Sunday, October 16, 2011

Al Fatihah Buat Encik A....

Lewat malam, saya dan keluarga menghantar Sue ke KLIA. Antara ibu saudara yang paling memahami, senyuman sentiasa tak lekang dari wajahnya. Selama beberapa minggu, Sue akan berada di London atas urusan kerja. Kali pertama ke Kota London, saya tahu Sue teruja. Sebagai anak saudara, saya mendoakan yang terbaik buat dirinya. Selamat pergi dan kembali ya Sue!

Beepp! Enak menikmati hidangan makanan segera di KLIA, talian bimbit saya berbunyi. Wajah saya berkerut. Tulisan di skrin membuatkan fokus saya terganggu.

"Kash, Azli dah tiada...". Saya terkedu. Seketika ada dua lagi khidmat pesanan yang masuk, pun berbunyi kandungan yang sama. Saya pandang wajah-wajah ahli keluarga di sekeliling. Sungguh mereka tidak memahami perasaan saya tatkala ini. Saya lihat si A ketawa, si B gembira- tidak sampai hati untuk rosakkan kegembiraan mereka.

"Kamu okay? Makan la fries tu, nanti sejuk," gesa sepupu di sebelah. Saya angguk. 

Baru sahaja hendak bangun, telefon saya berbunyi lagi. Kali ini panggillan dari MB yang dah lama saya tak dengar khabar berita. 

"Kash, you dah tau? Azli- dia-". Sekali lagi perasaan saya bergolak. Kali ini lebih hebat. Sesiapa pun tak mungkin akan faham. Saya cuba menyembunyikan perasaan. 

"Veena bagitau I...". "Thank you," ujar saya kelu namun saya pasti butirannya jelas sampai ke hujung gagang. MB letak. Wajah saya terus terbayangkan Kak Veena, kali pertama Azli bawa saya bertandang ke rumahnya di Hari Raya Haji enam tahun lalu. 

Kak Veena yang ramah, juga teman rapat Azli senang menerima saya. 

Hati saya semakin sebak.

"Minta diri, saya ke toilet sekejap." Saya tolak kerusi.

Air mata kian deras. Sungguh saya tidak tahu kepada siapa saya harus berkongsi. Ardly? Abang Man? Saya pasti mereka sedang bersedih dan sibuk menguruskan jenazah di hospital. Mungkin bukan waktu sesuai untuk saya menelefon keduanya. 

Perasaan saya berbelah bahagi. Teringat kali pertama saya mendapat tahu Azli atau dulu sering saya bahasakan beliau sebagai Encik A, di masukkan ke hospital (setelah terbaca status di Facebook Ardly) tiga minggu lalu, saya gegas mengirimkan pesanan teks kepada Abang Man. 

"Dia okey?".

"Tak. Kash bacalah Yaasin. Sama-sama kita doakan semoga Azli kembali pulih." Hati saya berdebar. Teruk sangatkah dia?

Terkilan kerana tidak diberitakan dari awal, atas sebab-sebab tertentu (yang saya sendiri tidak tahu), saya di'tegah' dari melawat Encik A @ Azli. 

"Azli perlu rehat dan cuma kawan-kawan terapat sahaja dibenarkan melawat." Sungguh enam tahun jarak yang jauh dan telah meletakkan saya antara mereka yang telah renggang dengannya. 

Saya redha.

Buat arwah (demi Tuhan saya janggal memanggilnya begitu), saya harap awak kini berada di kalangan mereka yang dijanjikan kebahagiaan di akhirat. 

Saya percaya kami masih ada kenangan. Dia pernah istimewa di mata saya. Gaya dan senyum tawanya mengusik masih saya ingat. Tetap tak terluput sampai bila-bila.

Buat arwah, semoga tenang di sana. 

Al Fatihah. 

Stabuxguy.

1 comment:

MORIBAYU said...

Al-fatehah.


Nothing Twice

by Wislawa Szymborska

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...