Showing posts sorted by date for query ba' kelalan. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query ba' kelalan. Sort by relevance Show all posts

Friday, May 15, 2009

Hari-Hari Sibuk Kash

Gembira bercampur lega. Hampir sebulan memerah idea, cuba merealisasikan apa yang terdaya, dari logo baru ke barangan cenderamata untuk Hari Keluarga MCC 2009, buat saya tersenyum puas. Itu yang penting.

[ klik untuk maklumat lanjut ]

Kali kedua dalam masa seminggu, saya meredah ke Central Market di tengah-tengah Kuala Lumpur untuk urusan dan hal-hal berkaitan.

Bukan senang.

Saya kutip sebagai pengalaman.

Semalam hari yang agak padat juga. Berkejar dari hujung ke hujung, hujan lebat, masuk ke pusat bandar hinggalah ke USJ, oh nasib juga trafik menyebelahi saya. Tidak pernah-pernah perjalanan hari sibuk saya sebegitu senang. Satu demi satu urusan saya berjaya dilaksanakan :

1. Meeting dengan Tourism - PWTC
2. Tempah badge/button & mug - Central Market
3. Tempah bunting/banner & car sticker (print) - USJ
4. Ambil laundry & call card - Bandar Permaisuri

Pertama-tama saya akan terbang ke Sabah hujung minggu ini untuk beberapa hari. Tawaran dari Majalah GTN (Gaya Travel Nusantara) beberapa hari lalu untuk mengikuti rombongan Tourism (kali kedua selepas Ba'Kelalan) tidak saya lepaskan. Teruja melihat sendiri bagaimana Tadau Ka'Amatan diadakan, buat saya tidak berfikir lama.

Sebagaimana Ba' Kelalan, saya pergi selaku penulis untuk ruangan pelancongan atau wartawan.

Peluang yang jarang-jarang kita dapat. Terima kasih GTN kerana memberi saya peluang keemasan.

Balik dari Sabah, saya bakal memulakan tugas baru minggu depan di salah sebuah syarikat produksi filem tempatan. Kerja baru, suasana baru- pastinya satu cabaran buat saya.

"Encik Wan, permohonan anda diterima. Anda lulus temuduga dan anda ditawar berkerja di syarikat kami. Boleh mula minggu hadapan?".

Bohong jika saya tidak gembira. Namun dalam hidup sering ada persimpangan. Buat saya serba-salah untuk memilih.

Menerima umpama satu bonus yang paling berbaloi saya kira. Antara dream job saya sepanjang hayat. Tidak sekarang bila lagi?

Dalam hidup, biarpun tak semua bisa kita dapat, saya harapkan yang terbaik. Saya percaya pada rezeki dan ketentuan.

Terima kasih pada yang sering mendoakan.

Kejayaan ini untuk kita.

Sabah, tunggu saya datang.

Jumpa anda minggu hadapan!

p/s : Jangan lupa mendapatkan Majalah GTN terbaru di pasaran - ada cerita Bali saya!

Stabuxguy

Thursday, June 5, 2008

Stabuxguy@GTN : Sarawak's Apple District

Keluaran Jun 2008 - Di Pasaran Sekarang!

Masih ingat posting saya tentang tentang kerangupan epal dan pengalaman di Ba' Kelalan di blog ini beberapa bulan lalu? [ Klik ] Ya! Beberapa hari lalu ada beberapa teman dari Kuala Lumpur menelefon.


"Kash! Kash! Your article dah keluar. Penuh satu majalah!". Kawan A.

"Hey, pic you. Banyaknya pic you!". Kawan B.

Saya senyum dengar gelagat kawan-kawan yang teruja. Terus-terang saya sendiri belum melihat mahupun membaca keluaran terbaru Gaya Travel Nusantara (GTN). Nasib baik Encik Lexus ada mengirim (e-mail) keratan majalah yang di scan untuk tatapan saya. Terima kasih ya, Encik Lexus!

Nah, khas buat anda, saya lampirkan di sini artikel berkenaan (beberapa muka darinya) untuk kita kongsi bersama. Buat GTN khususnya Encik Nuar selaku editor majalah, terima kasih kerana memberi peluang dan mempercayai saya. Next project kita berkerjasama lagi ya!

Enjoy!

Opss! Nak baca lagi artikel? Haks... dapatkan GTN di pasaran ya!

Stabuxguy - Ba' Kelalan. Tak kenal, maka tak cinta...

Saturday, April 12, 2008

Menjejak Epal Di Ba' Kelalan Bahagian Terakhir

Buduk Nur, Ba' Kelalan.
Hari ketiga. 28 Mac 2008
Lawatan ke Kebun Epal Ba' Kelalan.

Sebaik selesai bersarapan, rombongan media dibawa ke kebun epal yang letaknya tidak jauh dari tempat penginapan kami. Hanya kira-kira 500 meter, inilah saat yang ditunggu-tunggu sebenarnya. Antara agenda utama yang membawa kami ke sini, menikmati dan melihat sendiri pokok-pokok epal yang ditanam.

Satu pengalaman yang menarik saya kira.

Menurut Pak Tagal, ladangnya yang seluas kira-kira 10 hektar ini menampung sebanyak 2,000 pokok epal.

Terdapat empat jenis epal yang ditanam di sini iaitu Rome Beauty, Manalagi, Anna dan Granny Smith. Antara keempat-empatnya, Manalagi adalah baka tempatan (benih asal Manalagi dibawa dari Batu Malang, Indonesia).

Warna Manalagi kuning kehijauan dan baunya harum jika sudah cukup tua manakala Rome Beauty pula sesuai untuk dibuat pai atau aneka jenis masakan.

Kenapa epal?

Jujur Pak Tagal menjawab- ianya sesuai dengan iklim di Ba' Kelalan selain mudah dan senang untuk ditanam. Percaya atau tidak, epal telah menjadi antara punca rezeki dan tarikan utama penduduk di sini. Tak salah jika dikatakan epal merupakan ikon Ba' Kelalan. Ramai telah mengetahui Ba' Kelalan merupakan satu-satunya daerah pengeluaran epal di Malaysia.

Menurut Pak Tagal lagi, asalnya, pokok-pokok ini adalah dari spesis liar yang dibawa masuk dari Kalimantan, Indonesia lalu ditanam di sini secara kecil-kecilan. Melihatkan hasil yang menguntungkan, Pak Tagal mulai serius dan telah berusaha untuk memperkembangkan lagi penanaman epal ini secara komersil dan membawa masuk beberapa orang pekerja dari Kalimantan (pekerja asal kebun epal di sana).

Epal-epal di sini dipetik sebanyak dua kali setahun, iaitu sekitar Mac dan Jun, dan hasilnya banyak di hantar dan dijual di Lawas dan Limbang, dua daerah berdekatan selain Miri, Kuching dan di Semenanjung sendiri.

Penduduk setempat merupakan pembeli terbesar epal-epal Ba' Kelalan. Teringat yang saya pernah terlihat beberapa orang kanak-kanak di sini membawa epal-epal ke sekolah. Malah ada yang tidah habis dimakan disimpan kembali di dalam beg sekolah mereka.

Menarik. Senario yang jarang saya lihat jika di Semenanjung.

Dari kebun epal, kami dibawa pula ke pusat penjualan barangan kraftangan tempatan. Pelbagai jenis tandamata dan hasil-hasil hutan di jual di sini. Zahir sempat menyuakan kepada saya sepotong kayu 'tongkat ali'.

"Kamu serius mahu?". Berkali-kali Zahir angguk. Saya cuma tergelak.

Apa saya beli?

Cuma sebuah raga buluh seakan-akan bubu ikan kecil. Saya sukakan bentuknya. Unik. Harganya pun tak mahal, cuma RM15 sahaja. Cepat-cepat saya masukkan beberapa biji epal (yang baru dipetik tadi) dan menayangkannya pada rakan-rakan.

"Kash, mana dapat? Cantik!". Beberapa orang teman media bertanya. Saya tunjuk ke salah satu gerai.

"Maaf ya! Yang itu cuma satunya yang tinggal." Tampak mereka hampa.

Memang itu satu-satunya 'bubu' yang dijual. Maka ramailah yang nak 'pinjam' untuk bergambar. Tepat jam satu tengahari, kami kembali ke Apple Lodge untuk makan tengahari. Masing-masing riuh bercakap tentang kebun epal dan barang-barang kraftangan yang dibeli.

Oh, untuk pengetahuan semua, di sini tiada signal untuk handphone. Jika mahu membuat panggilan, anda harus ke booth telefon awam bersebelahan perpustakaan awam berhampiran (tidak jauh dari tempat penginapan). Dan, hanya kad diterima.

Kash, internet? Boleh akses?

Yup! dapat. Juga anda harus ke perpustakaan awam. Di sana ada disediakan perkhidmatan untuk melayar internet. Di Sekolah Rendah Ba' Kelalan juga disediakan kemudahan internet bagi kegunaan murid-murid dan guru.

Petangnya, kami dibawa pula ke "tapak seni" yang dibina khas untuk persembahan muzikal dan kebudayaan. Saya sukakan kawasan ini. Teringat yang kami sudahpun melepasi tempat ini sewaktu perjalanan ke Long Langai tadi.

Dibina berhampiran anak sungai yang amat jernih airnya, serta dilatari dengan pemandangan bukit-bukau yang saujana mata memandang. Tiada kata-kata untuk menggambarkan suasana indah di sini. Sayang juga persembahan muzikal dan kebudayaan tidak dapat diteruskan disebabkan hujan lebat yang turun secara tiba-tiba.

Saya, Zahir, Liza dan Aishah sempat berlari ke salah sebuah rumah penduduk tempatan untuk berteduh. Di sana kami bertemu dengan sekumpulan penari dan penyanyi lagu-lagu tradisi dari dari Daerah Lawas.

Santi, Susanti, Ella, Ariel, Holin. Kesemuanya masih muda dan berusia dalam lingkungan 16-21 tahun. Masing-masing ramah melayan kami. Kami bernyanyi dan menari bersama sementara menunggu hujan reda.

"Lagu peterpan! Bisa? Mungkin nanti...", tukas saya.

Ella dengan pantas memetik gitar. "Dan mungkin bila nantii... kita kan bertemu nantiii...". Kumpulan ini buat saya kagum. Beri apa juga lagu dan judulnya, mereka begitu sporting dan tak bosan melayan kami.

Malam terakhir di Ba' Kelalan.
Garden Party - Wild-Wild Ba' Kelalan.

Jujurnya, sepanjang tiga hari kami di sini, pelbagai pengalaman baru yang kami peroleh. Penat memang penat. Namun tiap inci pengalaman yang kami kutip, selain dari untuk memenuhi tuntutan kerja dan bahan berita, merupakan satu memori yang sukar untuk saya lupa sampai bila-bila.

"Kash, kamu bisa nyanyi kan? Malam ini nyanyi ya! Nah, lirik. Lagu tema Ba' kelalan!", sua Loney kepada saya. Terpinga-pinga saya seketika. Nyanyi? Lagu Ba' Kelalan?

Saya tengok lirik. Duh, ada few rangkap saya yang kena nyanyi malam ni termasuk versi Bahasa Inggeris.

"Jom praktis. Saya tahu kamu boleh buat!". Loney dah tarik saya. Loney amat terkenal di sini. Semua orang tahu dia boleh menggubah lagu dan mencipta lirik.

Kebanyakkan lagu-lagu tradisi dan rakyat di sini dihasilkan Loney. Nak tak nak, terpaksa la saya nyanyi juga. Saya tarik Aishah dan Liza.

"Jadi pengkritikku!". Tegas saya.

Dan malam itu kami nyanyi ramai-ramai. Yazit yang sporting dan gila-gila, jurufoto dari Berita Harian juga nyanyi serangkap. Memang kami all out malam itu.

Habis sahaja lagu, kumpulan kami mendapat tepukan paling gemuruh. Saya gembira. Semua gembira.Hilang gemuruh tak semena-mena.

Thanks, guys!

Lain-lain persembahan lebih kurang sama dengan show semalam, hanya ditambah beberapa tarian, nyanyian lain. Apa pun kami tetap terhibur malah ada yang turut join menari dan menyanyi. Encik Ritz, wakil dari Tourism Malaysia serta YB Nelson sendiri juga ikut sama menari dan bernyanyi bersama kami. Malam yang terindah saya kira.

Buduk Nur, Ba' Kelalan.
Hari terakhir.
29 mac 2008

Awal-awal pagi lagi Sandra dan Amelia, masing-masing sibuk mengumum dan menguruskan penerbangan pulang kumpulan media dan jemputan.

Kami telah dibahagi kepada 2 trip bagi mengelakkan terlebih muatan. Trip pertama akan berlepas pada pukul 8.50 pagi, manakala saya (diletak dalam trip kedua) akan berlepas pada pukul 9 pagi.

Waktu inilah wajah masing-masing berbaur. Ada yang tak sabar nak pulang, ada yang sugul dan sedikit-sebanyak terpalit rasa sedih. Sukar untuk gambarkan betapa kami gembira dan puas di sini. Sebuah daerah yang amat sederhana namun sarat dengan kasih-sayang.

Saya tatap wajah Ba' kelalan puas-puas. Sememangnya jika boleh, saya tak mahu lepaskan daerah ini walau seinci pun. Hidup tanpa handphone di tangan, tiada sms mahupun panggilan dari sesiapa, dunia saya hanyalah bersama teman-teman media- Zahir, Liza, Aishah, Bao Lian, Ezanie, Yazit.

Terima kasih kalian. Peluang mengenali dan mengharungi sepanjang beberapa hari di Ba' Kelalan tak mungkin saya lupakan.

"Nanti kita buat reunion di kedai mamak ya!". Hahaha! Seakan terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata terakhir di aiport Miri sebelum berpisah pada petang itu.

Perjalanan Pulang

Dari Miri, kami menaiki penerbangan MAS ke Kuala Lumpur tepat pada jam 4.30 petang. Masing-masing kepenatan. Saya, Aishah dan Bao Lian sempat berbual dan membuat lawak di dalam penerbangan sebelum masing-masing terlelap.

Ba' kelalan.

Pada anda yang ingin berkunjung ke mari, boleh lah menghubungi agensi pelancongan Borneo Jungle Safari yang beralamat di Kuala Lumpur :

Kuala Lumpur Representative Borneo Jungle Safari Sdn Bhd
130-2A, Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +6 03 2260 4981
Fax: +6 03 2274 2930
Email: sales@borneojunglesafari.com

atau

Miri Main Office Borneo Jungle Safari Sdn Bhd (KKKPL 2346)
Lot 1396, 1st Floor, Jalan Kubu, Centre Point Commercial Ccentre II
98000 Miri, Sarawak, Malaysia

Tel: +6 085 435 736 / 419737
Fax: +6 085 417 984 / 418737
Email: sales@borneojunglesafari.com

Sila layari http://www.borneojunglesafari.com/ untuk maklumat lanjut.

Terima kasih saya kepada pihak Tourism Malaysia, Tourism Sarawak, Borneo Jungle Safari, Pak Tagal, Apple Lodge, MASWings dan para penduduk Buduk Nur keseluruhannya kerana di atas kesungguhan layanan dan menjemput.

Ba' Kelalan. Pastinya tak terlupa dek ingatan.

Stabuxguy

Wednesday, April 9, 2008

Menjejak Epal Di Ba' Kelalan Bahagian 2

Buduk Nur, Ba' kelalan.
Hari kedua. 27 Mac 2008

Masing-masing bangun agak lambat hari ini. Masih kepenatan barangkali akibat bertrekking petang semalam.

Saya melihat jadual. Hari pertama bertugas. Sebaik ketibaan YB Nelson Balang Rining, ADUN Ba' Kelalan dan wakil dari MASWings, upacara pertama, iaitu pelancaran laluan baru MASWings dari Miri ke Ba' Kelalan akan dilangsungkan.

Laluan MASWings Miri-Ba' Kelalan ini adalah merupakan antara laluan udara utama yang menghubungkan Ba' Kelalan dengan pusat bandar berdekatan (selain daerah Lawas).

Pelancaran laluan baru ini diharapkan akan menggalakkan lagi sektor pelancongan selain memberi lebih kemudahan kepada para pelancong serta penduduk Ba' Kelalan ini sendiri untuk berulang-alik bagi melaksanakan urusan harian.

Selesai acara pelancaran di sebelah pagi, kami dijamu pula dengan hidangan makanan tengahari istimewa ala Ba' kelalan oleh pihak Apple Lodge. Antara menu yang paling saya suka ialah rendang daging Ba' Kelalan. Hampir semangkuk saya ambil dan kongsi beramai-ramai dengan wakil media yang lain.

"How's the food guys? Kerbau okay?", tegur Sandra. Saya pandang Liza, Aishah, Bao Lian dan Zahir bergilir-gilir. Muka masing-masing berubah tiba-tiba.

Terus-terang, itulah kali pertama saya menjamah hidangan daging kerbau. Aishah sampai nekad selepas ini hanya mahu menyentuh ikan sahaja. Hahaha! Zahir orang yang paling kuat ketawakan kami.

Petangnya, acara lawatan ke Sekolah Rendah Ba' kelalan dan Rumah Panjang Long Langai bersama YB Nelson. Kami masing-masing dikehendaki memakai t'shirt seragam kuning tajaan Tourism Malaysia. Masing-masing teruja. Meriah juga dengan t-shirt baru nih.

Sepanjang perjalanan ke sekolah dan rumah panjang, saya dapat melihat suasana dan kehidupan sebenar perkampungan Ba' kelalan ini. Jika sedari semalam, tanggapan saya, Ba' Kelalan hanyalah sebuah landasan lama dan penginapan Apple Lodge, nyata ianya meleset sama-sekali. Ba' Kelalan lebih dari apa yang saya jangkakan.

Sebuah pemandangan kampung (yang hanya wujud barangkali di zaman mak-bapak kita), lupakan soal pembangunan, tunggu! Jangan terkejut kerana masyarakat di sini tidaklah sedaif yang dibayangkan, malah ada sesetengah perkara, mereka juga maju dari segi pengetahuan dan teknologi.

Apa yang saya maksudkan dengan zaman mak-bapak kita tadi ialah sungai-sungainya yang masih jernih dan terpelihara, bukit-bukaunya yang luas terbentang, sawah-sawahnya yang masih menggunakan kerbau sebagai jentera utama, ah apa lagi ya, hmm... orang-orangnya, ya yang paling penting orang-orangnya.

Kehidupan di sini bagaikan satu mitos di dalam buku-buku dan filem fantasi. Sebuah kehidupan yang unik dan tersendiri. Belum seratus-peratus dicemari dengan budaya dan pemikiran luar.

Mengenali antara satu sama lain, hidup saling tolong-menolong, malah lebih istimewa lagi kehidupan mereka penuh dengan seni tradisi dan gubahan lagu-lagu indah. Tak percaya?

Anda baca lirik ini.

Bang Nupi ku
Uwi Nepapu' nemu
Lun buduk pegkung batu
Luk medita' tu

Bulan me-cang
Pegkung beken melagan
Uwi niyer ce' bawang
Yeh ineh Ba' Kelalan

yang bermaksud :

I met you in my dreams
On a hilltop so.. so high
Under the moonlight

I can see moolight hills
From where i stand
And a village is in sight
It is called Ba' Kelalan

Indah bukan? Sebuah lirik yang hampir sayu dan amat puitis saya kira.

Sekolah dan Rumah Panjang Long Langai.

Memasuki ke setiap ruang pembelajaran di satu-satunya sekolah rendah di sini memberi saya suatu persepsi yang baru tentang betapa seronoknya ke sekolah. Benar! Dengan jumlah kelasnya yang terhad, para penduduk kampung turut memainkan peranan dengan membangunkan pondok-pondok mini pelbagai rupa dan bentuk dan dihias dengan penuh kreatif sesuai dengan suasana pembelajaran. Sesuatu yang tiada saya kira terdapat di mana-mana sekolah di Semenanjung.

Menarik juga, kebanyakkan murid-murid di sekolah ini tinggal di asrama, baik seawal darjah satu hinggalah ke darjah enam. Mereka telah diajar untuk berdikari dan tinggal berjauhan dari keluarga.

Mungkin disebabkan faktor tempat tinggal yang jauh dan menyenangkan mereka untuk ke sekolah.

Bagi murid yang mempunyai pertalian, abang-adik misalnya, mereka akan ditempatkan di satu ruangan tempat tidur agar si abang dapat menjaga dan mengawal perlakuan adiknya. Ini menunjukkan betapa mereka begitu mementingkan pembelajaran dan secara tak langsung juga turut menjaga ikatan perhubungan dan kasih-sayang antara keluarga.

Oh, Anda silap jika menganggap penduduk di sini daif, malas dan tidak berjaya. Sila buangkan jauh-jauh tanggapan anda itu. Berdasarkan pemerhatian dan temubual saya, kebanyakkan anak-anak muda yang berasal dari Ba' Kelalan ini berjawatan hebat dan menjadi orang penting baik di dalam dan luar negeri. Contoh terbaik ialah Pak Tagal sendiri, selain menjadi pengusaha kebun epal dan penginapan Apple Lodge, anaknya juga merupakan seorang peguam yang dikenali di bandar sementara cucunya pula seorang graduan perubatan dari salah sebuah universiti tempatan.

Hebat bukan?

Tak lama kami di sekolah, rombongan di bawa pula ke Rumah Panjang Long Langai. Selain dihidangkan dengan minum petang yang enak-enak, kopi beras dan aneka kuih-muih tradisi (berasaskan beras) - Ruti Benak, Kerupuk Bera, Tinape', Pelupis dan Nune (antara nama-nama yang saya ingat - terima kasih kepada Amanda dari BJS kerana memberi saya info), kami juga disajikan persembahan dua tarian istimewa, Busak Bakui dan Alai Ngerang (Warrior Dance) oleh penduduk tempatan.

Ada juga rakan-rakan media termasuk YB Nelson sendiri yang mencuba-cuba untuk turut sama menari dan mengambil bahagian. Seronok!

Malamnya, selain makan malam yang lazat (ayam panggang, sup tulang, ikan masak merah), sekali lagi kami disajikan dengan persembahan mini hiburan oleh penduduk setempat. Dengan iringan lagu-lagu country (jiwa cowboy terlalu menebal di daerah ini), juga sekali lagi, nyanyian beramai-ramai serta persembahan beberapa rentak tari. Biarpun agak kepenatan dek pelbagai aktiviti di siang hari, namun saya tetap cuba untuk turut sama-sama memahami budaya masayarakat di sini.

Terdengar juga cakap-cakap nakal mengusik yang singgah di telinga saya,"asyik nyanyi lagu yang sama aje, sampai i pun dah boleh hafal lirik lagu tema Ba' Kelalan ni." Hahaha! Mati la terngiang-ngiang tak boleh tidur katanya.

bersambung...

stabuxguy

Menjejak Epal Di Ba' Kelalan Bahagian 1


Selasa
25 Mac 2008


Dalam penerbangan.

Sandwic yang simple namun menyelerakan, menyegarkan saya seketika. Alunan kapal sesekali membuai tatkala menikmati hidangan jus guava. Enak. Cukup untuk mengalas perut sementara menunggukan kapal tiba di destinasi.

Kunjungan ke negeri Kenyalang kali ini sememangnya tiada dalam agenda dan kalendar tahunan saya sebenarnya. Pertemuan dengan seorang rakan editor dari majalah Gaya Travel Nusantara (GTN) minggu lalu telah memberikan saya peluang untuk bertandang ke mari.

Terima kasih kepada Alif, teman saya kerana menemukan kami.

Berjinak-jinak menjadi penulis sebenar merupakan impian saya. Oh, tidak saya lebih rela menjadi designer (sepenuh masa) sebenarnya. Grafik merupakan darah-daging saya. Menulis, cukup sekadar hobi. Hobi yang telah banyak banyak membawa saya ke majlis sana-sini, dari pelancaran filem baru, album artis-artis ternama dan sebagainya. Itu saya anggap sebagai peluang. Peluang dan bakat, dua rumpun diri yang beriring selari.

Tawaran GTN, sebuah penerbitan tempatan tidak saya lepaskan. Terima kasih kepada Encik Md. Nor @ Nuar, editor majalah kerana telah menawarkan saya untuk mengikuti seterusnya membuat catatan peribadi berkaitan perjalanan ke Sarawak dan pengalaman di daerah Ba' kelalan khususnya.

Ba' Kelalan.

Apa yang istimewanya di sana? Tertanya-tanya juga saya. Berkali-kali melihat kertas atucara berkepil di tangan. Berbekalkan laptop, saya cuba mencari seberapa banyak info yang dapat. Hanya dua perenggan ayat yang saya dapat di Wikipedia.

Ba'kelalan is a rural town in the Bario Highlands of Sarawak. The villagers belong to the Lun Bawang tribe.

Ba'kelalan Airport
has flights to Bario and to Lawas using 19-seater DHT
aircraft.

Itu sahaja.


Kata Encik Md. Nor @ Nuar, Ba' Kelalan sekarang terkenal dengan kebun epal. Itu paling buat saya tidak sabar sebenarnya. Pengalaman memetik sendiri strawberry segar sewaktu berbasikal di Germany tahun lalu kembali menggamit kotak fikiran saya.

Miri,
26 Mac 2008


Pagi pertama di kota Miri. Saya bangun dengan senang hati. Biarpun agak penat, saya gagahkan juga untuk bersiap dan mandi. Teringat yang Puan Amelia, wakil dari Tourism Sarawak, berkali-kali dia memesan semalam, "guys, jangan lewat tau. Enam setengah berkumpul di lobi ya!".

Saya heret beg. Jauh juga mahu ke lobi. Awal pagi, hari sudah hampir cerah di sini.


Ikutkan hati, mahu sahaja saya kembali ke kamar tidur. Tak puas beradu di tilam empuk Miri Marriott Resort & Spa.

Hotel yang bertaraf lima bintang di Miri ini letaknya kira-kira hanya dua kilometer dari Bandar Miri, manakala untuk ke lapangan terbang berdekatan, jaraknya hanyalah kira-kira lapan kilometer.

Menarik tentang hotel ini ialah landskapnya. Kemas dan tersusun indah. Sesuai dengan suasananya yang mengadap Laut Cina Selatan, dekor ala-ala Balinya pasti membuat anda tertawan.

"Encik Kash, breakfast for you. Makan dulu ya, alas perut. Nanti kita lunch di Ba' kelalan." Saya angguk seraya mengucapkan terima kasih kepada Puan Amelia.

Kami diberi dua bungkusan polisterin tiap seorang.

Tak sampai setengah jam, kami diarah pula untuk menaiki sebuah bas yang telah disediakan khas oleh pihak Pusat pelancongan Malaysia (MTC). Saya mengambil peluang ini untuk menikmati kerancakan pemandangan pagi di sekitar Miri. Trafiknya agak sibuk juga namun tidaklah seteruk di Kuala Lumpur.

"Hai, Kash. Macam mana tidur semalam, lena?". Saya paling. Aishah, wakil Tourism Malaysia menegur. Kami satu penerbangan malam tadi. Saya senyum sahaja. Aishah yang peramah adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan kami, wakil media dari Kuala Lumpur ke ke Ba' Kelalan.

Selesai urusan daftar masuk di lapangan terbang, kami telah diberi sedikit penerangan ringkas oleh Sandra pula, wakil dari pihak Borneo Jungle Safari (BJS), sebuah agensi pelancongan milik warga tempatan yang akan akan bertanggungjawab menguruskan kumpulan media sebaik tiba di Ba' Kelalan nanti. Sedikit-sebanyak saya kian dapat membayangkan keadaan di Ba' Kelalan- bentuk muka buminya, kebun epal, serta info tentang penerbangan MASWings.

Peluang di lapangan terbang ini juga saya ambil untuk berkenal-kenal dan beramah-mesra dengan beberapa orang wartawan dan wakil media yang lain. Antara yang sempat saya tegur dan berbual ialah Liza (TV3) dan Zahir (KL Lifestyle).

Buduk Nur, Ba' kelalan.
Hari pertama.

26 Mac 2008

Penerbangan menaiki MASWings DHC-6 Twin Otter yang berkapasiti 19 orang penumpang ini mengambil masa kira-kira 55 minit. Kami tiba di Buduk Nur, antara sembilan perkampungan di Daerah Ba' Kelalan ini dengan disambut penuh meriah oleh Encik Tagal Paran (Pak Tagal), selaku empunya ladang epal, berserta penduduk tempatan. Tak cukup dengan kalungan rantai "Welcome to Ba' Kelalan" yang disaut tiap seorang, kami di sajikan pula dengan tarian tradisi Ba' Kelalan oleh kaum wanita tempatan. Sebuah persembahan yang begitu asyik sekali.

Namun apa yang paling mengagumkan saya di sini ialah pemandangan di sekitar perkampungan Buduk Nur ini sendiri. Dengan suhu siangnya pada skala 25°C hingga 32°C, manakala malamnya hampir mencecah 15°C, menjadikan Buduk Nur di Ba Kelalan, Sarawak ini unik dan tersendiri.

Berdasarkan info yang saya peroleh, majoriti penduduknya berasal dari suku kaum Lun Bawang (bermaksud Orang Gunung). Kedudukan kawasan ini pada kira-kira 2,900 kaki dari aras laut, menjadi faktor utama cuaca di Ba' Kelalan sejuk dan sesuai untuk penanaman buah-buahan seperti epal, oren, avocado dan markisa.

Dari tapak landasan, kami diarak ke tempat penginapan Apple Lodge, kepunyaan Pak Tagal, antara penginapan ala homestay terbaik yang terdapat di sini.

Terletak hanya beberapa meter dari landasan dan tapak penerbangan, kami diberi kunci dan sebuah bilik penginapan setiap seorang.

"Nanti semua dijemput ke dining hall ya. Kita minum-minum dan makan tengahari sekali." Terdengar suara arahan dari "pihak tuan rumah". Masing-masing yang agak kepenatan melangkah ke bilik penginapan.

Makan tengahari.

Saya duduk semeja dengan Liza, Aishah, Zahir dan Bao Lian. Kami berbual-bual. Masing-masing rancak bercerita. Betul lah orang kata, wartawan atau orang media ni ramah-ramah belaka. Pelbagai versi dan cerita tentang pengalaman ke Ba' Kelalan ini yang saya dengar. Seronok. Lebih-lebih lagi mendengar cerita Zahir dan Liza yang terpaksa bertukar penerbangan ke Sibu sebelum tiba di Miri semalam.

"Apa aktiviti hari ini ya?". Masing-masing geleng kepala.

"Optional kan? Rehat!". Celah Liza.

Bagus! Ada juga masa saya untuk melihat-lihat sekeliling. Saya memegang kamera video yang terlilit di bahu. Tak sabar untuk mula merakam pemandangan di sini.

Tak sempat saya membuat rancangan sendiri, seorang wakil dari BJS membuat pengumuman.

"Sebentar lagi, anda akan dibawa untuk menjelajah kawasan sekitar. Kamu akan dipecahkan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan melawat kawasan view point di puncak bukit sana (seraya menunjukkan ke arah salah sebuah bukit berhampiran) dan satu kumpulan lagi akan dibawa untuk melawat pusat micro-hidro berhampiran waterfall."

Saya berkira-kira sendiri. Sudah tentu saya mahu ke viewpoint! Tak sabar untuk melihat pemandangan keseluruhan Ba' kelalan dari puncak.

Namun atas desakan ramai, pihak BJS terpaksa menyatukan kedua-dua kumpulan. Alasannya, kesemua wakil media mahu ke kedua-dua tempat serentak.

Jungle Trekking.

Perjalanan yang pada awalnya begitu seronok dan mengasyikkan, mula menggelisahkan sesetengah di kalangan kami. Apa taknya, ada yang tak biasa beraksi lasak, dari meredah sawah yang berlumpur hinggalah ke sesi mendaki bukit (yang agak memenatkan). Tak tau di mana silapnya, kami tidak diberi penerangan dan gambaran yang secukupnya tentang 'lawatan' ini. Ramai yang merungut kepenatan di sepanjang perjalanan.

Seramai tiga orang wakil media (wanita) tidak berjaya dan berputus asa untuk meneruskan pendakian. Rugi juga.

Kenapa?

Sesuatu yang anda tak bisa lepaskan ialah apabila telah berada di puncak atau dikenali juga oleh penduduk tempatan sebagai "viewpoint". Sebuah pemandangan yang begitu menakjubkan terbentang. Bisa membuat anda ralit seketika.

Hampir sekeluruhan Buduk Nur di Ba' Kelalan ini bisa anda tatap sepuasnya. Dari sawah padi yang meluas, kebun epal dan deretan rumah-rumah tradisional yang menjadi antara latar pemandangan. Hilang segala rungutan dan penat-lelah sepanjang mendaki ke sini.

Saya dan wakil-wakil media yang lain sempat melakukan aktiviti bergambar beramai-ramai. Sayang jika pemandangan latar yang hebat ini dibazirkan.

"Okay guys! Sudah hilang penat? Mahu ke waterfall? Tak jauh. Bisa mandi-mandi di sana." Ajak wakil BJS merangkap 'tourist guide' kami setelah hampir setengah jam berehat di situ.

Kami kembali bersemangat. Perjalanan diteruskan. Cuaca setakat ini agak cerah. Namun awal-awal lagi kami telah diberi peringatan yang cuaca di Ba' kelalan amat sukar diramal, bisa berubah mendadak bila-bila masa sahaja.

Ingatkan perjalanan menuruni bukit lebih mudah. Kami perlu lebih banyak berhati-hati. Selain terpaksa meredah pokok-pokok hutan yang tumbuh meliar, kami juga terpaksa melalui beberapa kawasan yang agak curam dan berbahaya. Teringat yang saya pernah mengikuti satu ekspedisi ke Gunung Datuk di Negeri Sembilan suatu ketika dulu, perjalanannya tidaklah sesukar ini.

Hampir sejam meredah hutan dan lereng bukit yang curam, kami tiba di sebuah kolam air terjun yang juga menjadi punca kawasan tadahan air. Masing-masing tak lepaskan peluang untuk mandi dan menghilangkan penat. Saya hanya duduk-duduk di pondok berhampiran. Tak sampai lima belas minit kami di situ, cuaca yang tadinya cerah tiba-tiba bertukar gelap. Kami telah diarah untuk naik dan bersiap untuk pulang. Masing-masing kembali bergerak mengikut kumpulan.

Saya mengikut kumpulan Racha', salah seorang pemandu pelancong (wakil BJS) yang paling muda. Masih dalam lingkungan awal dua puluhan saya kira. Kami dibawa keluar dari kawasan hutan untuk kembali ke Apple Lodge dengan selamatnya. Melihatkan saya yang asyik memegang kamera video (bimbang dibasahi hujan), Racha' telah memberikan saya beberapa helai daun hutan yang dikenali sebagai "payung hutan" bagi melindungi peralatan yang dibawa. Tersenyum saya seketika. Betapa tips itu begitu berguna buat saya. Berkali-kali saya mengucapkan terima kasih kepadanya.

bersambung...

stabuxguy

Wednesday, March 19, 2008

Saya Dan MOOD Bercuti? Nikmatinya!

salam kekasih. salam semua cinta-cinta saya.

siapa? andalah. ya, anda! terkejut? jika bukan anda siapa lagi (yes, status saya single sebab tu berani hehehe).

tunggu! jika tak kerana anda, saya takkan kembali menulis di sini (siap tukar layout baru lagi). anda suka? dude, tak nak baca takpe. ARAHAN : sila klik butang 'X' hujung belah kanan ya!

*jarang saya bersikap sinikal. takpe, jom kita sama-sama senyum aja. pergilah buat kopi atau apa-apa sahaja. :)

kepada pembaca,

apa jua komen atau prejudis anda terhadap saya, (mungkin dr teman-teman lama, atau mereka yang pernah 'terasa' dan terluka dengan saya) sikit pun tak menjadi kudis buat saya. anda berhak marah atau berkata apa sahaja. saya mungkin alpa dan terlalai seketika. namun apa yg lepas, bagi saya ianya satu sejarah. yang penting, baik saya mahupun anda, sama-sama kita baiki keadaan dan hijrah ke suatu 'daerah' yang lebih baik. jika mahu, jagalah 'daerah-daerah' anda sendiri. usah biarkan ianya dicerobohi. tak perlu nak berperang atau saling menjatuhkan. rugi.

jika masih ada sisa-sisa dendam, kenapa tidak bersemuka sahaja? mengapa perlu membuat dan mereka-reka cerita? saya bukanlah sesiapa. dan anda juga sama seperti saya, manusia biasa. fikir-fikirlah. saya masih hormat anda. saya juga masih hargai tiap inci kenangan saya bersama anda. buang yang keruh. bukankah itu lebih baik?

emosi!

*tarik nafas seketika*

kalian tertanya? dude, anda itu untuk siapa?

*saya tergelak*

anda itu bukanlah untuk siapa-siapa. hanya untuk mereka-mereka yang saya kasihi, saya cinta dan saya hormat pendiriannya. terima kasih kerana menyedarkan saya. tanpa 'anda', siapalah saya.

alhamdulillah- dua minggu ini saya akan berada di kuala lumpur dan sarawak. 'bercuti' dari kekangan kerja buat saya benar-benar tenang dan gembira. rindu juga mengadap kerja namun saya kuatkan hati, bukankah ini yang saya tunggu-tunggu? dude, nikmatinya!

ya, nikmatinya. perkataan terbaik buat saya masa kini. sedar atau tidak, semakin dewasa kita, semakin besar tanggungjawab dan semakin banyak perkara yang perlu kita berhadapan.

saya juga, biarpun berkali-kali diketuk, baik oleh AM sendiri mahupun Kak Wan saya, masih jalan tersengguk-sengguk.

saya cuma harapkan sebuah kehidupan yang lebih baik. kawan-kawan yang membantu, bisa susah-senang bersama- karl darlin', yes including you, sweety!

terima kasih buat teman-teman yang masih mengingati, karl, alif, Cj, abg amir (antara yang sempat saya jumpa sejak dari hujung minggu lalu). minum-minum, borak-borak di KLCC.

abg nazri, wardy, helmi- anda masih hutang untuk bertemu saya!

p/s : punya apa-apa info tentang Miri? makanannya? tempat2 menarik? tips, petua? kongsi dengan saya. e-mail kepada stabuxguy@yahoo.com. terima kasih! (",)

*updated!*

e-mail dari pembaca...

e-mail satu

hej!

nice to have a chance to read your blog again. nice layout. i used to travel to city of miri and i really love to eat kolok mee...really nice and should try it...i think walking around town is good too but i already forgot the places that i've been last time except that i went up the hill and you can see the miri city from the top...ok, wish you have a great break...

cheers! danial - tyne & wear...

danial ma


stabuxguy : tak sabar nak merasa buah epal segar di ba'kelalan.

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...