Selasa
18 Disember 2007
18 Disember 2007
tambahan. sekadar meriahkan ruang.
ya, pada yang (mungkin) perasan, ada saya tambahkan "kotak lagu" pada tepi kanan (lihat bawah sedikit) di laman ini. selain saya, boleh juga buat menemankan anda di kala mahukan sedikit hiburan (atau mengubat sepi mungkin?).
butterfly (melly feat. andhika), ketahuan (matta), melawan kesepian (datuk siti), tinggalkan aku (anuar zain). antara beberapa lagu yang saya muatkan.
lagu-lagunya akan saya update dari semasa ke semasa. asalkan baru dan 'kena' pada halwa telinga saya- jadi teruskan singgah di sini wokeh. :)
oh, ya. album siti-HADIAH DARIPADA HATI. susah untuk saya nyatakan di sini. album bagus, cover cantik, lawa (siti as usual la, anggun!). cuma mungkin kena dengar berkali-kali. berlainan dengan konsep Transkripsi, entah mengapa semacam ada perisa yang kurang dalam edisi kali ini.
pengalaman ini pernah saya lalui sewaktu membeli Safa dan Adiwarna beberapa tahun dahulu. namun jika anda benar-benar fans yang setia, usah gusar untuk mendapatkan album ini di pasaran. berbaloi, cuma seperti yang saya katakan tadi, anda harus dengar berkali-kali.
favourite track saya seharusnya "Mulanya Cinta" - lagu yang saya tunggu-tunggu sejak Muzikal P. Ramlee - trek yang membuai dan senang-dengar ini ternyata mudah memikat hati saya. entah mengapa (kadang-kala) saya rasakan lagu ini seperti dinyanyikan oleh salamiah hassan pula. lucu tapi benar. mungkin cara sebutan siti dan susunan muzik barangkali.
pilihan kedua saya adalah lagu "Melawan Kesepian".
mengapa?
ya, pada yang meneka. saya suka liriknya. terima kasih ya, Pongky!
"Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku..."
seakan mengena dengan rencah hidup saya ketika ini.
"Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata yang tertahan
Waktunya tuk di jatuhkan."
ini lirik kekuatan.
moga saya tabah. ya, saya tahu saya kuat. "berjalan tanpa henti...".
Hati.
jujur saya katakan ini adalah antara trek yang saya tunggu-tunggu dari album ini. biarpun filemnya kurang menarik perhatian saya (Hati Malaya : 1957) namun melodi yang kuat dan ala-siti ini memang mudah menangkap halwa. teringat zaman-zaman "Azimat Cinta" dan "Seribu Kemanisan". siti perlu banyakkan atau buat balik lagu-lagu sebegini. mungkin jika liriknya bukan bersoal kenegaraan pasti "Hati" adalah sebuah hits yang bisa mengembalikan zaman tersohor siti.
Ku Mahu.
dah sebulan saya letak "Ku Mahu" sebagai nada dering di handphone (mati la muat-turun!). rancak. memang rancak. sebuah single dari drama tv Spa Q yang tengah panas di TV3. lagu ini juga juga tak terlepas dari dimainkan di la queen. ops! bila saya pergi? shhh...
kecewa juga kerana saya mendengar saja "Ku Mahu", saya harapkan Hadiah Daripada Hati adalah sebuah material yang pastinya boom dan paling tidak pun setaraf dengan Lelaki Ini - Anuar Zain. sama seperti saya katakan di awal tadi, anda kena dengar banyak kali.
"Ku Mahu" mungkin penyelamat album ini. fans harus berterima kasih kepada audi mok. tak sama "Tak Ada Logika" mahukan "Caramu". "Ku Mahu" lahir dengan pakej dan auranya yang tersendiri.
lain-lain lagu?
pada saya biasa-biasa saja. "Cintamu" - lagu untuk datuk K, "Tanpa Kalian" - lagu untuk fans (lebih sedap "Seindah Biasa" saya kira), "Biarkan" - trek ala zaman-zaman Safa, "Wanita" - kadang macam best, kadang biasa, "Sutramaya" - juga biasa pada saya (dengar sekali, cukup!), "Sekian Lama" - sekian, terima kasih!
stabuxguy - enjoy sangat dengar album terbaru Britney esp "Cold As Fire". catchy!
2 comments:
wow. thanks for the review. :)
nampaknya terpaksa sabar menanti orang poskan album tu ke scotland. taknak la dengar thru online. nanti kurang feel. hehehe.
for now, dengar album anuar zain je dulu.
I miss malaysia's music. Walaupun aku suka kutuk siti gemokla, baju hodohlah tapi hakikatnya dia memang best dan lagu lagunya tak mengecewakan. Ingat kash, manusia tidak dilahirkan pakej.
Nak CD Siti pls...
Post a Comment