seorang teman telah meminta saya melawat ke laman blognya (klik sini). arif, teman senegeri yang saya kenali beberapa tahun dulu (kini berkerja dan sukses di tawau).
"lihatlah gambar-gambar i kan sipadan. cantik!".
ya, cantik. betapa saya juga kepingin untuk ke sana. dari tahun lalu sebenarnya arif mengajak saya namun selain kekangan masa, faktor kerja dan beberapa alasan lain membantutkan keinginan saya.
tak dapat pergi sipadan, lihat gambar-gambar pun jadi. saya minta sekeping (versi hi-res) untuk dijadikan desktop wallpaper. sementelah saya ni kan suka berjalan. terima kasih ya arif!
sambil mendengar breathless (klik untuk lirik) dari nyanyian shayne ward (antara single kegemaran saya sejak akhir-akhir ini) berkali-kali (yang di-loop tanpa henti) di laptop, saya melayan menghabiskan kerja-kerja mengedit video dan penulisan. memang minggu yang penuh angan-angan. berkhayal dan memenuhi fantasi diri sendiri. hahaha! mati la fantasi katanya...
bermula dari garapan LOVE (klik untuk ulasan) tempohari, sisa-sisa di Kuala Lumpur saya habiskan dengan berat hati. namun Penang masih menjanjikan tempat buat saya. di sini saya kembali meneruskan sebuah episod kehidupan (yang baru bermula sebenarnya.)
banyak sebenarnya aktiviti (dan kehidupan yang indah-indah) ada di sini. pantai-pantainya (yang paling saya suka!), bisa mengimbau kenangan-kenangan lama, saat-saat berduka- park aje kereta dan bermimpilah, hayati sunset sepuas-puasnya!
*terapi terbaik untuk hilangkan stress anda (pada yang suka garang-garang tu- cubalah!)
saya juga baru mahu mengatur hidup sebenarnya. tak ramai yang saya kenali di sini. bisa dibilang dengan jari. selain teman serumah (kami cuma tinggal berdua), hanya beberapa orang kenalan dari tempat kerja. itu sahaja.
berbanding di Kuala Lumpur, berkawan tak cukup tanah (bak kata kak wan saya). namun saya okay. ya, Penang such a lovely place. tak mahu agar hari-hari saya dibiarkan berlalu penuh kebosanan, dari aktiviti senaman (di gym) hinggalah jogging pagi-petang di kawasan universiti- biarpun sendiri.
dua minggu lalu saya sempat YM dengan arif.
"i di Penang now. mahu jumpa?".
"oh, bila sampai? stay mana?".
"tempat eidie. USM."
eidie?
"eidie. eidie britt!".
saya geleng kepala. memang agak lama saya tidak berhubung dengan eidie. sejak meninggalkan karangkraf, eidie sepi dan kami masing-masing membawa haluan sendiri.
kata arif, dah hampir lima bulan eidie di sini. saya hampir tergelak. masakan tidak, hari-hari dok ulang-alik dalam USM tapi tak tahu yang eidie sudah pindah ke mari.
"sambung study katanya."
good for him, then.
"dan you, apa you buat kat sini?".
"transit. i dari kota bharu. mahu ke KL tengok konsert celine. saja singgah nak jumpa you guys. later baru balik tawau."
wow. terkedu saya. demi celine dion katanya.
dan, minggu lalu outing pertama kami. lepak noodle station kat egate- makan-makan, borak2. dah lama tak jumpa kan.
hati saya lega bila dah ada eidie. sekurang-kurangnya, selain kak wan saya, ada juga mereka yang saya kenal dan rapat di sini.
"arif, you ada gambar kami?".
"ada, tapi satu je la. my camera, mestilah pic i paling banyak!". hahaha!
itu cerita dua minggu lalu. saya catit kemas-kemas dalam diari.
oh, anda suka cupcakes?
jujurnya saya bukanlah kalangan cuppies-fans. percaya atau tidak, kali pertama saya mencuba cupcakes ialah sewaktu birthday AM saya februari lalu. order dari internet katanya. ada la dalam empat-lima kotak.
sedapp!
saya teruja. ah, mahu dapat lagi. tapi di mana ya?
"i pandai buat. you nak?". tiba-tiba karl, seorang lagi teman saya menawar diri.
"you serious?".
"nanti i bawakkan untuk you. sekotak cukup?". hahaha! over tau. macam perli pula.
memang sedap cupcakes yang si karl buat. pandai dia.
"i dah buat bussiness pun actually. dah few months dah. tetiba rasa tergerak, pergi kelas bla.. bla...".
laaa... no wonder la. senyap-senyap aje rupanya. bagus si karl ni. tak sangka, selain fesyen dan modelling, now dah jadi tauke cupcakes pula.
"so boleh la i order ngan you selalu ya pas ni?". hehehe...
itulah adalah antara cerita teman-teman saya.
arif, eidie dan karl. antara kawan gila-gila saya.
rindunya kat kalian.
stabuxguy.

2 comments:
sedapnya dan cantik skalis cup cakes.. order by post boleh ke? kang x pasal2 hancur..
xoxo
cantik... nak pi lah ...
cupcake hmmm.... over tau karl kimora hilton tue
Post a Comment