
Konsert yang dimulakan tepat jam 8.30 malam itu adalah anjuran Hai-O Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat Siti sendiri, iaitu Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd.
Awal-awal lagi saya sudah menempah beberapa keping tiket, niat saya untuk pergi menonton bersama dua orang teman lama waktu di kolej, As dan Mokhtar, namun di saat-saat akhir, Mokhtar kurang sihat dan saya hanya ke konsert bersama As dengan ditemani beberapa orang teman kami yang lain.
Aura Siti masih teratas.
Permulaan konsert yang dibuka dengan begitu baik oleh artis berkumpulan di bawah naungan Siti Nurhaliza Productions (SNP) sendiri iaitu Kumpulan Coda memperlihatkan kematangan persembahan kumpulan ini biarpun begitu baru di dalam dunia hiburan muzik tanahair. Biarpun lagu-lagu mereka tidak begitu biasa didengar dan 'mesra-telinga', namun Coda tetap cool dan mempamerkan sebuah persembahan yang bermutu.

Jika ada yang masih ingat, Saida pernah membawakan lagu ini sewaktu di Konsert AF tidak lama dulu dan dikritik kerana stail tangan di kepalanya. Duet yang baik dan menghiburkan. Barangkali berkat tunjuk ajar dan pengalaman Siti, dua beradik ini tidak nampak kekok dan amat cemerlang di pentas.
Saida dan Saerah juga, masing-masing turut menyanyikan medley lagu-lagu popular dan baru mereka. Bukan sekadar memuji, tetapi saya begitu terkejut dengan alunan vokal kedua-duanya- lebih-lebih lagi Saerah. Tak mustahil, dengan sedikit masa lagi, jika kena acuannya, Saerah bakal muncul antara pelapis baru yang hebat. Kecoh juga antara saya, As dan Zaff di tempat duduk, masing-masing tergamam dan memuji 'penampilan baru' Saida-Saerah.

Susunan muzik yang segar dan baru, tambah menggamatkan lagi suasana, lebih-lebih lagi Siti dengan selambanya meniru gaya Beyonce menari di pentas.
"Kalau ada yang kemurungan atau sedih kerana tak dapat tengok konsert Beyonce, Siti harap, lagu itu dapat hiburkan semua," satu stadium riuh dengan jeritan penonton mendengar Siti berseloroh.

Banyak lagi lagu-lagu menarik dan popular Siti nyanyikan pada malam itu. Paling mengujakan saya sewaktu Siti menyanyikan lagu Anuar Zain, Lelaki Ini bagi segmen tribute, selain Mahakarya Cinta (Faizal Tahir). Memang terangkat dan meremang bulu roma.
Duet Bukan Cinta Biasa dengan iringan tiupan seruling oleh Mohar juga menarik perhatian saya. Intro indah yang digubah semula, menyaksikan persembahan Siti yang sentiasa cuba mencari kelainan dalam menarik perhatian peminat-peminat setianya.
Puass!! Biarpun terpaksa meredah hujan yang sedikit lebat dari parkir ke pintu stadium (hampir kuyup baju saya!) tidak mematahkan semangat saya dan rakan-rakan untuk menyaksikan konsert Siti ini.
Ahad pagi, saya bangun dengan perasaan yang tersenyum.
Oh, Siti!! Cepat-cepat dikeluarkan album DVD konsertnya nanti ya!
Kredit foto : mStar Online & Calmille
Stabuxguy - Simpan senyum melihat Siti sepanjang minggu :)
2 comments:
sonoknyaa..tp rizz xdpt p
maksu tak dpt pegi.huk huk huk..sedey!~
Post a Comment