Wednesday, June 20, 2007

Malam Itu

malam yang indah. biar agak larut, mata bagai susah nak dipejam. selesai mandi, saya kembali mengadap laptop, menyambung singgah ke blog, melawat laman teman-teman. erm, baru sedar... sudah beberapa hari saya tidak update blog sendiri rupanya. nasib baik belum bersawang!

okay, apa yang menarik lately ya? hmm...

saya ke klcc siang tadi. seperti dijanji, bertemu pelanggan, naz yang baru menubuhkan syarikat sendiri - Mentari. beliau meminta saya mereka logo buatnya.

hampir seminggu, kata saya. biar tak cukup masa, saya cuba juga. banyak-banyak yg saya buat - hasilnya, seperti yang anda lihat di bawah ini. simple namun sesuai dengan konsep dan jenis pilihan produk/perniagaan yang bakal diusahakan oleh beliau. nak tahu apa jenis perniagaannya? haha, kena la hubungi sendiri ya.

terima kasih juga kepada naz kerana sudi menemani saya ke TGV menonton Fantastic 4. sequel yang memang saya nanti-nantikan sebenarnya. jujurnya, edisi kedua ini tidaklah terlalu mengecewakan. puas hati kata orang. cuma siri pertama lebih menghiburkan saya. takpe, kita tunggu pula serangan transformer minggu depan ya... dan, oh! jangan lupa - harry potter. akan datang. jaga-jaga...

habis menonton kami berpecah. saya sempat singgah di tower records membeli runut dari filem Diva. pertama mendengar sedutan lagu dari trek ke 6, "padamkan ragu" buat hati saya meronta-ronta mahu segera mendapatkan album penuhnya. ternyata langkah saya ke tower records tidak sia-sia. jika minggu lalu saya membeli dvd filem "Cinta", kali ini runut Diva pula menjadi pilihan saya. biarpun mendapat undangan dari pihak astro shaw untuk bertandang ke tayangan perdana (dijadualkan awal pagi tadi), namun saya dengan rendah diri terpaksa menolak. cukup-cukuplah saya menulis seratus-peratus tentang hiburan. di stabuxguy cuma sekadar catatan harian. saya harap tiada yang terkeliru dengan tulisan saya di catatankash. stabuxguy dan catatankash adalah dua medium yang berbeza (saya kira). saya lebih selesa jika stabuxguy bersifat sedikit peribadi (biarpun tidak 100%).

di tower, saya menerima sms dari amal, saudara merangkap sepupu saya. terkejut juga pada mulanya.

"kat mana? datang ke topshop now. aku keje sini."

hah, biar betul. sebaik membayar, saya pantas langkah ke topshop pula. tak sabar, lama benar tak jumpa dia.

dari jauh, amal dah senyum-senyum, sambil menggamit saya. sampai sahaja ke pintu topshop, dia pantas merangkul. tanpa hiraukan sekeliling, kami bepeluk-pelukkan seketika. memang macam tu la kalau dah lama tak jumpa. amal memang mesra. agaknya itulah yang membuatkan ramai yang senang dengannya.

"wah, makin kurus ya kau sekarang, mal. takut aku tengok. slimm sangatt!".

"makan hati beb... huhuhu...".

gitulah. susah jadi popular ni. tak sempat borak lama, aral pula menelefon.

"babe, i dah sampai isetan. wait you kat entrance now."

saya terpaksa tinggalkan amal.

"nanti aku call ya! jumpa kau break sok."

dari topshop, saya gegas sekali lagi ke tingkat atas isetan. aral senyum-senyum bila lihat saya. dah tiga hari tak jumpa. masing-masing busy.

"dari mana ni, lain macam ja?". pelik, selalunya aral simple aja.

"ofis la, tv3. ada meeting tadi. jumpa big boss". ooo.. patut lah.

"nak dinner kan? kg. baru jom... i banjer...". sekali-sekala offer diri. ah, bukan selalu. give and take lah. banyak kali dah saya bagitau dia.

"nope, babe. my tanggungjawablah...".

saya geleng, tak setuju.

"sama-sama...", tegas saya.

dah lama tak ke lala seafood. pernah saya bawa AM ke sana, tak pasti dia suka ke tak. tapi tak kisahlah. dari ke kawasan nasi lemak antarabangsa yang penuh sesak tu, baik saya bawa aral ke sini. lebih tenang dan privacy.

"orderlah. you should eat, muka dah exhausted tu...".

"tak habis you makan ek...".

erk! saya pula...

hampir sembilan malam, aral hantar saya ke rumah.

"singgah?".

"boleh juga. kejap je la. ada dumpling rumah nenek i jam sebelas."

"err, nak ikut?".

"hah? err...".

"i kan family jugak kan...".

nak terkekek saya lihat muka aral dah berubah.

"acah je lah...". berani dia nak bawak saya. hahaha...

kami habiskan menonton queer as folk (musim ketiga) bersama. tak sampai dua episod, saya ajak aral ke balkoni.

"lihat KL... cantikk!".

ya, cantik. dari balkoni apartment saya, KL umpama lautan neon yang memukau. dari eye on malaysia, ke KLCC... deretan flat-flat DBKL... semuanya bagaikan bersatu, mencipta suatu keindahan malam yang tenang.

"i'm gonna miss all this...".

"yeahh, i'm gonna miss you too...".

erk? hehehe...

stabuxguy : rasa cam nak tutup muka ngan bantal seketika...

5 comments:

Vernon Kedit said...

You should have come to the screening. Not as a blogger but at least as my friend.

stabuxguy said...

dear vern,

thx but no thx. hiks. jgn cakap i kekwat plak yer.... we still friends, no matter what. i wish i could but then, erm.. hard to say. takpe, i still follow citer2 u n kawan2 yg lain kat blog. glad to hear that life u all meriah dan happening tahap dewa gitu... hiks!

all the best k!

muaxss!

K.

wénkt said...

so, u tutup muka dgn bantal tak? i should ask u abt that tadi! hahaha

tak sangka i jumpa u tadi.. meriah u olls!!

fajar said...

salam perkenalan. wah, lawa betul blog ni. kemas sungguh

stabuxguy said...

hello wenkt... yeay thx but sorry tak dpt lepak lelama ngan yu... wish yu all the best n enjoy stay in kb...

fajar...

thx for drop by... salam perkenalan to yu too... :)

K.

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...