Sunday, June 10, 2007

Dari Bakaugruv, Morib Ke Lantai IB

hujung minggu saya benar-benar terisi kali ni. dari bulan lalu saya merancang untuk ke morib, selain jalan-jalan, habiskan sisa-sisa di malaysia - teruja melihat dan membaca tentang kisah menarik seorang lelaki yang begitu humor sifatnya, penuh semangat dan paling penting, dalam versi usianya, lelaki itu nyata istimewa.

kak sam kata,"dude, jangan lupa to call him bapak ya. for sure he will so happy to see you dear...".

tambah semangat saya.

jangan keliru. bapak ialah ayah kak sam saya. saya pasti kak sam gembira kerana saya bukan sahaja ke morib menziarahi bapak, malah saya, AM serta kak bai, kami turut membawa bapak sebiji cheesecake - khas dari dapur secret recipe! hmm yumm.. yumm....

"apa buah tangan yang bapak paling suka?".

"hang tak payah bawak apa-apa, dear... cukup aje kalau kasi bapak hadiah sebiji cheesecake. dia pasti suka!".

bagus juga idea tuh. sementelah juga harijadi bapak semalam kan, tukas saya.

awalnya mahu bersama teman serumah, namun ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, namun nasib baik juga AM menawar diri untuk turut bersama di saat-saat akhir. ah, bagus juga. dah lama juga saya tak habiskan masa dengan AM. memasing busy dengan kerja dan kehidupan seharian.

kami tiba di morib hampir tengahari. sempat singgah di tanjung sepat untuk sarapan pagi (yang sepatutnya dah dikira lunch). hehehe...

kak bai : laperrrr....

saya : ya, laperrrrr jugekkk!

habis makan, kami terus ke bakaugruv. kelihatan bapak sekeluarga telah sedia menunggu kedatangan kami. saya meluru dan mendakap bapak.

jujurnya, itulah kali pertama kami bersua muka - terasa seakan telah lama kami saling mengenali. bapak begitu baik melayan. senyum ketawa tak pernah lekang dari dirinya. ada sahaja benda atau perkara yang ingin diperkatakannya. benar kata kak sam, bapak seorang yang sentiasa ceria, cool dan happy. saya senyum sendiri. mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

tak tunggu lama, AM segera mengeluarkan cheesecake. nampak wajah bapak bertambah ceria. kami celebrate sama-sama. masing-masing menyanyikan lagu 'happy birthday' buat bapak. akak, best sangat kalau akak ada time nih. tak dapat digambarkan perasaan saya dengan kata-kata - betapa saya amat rindukan saat-saat seperti ini dalam sebuah keluarga. rapat dan mesra.

buat bapak, tahniah kerana mempunyai sebuah keluarga yang aman dan bahagia. tahniah juga kerana lewat usia begini, bapak masih mampu mengukir senyum dan bergelak ketawa bersama kami. tahniah, tahniah dan tahniah!

bapak, SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN YANG KE 69!!


*biarpun lambat wish, tak kira, tak kira, tak kiraa... nak wish gak.. hehehe....

dari rumah bapak kami ke belakang. saya, kak bai dan AM - kami tuju ke jeti menghala ke pantai. sempat snappy-snappy di anjung hujung. baru saya teringat (itupun setelah AM yang memberitahu), di anjung inilah bapak pose ngan wheelchair-nya dalam blog kak sam tu. oooo... a'ah. ye lah. hehehe...


apalagi, snappy-snappy la jugak.


dari anjung, kami bergerak kembali ke bakaugruv. bertemu abg azmarol (adik kak sam), dia dengan senang hati membawa kami ke jeti kedua (yang dah agak usang) untuk melihat pokok-pokok bakau dengan lebih dekat. sempat juga dia menunjukkan kami beberapa rumah kecil berbentuk A-shape yang dijadikan bilik-bilik bagi pengunjung yang ingin bermalam.

cool juga tempat ini. sesuai bagi sesiapa yang mahu relaks dan hilangkan stress. pantai pun dekat. kaki pancing pun sesuai kalau nak menginap di sini.

tapiii... opss! terpandang satu papan tanda khusus di satu sudut kolam.

"abaikan. itu kak wan hang la yang letak. aku tak campur...", ujar abg azmarol dengan selamba.

nak tahu apa dia?

nah, ini dia... tak pernah saya jumpa mana-mana papan tanda 'dilarang memancing' yang begitu cungg... (sopan gitu). opss!

puas dibawa abg azmarol jalan-jalan, kami lepak di cafe bakaugruv pula. saya memilih asam boi. fuuhh... lega. hilang dahaga!

cafenya agak luas. waktu kami minum2 tu, ada lagi sekumpulan pelajar motivasi yang turut join untuk makan tengahari.

erk, dah tengahari ya?

"ok, jom. kta pi pekena makan tengahari kat rumah pulak. depa dah masak tuh!".

kak bai, lapar lagi?

hehehe...

makan tengahari.

ikutkan memang dah kenyang sangat dah, tapi dek kerana tak elok la kan tuan rumah dah pelawa, tambah pula dengan lauk ikan kering sepat, kari ikan pari, ulam-ulaman dan macam-macam lagi lauk kampung - duhh, sebut pepagi ni pun buat saya kecur seketika!

AM awal-awal lagi dah ceduk nasi separuh (cam biasa) dan amik sikit lauk - wat cukup syarat dan terus pi duduk jejauh. nak makan sikit aje katanya.

saya dan kak bai?

hahaha... jangan tak percaya, bapak ngan abg azmarol punya pasal, (saya tak tahu kak bai) empat pinggan saya tambah hari tuh. duhh, kenyang tok sah cakap lah. rasa nak meletup perut. bapak happy sangat sambil suruh saya tambah-tambah lagi.

"err, sorry dah tak boleh dahh...". hahaha....

lauk memang sedapp. kredit tu kak mary (yang vouge) ngan tukang masak-tukang masak yang lain. honestly, hidangan tengahari tu memang lain dari yang lain. ikan sungai ke, ikan laut ke, segala jenis ulam-ulaman terus saya belasah. takder pantang-pantang dah.

yalah, bila lagi nak mencuba kan?

okay habis pasal makan.

selepas hampa semuanya dok tunggu berita pak lah (yang tak keluar-keluar), saya ajak reramai pose untuk blog. khas buat kak sam di negara kiwi yang kini sedang enjoy sakan dengan kak bedah maskara and sons... terima lah pose istimewa kami bersama bapak dari bakaugruv ni...


dari bakaugruv, kami bertolak ke pantai morib.

"masih nak main layang-layang ke?".

"mestilah. nanti nak show kat si xis tu. nak letak pic ngan lelayang jugak tayang kat blog." hahaha...

dah singgah dan main lelayang tuh, cam hilang pulak rasa kenyang tadi. enjoy sangat. AM saya beli dua layang-layang. oh-oh, kak bai pun beli satu ya. buat anak buah katanya.

kami main puas-puas.

"okay bang, now snap pic masa lelayang ni rendah plak. kasi nampak sema ya!". hahaha... gitulah betapa demandnya saya. tak mahu kalah ngan xis rupanya.

ah, kenangan sebenarnya. saya pasti rindukan saat-saat sama AM dan kak bai di morib kali ni. kali kedua kami benar-benar have a good time selepas bali.

"masih larat ke tengok URMI di IB?".

saya angguk.

"mestii...".

"okay, tido la jap. dah tua-tua ni, tak larattt...", celah kak bai.

hehehe...

untuk cerita di IB, tak perlu saya ulas lanjut (dah tak larat nak taip actually... hehehe!). thanks to xis (akhirnya!) sebab rajin - klik sini untuk baca. *lurve yu xis!

jujurnya, saya teruja sebab si chedd dan err, siapa sorang lagi, ermm.... samantha. ya samantha schubert. bukan samantha kakak saya di new zealand tu ya. haks, siapa mereka ni? well, i met them personally before, sorang di launch buka puasa red kebaya, dan sorang di konsert ke-2 AF5, tapi tak sure la mereka masih ingat saya ke tak... hahaha....

ceritanya simple (plot berbahasa inggeris) dan pada yang meminati atau mengikuti karya-karya shakespere pasti tahu bagaimana perjalanan cerita dan konsepnya. cukup sahaja saya memberitahu yang menonton malam itu, saya, xis, kak bai, AM dan armin, teman serumah saya.

sekali lagi, klik di sini untuk baca ulasannya ya...

duh, sabtu yang penat namun menyeronokkkan!

*kredit buat bakaugruv. untuk maklumat, sila hubungi encik zul di talian 603-3148 1562 bagi penempahan dan penginapan. website BAKAUGRUV KAMPUNG RESORT.

stabuxguy - dalam URMI, teringat waktu menonton tarian kecak bersama kak sam dan AM di uluwatu... dari konstum, konsep, kecak dancers. sama! arghh... baliii. rinduuuu... :P

6 comments:

Xis said...

Stabuxguy
I wonder.. who looks more tired.. between you and me in the pic.. I guess I do.. guess what after I reached home.. I went to bed immediately without even changing my clothes..

BUT.. ayyooo... I missed that Morib... I should have gone... bestnya dapat main layang layang... and dapat pi bakaugruv... Jom, ajak Che Man and Kak Bai lagi... nak tak??

stabuxguy said...

xis...

mau ke bakaugruv lagi? hahaha tu la org ajak that day tak maouu... huhuhu....

se how la, nak pi leh aje tapi cam suntuk dah kut, this wk end mao balik kg seminggu... then dtg kl balik siap-siap nak fly dah on 29th... huhuhu.....

"kalau ada sumur di ladang..."

K.

samantha said...

KASH...THANQS A ZILLION for making Bapak happy - I could see the glow on his face :) I truly appreciate that and I am so happy that you have finally met one of the most important person in my life. That meant a lot to me. And you also met another important figure in my life, Azmarol, my ADIK and not ABANG :) (walaupung dia tinggi and cakap lagi kuat :)

And Tok Su & Mak Ngah were there too ? What a pleasant surprise. Itu juga adalah manusia2 yang penting dalam hidup ku - and manusia2 yang akan buat apa sahaja for me, without blinking their eyes. That much I can say.....

And of course Mummy yang hip hop......

Kash, thank you for bringing the cake, the joy, the fun, the sunshine, the happiness, the nice wishes, the kind thought and the "everything" to Bapak - you have no idea how much it meant to him....and to me.........

I'm glad that you have enjoyed Bapak, Bakaugruv, the people, the food and everything. I am so touched by your effort....tengok muka happy Bapak and the happy you, rasa macam nak balik sekarang jugak...:)And of coz the glorious food.....Don't forget to send me the pictures .....

Well, kalau ada rezeki, we will do that again, Insyallah - after your Germany sojourn and this time, we shall lepak2 lagi lama ok....That, I will wait for...so, cepat balik!!! (ishkk..tak pi lagi, macam mana nak balik :) Selamat bersiap2 untuk ke dunia baru....:) Take care

Lurrrvvveee from Christchurch

samantha said...

Xis, nanti I pulang, kita gi Bakaugruv ok and also other happening places.....:)

stabuxguy said...

eeeiiiii bencinya nak pi ngan xis.. jeless jelssss... hahaha....

akak,

it's fine, mmg dah lama n teringin nak jumpa bapak since read ur posting and saw his pics. rasa tak puas actually borak n lepak ngan dia that day. masa balik hari tuh rasa cam berat hati je... huhuhu.... takpe, kalau ada sumur di ladang... hehehe...

oooo abg azmarol tu yr adik ke? alamakkk sowiii.... mana tau sbb u looks lagi muda dr diee... opss!

nanti next trip kita main layang2 kat morib sekali yeay!! (",)

anyway, thx agaian for sudi kenalkan kash n get me into yr important ppls in yr life... really appreciate it...

muaahsxxxx!!

lots of lurvee,
K.

Xis said...

Stabuxguy
haaa.... jangan jeless... I nak pi bakaugruv ikut kak sam... and pi main layang layang... best best.. nanti I letak gambar dia besar besar kat my blog so you can see.. ahakkss..!! Anyway.. curi gambar kita kat blog you for my own entry ye...??


Samantha
boleh... boleh.... kecik tapak tangan... lautan pasifik I tadahkan.. :D

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...