Friday, December 21, 2007

Terima Kasih, Aidit!

jumaat
21 disember 2007


2005 - party di amadesa. masih ingat?

anda percaya pada kata-kata yang memberi kekuatan?

tulisan ini saya petik dari blog seorang sahabat.

"Hidup ini adil, disebalik kedukaaan ada kegembiraan. Dubai banyak mematangkan diri supaya lebih kuat, cekal dan sabar. Kehidupan di KL yang lebih happening dan ramai kawan, susahpun family ada and still kat tempat sendiri. Tetapi kenapa aku harus memilih terus disini. Bila harus harus memilih, Inilah jalan yang aku pilih. Aku bukan dilahirkan dengan intan belian atau ehsan tajaan sesiapa. Banyak yang aku belajar tentang kerja, cara hidup dan manusia. Pakej manusia dilahirkan berbeza. Ada di uji dengan kemewahan, rupa paras dan kesusahan. Jadi kenapa perlu kita bandingkan diri kita dengan orang lain...".

ya, benar. hanya dengan tulisan di blog, semudah kita baca-hayati dan faham- tak mustahil bisa kita kaitkan dengan kehidupan kita sehari-hari.

kata-kata yang ditulis aidit ini, sahabat saya yang kini tinggal di dubai, jauh meresap ke dasar hati saya. biarpun ringkas tapi bermakna. itu yang penting. luahan hatinya tulus. saya kenal dia. aidit biarpun agak gila-gila orangnya, namun dia juga serius dalam membuat sesuatu perkara.

aidit yang saya kenali seawal tahun 2004, jauh di perantaun, tuntutan kerja, antara pilihan sendiri dan niat untuk mengaut pengalaman di negara orang, aidit saya kira seorang yang tegar menyahut cabaran.

tak sia-sia saya menyuruhnya membangunkan blog sendiri dulu.

"nanti kau boleh tulis apa-apa yang berlaku di sana. bisa share sama aku dan teman-teman di Malaysia."

biarpun agak "liat" pada awalnya, aidit akhirnya akur dengan kata-kata saya.

"beb, bisa ubah layoutnya? kasi ala padang pasir ya. nanti kuupah jubah dari dubai."

aidit 2007 - sekarang

hahaha! saya tertawa. lucu aidit tidak berubah. permintaannya, biarpun sesibuk mana pun saya waktu itu, cuba juga saya penuhi, dan oh, bukan kerana upah jubah dubai ya. kerana kawan- dan dia teman saya! dan saya adalah antara fans-nya yang suka baca catatan di blog nya itu. wajib!

di usia menginjak ke 26 tahun, aidit berjaya memperoleh sesuatu yang jarang atau tak semua antara kita bisa mengecapinya. tuah manusia berbeza-beza. mana yang berani menyahut cabaran (biar dianggap gila sekalipun), pasti bisa meraih kejayaan.

ah, jika aidit boleh, saya juga. tak perlu cemburu, tapi saya api sebagai pembakar semangat. itulah yang saya katakan kekuatan.

terima kasih, aidit!

kita tinggalkan cerita aidit. (dengan harapan dia takkan melupakan saya.)

beberapa peristiwa terjadi di dalam hidup saya kebelakangan ini. ada yang bisa saya kongsi (dengan anda) dan sebahagiannya harus disimpan sebagai privasi sahaja. ah, di mana mahu mula ya? hmmm.

peristiwa satu.

ini rahsia besar sebenarnya. hahaha! jangan risau. akan saya war-warkan kepada anda bila sampai waktunya kelak. namun harus saya nyatakan di sini, ianya sebuah keputusan nekad yang saya buat selepas terbang ke Germany dulu. namun saya akan pastikan, keputusan yang saya buat kali ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. tapaknya sudah ada, cuma tinggal untuk memahat rumah sahaja. doakan saya. itu sahaja yang saya pinta.

peristiwa dua.

selain peristiwa satu, peristiwa dua ini juga bakal merubah hidup saya. sesuatu yang bakal saya raih dalam masa terdekat. saya dituduh mengambil risiko. tinggalkan kota besar, kawan-kawan dan segala apa yang saya ada di sini. sebuah pengorbanan yang memang saya rancang sebenarnya. tak mudah untuk kita membuat keputusan. sekali lagi kata-kata aidit menguatkan hati saya.

"Dubai banyak mematangkan diri supaya lebih kuat, cekal dan sabar. Kehidupan di KL yang lebih happening dan ramai kawan, susahpun family ada and still kat tempat sendiri. Tetapi kenapa aku harus memilih terus disini. Bila harus harus memilih, Inilah jalan yang aku pilih. Aku bukan dilahirkan dengan intan belian atau ehsan tajaan sesiapa. Banyak yang aku belajar tentang kerja, cara hidup dan manusia."

bezanya, saya dikira (masih) bertuah kerana sentiasa mempunyai orang-orang sekeliling yang masih menyokong dan memerhati- apa saya buat, mana saya pergi.

peristiwa tiga.

hati saya patah!

ya, pasti semua tertanya-tanya. dengan siapa? bila?

kash dipatahkan hatinya?

oh, anda tidak percaya?

it's ok. sememangnya saya seorang yang bijak menyimpan rahsia.

kash, you single?

ya! ya!

saya gelak, tertawa bila sering diajukan soalan yang serupa.

kash, please cerita!

mahu tahu?

mmm... dia-

saya kenal beberapa bulan dulu. namanya? biar saya gelar A sahaja. A begitu baik terhadap saya. malah lebih baik dari mana-mana lelaki yang pernah saya kenali sebelumnya. kami bermula dengan perasaan suka sama suka namun sebelum saya berangkat ke Germany, perasaan itu terhenti disebabkan kedua-dua kami tidak berani meluahkan isi hati sendiri.

sehinggalah saya pulang ke mari, dialah orang yang paling gembira.

"saya takkan lepaskan kamu. sudikah kamu keluar dengan saya?".

saya pantas setuju.

jujurnya, saya sendiri terkeliru. mati-mati saya ingatkan dia hetero-

date pertama kami di rahsia cafe.

"i suka you. sudi?". seringkas itu, hati saya dengan rasminya menjadi milik A.

namun, menerima A bukanlah seindah yang saya gambarkan. serba-serbinya harus dirahsiakan.

keluarga, kerjaya.

dua alasan popular buat mereka yang kononnya discreet.

"dear, i ada something important nak bagitau you. i harap you boleh terima dengan hati yang terbuka...". A seakan berat memberitahu.

ah, apa lagi ni. tak cukup lagi ke everything nak berahsia?

"yes, bagitau aje la...". saya tarik nafas dalam-dalam. bersedia.

itu cerita beberapa minggu yang lalu. A yang saya anggap baik sebenarnya menikam hati saya.

"kami dah tujuh tahun bersama. dan i tak mampu tinggalkan dia... maafkan i...".

anda faham sekarang bukan?

saya tak percaya pada peluang kedua. lebih-lebih lagi dalam soal cinta.

sekali terkena- ah, cukup-cukuplah.

jujurnya saya masih tak bisa melupakan dia. seperti yang saya katakan tadi, A terlalu baik. he's different. lain dari yang lain.

"i takkan biarkan seekor nyamuk pun datang dan gigit you..".

saya tergelak. masakan?

"maafkan i. harap you akan tetap menyimpan cerita kita...".

"don't worry. cerita you selamat. anggap sahaja kita tak pernah kenal...". dalam kepala dah plan macam-macam untuk survive.

tukar kerja, pindah rumah, tukar nombor.. bla.. bla...

itulah kebiasaan yang akan saya lakukan.

ah, cinta. memang untuk melupakan itu sakit bukan?

stabuxguy

2 comments:

عيديد said...

Hey budak cute,
kenapa comment aku kat ko tak kuar?
Apapun thank you very the very much pasal tribute kat aku. hhehe kena bayar royalti ni.
Life is good Kash.
congratulation for your new job and work hard and make your parent proud of you.
Kenapa gambar tu ko nampak kurus? padahal masa tu zaman kegemokkan kau kan. heheheh larik

Anonymous said...

salam...

saje singgah kat blog ni... best jugak bace...hilang jugak kebosanan aku kat libya ni.....takde ape keje nak buat...hari2 melepak kat office....

kat germany study ape?

suke tgk gambar kat blog ni....

hope to be ur friend....

thanks sebab rajin menulis dlm blog...hehehe

salam

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...