Friday, October 16, 2009

Peluang Kedua

Sami Yusuf. Pertama kali mendengar nama ini, saya terpinga-pinga sendiri. Siapa dia?

Pernah juga mendengar war-war di akhbar dan juga internet tentang kemunculan lelaki istimewa ini. Terbuai dengan alunan lagu Asma Allah yang didengar melalui Youtube (bersama video hebat), buat saya tertarik untuk mendengar lagu-lagu beliau yang lain, seterusnya mendapatkan info lebih lanjut tentang beliau di Google.

Menjadikan muzik sebagai medium dakwah, sama seperti fenomena yang pernah dicetuskan oleh Yusuf Islam tidak lama dulu, Sami yang dilahirkan di Kota Tehran, Iran tetapi membesar di Britain ini juga merupakan antara figura atau ikon terkini dunia Islam.

Berusia 29 tahun, Sami juga berkebolehan bermain piano, biola, percussion selain berbakat dalam penciptaan lagu.

Asma Allah lebih dari sekadar lagu. Himpunan nama-nama Allah, selain alunan merdu vokal Sami sendiri berjaya membuatkan lagu ini lebih sedap didengar.

Saya ke dapur, menuangkan Twister ke dalam gelas. Menghirup perlahan-lahan, tersandar di hujung pintu beranda sambil mata menerawang ke Kota Kuala Lumpur. Alunan Asma Allah benar-benar membawa saya jauh. Selain memberi semangat, untuk lebih teruskan kehidupan, juga memberi saya suatu sinar baru. Seolah menyentakkan saya dari lena.

Benar kata beberapa rakan di laman sosial Facebook saya beberapa hari lalu, "tidak guna jika terus berpeluk tubuh. Rezeki harus dicari, bukan ditunggu seperti buah yang takkan gugur."

Itu perumpaan yang jarang-jarang saya ingati. Sesekali diperingatkan, bisa buat saya bangun dan kembali berlari.

Hidup kadangkala memaksa saya untuk tersenyum, meski saya tahu ada calar-calar yang tidak bisa saya hindarkan. Saya percaya masih ada sinar untuk saya tuju.

Saya tersedar sebaik mendengar bunyi sms. Bait-bait yang tertulis begitu menguntumkan. Saya kembali ke meja tulis. Buka komputer dan sambung menaip beberapa kali patah perkataan. Hidup kena terus. Mesti. Sesekali saya mendongak, memandang Kota Kuala Lumpur yang tersergam. Benar-benar inspirasi.

Saya cuba menyambung kembali perkara-perkara yang tertinggal. Biarpun tak terkejar, namun saya akan cuba.

Saya pejam mata. Biarkan Asma Allah terus berkumandang.

Semoga masih ada ruang.

Stabuxguy.

1 comment:

alieya akasha azman said...

betul beb, rezeki perlu d cari...takkan ada rezeki yg jatuh ke riba tetiba dari langit...wah kalu ada semua org akan lupa diri dan besenang lenang....mencari rezeki dgn kesabaran penuh nikmatnya..

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...