Pages

Friday, October 9, 2009

Coretan Kash Di Pulau Pinang Bhgn.2

Tidak jauh beberapa kilometer di hadapan, kami melintasi Empangan Teluk Bahang, buat saya semakin teruja untuk mengambil gambar. Sesuatu yang jarang atau tidak bisa saya dapat di Kuala Lumpur- pemandangan alam yang mengagumkan!

Melintasi perkampungan penduduk setempat di Teluk Bahang, buat saya terbayang sewaktu melalui aktiviti yang sama di Pulau Pangkor. Majoriti masyarakat Cina yang mendiami kawasan-kawasan ini.

Dari Teluk Bahang, saya sempat singgah di Hotel Hard Rock dan cafenya yang baru sahaja beberapa bulan di buka di kawasan Batu Feringghi. Eksklusif dan moden, dua perkataan yang dapat saya gambarkan tentang tarikan terbaru ini.

Tak sah jika ke Pulau Pinang jika tidak mencuba pasembor, antara makanan tempatan popular di sini. Langsung ke Padang Kota, saya ajak MB singgah di sini. Sambil menikmati pasembor dan air kelapa, anda dapat juga melihat pemandangan laut (sambil dihembus angin sepoi-sepoi bahasa) dan Seberang Prai yang mengasyikkan.

Kami sempat membeli sedikit jeruk buah-buahan di gerai berhampiran sebagai buah tangan untuk dibawa kepada Tok Su di Perlis.

Lebih banyak aktiviti menanti di sana, ziarah Tok Su, ke Padang Besar, makan pulut ayam dan banyak lagi.

MB dan saya memilih untuk menaiki feri, sementelah kami berada di kawasan Georgetown. Biarpun kepenatan, masing-masing merasa teruja. Dah lama kami tidak melakukan aktiviti seperti ini bersama-sama.

Saya pasti Tok Su juga tak sabar menunggukan kedatangan kami.

Saat ini, hanya tinggal tidak sampai empat jam penerbangan pulang saya ke Kuala Lumpur. Tambahan dua hari dari rancangan asal, jujurnya, masa begitu cemburukan saya. Terlalu banyak kehidupan di sini yang tidak sempat saya jengah, namun saya bersyukur, masih ada mereka-mereka yang baik hati dan tetap sudi menerima kunjungan saya biarpun berkali-kali.

Terima kasih Dr. Juliana dan anak-anak, Iman dan Danial, sudi menemani saya makan malam di Teluk Tempoyak malam tadi, terima kasih juga kepada Dr. Intan (Kak Intan) dan keluarga, kerana menjemput saya dan MB makan malam di rumah mereka.

Juga tak lupa buat MB pastinya, yang tidak jemu membantu dan meluangkan masa untuk saya sepanjang berada di sini. Berat hati hanya Tuhan yang tahu. Saya harap anda sentiasa kuat untuk teruskan kehidupan.

Terima kasih juga untuk sherpard pie (yang sangat awesome!) dan sabun-sabun dari Bali.

Maaf pada Kak Intan tidak dapat hadir ke rumah terbuka hujung minggu nanti, sudah ada 'agenda nasional' di Kuala Lumpur. Hal-hal domestik yang tidak dapat dielakkan.

Saya susun sepuluh jari- mohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki, pada mereka-mereka yang saya kasihi, pembaca-pembaca yang masih setia singgah di sini, juga hati-hati yang pernah saya lukai, meski secara sedari atau tidak, semoga kehadiran Aildilfitri kali ini telah memberi kita cahaya dan kehidupan yang lebih bererti.

Selamat berhujung minggu!

Stabuxguy

0 comments: