Saturday, August 11, 2012

Cerita Langkawi Saya Kembali Bermula


Saya menyandarkan kepala. Dari pagi otak tidak berhenti berkerja. Sempat saya mengerling jam. Hampir ke pukul enam. Saya kalih membuka laptop. Saya biarkan komputer utama 'berehat' seketika.

"Kash, you stay back ke? Buka mana?".

"Buka kat resort je kak. Banyak kerja...". Saya toleh pandang Kak Lia, cepat-cepat dia bersiap sebaik jam lima. Kak Zie pun. Ah, masing-masing ada keluarga. Lainlah saya- bujang dan sendiri sahaja di Langkawi ni.

"Yang, Abang Din tapau beli makan kat rumah, jom lah join kitorang. I baru sampai ni!". Hazlina, teman saya yang baru tiba dari Kuala Lumpur pula BBM. Saya tolak dengan baik. It's okay. Esok kami akan berbuka sama juga. Boleh saya kenal anak-anak Hazlina dan Abang Din.

"Ok, see you tomorrow!".

Saya senyum membaca kembali baris-baris ayat yang dihantar Hazlina. Wanita itu sering positif dan ceria. Saya suka dia.

Dari Hazlina, saya mengenali Eid dan Feera (sewaktu kunjungan mereka ke Langkawi baru-baru ini). Sama seperti Hazlina, kedua-duanya juga menetap dan berkerja di KL. Saya senang dengan ketiga-tiganya- peramah dan sporting. Sekejap sahaja kami boleh ngam.

Eid dan Feera awal-awal dan berjanji akan ke Langkawi lebaran nanti.

"Kami nak raya kat sana. Teman you!".

Saya senyum. Itulah teman-teman baru saya.

"Bro, jangan lupa tonight!". Saya memandang skrin Blackberry.

Teringat rancangan mahu menonton wayang dengan Ashraff, anak Kak Sab di Kuah.

"Let me know jika kamu free, Jumaat kita tengok The Dark Knight Rises ya!", ujar saya kepada Ashraff beberapa hari lalu sewaktu kami berbuka di Tok Senik. Dan semalam, Ashraff telah SMS saya,"bro, jadi malam esok ya! I'll pick you kat Hotel Helang jam 9.30 malam!".

Mata saya berbalam. Seketika saya menarik nafas perlahan. Saat ini hanya tinggal saya sendirian di pejabat. Sunyi dan tenang.

Ada lagi kira-kira sejam sebelum masuk waktu berbuka puasa.

Siapa kata di Langkawi tidak punya kehidupan? Jujurnya, tujuh bulan di sini, saya telah benar-benar menjadi sebahagian dari isi Langkawi.

Pantai, Tanjung Rhu, matahari terbenam, Cenang, makanan, orang-orang yang peramah- mudah sahaja untuk saya bergaul dan membina kehidupan baru di sini.

Berbanding di Kuala Lumpur, di sini saya tidak perlu bersesak dan tergesa-gesa ke sana-ke mari, hanya seluar pendek dan t-shirt (serta buku yang tak lekang di tangan), anda sama sekali tidak akan di nilai oleh siapa-siapa di sini. 

Itu yang paling menyenangkan saya. :)

Hujung minggu saya terisi bersama Mama Sheela, wanita yang awalnya saya kenali menerusi Sara, sahabat saya di Kuala Lumpur (Goshh, I miss her!).

Mama Sheela


Kami sering ke pasar dan memasak bersama di restoran miliknya di Pantai Tengah. Diusahakan bersama Uncle Willy, suami tersayang (Uncle Willy merupakan warganegara German), jika punya kelapangan dan sebaik habis waktu kerja saya pasti ke sana.

Hampir dua puluh tahun kembali ke Malaysia dan menetap di Langkawi, saya beruntung kerana Mama Sheela banyak memberi nasihat dan panduan untuk saya tinggal di sini.

"Be strong! Jangan biar orang mudah pijak kepala kita- hidup di sini kena pandai-pandai pilih kawan".

Itu saya akui. Biarpun jumlah teman-teman saya di sini masih boleh dikira dengan jari, namun saya kira itu okey. Kadang jika ke parti atau makan-makan, saya duduk berbual-bual, perkenalkan diri.

"Hi, I'm Kash. I'm new here!". 

Saya senyum dan kami saling berjabat tangan. Mendengar dan berkongsi cerita mereka untuk beberapa minit berikutnya, itu secara tidak langsung telah merapatkan kami.

Belajar- itu cara terbaik untuk menambah kenalan. :)

Ok dah hampir masuk waktu berbuka. saya harap saya bisa bercerita lagi. Banyak untuk saya kongsi, selain teruja dengan antaramuka baru di blog ini. Saya harap anda terus gembira di sini. 

Kepada yang baru singgah dan mengenali, selamat datang saya ucapkan. Darimejastabux adalah diari saya. Cinta hati saya (Oh, anda tahu anda tetap pertama di hati saya, dear!).

Kepada rakan-rakan yang berpuasa, tak kira di mana anda berada, selamat berbuka saya ucapkan ya!

Stabuxguy

No comments:

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...