Wednesday, November 7, 2007

Bali : Cintaku Tertinggal Di Ubud Bhgn. 2

"Akak, jom mandi. I'll wait you kat pool. Nanti can breakfast terus."
Hari ketiga di Bali, pagi di Ubud masih meriangkan saya. Awal-awal lagi bersiap bangun dan menghirup udara tepi sawah yang nyaman. Baru saya sedar kenapa Kak Wan saya begitu sukakan "haruman" di kawasan ini. Ia begitu mengingatkan saya zaman kecil-kecil di kampung. Begitu tradisi.

Saya sukakan suasana di sini. Aman dan tenang. Jika diberi pilihan, mahu saja saya terus menetap di sini. Bebas tanpa masalah.

Kami mandi-manda sebaik Kak Wan saya datang. Sempat juga memberitahu pelayan cafe yang ramah agar menghantar breakfast ke pool. Ah, tak dapat saya bayangkan momen ini. Di sebuah tempat yang eksotik- dan anda bersarapan di tepi sawah padi (Oh, tuan-tuan, percayalah, suasananya lain dari yang lain!).

Tak tergambar!

"Ok, ke mana kita hari ini?".

"Ubud-lah. Kata nak shopping kan. Petang nak check-out dah."

"Ok."

Sebaik menempah shuttle a.k.a. kijang (perkhidmatan percuma yang disediakan pihak hotel) ke Pekan Ubud, kami pulang ke bilik untuk bersiap-siap.

Ubud Lagi.

Hari ini kami terus ke pasar. Jika dulu saya cuma lihat-lihat di luar sahaja, kali ini saya ambil kesempatan untuk meninjau keseluruhan Pasar Ubud. Tak jauh beza dari pasar-pasar basah dan kraftangan yang ada di Malaysia. Bezanya cuma jenis dan rupa barangannya sahaja.

Tak banyak yang saya beli. Bukan termasuk dalam agenda saya untuk membeli-belah- cukup sekadar dua helai seluar pendek untuk dipakai di Kuta nanti.

"Take this. It suits you. I like." Saran saya sambil menghulur sehelai "dress" pantai berwarna hijau kepada Kak Wan. Dia pantas mencuba. Tak fikir panjang, terus beli.

"Good choice!". Dia nampak tersenyum girang.

Jam hampir menunjukkan ke pukul satu tengahari. Kami ke pintu masuk untuk menunggu "kijang" atau shuttle. Hampir setengah jam dan kelihatan Kak Wan saya telah pun resah.

"Sabar. Mereka ada hal agaknya." Tenang saya.

Memang kijang kami agak terlewat hari itu. Ada hal katanya. Kasihan Kak Wan saya, tak habis-habis dia merungut. Panas!

Sampai aje di hotel, kami langsung ke cafe untuk makan tengahari. Lapar pak!

"You dah pack barang kan? Order je apa-apa, biar i balik ke bilik dulu. Later i join."

"Ok!".

"Ya, mas, ini sosnya yang dipesan semalam. Nanti bayarnya di kaunter ya!". Hampir terlupa saya tentang dua botol sos tomato "home-made" yang diminta semalam. Rasanya memang sedap dan tak sama dengan sos-sos tomato yang dijual di pasaraya.

Kak Wan saya muncul sebaik hidangan tiba- dan kami (seperti biasa) makan dengan penuh berselera.

Makan tengahari terakhir di Ubud.

"Awesome kan!".

Ah, jujurnya makan-makan di sini memang the best. Dari nasi padang di hari pertama, breakfast kedua-dua hari (nasi goreng Bali dan american breakfast), makan malam, makan tengahari, sememangnya Taman Harum Cottages memberi saya pandangan baru tentang makanan. Saya lebih-lebih lagi sementelah hampir tiga bulan hanya mengadap cheese dan roti sahaja.

Jika Kak Wan mereng makan nasi hari-hari, saya pula separuh gila di German mengadap makanan ruji Eropah. Percaya atau tidak, itu antara sebab mengapa saya berfikir dua kali untuk kembali ke sana. Benar, tak tipu.

"Ya, mas, buk! Kijangnya udah ready. Bisa tolak sekarang." Selesai makan, kami mengatur langkah ke kijang yang telah sedia menunggu di parkir. Sempat saya dan Kak Wan snappy-snappy seketika.

Berat rasa nak tinggalkan THC ini.

"Kami pasti kembali lagi!", ujar KaK Wan berkali-kali. Dia happy, saya pun happy.

Seterusnya, perjalanan ke Kuta. Dari Ubud, sama seperti kedatangan kami di hari pertama dulu, juga memakan masa selama hampir tiga jam. Kak Wan saya tertidur kepenatan (dan kekenyangan). Sekali lagi saya ambil kesempatan untuk berbual-bual dengan supir kami. Dari sejarah dan kehidupan di Bali, tersasar juga dia bercerita tentang kedaifan masyarakat di sini. Itu hakikat. Ibarat kais pagi, makan pagi sebenarnya. Tiap senyuman di wajah mereka ada nilai dan kepahitan yang tersorok. Pelancong adalah rezeki. Harus ditatang bagai minyak yang penuh.

Kuta.



Kami check in di Melasti. Hotel yang sama di waktu kali pertama saya ke sini dulu bersama AM dan Kak Bai. Terletak hanya kira-kira sepelaung sahaja dari Pusat Beli-Belah Discovery dan Matahari, anda juga bisa akses ke pantai. Hanya berjalan kaki, beberapa minit sahaja (perkara pertama yang saya buat sebaik jejak ke sini). Namun Kuta yang lebih terkenal dengan kawasan tumpuan pelancong dan pusat beli-belah ini tidak begitu menarik minat saya. Saya lebih sukakan Ubud yang aman, tenteram. Jika diberi pilihan, mahu sahaja saya kembali ke THC.

"Takpa, next time kita pi lagi, ok?". Pujuk Kak Wan saya.

Jujurnya, mahu sahaja saya matikan catatan kali ini di sini sahaja. Memang tiada apa yang menarik lagi untuk saya tulis. Tentang Kuta? Biasa-biasa sahaja. Panorama yang bisa anda lihat di Chenang, Langkawi mahupun di PD. Kesesakan di mana-mana. Pada yang enjoy berlibur sambil shopping-shopping, nah Kuta barangkali bisa memberi anda satu pengalaman istimewa.

Namun ada beberapa perkara (atau tempat) yang bisa saya kongsi dengan anda. Sesuatu yang saya saran anda jangan lepaskan.

Pertama-

Jimbaran Bay. Kawasan pantai di mana terdapat beberapa deretan restoran makanan laut terbaik. Untuk ke sini, hanya maklumkan kepada pihak hotel (bergantung kepada di mana anda menginap) atau pun supir anda. Kebiasaannya pihak hotel di Bali mahupun supir di sini mempunya "share" atau perkongsian untuk membawa pelancong ke setiap restoran.

Kami menghabiskan malam pertama di sini, menikmati beberapa jenis hidangan makanan laut kegemaran, sambil menghirup udara malam di pantai Jimbaran. Suasananya indah- bunyi ombak, dari jauh deretan lampu-lampu di panjang pantai. Dan setiap minit juga anda pasti akan ternampak kerlipan pesawat yang baru tiba dari segenap pelusuk dunia. Menarik bukan? Sesuatu yang jarang anda bisa lakukan.

Hampir sebelas malam kami kembali ke Melasti. Saya terbaring kepenatan. Borak-borak di bilik sama Kak Wan.

Masih ada rancangan menarik untuk esok?

Tentu!

Tanah Lot menanti kedatangan saya dan Kak Wan.

Tanah Lot.

Awal-awal lagi Kak Wan dah beritahu supir kami, Pak Kris, "Nanti malam pulang dari Tanah Lot, mahu ke Jimbaran lagi."

Hahaha! Begitulah excitednya Kak Wan.

Takpe, kita tinggalkan dulu cerita Jimbaran. Kita tengok apa yang ada di Tanah Lot.

Dude, tunggu. Kenapa Tanah Lot? Tanah Berlot? Atau tanah se-lot?

Hahaha! Saya lebih suka memilih "tanah se-lot". Benar!

Kata Kak Wan saya, mungkin disebabkan kedudukan "pura" atau candi (kuil) di atas batu yang terletak di pesisir pantai membuatkan orang menggelarkan tempat ini Tanah Lot.

Unik! Sama seperti pura dan kecak di Uluwatu, pemandangan di sini juga amat mengagumkan saya lebih-lebih apabila senja menjelma. Buat saya ralit dan berkali-kali memuji keagungan Tuhan seketika. Betapa saya diberi kesempatan untuk melihat segala keindahan dan kekuasaan ini.

Bagi anda yang merancang ke Bali, sekali lagi- Tanah Lot adalah antara destinasi yang harus dikunjungi. Noted!

Oh, ada satu peristiwa lucu yang berlaku di sini. Kami ke tingkat atas (di mana terdapat gerai dan jualan makanan), duduk-duduk, order food (konon-konon dan layan feeling-feeling tengok senja dari sini).

Tiba-tiba.

"Akak, nampak tak, Misha Omar-lah!".

"Mana? You sure?".

"Ya, sure. Tu, sana. Meja hujung sana tu." Ujar saya penuh yakin.

Memang dari hujung rambut ke hujung kaki, wanita berkenaan nampak seratus-peratus Misha Omar, penyanyi popular dari Malaysia.

Yang lawaknya, dalam kepala saya dah plan macam-macam ayat nak pegi tegur (even Kak Wan saya menegah).

"Okay, i buat-buat nak pegi tangkap gambar view. Lepas tu i tegur lah dia kay?".

"You pegi lah, i cabut." Selamba Kak Wan saya berkata.

Dengan separuh berani (ye lah, takut silap orang kan), saya bangkit ke meja berhampiran.

"Hai, Misha Omar! I orang kampung you...".

Opss, belm lagi. Itu ayat plan-plan je dulu...

Jalan, jalan... alamak!! Bukanlah, bukan Misha tapi pelanduk dua serupa!! Malu saya!!

Takpe, dude.. buat-buat je tangkap gambar. Snap! Snapp!!

Habis aje terus saya "lari" ke tempat duduk. Kak Wan punyalah gelak lebih-lebih lagi bila saya cerita pasal my ayat-ayat yang saya nak cakap tadi kat "Misha" tu.

Very the malu kalau saya tegur tadi... haiyoo!

Habis senja di Tanah Lot, kami gegas mendapatkan Pak Kris.

On the way tu Kak Wan saya masih tak henti-henti gelakkan saya. Hampeh! Misha Omar pelesu rupanya...

"Jimbaran ya, laparr!". Ujar kami tak sabar-sabar.

Dan sekali lagi kami jejak ke sini- ke Pantai Jimbaran. Dan berbanding semalam, hidangan malam ini agak berbeza. Simple tapi sedap. awal-awal lagi Pak Kris dah janji akan bawa kami ke restoran yang bagus. Ah, tak kisahlah. Bagi saya semua ok, mana-mana aja sama. Janji dapat makan dengan relaks sambil menghirup bayu laut.

Sama seperti malam tadi, kami pulang kira-kira jam sebelas malam. Sampai di Melasti, Kak Wan saya ajak lepak seketika menikmati live band di cafe hotel. Teringat yang kami ramai-ramai dulu lepak-lepak di situ, sambil menari-nari (dan menyanyi!).

"Dan untuk lagu seterusnya, kami menjemput saudara dari Malaysia untuk menyampaikan sebuah lagu, dipersila...". Saya tergamam. Biar betul. Semua mata dan menumpu ke arah meja kami. Sah-sah mamat yang jadi penyanyi kat atas stage tu masih ingat Kak Wan saya, yelah "cik puan peramah" katanya, sapa pun boleh ingat.

"Go, pegi la, mereka dah panggil you tuh. Nyanyi je!". Takde pilihan. Nak tak nak saya naik juga stage. Takpe, bukan pertama kali. Dulu pun terkena jugak.

"Lagu apa?".

"Err, Menghitung Hari, Kris Dayanti." Yes, percaya atau tidak saya bawakan ikut versi Siti Nurhaliza. Dan bukan satu lagu aje malam tu, tapi tiga- Pilihlah Aku dan Cindai. Over tak? Hahaha!

Malam yang best!

Hari terakhir.

Tak banyak aktiviti kami hari ini. Shopping aje la- dari cd lagu-lagu Bali hinggalah ke buku, t-shirt dan pelbagai barangan cenderamata, makanan. Oh, Kak Wan saya juga beli curut.

"Untuk bapak!". Selamba dia menjawab.

Saya ambil kesempatan untuk jalan-jalan di sepanjang pantai Kuta, dari Discovery hinggalah ke hujung McDonalds berhampiran Hard Rock Hotel. Memang best kali ini sebab saya rasa betul-betul free. Tak mustahil jika untuk trip seterusnya saya biasa berjalan seorang diri sahaja. Mengenali Bali dengan lebih dekat.

Ingat lagi saya cerita pasal nasi Butinuk di hari pertama? Balik ke Kuta, saya sempat ke Butinuk sekali lagi. Nasib kami baik kali ni, tak ramai orang dan kami dapat seat yang cung. Cuma agak upset juga sikit sebab food dia dah tak berapa sedap. Tak tau di mana kurangnya tapi "Es Teler"-nya tetap memikat selera. Saya tak pasti ada tidak di Malaysia, tapi ABC yang dicampur isi nangka, kelapa dan avacado ini memang istimewa.

Hampir ke jam lima petang. Saya dan Kak Wan balik ke hotel untuk bersiap-siap. Jam enam petang dah kena check in di airport. Flight kami akan bertolak sekitar jam 8.45 malam.

Jujurnya, ya sekali lagi saya gembira. Gembira kerana percutian ke Bali kali ini benar-benar memberi saya peluang untuk mengenali Bali dengan lebih dekat lagi. Suatu pengalaman yang amat berharga saya kira. Sama seperti di Germany, sesuatu yang tak bisa saya kutip hari-hari.

Tak semua orang punya peluang yang sama bukan?

Bali, oh Bali. Dan sedar atau tidak, cinta saya tertinggal di Ubud rupanya.

No comments:

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...