Sunday, January 13, 2008

Rendition : Nilai Manusia Dan Islam Yang Dijahatkan

bisa anda bayangkan apa yang akan terjadi dalam masa enam hari? atau empat- atau tiga (mungkin?).

macam-macam. anda akan mati, saya akan mati, nah apa sahaja bisa terjadi. di mana-mana sahaja. hari ini anda bahagia, esok lusa entah-entah anda harus meninggalkan anak-isteri. hilang orang disayangi.

cerita yang baik sering membuatkan saya menjadi sebahagian darinya. sering
kali saya akan terbawa-bawa dan sukar untuk melepaskan sesebuah kandungan plot filem yang ditonton. jika endingnya sedih, pastinya saya akan turut merasa sedih, dan kesannya begitu terasa.

Rendition mungkin bukan cerita popular yang menangkap deria a
nda untuk labuh ke panggung dan menonton. terus-terang kuasa cerita ini yang menarik saya hanyalah terletak pada nama Reese Witherspoon (Just Like Heaven) dan Jake Gyllenhaal (Brokeback Mountain).

tanpa mengetahui hujung pangkal cerita, saya cuba menonton dengan hati yang terbuka. dalam hati, ini filem kontroversi. ya, saya harus tonton. apa yang sensasinya.
plot bermula dengan paparan seorang jurutera kimia yang juga suami kepada Reese (Isabella Fields El-Ibrahimi) yang dalam perjalanan pulang untuk menemui keluarganya di amerika sebaik selesai berurusan di cape town.

malangnya, Anwar El-Ibrahimi (Omar Metwally) yang naif, telah ditangkap oleh sekumpulan CIA sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang washington atas tuduhan terlibat dalam sebuah kes pengeboman berani mati di Mesir.

kisah ini bermula di sini.

anda pernah tonton babel?

naratif penceritaan yang selari dan bergerak serentak namun berlai
nan masa merupakan trademark yang dibawa dari babel ke dalam filem ini. anda mungkin keliru jadi harus hati-hati. hayati tiap inci peristiwa yang berlaku. saya sendiri sebaik sahaja anwar ditangkap, hati sentiasa tidak keruan dan ingin tahu apa seterusnya yang berlaku kepada beliau.

Isabella si isteri yang (sedang sarat mengandung) risau sebaik kelibat suami tidak muncul di balai ketibaan, telah meminta bantuan bekas teman sekolahnya Alan Smith (Peter Sarsgaard), yang juga merupakan pembantu kepada seorang senator untuk membantunya.

reese mungkin berjaya membawa watak ini namun saya agak hampa di m
ana Isabella Fields El-Ibrahimi tidak terlalu ditonjolkan. kekuatan dan emosinya terlalu perlahan. saya bayangkan seorang Isabella yang lebih agresif sebaik mengetahui kehilangan suaminya akibat konspirasi kerajaan dan bisa melakukan sesuatu yang luarbiasa bagi mendapatkan kembali suaminya. mungkin pengarah tidak mahu melebih-lebihkan cerita. cukup sekadar reese watak penyeri. boleh jadi.

kisah berselang dengan kemelut sebuah keluarga Abasi Fawal, ketua penyoal yang lokasinya dirahsiakan di Mesir, sebuah tempat di mana pengeboman berlaku. mempunyai seora
ng anak perempuan yang bermasalah bernama Fatima.

Abasi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan amerika untuk menyoal anwar yang diculik dan memaksa beliau untuk mengaku penglibatannya dalam sebuah pertubuhan islam yang melancarkan siri keganasan menentang kerajaan dan amerika.

di sini islam digambarkan sebagai jihad yang membuta-tuli, jahat dan kumpulan penentang @ militari.

ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya tentang filem ini.

pertama, kisah Fatima yang lari dari rumah gara-gara mahu mengikut kekasih yang tanpa diketahuinya adalah merupakan salah seorang dari ahli puak penentang kerajaan. beliau yang menyedari dirinya dipergunakan itu telah cuba menghalang kekasihnya namun telah terlambat.

Fatima terkorban bersama puluhan orang awam yang lain demi menyelamatkan ayah dan kekasihnya.

Abasi Fawal pula menyedari kematian anaknya setelah hampir seminggu Fatima menghilangkan diri.

tragik bukan?

kedua, kebijaksanaan anwar yang masih sempat 'berjenaka' dengan memberi senarai palsu nama-nama ahli kumpulan puak penentang yang mengupahnya untuk membuat bom sewaktu ditahan dan diseksa oleh orang-orang Fawal. ya, saya suka part ini. disini dipaparkan 'kebodohan' orang-orang Mesir (dan mungkin islam sendiri) yang mudah ditipu oleh orang-orang bijak amerika.

saya tergelak bila Douglas Freeman (Jake Gyllenhaal) siap meng'google' nama-nama berkenaan dan hasilnya ianya adalah merupakan senarai nama para pemain pasukan bolasepak Mesir di tahun 1990!

ini membuatkan douglas sedar, anwar tidak bersalah dan beliau berusaha untuk membebaskannya untuk kembali ke amerika. dari awal saya tahu, watak douglas sebenarnya bukanlah digambarkan sebagai agen CIA, tapi beliau adalah 'penyelamat' kepada anwar. douglas atau jake terlalu baik untuk membawa watak seorang agen yang kasar atau tidak berhati perut.

teringat quote si douglas sewaktu berdebat dengan Menteri Dalam Negeri Mesir,

"In all the years you've been doing this, how often can you say that we've produced truly legitimate intelligence? Once? Twice? Ten times? Give me a statistic; give me a number. Give me a pie chart, I love pie charts. Anything, anything that outweighs the fact that if you torture one person you create ten, a hundred, a thousand new enemies."

Give me a pie chart, I love pie charts! itu yang paling saya ingat. hahaha!

babak Fatima melarikan diri dari rumah kekasihnya ke tengah-tengah pekan pada awalnya sedikit mengelirukan saya. ianya seperti ulangan semula awal cerita.

namun bila dihayati betul-betul, oh- flashback rupanya. bermaksud, dari awal cerita si Fatima ini sudah enam hari meninggal dunia (mati akibat bom) dan tidak diketahuinya oleh ahli keluarganya.

anwar selamat? ya, sudah tentu! happy ending untuk cerita-cerita amerika. Isabella yang hampir putus asa telah pun selamat melahirkan bayi yang dikandungnya sebelum 'kehilangan' anwar. seksaan anwar sewaktu ditangkap dan dipenjara mungkin tidak digambarkan secara keseluruhannya, dicurah air sejuk dikepala, kejutan elektrik, ditanggalkan baju dan dibogelkan- ah itu biasa. tidak terlalu ekstrim. seakan ditapis dan di'ringan'kan. mungkin untuk tidak menggambarkan amerika tidak terlalu kejam barangkali. atau mungkin untuk tidak memberatkan filem ini.

apapun menonton Rendition membuatkan jantung anda tidak berhenti dari awal hingga ke akhir. mahu tahu di mana jiwa saya tersekat?

babak Fatima dan bom. ya, jiwa saya mati disitu bersama 'syahid' mereka.

stabuxguy.

No comments:

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...