Wednesday, November 23, 2011

PROMO KEDAI KASH : English Proofreading+Editing Services

CLICK IMAGE FOR LARGER VIEW

Provide English language proofreading and editing services for graduate and undergraduate students. Call us and watch us turn your problem into a solution :)



LAMAN RASMI : http://www.facebook.com/kedaikash

TERIMA KASIH!

Wednesday, November 16, 2011

Selamat Datang Ke KEDAI KASH, Kawan!

 

Berkonsepkan "one stop centre", sebagai permulaan, fokus utama KEDAI KASH adalah bidang grafik dan fotografi selain rekaan laman web dan khidmat mencetak (printing).

PENERANGAN

KEDAI KASH merupakan perniagaan atas talian (online) yang diusahakan bagi menempatkan pelbagai keperluan/produk pengguna.

KEDAI KASH turut menawarkan perkhidmatan tertentu sesuai dengan kehendak dan permintaan semasa.

Kami mempunyai barisan designer/web dan jurufoto berpengalaman dari pelbagai bidang.

Khidmat percetakan juga disediakan dengan harga yang minima.

Selain itu KEDAI KASH turut mempunyai business sampingan di mana bagi penggemar-penggemar barangan berjenama dari luar negara, KEDAI KASH ada menawarkan anda himpunan barangan dari koleksi terkini (beg, aksesori, baju, topi) yang diperolehi oleh kami khas untuk anda. 

Jenis Produk/Perkhidmatan Yang Bakal Ditawarkan Di KEDAI KASH

SERVIS/PERKHIDMATAN :

1. Rekaan/Grafik - poster, (any sizes), business card, bunting, flyers, stage backdrop, billboard, wedding card, brochures dll.
2. Fotografi - outdoor/indoor, majlis-majlis keramaian/harijadi dll.
3. Rekaan laman web



PRODUK :

1. Produk Susu kambing "Nanny Therapeutic Beauty"
2. Batik Indonesia (Rekaan Ekslusif dari Padang)
3. Barangan berjenama dari luar negara - wallet, handbag, cap, t-shirt dsbg.
4. Lukisan dari Bali
5. Tempahan cupcakes
6. Facial mask

LAIN-LAIN :

1. Event Planning/Event Services
2. English proofreading & editing services.
3. Copywriting - corporate/company profiles, brochures, magazines.
4. Video editing

MAKLUMAT TAMBAHAN


KEDAI KASH turut mengalu-alukan pengguna yang ingin mempromosikan restoran, kedai jualan atau sebarang perkhidmatan dan produk.

E-mail KEDAI KASH : kedaikash@rocketmail.com untuk pertanyaan/maklumat.

Terima kasih :)


LAMAN RASMI : http://www.facebook.com/kedaikash

Thursday, November 10, 2011

Cerita Langkawi


Renyai hujan tidak sedikitkan pun membasahkan angan saya. Tambah berbunga, lebih indah sebaik dikhabarkan berita gembira. 

"Anda betul? Benar-benar betul?? Bila temuduga?", soal saya bertubi-tubi kepada si penelefon. Jauh panggilannya, dari Langkawi. 

"Encik dijemput datang untuk lapor diri dan bertemu kami hujung bulan ini." Saya teruja!

Saya ke ruang hadapan, segera membelek-belek beberapa cd terbaru di ruang penyimpanan, saya membuka trek terbaru dari album Anuar Zain. Seketika "Nadi Terhenti" bergema menguasai ruang. Antara trek kegemaran, fikiran saya kembali melayang.

"Walau kini sesaat terasa... Bagaikan nadimu terhenti... Aku harus pergi membawa diri"

Langkawi


Paling akhir saya ke sana kira-kira tiga tahun lalu, saya untung kerana mempunyai dua orang sahabat karib waktu itu, Sara dan Marina, mereka adalah nadi saya sewaktu hati dan fikiran saya bercelaru. Dek kerana patah hati, saya mengikuti Sara ke Langkawi meraikan sambutan tahun baru.

"Ingat, you kena lupakan semuanya- just enjoy yourself. Nanti kita bbq sama Marina and the rest!". Sara tak henti memberi saya semangat sewaktu dalam penerbangan. 

Saya suka Langkawi. Sebagaimana saya menyukai Pulau Pinang dan Bali, Langkawi tersenarai antara destinasi percutian mesti kunjung saya. Cuma faktor dan kekangan kerja beberapa bulan ini yang semakin sibuk sedikit-sebanyak telah membataskan saya. Jujurnya saya rindu sewaktu menetap dan berkerja di Pulau Pinang. Hidup yang ringkas dan mudah, punya pemandangan yang indah, begitulah juga yang saya harapkan dengan Langkawi.

Begitu banyak perancangan yang bermain di kepala. Usia yang (kian) meningkat, ditambah dengan naluri semulajadi saya yang mudah bosan dengan sesuatu yang rutin, saya tekad untuk melakukan sesuatu yang lebih bermakna sebaik menginjak ke angka tiga puluh.

Pernah saya war-warkan kepada beberapa orang teman (yang paling rapat), saya ingin mencuba pengalaman-pengalaman baru yang tak pernah terfikir. Hidup tanpa apa-apa perancangan- menjadi sebahagian dari isi pulau (sebagai contoh), bebas ke sana-sini.

Kata mereka, nah itu payah untuk kelangsungan hidup.

Tak semua orang berani mengambil risiko. Saya anggap itu cabaran. Jika tak sekarang, bila lagi? sekurang-kurangnya saya punya kemahiran. Itu memberanikan saya. Ulat dalam batu pun boleh makan kan?

Saya mahu jadi jurufoto bebas. Bergerak membawa lensa ke sana-ke mari. Menyapa si polan-si polan, encik pelancong yang barangkali mahu fotonya diambil. 

Hidup lebih ringkas. :)

Saya juga mahu menjadi pereka grafik bebas- tak perlu hidup bermewah-mewah. Barangkali itu lebih memberi makna buat saya. Dari hidup di kota, yang alirannya menyesakkan kepala.

Tuhan sesungguhnya memberikan khabar yang indah buat saya. Mungkin untuk menguji, saya anggap itu sebagai rezeki. Segala-galanya umpama mimpi menjadi realiti. Malah lebih indah, kerana yang diberi adalah 'pembuka jalan' kepada yang semua saya impikan.

Cita-cita saya bukan hanya setakat di Langkawi, seperti anak-anak Laskar Pelangi, saya juga mahu menjejak mimpi hingga ke bumi Eropah. Ya, saya mahu berhijrah. Kunjungan dua teman saya Martin dan Frank dari Germany baru-baru ini ke Kuala Lumpur semakin membuat perasaan saya berkobar-kobar. Frank, paling memahami, beliau banyak menasihati saya.

Saya tahu laluannya tak mudah, namun dengan sedikit bekal dan perancangan, saya yakin ada jalan untuk semuanya.

Terbayang malam-malam saya tidur beralaskan deru ombak, beratapkan kilau bintang. Oh, tenang dan indah bukan?

Stabuxguy

Monday, November 7, 2011

Zaiton, Ceritaku Menaruh Harapan Di Tangan Nadia Aqilah


"Dulu aku sendiri.. Kini masih sendiri... Hadapi hidup ini... Susah senang diri ku... Tak bertempat mengadu... Seperti burung kepatahan sayap... Dihati kecil ku menaruh harapan... "

Memutar kembali trek "Menaruh Harapan" dari koleksi iTunes saya, seolah mengembalikan nostalgia zaman persekolahan. Sering menjadi siulan, "Menaruh Harapan" adalah antara nyanyian popular zaman itu (hasil dendangan Zaiton Sameon).

Tidak pernah terlintas yang saya begitu teruja untuk menulis ulasan tentang biografi dari kisah hidup primadona yang pernah 'hangat' suatu ketika dulu ini.


Versi awal, filem ini telah dilakonkan oleh Mislina (Bukak Api, Talentime, Anal Halal & Puaka Tebing Biru). Saya mula menyukainya sebaik menonton Anak Halal suatu ketika dulu. Mislina bagus dan bijak menjiwai setiap peranan yang diberikan. Malah saya pernah memujinya secara berdepan sewaktu di tayangan perdana Puaka Tebing Biru dulu di Midvalley. Beliau hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

Atas sebab-sebab teknikal (saya pasti audiens maklum mengetahui kontroversi yang melanda), filem ini dibuat semula dan diberikan 'suntikan' baru.


Tahniah Nadia Aqilah, gara-gara foto mirip Zaiton yang digayakannya di Facebook, terus buat hati saya terpalit dan melekat untuk melhat koleksi gambar-gambar berikutnya seterusnya mengikuti perkembangan di sebalik pembikinan semula filem ini. Beberapa kali menonton persembahan Nadia (paling terbaru di The Secret Life of Nora), gadis ini nyata tidak mengecewakan. Bisa bernyanyi dan berlakon dengan baik, saya kira Nadia bintang yang paling tepat bagi membawakan watak Zaiton versi baru. Aura Zaiton bisa kita lihat dari wajahnya. Saya suka gayanya yang asli dan bersahaja. Tak salah jika saya memberikan kredit tambahan buat Azma Aizal Yusoof (Isma Yusoof) selaku pereka produksi filem ini, dari dan dulu hingga sekarang saya cukup kagum dengan hasil seninya. Terbaik!

Zaiton Ceritaku

Menggantikan pengarah asal, Fauziah Nawi, Zaiton Ceritaku kini diarahkan oleh pelakon berpengalaman, Isma Daniel. Saya kira idea meletakkan Isma sebagai pengarah adalah sesuatu yang baru dan segar. Mungkin ada yang ragu-ragu dengan kebolehannya, tak cuba tak tahu kan? 

Saya petik kata-kata Nadia di akhbar Harian Metro hari ini,

“Saya tidak boleh menjadi Zaiton, apa yang boleh saya buat adalah menyampaikan hasrat hatinya kepada orang ramai. Saya melakonkan gambaran Zaiton daripada kaca matanya, apa yang dia percaya dan rasa."


Nah, itu jujur bukan?

Sungguh, saya teruja untuk menonton!

Like Facebook Nadia Aqilah, Zaiton Ceritaku

Stabuxguy

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...