampai macam tu. masih ingat pertama kali saya mencuba, di secret recipe. anda pernah order lamb pie dari secret? makan bersama pumpkin soup. duh, enak. saya suka. sayangnya saya tidak mampu untuk menghabiskannya. cukup hanya semangkuk pumpkin dan segelas epal kasturi. itu dua menu wajib saya kalau ke secret.
sudahnya, seharian saya terbaring sahaja di rumah. lesu dan memang tak larat nak buat apa-apa. nasib baik ada armin yang bisa tengok-tengokkan saya. duh, sedih juga nanti saya bakal meninggalkan dia. armin baik, dari awal pindah ke sini dia begitu ambil berat tentang saya. takpe, nanti you pindah tuuttt... jugak kita stay sama lagi ya? haks.. haks...
sedih. tapi itu lah hakikat. dalam hidup kita kena banyak buat perubahan, buat sesuatu yang kita tak suka. berkorban dan melepaskan apa yang kita tak hendak. ikutkan saya tak mampu. tapi hati kena kuat. mesti jadi orang orang tabah.
payah benar memilih ni ya?
stabuxguy

No comments:
Post a Comment