Friday, November 2, 2007

Bali : Cintaku Tertinggal Di Ubud Bhgn. 1

Ya, benar. Kali kedua ke Bali- cinta saya terus jatuh dan tertinggal di Ubud. Sebuah pedalaman yang asyik dan penuh warna cinta.

"Kash, kapan ke Bali lagi? Gue kangen sama loe!". Itu antara bait-bait yang saya saya terima dari teman-teman di sana. Mereka yang saya kenali sewaktu kali pertama meliburkan diri, ah seingat saya sekitar Januari lalu. Mereka yang peramah, hidup bersuka-ria. Masih merah di hati saya kata-kata si Bonny, "Kash, welcome to Bali. We will bring you around. Nanti bisa ngajak teman-teman dari Malaysia juga...".

Terharu. Itu sembilan bulan lalu. Cepat masa beredar, bukan?

Semasa di German, saya sering adu kepada Kak Wan, "Nak balik. Tak sabar. Sini sejuk! Tak best!".

"Sabarr... nanti pulang kita ke Bali. Mahu hari raya di sana?".

Bagaikan mimpi, saya kembali lagi ke sini- ke 'syurga dunia' yang aman dan penuh dengan yes-anda-boleh-buat-hal-sendiri-dan-saya-takkan-kacau things. saya suka!

Bezanya, trip kali ini awal-awal saya dah inform Kak Wan saya, no shopping just relaxing!!

Yes, itu yang saya mahu. Saya ingin hayati Bali sepenuhnya. Mahu ke Kuta- jalan-jalan di pantai, makan di Jimbaran, dan ya- oh Tanah Lot. Saya belum pernah ke sana.

"Ya, kita pergi nanti." Janji Kak Wan.

Dan trip kali ini memang berbeza, jika dulu saya membawa kamera video bersama, kali ini hanya my kesayangan N95 menemani saya. Cukup sekadar snappy-snappy sahaja. Selebihnya saya mahu mengenali dan jatuh cinta dengan Bali secukupnya.

Dari Kuala Lumpur, saya dan Kak Wan menaiki penerbangan Air Asia ke Denpasar. Satu kelebihan penerbangan ini (yang saya kira semua orang barangkali mengakuinya) - nasi lemak.. hmmm yummyy! *well, itu aje la yang paling sedap pun... huhuhu

Teringat yang ada satu kumpulan keluarga (Kak Wan saya gelar 'Keluarga Nasi Lemak') yang membawa sebekal hidangan nasi lemak sendiri. Yang kelakarnya mereka cepat-cepat membuka juadah (sebaik isyarat pasangkan tali pinggang keledar dipadamkan), makan dengan lahap dan begitu berselera sekali (risau kena marah agaknya) sebelum ternampak dek cik pramugari.

Tak silap saya mereka ni terdiri dari pasangan suami isteri, empat orang anak, sedara-mara dan datuk, nenek segala. Satu baris di bahagian kanan tu family mereka aje. Bagus kan kalau dapat bercuti ramai-ramai satu family camtu- siap bawak bekalan sendiri lagi. ye lah, kena la budget kan. Satu nasi lemak Air Asia dah RM7, kalau ada sepuluh orang anggota keluarga?

Fikir-fikirlah!

Kami tiba di airport hampir ke jam lapan malam. Dek kepenatan, kami langsung ke Kuta untuk check in di Discovery Hotel yang telah saya tempah awal-awalnya.

Hari pertama.

Tiada apa yang menggembirakan saya. Selain jalan-jalan di pesisir pantai Kuta (yang sedang dalam pembinaan dan kelihatan begitu jengkel sekali) - keluar masuk Discovery Mall, selebihnya saya hanya menghabiskan masa duduk-duduk sahaja.

"Mahu lunch? Jom ke Butinuk?". Tak fikir panjang, saya ikut Kak Wan ke Butinuk. Cab ke sana hanya mengambil masa kira-kira sepuluh minit. Jalan di Kuta agak sesak dengan kenderaan yang pelbagai.

"Alamak, ramainya manusia. Cemana ni? Takde seat ahh...". Ruangan restoran yang agak kecil dan sesak itu merisaukan saya. Memang full house. Tambah-tambah waktu lunch kan.

"Jom balik, kita makan di Ubud ja." Gesa saya. Dengan hampa, kami kembali ke hotel.

"Mahu makan apa? KFC, McDonalds?".

"A&W aja lah. Boleh jalan-jalan (sekali lagi) dalam Discovery." Memang mood saya di Kuta jatuh seratus-peratus kali ini. Harap-harap baki lagi lima hari di Bali mood saya okay.

Ubud.

Perjalanan selama hampir tiga jam tak terasa. Saya berbual-bual dengan supir kami yang dikenali sebagai Pak Sui, banyak juga info baru (dan yang telah saya tahu) yang disampaikannya. Buat saya lebih berharap, Bali kali ini bisa memberi saya sesuatu yang menarik untuk dikenang.

Sempat juga kami singgah di salah sebuah restoran nasi padang di Sanur.

"Popular sini. Sedap, mesti cuba!". Saran Pak Sui.

Tiba di Ubud, kami check in di Taman Harum Cottages (THC), sebuah penginapan ala dalam taman yang berkonsepkan tepi sawah. Saya dan Kak Wan sendiri yang memilih tempat ini melalui internet.

Saya lihat wajah Kak Wan- tak berkedip dia pandang saya. Berkerut-kerut.

"Err, kita nak stay di sini ke?". Agaknya itulah yang bermain di fikirannya.

Saya senyum sahaja.

Masuk sahaja kelihatan wajah Kak Wan sekali lagi berubah- kali ini bertukar ceria dan senyumnya amboii... panjang sampai ke telinga.

"Selamat datang, mas, buk! Welcome to Taman Harum Cottages!", seorang pelayan mesra menyambut kedatangan kami sambil menghulurkan dua gelas 'welcome drink' kepada kami.

"Waahh... bagus ya!". Hati kian berbunga-bunga dan tak sabar mencipta pengalaman di sini.

Taman Harum Cottages.

Pada yang belum pernah ke Bali (atau mempunyai rancangan untuk bermalam di Ubud)- nah, saya cadangkan anda menginap sahaja di THC ini. Jauh dari gangguan, masuk sahaja ke perkarangan, anda bagaikan berada di sebuah taman penginapan yang unik dan tersendiri.

Terletak hanya lima belas minit dari Pekan Ubud dan Monkey Forest, anda juga bisa memperoleh perkhidmatan shuttle atau lebih dikenali sebagai 'Kijang' secara percuma yang disediakan oleh pihak hotel. Setiap hari, dari awal pagi hingga jam sebelas malam.

Makan malam pertama kami, saya dan Kak Wan menikmati hidangan nasi padang yang dibeli semasa dalam perjalanan ke THC tadi. Kami turut memesan kembali dua gelas minuman 'welcome drink' yang diberi tadi. rasanyaa... aduuhh, begitu enak sekali.

Malam pertama tak banyak aktiviti yang bisa dilakukan. Saya mengambil keputusan untuk berenang di pool.

"Mahu?".

"Jom!". Kami terus memesan towel. Nyaman sangat airnya. Bayangkan anda mandi memalam di pool tepi sawah sambil dikelilingi sebuah taman yang indah dan tenang. Saya benar-benar terasa relaks saat itu. Hilang seketika rasa resah dan gundah sedari hari pertama saya tiba di Bali.

"Eh, you tahu ada DVD kat kaunter." Ujar saya merujuk kepada koleksi DVD di rak.

"Uuh really? Bagus kan tempat ni. Dah la peaceful, kat room ada DVD player plak tu. So boleh la pegi pilih DVD pas ni ya?".

Malam pertama aje dah pun saya rasa macam tak nak balik. Rasa macam nak stay kat THC ini sampai bila-bila.

Hari Kedua di THC.

Awal-awal pagi lagi kami dah bangun. Gegas siap dan breakfast. Awalnya pelik juga kerana tiada buffet yang disediakan namun akhirnya saya realize, maybe untuk jimatkan kos atau mengelakkan pembaziran sementelah jumlah tetamu yang terhad dan minima.

"It's okay bagus apa, we can choose and order whatever we want to eat." Jelas Kak Wan optimis.

"Okay, i nak nasi goreng Bali sama jus oren."

"Give me continental breakfast ya!".

"Eh, tak nak try nasi goreng ka?".

"Nasi? Semalam dah nasi, hari-hari makan nasi nanti i mereng!". Hampir tergelak saya. Tak tau fatwa mana yang akak saya ni pakai tapi kira okey la, dia kan very the western gitu. Lain la saya, Kelantan pure katanya. Dari kecik pepagi dah belasah nasi kerabu, nasi dagang bagai.

"So, apa plan hari ni?".

"Pi Monkey Forest la, jalan-jalan tengok monyet. Then you nak pi pekan kan?". Saya angguk. Bagus ada Kak Wan saya ni. Best jalan ngan dia, sporting. Tambah plak kami sekepala.

Monkey Forest.

Ini antara tempat yang wajib dilawati kalau ke Bali. Pastikan anda noted dalam diari ya!

Terletak agak tak jauh dari pasar dan pekan Ubud. Minta sahaja supir anda drop by kat sini, nanti kalau larat boleh jalan kaki je ke pekan. Sambil-sambil boleh juga tengok deretan gerai-gerai dan barangan cenderahati sepanjang jalan. Tapi nasihat saya, pada yang kaki jalan aje la. kalau tak, might as well minta je supir anda tunggu so that sempat untuk anda berjalan dan bermesra bersama monyet-monyet yang bukan sahaja jinak malah terhibur juga melihat kaletah mereka ni. Seperti dah lali dengan kunjugan pelancong, pelbagai ragam monyet-monyet bisa kita perhatikan- ada yang sedang garu dan buang kutu, berebut tempat mandi, membuat aksi-aksi lucu malah ada yang berkelahi sesama sendiri.

Sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata suasananya, mungkin kedengarannya agak biasa dan anda pasti tertanya, "tengok monyet- garu kutu? apa yang bestnya?".

Nah, itulah kelebihan tempat ini yang harus anda rasai sendiri. Bukan sekadar taman lindungan bagi haiwan-haiwan ini, di sini anda merasa tenang dan juga bakal disajikan dengan pemandangan hutan yang memukau pandangan. Cerun-cerun dan pokok-pokok yang tinggi dan adakalanya kelihatan menggerunkan- semuanya di Monkey Forest.

Dari Monkey Forest, kami jalan ke pekan Ubud. jauh tak jauh namun apa yang best dengan berjalan kaki begitu, kami dapat mengenali masyarakat Bali dan suasananya dengan lebih akrab. Sempat juga borak macam-macam dengan Kak Wan- memang saya akui Kak Wan lebih arif, banyak info Bali dan tempat-tempat menarik yang diketahuinya. Saban tahun dia ke mari. Bali umpama rumah kedua selepas Penang baginya.

Ada tiga stop utama sebelum kami tiba di pekan Ubud. Pertama, sebuah gerai makan. kasihan Kak Wan saya yang kehausan.

"Mahu makan juga. er, soto ada?". Teringat yang Mega pernah menawarkan saya soto Bali dulu, sedap!

Agak lama di situ (hilang penat dan stress), ternampak kelibat teman Kak Wan (pensyarah juga from the same university) memasuki gerai yang sama. Apalagi, menjerit sakanlah dia!

Ngok, ngek, ngok, ngek... kami meneruskan perjalanan. Hentian kedua, sebuah hotel atau resort ala THC. Bezanya lebih dekat dengan Pekan Ubud namun agak moden dan lebih kepada komersil. But still, okay kata Kak Wan. Maybe next time kalau datang boleh tinggal di sini.

Hentian seterusnya, sebuah cafe tepi sawah yang maha-awesome!

Tak terfikir pun kami akan singgah dan makan di sini. Very the THC (konsep taman ala tepi sawah) gitu tapi lebih moden dan sesuai bagi sesiapa yang ingin romantik-romantik, nah cafe yang diberi nama 3 Monkeys ini sebuah tempat yang perfect untuk anda.

Makanannya?

Not bad la. Nak kata mahal sangat tu takde la, sesuai dengan budget but yang paling penting pengalaman singgah dan makan sini memang tak bisa anda lupa sampai bila-bila. Dari hidangan starter- pumpkin soup yang heaven hinggalah kepada popia dan lontong goreng bersama sate. Enak!

Lama juga kami feeling-feeling kat 3 Monkeys, siap snappy-snappy sampai habis kad memori (boleh?).

Jam hampir menujukkan ke jam tujuh malam. kami gegas untuk ke pasar Ubud berhampiran. Lupa tujuan asal kami setelah asyik dan ralit lepak borak-borak di 3 Monkeys.

Hampir semua kedai dah tutup. Takpe, masih ada sehari lagi esok untuk kami shopping dan pusing keliling. Kak Wan mula menelefon pihak hotel untuk menghantar supir bagi menjemput kami.

Yes, petang yang heaven!

Bersambung...

4 comments:

Fizz Zaquan said...

Bali memang tempat impian me for holiday and honeymoon nanti...insyallah~!...and ur holiday memang sound interesting and enjoy sgt2~!....memang mengamit hati laaa nak pegi Bali...nak ajak teman2 dulu laaa tahun depan....Mesti Pergi nie~!...hahahha

MORIBAYU said...

hu..hu...hu..
nice giler pic kat seashore tu
mcm kat heaven dah

:P

mati idup semula x-jumpa seashore seindah mcm tu kat area lembah kelang


hahahahahhahaha

[danial][ma] said...

hej! kash
what an interesting bali song...really like it. try to get it from iTune but could not find it. hope you can help me to get the song/s...cheers! if you don't mind just email me: danialrush@yahoo.com

danial - newcastle, england

Anonymous said...

salam..cantikny gmbr2 yg awk amik.arap2 dpt merasai perasaan cm awk bile p bali nnt...xsbr rsny nk rasai sndiri..

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...