Wednesday, May 30, 2007

Catatan Dari Melawi

hampir seminggu saya 'away' seketika. bukan ke mana-mana. habis trip ke sarawak dua minggu lalu, saya bergegas ke melawi di kelantan pula. berbeza dengan kepulangan sebelumnya, saya dan keluarga MCC berkampung selama beberapa hari di sana.

hari keluarga

penat! namun seronok. memang seronok. biarpun jumlah penyertaan keluarga pada tahun ini agak berkurangan sedikit, namun tetap meriah dan berjaya mencapai matlamat asal program - menyatukan kami sekeluarga.

di samping kemeriahan bergurau senda, bertukar-tukar cerita, MCC kali ini juga diserikan kembali dengan beberapa permainan menarik yang telah diatur khas oleh dua orang koordinator berpengalaman dari kalangan MCC sendiri iaitu uncle man dan ayah sue saya. hampir saban tahun mereka berdualah yang menjadi nadi penggerak dalam mengatur perjalanan MCC sebenarnya. nyata edisi kali ini lebih matang, segar dan banyak perubahan dilakukan.


selain aturcara permainan, MCC kali ini juga dimeriahkan lagi dengan program 'malam seribu bintang'. berkonsepkan "retro groove", malam kemuncak acara hari keluarga ini turut di selang-selikan dengan cabutan bertuah, persembahan kumpulan, penyampaian hadiah serta acara karaoke. macam-macam aksi dan gelagat dapat disaksikan pada malam berkenaan. ada yang kelakar dalam membuat persembahan, ada yang masih malu-malu, dan tak kurang juga yang menonjolkan bakat terpendam masing-masing.

saya tak terkecuali. saban tahun dilabel menjadi 'bintang karaoke', kali ini khas buat arwah babalong saya yang telah kembali ke rahmatullah pertengahan 2006 lalu, saya tujukan lagu kegemaran beliau, "namunku punya hati".

diiringi dengan tayangan slideshow, masing-masing terpaku dan ada yang kelihatan tersedu-sedu di kerusi. saya tak terkecuali. sedaya mungkin, saya cuba menghabiskan bait-bait lagu. sebak.
balik kepada hari keluarga kali ini, ia memberi saya seribu satu perasaan yang berbaur. melihat sepupu-sepupu yang kian membesar, makcik-pakcik yang kian meningkat usia, kelahiran dan kematian, mereka yang hadir dan meninggalkan kita, jauh di sudut hati, saya belajar mengenal diri. belajar menilai di mana arah dan tujuan hidup ini.

barangkali, inilah tahun terakhir buat saya (bersama mereka). namun saya tetap bangga, sekurang-kurangnya MCC punya misi dan nadi yang masih bernyawa.

berat untuk tinggalkan semua-semuanya. bukan tak sayangkan keluarga, apatah lagi merekalah yang membesarkan dan memberi corak dalam kehidupan kita. namun hidup itu ditakdir berbeza-beza laluannya. mungkin nasib saya lebih cerah di rantau orang. jika tak cuba, kita tak tahu. risiko? ah, di mana-mana sahaja punya risiko. hanya corak dan dugaannya sahaja yang berbeza.

yang penting saya cekalkan hati. tabahkan diri. ya, saya mesti cuba. kalau tak sekarang, bila lagi?

penat bila berada disekeliling mereka-mereka yang mengenali kita, namun tidak pernah cuba memahami kehendak dan kemahuan kita. lebih parah, pada yang hanya tahu mengata dan melihat kita jatuh. tak perlu pergi jauh, kalangan keluarga sendiri juga ada yang begitu. maaf, saya tidak tujukan pada siapa-siapa, cukup saya katakannya secara umum.

kita bercakap dan bertindak dari pengalaman. AM saya, dia lebih mengetahui. kak sam juga, kalian berdua tahu apa kehendak dan keinginan saya.

izinkan saya minta restu anda berdua. izinkan saya... izinkan saya....

stabuxguy - selamat tinggal, malaysia!

2 comments:

Unknown said...

hi..
nice photos kash! It's cool to have a family reunion ..

rudy bluehikari said...

Kash, sukar mencari insan yang benar-benar mengerti apa yang kita mahu. Akhirul zaman kash, hentam dan kutukan itu lumrah. Hendaknya engkau tabah. Lagi-lagi di bumi orang nanti. Di sana mereka tidak sekalipun peduli tentang engkau, selagi ia tidak merosakkan hening kehidupan mereka. Aku sudah lalui itu. 4 tahun itu penuh dengan kegembiraan. Nah! Nantikan sahaja. Rudy Bluehikari.com

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...