Monday, November 7, 2011

Zaiton, Ceritaku Menaruh Harapan Di Tangan Nadia Aqilah


"Dulu aku sendiri.. Kini masih sendiri... Hadapi hidup ini... Susah senang diri ku... Tak bertempat mengadu... Seperti burung kepatahan sayap... Dihati kecil ku menaruh harapan... "

Memutar kembali trek "Menaruh Harapan" dari koleksi iTunes saya, seolah mengembalikan nostalgia zaman persekolahan. Sering menjadi siulan, "Menaruh Harapan" adalah antara nyanyian popular zaman itu (hasil dendangan Zaiton Sameon).

Tidak pernah terlintas yang saya begitu teruja untuk menulis ulasan tentang biografi dari kisah hidup primadona yang pernah 'hangat' suatu ketika dulu ini.


Versi awal, filem ini telah dilakonkan oleh Mislina (Bukak Api, Talentime, Anal Halal & Puaka Tebing Biru). Saya mula menyukainya sebaik menonton Anak Halal suatu ketika dulu. Mislina bagus dan bijak menjiwai setiap peranan yang diberikan. Malah saya pernah memujinya secara berdepan sewaktu di tayangan perdana Puaka Tebing Biru dulu di Midvalley. Beliau hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

Atas sebab-sebab teknikal (saya pasti audiens maklum mengetahui kontroversi yang melanda), filem ini dibuat semula dan diberikan 'suntikan' baru.


Tahniah Nadia Aqilah, gara-gara foto mirip Zaiton yang digayakannya di Facebook, terus buat hati saya terpalit dan melekat untuk melhat koleksi gambar-gambar berikutnya seterusnya mengikuti perkembangan di sebalik pembikinan semula filem ini. Beberapa kali menonton persembahan Nadia (paling terbaru di The Secret Life of Nora), gadis ini nyata tidak mengecewakan. Bisa bernyanyi dan berlakon dengan baik, saya kira Nadia bintang yang paling tepat bagi membawakan watak Zaiton versi baru. Aura Zaiton bisa kita lihat dari wajahnya. Saya suka gayanya yang asli dan bersahaja. Tak salah jika saya memberikan kredit tambahan buat Azma Aizal Yusoof (Isma Yusoof) selaku pereka produksi filem ini, dari dan dulu hingga sekarang saya cukup kagum dengan hasil seninya. Terbaik!

Zaiton Ceritaku

Menggantikan pengarah asal, Fauziah Nawi, Zaiton Ceritaku kini diarahkan oleh pelakon berpengalaman, Isma Daniel. Saya kira idea meletakkan Isma sebagai pengarah adalah sesuatu yang baru dan segar. Mungkin ada yang ragu-ragu dengan kebolehannya, tak cuba tak tahu kan? 

Saya petik kata-kata Nadia di akhbar Harian Metro hari ini,

“Saya tidak boleh menjadi Zaiton, apa yang boleh saya buat adalah menyampaikan hasrat hatinya kepada orang ramai. Saya melakonkan gambaran Zaiton daripada kaca matanya, apa yang dia percaya dan rasa."


Nah, itu jujur bukan?

Sungguh, saya teruja untuk menonton!

Like Facebook Nadia Aqilah, Zaiton Ceritaku

Stabuxguy

1 comment:

awekretro.com said...

tak sabar nak tao ape sebenarnya yang berlaku...sebab semua lagu zaiton sameon mmg best...kan...

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...