"Bila nak kahwin?".
"Mana girfriend kamu, tak ajak sekali balik kampung?".
Saya cuma tergelak. Itu adalah antara dua soalan wajib yang sering dilontar makcik-pakcik saya setiap kali pulang ke kampung (baik pulang beraya atau waktu-waktu lain).
"Seriously Kash, you tak nak kahwin?".
Hmmm. Saya diam sejenak. Agak lama fikiran saya menerawang sebelum menyambung.
Dalam hidup saya (seingatnya), cuma ada tiga cinta hati. Ertinya, hanya ada tiga orang gadis sahaja yang saya pernah saya 'beri' hati dan perasaan saya (sepenuhnya) kepada mereka.
Pertama, waktu di zaman persekolahan.
Cinta monyet kata orang. Tapi saya seperti yakin waktu itu, dialah cinta hati pertama saya.
Saban petang saya berbasikal ke sekolahnya (dia tinggal di asrama) semata-mata untuk menatap wajahnya dari dekat. Lucunya waktu itu kami hanya berhubung melalui surat dan telefon, dan dia langsung tidak mengetahui wajah saya!
Buat kali pertama kami date di KFC di bandar tempat tinggal saya. Dari tengahari hingga petang kami cuma duduk berbual-bual di situ. Teman wanita saya risau jika ayah atau kakaknya ternampak kami.
Hubungan kami berlanjutan beberapa tahun sehinggalah saya ke asrama penuh (MRSM). Menerima surat-surat kirimannya adalah momen paling menggembirakan saya.
Oh, zaman itu belum ada handphone apatah lagi facebook, bbm, whatsapp dan sebagainya!
'Cinta' kami kekal hinggalah ke tamat persekolahan.
Sedihnya, saya yang memutuskan. Saya punya alasan sendiri.
Masih ingat tatkala dia menangis teresak-esak di dalam kereta (hari pertama saya memperoleh lesen kereta dan membawanya keluar!).
"Saya perlu lakukan ini demi kebaikan bersama...". Itu ayat terakhir saya.
Itu kisah cinta pertama saya.
Kisah kedua bermula sebaik saya belajar di kolej.
Gadis campuran Melayu (bapanya British), saya mengenalinya sewaktu berkerja part time di salah sebuah coffeeshop popular di ibukota. Kebetulan dia juga berkerja di tempat yang sama.
Kami berkenalan dan banyak habiskan masa bersama. I really like her.
Sayang hubungan kali ini juga tidak dapat bertahan lama. Beberapa bulan kemudian dia jatuh hati dengan jejaka yang lain.
"Anda pilih dia atau saya?". Itu soalan penamat saya kepada gadis berkenaan.
Dia diam. Tidak mampu untuk memandang saya.
Lalu saya mengalah dan tinggalkan semuanya, termasuk berhenti kerja.
Dengan dia, saya benar-benar jatuh cinta namun, apakan daya...
Gadis campuran Melayu (bapanya British), saya mengenalinya sewaktu berkerja part time di salah sebuah coffeeshop popular di ibukota. Kebetulan dia juga berkerja di tempat yang sama.
Kami berkenalan dan banyak habiskan masa bersama. I really like her.
Sayang hubungan kali ini juga tidak dapat bertahan lama. Beberapa bulan kemudian dia jatuh hati dengan jejaka yang lain.
"Anda pilih dia atau saya?". Itu soalan penamat saya kepada gadis berkenaan.
Dia diam. Tidak mampu untuk memandang saya.
Lalu saya mengalah dan tinggalkan semuanya, termasuk berhenti kerja.
Dengan dia, saya benar-benar jatuh cinta namun, apakan daya...
Kisah ketiga, dan terakhir saya bermula beberapa tahun lalu.
Cerita bermula di waktu berbuka puasa di salah sebuah restoran di Subang Jaya, saya masih ingat waktu itu dia diperkenalkan sepupu. Saya rasa jatuh tangga bertimpa-timpa sebaik melihatnya.
Cerita bermula di waktu berbuka puasa di salah sebuah restoran di Subang Jaya, saya masih ingat waktu itu dia diperkenalkan sepupu. Saya rasa jatuh tangga bertimpa-timpa sebaik melihatnya.
Rancak kami berbual. Saya gemar karakternya- berkali-kali saya ingatkan diri sendiri- "Oh, dialah gadis dan teman wanita yang saya cari-cari!".
Namun atas sebab-sebab tertentu, saya membataskan hubungan kami- biarpun hati ini kuat untuk meneruskan 'persahabatan'.
Lama saya diam dan menjauhkan diri. Barangkali saya fobia. Takut kahwin (mungkin?).
Namun saya teruskan mengikuti perkembangannya di FB, melihat dia menemui seseorang yang lain adalah sesuatu yang sangat sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya lega bila kasih mereka tidak bertahan lama. Namun belum sempat saya benar-benar bersedia, jemputan nikah-kahwinnya saya terima.
Ayat pertama yang keluar dibibir saya,"Dengan siapa? Oh, tiba-tiba sahaja.....".
Saya tahu peluang saya tipis (atau boleh dikatakan telah tiada waktu itu).
Semalam saya menonton telefilem, 'Kontrak Cinta' di iPad, lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha (antara dua pelakon tempatan kesukaan saya).
Jalan ceritanya ringkas, bagaimana si Fahrin yang takut dan fobia untuk berkahwin sehingga memaksa ibunya mencarikan isteri/jodoh buatnya.
Sebaik bertemu, ibunya (Fauziah Nawi) telah mengaturkan makan malam untuk Fahrin bersama 'bakal jodohnya' itu di rumah.
Fahrin telah menggunakan Fasha yang baru ditemuinya sebagai 'teman wanita sementara' bagi mengelak dari dijodohkan dengan pilihan ibunya.
Bagaikan terkena, saya senyum sendiri.
Jujurnya, saya tidak pernah terfikir soal ini (kahwin), sehinggalah akhir minggu ini. Melihat beberapa orang saudara dan sepupu sendiri bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi- buat hati saya terfikir,"Adakah saya bersedia?".
Jawapannya sudah tentu, "Tidak!".
Perkahwinan mungkin indah bagi sesetengah orang. Tapi sejak kecil saya melihat perkahwinan hanya menghancurkan hidup dan maruah individu.
Pelbagai contoh ada dan dekat di sekeliling saya, buat saya panik dan (langsung) tidak bersedia. Saya lontarkan jauh-jauh perasaan itu, barangkali itu antara alasan mengapa saya menolak dan menghindari cinta ketiga yang datang dalam hidup saya.
Dan kini melihat dia tersenyum gembira di samping seseorang (yang mungkin) boleh membahagiakan dirinya, lebih dari satu kelegaan buat saya. Mungkin saya ralat kerana tidak mampu memilikinya, tapi saya fikir Tuhan itu Maha Adil- telah ada sesuatu yang lebih istimewa dia aturkan buat kita. Cepat atau lambat sahaja.
Saya cuma perlu pasrah dan meneruskan langkah. Di mana Dia hentikan saya, di situlah titik akhir untuk saya (bermula).
Tahniah buat si dia yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, juga buat dua orang saudara kandung serta sepupu saya.
Nikmatilah hari-hari terbaik hidup anda!
Stabuxguy
2 comments:
Bila sudah terbuka nanti.. kahwinla!! :)
insyaallah...ada yang menanti..
Post a Comment