Wednesday, October 3, 2007

Apa Khabar, Malaysia?

Salam Malaysia... Salam buat semuanya. Apa khabar, apa khabar dan apa khabarr!

Saat catatan ini ditulis saya telah pun selamat berada di Malaysia sebenarnya. Sebuah negara yang aman, damai dan tanpa prejudis. Negara hujan batu yang saya sayang dan kagum.

Pengalaman 'sedetik' di rantau orang buat saya buka mata luas-luas.

Pada yang bertanya tentang Berlin, "Kashy, takder sambungan?".

"Lain-lain update- malas ya?".

"Tiada masa." Ringkas saja jawapan saya.

Ya! Masa begitu cemburukan saya.

Saya tiba tepat jam 12 tengahari (waktu Malaysia). AM awal-awal dah tunggu saya di KLIA. Sanggup ambil cuti katanya. Terima kasih daun keladi. AM saya- sayang juga dia ya. Hik!

Balik rumah, lepak-lepak, sembang- saya terlelap. Jet lag agaknya. Sedar-sedar AM dah kejutkan saya. "Bangun, kita ke pasar Ramadhan."

Saya bingkas. pasar Ramadhan. Perkara pertama yang saya terbayang nak buat jika kembali ke Malaysia.

Memula ingat nak cuci muka je tapi alang-alang dah masuk bathroom, hmm... baik mandi terus. Dah 2 hari tak mandi ok. Bau-la! Huhuhu...

Kami ke pasar Ramadhan berhampiran di Bandar Permaisuri. Kecik je tempatnya, okay la sebab takde nak beli apa sangat pun just tengok-tengok je. Habis beli, kami ke sebuah pasaraya berdekatan. Tempat favourite kami kalau nak beli barang-barang dapur. Murah dan yang penting semuanya ada kat sini.

Balik rumah, jam dah hampir ke 6.30 petang. Lagi few minutes nak berbuka. Sabarr...

Apa kami beli tadi?

Hahaha... nasi kerabu (my fav!), ulam, air tebu dan sedikit kuih (tepung pelita- pun my fav juga!- yang dah cair gitu). Memang kan kalau dah nama Pasar Ramadhan, semua nak jadi peniaga segera. Buat kuih or masak nasi pun ala-ala. Tak puas hati betul tapi what to do. Inilah Malaysia. Sebuah negara yang indah dan tanpa prejudis.

"Nak beli baju Melayu tak?".

Teruja sekejap. "Tentu. Kat mana?".

"Jusco. Kita ke Wangsa Maju."

"Okay, set!".

Tak tunggu lama saya angguk je.

Hampir 4 tahun saya tak pernah membeli (apatah lagi membuat) baju raya. Offer AM nak pegi beli baju Melayu tadi cam 'disorongkan bantal' je. Tak kisah la mahal or murah, janji merasa jugak ada baju raya tahun ni. Kui kui kui...

Pilih punya pilih, terbeli juga sepasang. Cukuplah. Bukan pakai hari-hari pun. Cukup syarat je.

"Okay, adik pegi bayar dulu, nanti datang bawak resit akak kasi percuma butang baju."

Macam kelakar tak bunyik?

Ada 2 benda yang best kat sini. Satu, akak tu panggil saya 'adik'. Nampak sangat saya ni masih muda la kan... Ops!

Kedua... dia cakap, 'akak kasi percuma butang baju'. Hehehe... kelakar sangat rasa promosi tuh. Macam beli susu or ubat gigi pulak. Percuma pinggan mangkuk katanya.

Sekali lagi antara sebab saya suka Malaysia. Hahaha!

Balik rumah saya makan lagi. Sambil borak2 dengan AM. Lama tak lepak-lepak macam ni. Gosip, si polan A ke si polan B- macam-macam!

Happy actually dapat kembali dan menghirup udara Malaysia.

Udara dan tanah yang membesar dan memberi saya tempat untuk berpijak.

Satu persoalan bermain di fikiran saya kini.

"Kash, kembali ke Germany?".

Saya terdiam sendiri.

stabuxguy a.k.a. budak kopi

No comments:

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...