Renyai hujan tidak sedikitkan pun membasahkan angan saya. Tambah berbunga, lebih indah sebaik dikhabarkan berita gembira.
"Anda betul? Benar-benar betul?? Bila temuduga?", soal saya bertubi-tubi kepada si penelefon. Jauh panggilannya, dari Langkawi.
"Encik dijemput datang untuk lapor diri dan bertemu kami hujung bulan ini." Saya teruja!
Saya ke ruang hadapan, segera membelek-belek beberapa cd terbaru di ruang penyimpanan, saya membuka trek terbaru dari album Anuar Zain. Seketika "Nadi Terhenti" bergema menguasai ruang. Antara trek kegemaran, fikiran saya kembali melayang.
"Walau kini sesaat terasa... Bagaikan nadimu terhenti... Aku harus pergi membawa diri"
Langkawi
Paling akhir saya ke sana kira-kira tiga tahun lalu, saya untung kerana mempunyai dua orang sahabat karib waktu itu, Sara dan Marina, mereka adalah nadi saya sewaktu hati dan fikiran saya bercelaru. Dek kerana patah hati, saya mengikuti Sara ke Langkawi meraikan sambutan tahun baru.
"Ingat, you kena lupakan semuanya- just enjoy yourself. Nanti kita bbq sama Marina and the rest!". Sara tak henti memberi saya semangat sewaktu dalam penerbangan.
Saya suka Langkawi. Sebagaimana saya menyukai Pulau Pinang dan Bali, Langkawi tersenarai antara destinasi percutian mesti kunjung saya. Cuma faktor dan kekangan kerja beberapa bulan ini yang semakin sibuk sedikit-sebanyak telah membataskan saya. Jujurnya saya rindu sewaktu menetap dan berkerja di Pulau Pinang. Hidup yang ringkas dan mudah, punya pemandangan yang indah, begitulah juga yang saya harapkan dengan Langkawi.
Begitu banyak perancangan yang bermain di kepala. Usia yang (kian) meningkat, ditambah dengan naluri semulajadi saya yang mudah bosan dengan sesuatu yang rutin, saya tekad untuk melakukan sesuatu yang lebih bermakna sebaik menginjak ke angka tiga puluh.
Pernah saya war-warkan kepada beberapa orang teman (yang paling rapat), saya ingin mencuba pengalaman-pengalaman baru yang tak pernah terfikir. Hidup tanpa apa-apa perancangan- menjadi sebahagian dari isi pulau (sebagai contoh), bebas ke sana-sini.
Kata mereka, nah itu payah untuk kelangsungan hidup.
Tak semua orang berani mengambil risiko. Saya anggap itu cabaran. Jika tak sekarang, bila lagi? sekurang-kurangnya saya punya kemahiran. Itu memberanikan saya. Ulat dalam batu pun boleh makan kan?
Kata mereka, nah itu payah untuk kelangsungan hidup.
Tak semua orang berani mengambil risiko. Saya anggap itu cabaran. Jika tak sekarang, bila lagi? sekurang-kurangnya saya punya kemahiran. Itu memberanikan saya. Ulat dalam batu pun boleh makan kan?
Saya mahu jadi jurufoto bebas. Bergerak membawa lensa ke sana-ke mari. Menyapa si polan-si polan, encik pelancong yang barangkali mahu fotonya diambil.
Hidup lebih ringkas. :)
Saya juga mahu menjadi pereka grafik bebas- tak perlu hidup bermewah-mewah. Barangkali itu lebih memberi makna buat saya. Dari hidup di kota, yang alirannya menyesakkan kepala.
Tuhan sesungguhnya memberikan khabar yang indah buat saya. Mungkin untuk menguji, saya anggap itu sebagai rezeki. Segala-galanya umpama mimpi menjadi realiti. Malah lebih indah, kerana yang diberi adalah 'pembuka jalan' kepada yang semua saya impikan.
Cita-cita saya bukan hanya setakat di Langkawi, seperti anak-anak Laskar Pelangi, saya juga mahu menjejak mimpi hingga ke bumi Eropah. Ya, saya mahu berhijrah. Kunjungan dua teman saya Martin dan Frank dari Germany baru-baru ini ke Kuala Lumpur semakin membuat perasaan saya berkobar-kobar. Frank, paling memahami, beliau banyak menasihati saya.
Saya tahu laluannya tak mudah, namun dengan sedikit bekal dan perancangan, saya yakin ada jalan untuk semuanya.
Saya tahu laluannya tak mudah, namun dengan sedikit bekal dan perancangan, saya yakin ada jalan untuk semuanya.
Terbayang malam-malam saya tidur beralaskan deru ombak, beratapkan kilau bintang. Oh, tenang dan indah bukan?
Stabuxguy
1 comment:
all da best
abg rudy
Post a Comment