Thursday, January 31, 2008

Diari Stabux : Catatan Di Pulau Mutiara


jumaat,
1 februari 2008

"ku tak bisa juarai jiwa yang ku tak punya..."

biasa dengar lirik ini?

(khas buat fans ziana- anda gembira dengan DINGIN?)

nah, katakanlah apa sahaja. sebetulnya itu hanyalah sebahagian dari lirik single terbaru ZZ (ziana zain). pertama kali mendengar (dari corong kereta) sebaik pulang dari makan malam tadi. sedap. cuba-cuba menangkap gerangan suara siapakah yang berkumandang ini. penyanyi barukah?

sungguh hiburan semasa sudah jauh saya tinggalkan. di sini tiada tayangan perdana, tiada pelancaran album, party-party mahupun mingle bersama artis-artis yang merupakan rakan dan kenalan saya (ah, apa khabar vernon, kak ning- tahniah ya! dah selamat diijabkabul).

sejak hijrah saya ke pulau ini, KL dan isinya juga hampir saya "kambus" bersama. uh, wait! nada yang sekejap naik, sekejap turun- ah, sah! saya kenal suara itu. kak ziana-lah, siapa lagi. sedap. memang sedap.

terfikir jika jee (fauziah latiff) masih boleh bernyanyi sesedap ini. saya suka keduanya. masing-masing pernah dan punya aura yang tersendiri. teringat yang dulu-dulu sering ke kedai kaset menunggu album ENGGAN dipasarkan. memori.

berbalik lirik tadi, sekadar suka. tiada kena-mengena dengan siapa dan apa. yang sudah tu sudah la. tak berniat nak mencuit hati sesiapa. saya happy di sini. sangat-sangat happy. lebih dari itu sibuk dan kepenatan sehari-hari. masa saya hanya berkiblatkan kerja. itu paling utama. ini yang saya suka. misi saya- ah masih jauh sebenarnya. takpe, perlahan-lahan. kata orang tak rugi jika kita bersabar bukan?

tahun baru cina? anda ke mana? cuti empat hari. saya telah pun membeli tiket fire-fly ke kota bharu. cuti sakan? tak juga. dah lama di sini. kekangan kerja buat saya tiada masa fikirkan keluarga, kampung halaman.

dude, tak balik KL?

tidak, bukan kali ini. insyallah ulangtahun AM nanti. saya telah pun menempah fire-fly sekali lagi ke kuala lumpur (subang). 22-24hb feb. tempoh cuti yang terlalu singkat buat saya. hujung minggu yang terhad. apa nak buat. cuma itu masa yang saya ada (maaf, sam! saya tidak dapat hadir ke majlis ulangtahun anda di KL pada 1hb ya). namun balik untuk sama meraikan AM saya, ah sesekali apa salahnya. lama juga tidak menjengah desa petaling dan ibukota yang banyak membesar dan mematangkan saya (selain dari memberi banyak cerita!).

terlalu banyak yang saya rancangkan. plan ke germany dan switzerland hujung tahun nanti- ah, barang saya masih berkotak-kotak di sana. selain cuti, ziarah kawan-kawan : peter, martin, frank (wie sind Sie, Kerle? vermissen Sie Sie Menge!).


*apa khabar kalian? rindu kamu semua!

jika diizinkan, (mungkin) saya berkira-kira untuk menetap di sana (insyaallah). segalanya masih dalam perancangan. hanya menunggu masa yang sesuai. dan bali, ya harus juga saya pertimbangan (terasa seakan ubud menggamit saya!).

paling utama- sambung kembali pelajaran saya yang (sering) tergendala. umur pun makin tua. sering diaju, dude bila mahu kahwin? hahaha. saya hanya mampu tergelak. calon pun tidak ada. masakan.

dude, seronok di sana?


sini?

ya, mana lagi.

saya angguk tanpa dipinta.


sama seperti yang saya katakan tadi. tersangat happy. biarpun jadual saya padat di sini, bangun awal lagi, siap- siap, secawan milo terus ke tempat kerja. hari-hari berada di konti kerja, mengadap pc dan melakar idea-idea baru untuk klien dan syarikat, hanya satu yang memuaskan saya- melihat wajah pelanggan yang happy.

"anda bagus. next projek saya cari awak ya!".

kata-kata itu sudah cukup membuat hati saya berbunga. hilang lelah bersengkang mata.

balik jam lapan-sembilan, itu sudah biasa. rutin isnin-jumaat saya. hanya separuh sabtu dan ahad buat saya sedikit lega. shopping, menikmati ice blended di egate atau di borders queensbay mall, makan malam di teluk tempoyak atau sekadar memandu menikmati panorama laut dan jambatan pulau pinang- senja paling hebat! ah, cukup untuk saya bersyukur dan mengakui (berkali-kali), sesunguhnya hijrah saya bukanlah sesuatu yang silap.

adakala kita perlu membuat suatu keputusan yang bijak bukan?

"SELAMAT HARI WILAYAH!".

stabuxguy

2 comments:

sam zahri said...

takpe dude, next time ok? bila free nanti, i akan ke penang ok? ..

fajar said...

gambar tu sangat2 lawa.
:)

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...