maksudnya?
ya, terlupa. hampir terlupa malah kadang tidak mengenal (mahupun mengingati) - siapa cheng lock? laksamana melaka? pejuang politik?
hampir tepat.
dia wira dari melaka. pejuang merdeka. ya, wira dan pejuang yang kita sendiri hampir terlupa dek nama-nama yang lebih segar dan terbiasa dek telinga.
"tiada rumah, tiada negara".
saya tertarik dengan ungkapan berkali-kali yang diperdengarkan sepanjang muzikal berlangsung. durasi hampir dua jam langsung tak terasa. iringan muzik gubahan pak ngah, dengan arahan tari oleh anthony meh kim chuan berjaya membawa saya dan para aundiens yang lain terbuai dalam lipatan sejarah seketika.
oh, awak... awak kembali....
mengulas teater pula?
Kategori : Teater
Tarikh : 25 Mei 07 - 03 Jun 07
Masa : 8.30 Malam
Pelakon:
KENJI SAWAHI
FELINA Cheah Teck Yong
JALALUDIN HASAN
LOUISA CHONG
ABON
Sinopsis (secara ringkas)
MENGISAHKAN mengisahkan perjuangan Tan Cheng Lock, seorang guru dari Raflles College di Singapura yang meletakkan jawatan dan kembali ke Melaka menguruskan perniagaan keluarganya. Beliau kemudian menubuhkan MCA dan bergabung dalam Parti Perikatan untuk bersama-sama pemimpin Umno, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan pemimpin MIC, Tun V.T Sambanthan memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari British. Muzikal ini menyorot kehidupan Tan Cheng Lock, kisah cintanya dengan Yeok Neo dan terpaksa melarikan diri ke India kerana ancaman Jepun.
hahaha. ya, hampir lama juga saya berhenti. namun muzikal cheng lock merenjut-renjut hati saya untuk kembali memperkatakan sesuatu tentangnya.
(terima kasih buat azli - sekali lagi - kerana menjemput ke IB!)
arahan hebat lokman ghani @ lokgha (orang kuat teater) ini benar-benar membuat saya terpaku di kerusi IB. bersama laungan "merdeka!, merdeka! merdeka!" sebagai tanda simbolik kejayaan persefakatan malayan union oleh tunku abdul rahman (diperan oleh jalaludin hassan). saya dapat rasakan ada zarah tunku yang mengalir dalam jiwa jalalaluddin. tutur gayanya (pelat kedah), gerak langkah, semuanya tunku - buat kita benar-benar merasakan "roh" atau semangat tunku itu seolah-olah hadir di pentas IB.
memang jarang saya mengulas tentang politik. naratifnya, iya, ianya hanyalah sebuah pementasan politik - namun berjaya.
cheng lock berjaya dari segala segi. biarpun ia diangkat dari kisah perkembangan MCA (persatuan cina tanah melayu), namun garapan skrip oleh abdul wahid ini di skopkan sebegitu indah dan gah.
dari awal pentas dibuka, babak demi babak, saya seolah dibawa ke lipatan sejarah (adakalaya begitu asing pada saya). saya mungkin pelajar yang sering mendapat A dalam matapelajaran sejarah sewaktu di sekolah, namun cheng lock, uhmm... ummm... jujurnya, tak banyak yang saya ingat atau tahu tentangnya.
ada 3-4 babak yang saya fikir begitu cantik dan luarbiasa koreografinya (mungkin pernah ada dalam pementasan sebelum ini).
babak awal & penutup
meskipun pada awalnya saya agak terpinga-pinga dengan kemunculan jalaluddin sebagai tunku, namun anda akan faham dan tersenyum sendiri. babak ini bakal diulang kembali (secara penuh) pada akhirnya (penutup persembahan). seperti yang saya katakan tadi, aura kedua-dua babak ini begitu meresap. terasa seperti tunku benar-benar berada di pentas. laungan "merdeka" disusuli dengan para ekstra dan penari membawa serta mengibar bendera malaysia sambil membuat barisan panjang (sepanjang padang bola) ke belakang pentas. duh, baru saya sedar (meskipun telah berkali-kali ke sini) betapa pentas IB sebegitu besar dan panjang!
babak dua
satu antara yang saya masih ingat. babak di mana cheng lock di angkat sebagai pemimpin politik cina pertama di tanah melayu. babak ucapan beliau. bayangkan seorang negarawan sedang berucap, tiba-tiba semua watak dihentikan, dan beberapa watak utama (keluarga cheng lock) bergerak dan berkata-kata - menceritakan perihal dan kejayaan cheng lock. terkekek-kekek saya melihatkan watak louisa chong sebagai pengasuh cheng lock (waktu kecil) yang bermulut becok. ada-ada sahaja tuturnya yang bisa membuat kita ketawa. seterusnya watak bernyanyi dan kembali kepada posisi (dikerusi dewan). dan cheng lock kembali menyambung ucapan - "dan yang terakhir...".
menarik bukan?
babak tiga
watak tentera jepun menyerang tanah melayu.
gempak dan benar-benar membuat kita terasa seperti berada di zaman itu. feelnya sampai. saya pasti, pada yang sempat menonton, anda pasti teruja seperti saya. kemaraan tentera jepun (dari hujung pentas padang bola - hehehe saya suka guna frasa ini sekarang!), bedilan mesin gun, dentuman bom, efek dan imej kapal terbang jepun yang menyerang membangkitkan lagi suasana zaman itu.
seterusnya adegan jepun menyerang kaum cina, menyeksa dan membunuh mereka (biarpun ditampilkan dengan gimik ala artistik - dengan iringan kareograf, muzik dan lagu) namun masih terasa mengesankan. saya sukakan gerak yang simfoni dan teratur sebegitu. tidak nampak bercelaru. ah, nama pun teater muzikal bukan?
babak empat
cheng lock dan isteri (yeok neo) di india. akibat perang yang melanda, cheng lock di nasihatkan oleh pegawai british untuk menetap di india buat sementara waktu. ketika ini lah jiwa dan perasaan merdekanya memberontak. ungkapan "tiada rumah, tiada negara" sekali lagi ditutur olehya - lebih jelas dan menusuk ke hati para aundies. saya sukakan latarnya yang simple. cukup dengan hanya berlatarkan muzik gubahan india dan props ruang tamu (cheng lock dan yeok neo membaca buku sambil berbual-bual tentang darurat di tanah melayu).
lalu apa yang menariknya?
nanti. masih ingat kemaraan tentera jepun di pentas padang bola tadi?
ya. latarnya (di belakang cheng lock dan yeok neo) digambarkan suasana mereka (tentera jepun) bergerak-gerak dengan pola perlahan (sekali lagi) menyeksa dan menyerang orang-orang cina di tanah melayu. saya fikir, ianya adalah suatu idea yang menarik - tanpa melibatkan banyak kos dan mampu mencipta ruang dramatik yang kreatif.
tahniah buat lokman ghani serta para prokduksi/tenaga kerja teater muzikal cheng lock.
jujurnya (pada saya), muzikal cheng lock nyata lain dari yang lain. biarpun tidak mendapat liputan sehebat muzikal puteri ledang (PGL) atau ronggeng rokiah, cheng lock tetap punya sesuatu yang bisa memikat aundiens. saya tidak akan berkata begini jika cheng lock sama tarafnya dengan muzikal M! the opera yang pernah saya tonton bersama AM suatu ketika dulu. bayangkan, selama saya menonton teater di IB, itulah kali pertama saya (dan aundies lain juga) keluar sebelum penghabisan cerita. M! nyata memalukan. tiada intipati cerita dan sedikit bercelaru.
sebuah teater seharusnya bisa memikat hati para aundiens. seseni mana pun sesebuah teater, ianya tidak boleh lari dari sifat-sifat dan nilai-nilai komersil. lihat sahaja contoh-contoh berjaya seperti PGL sendiri. hang tuah berdarah inggeris? itu gimik yang 'luarbiasa' namun berjaya (dari tiara) saya kira.
oh, alamak. hampir terlewat saya. sesekali memandang jam. hampir ke jam sebelas. teringatkan temujanji hari ini.
istana budaya.
dude, menonton lagi?
oh, bukan- bukan menonton. tapi sebagai memenuhi jemputan. produksi tiara (enfiniti) menghantar e-mail minggu lalu.
“My Name is Remy”
Perjalanan hidup, Percintaan dan Inspirasi P. Ramlee
Sebuah lagi Teater Muzikal oleh Enfiniti Productions Sdn Bhd.
Jika anda berminat dan mempunyai bakat menyanyi, menari atau berlakon, sila hadiri sesi ujibakat di:
Tempat mendaftar : Bilik Media, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Tarikh : 1 Jun hingga 3 Jun 2007
Masa : 11 pagi hingga 5 petang
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Enfiniti Productions Sdn Bhd di 03 – 7958 7877.
anda berminat?
saya? nope. sekadar menghadirkan diri. tambah ada sedikit diskusi. projek baru.
doakan saya.
ya, hidup saya kembali sibuk.
*kredit buat istana budaya & mStar Online (gambar)
stabuxguy - rezeki sebelum ke luar negara
3 comments:
hey ya bro. ulasan yg best, mcm dulu2 jugak. haha. tak hilang lagi taring eh?
btw, nak ke german ke? bile? german tu dah btol2 dekat dgn France. seblah je! kerja? or....
ape2 pon, just let me know kayh!
i like ur choice and use of words :)
chedd... thx for drop by bro... didn't expect pun yu akan singgah hehe... dah lama x menulis since i tutup catatankash dulu... ermm.... to ash, nanti ada masa i singgah jumpa yu kat france kay?
summer course la dear. sambil2 tu cari peluang nak keje tempat org. :)
bonjourr!
K.
Post a Comment