Jujur saya akui, menulis adalah sesuatu perkara yang agak liat saya lakukan sejak kebelakangan ini. Kekangan, di samping atmosfera yang tidak begitu mengizinkan, buat idea dan niat saya lari terbantut.
Saya cuba gagahkan diri. Kata MB, menulis perlukan kreativiti. Lebih mulus dan dekat dari hati.
Mungkin 'berbeza cuaca', buat saya tergerak untuk mengemaskini sesuatu di sini.
Kembali ke Pulau Pinang, negeri yang hampir setahun saya tinggalkan, kali ini saya bercuti habis-habisan- bukan, bukan untuk membeli-belah, tapi menikmati kembali apa yang telah saya tinggalkan.
Bukan mudah sebenarnya untuk berkongsi dan membuat mereka di sekeliling kita faham. Saya akur, hidup adalah untuk kebahagiaan diri sendiri, biarpun kadangkala kita harus sensitif dengan perasaan dan kehendak orang lain.
Peluang ini saya ambil untuk mengucapkan takziah dan sekalung Al-Fatihah kepada MB dan keluarga, di atas kehilangan ayahanda tercinta menjelang Aidilfitri lalu.
Semoga roh Bapak dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka-mereka yang beriman.
Amin.
Apa yang berbeza tentang kehidupan di Pulau Pinang?
Bagi sesetengah orang, mungkin biasa-biasa sahaja. Pulau Pinang pesat dengan pembangunan, sana sini jentera dan jalan dikorek pelbagai rupa- semuanya untuk pembangunan. Bina jambatan, rekreasi, riadah, paling penting hotel-hotel, tempat makan dan kompleks perniagaan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di sini.
Hari pertama jejakkan kaki, saya ajak MB.
"Mahu keliling pulau. Snappy-snapy dan nikmati pemandangan!". MB seperti biasa hanya menurut. Dia juga seperti teruja. Dah lama tak jalan-jalan macam tu katanya. Kerja menimbun, siapkan kertas kerja.
Hentian pertama kami, Gertak Sanggul.
Terletak di kawasan Teluk Kumbar, sebuah perkampungan Cina tempatan. Hanya beberapa minit dari Bayan Baru, tidak jauh sebenarnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Masih ingat lagi kali pertama saya ke mari, MB membawa saya- buat saya kagum dengan keindahan dan mula merasai keseronokkan bakal tinggal di sini, sementelah saya seorang yang sukakan laut.
Pernah juga saya membawa Suzana dan teman-teman sekerja, kami piknik dan makan-makan seharian di sini, juga sewaktu Ir dan Nazri, teman saya dari Miri berkunjung ke Semenanjung dua tahun lalu. Naz, tentu you masih ingat kan?
Hentian kedua- kami berhenti di Pondok Upeh untuk sarapan. Di sini terletak dua buah institusi penting milik MARA, Kolej Kemahiran Tinggi dan MRSM Balik Pulau.
Pilihan makanan di sini buat saya dan MB rambang mata. pelbagai jenis lauk-pauk hidangan tengahari, sedangkan waktu itu baru sahaja jam sebelas pagi!
Sepanjang setahun lebih saya di sini, inilah kali pertama saya dapat melihat dan merasai 'masakan asli' masyarakat tempatan. Jemu dengan hidangan nasi kandar merata-rata, saya cuba beberapa jenis hidangan yang tersedia. oh, ya- petua berguna, elakkan mengambil nasi, hanya ambil lauk (pelbagai) sahaja ya!
Dari gerai makan di Pondok Upeh, perjalanan diteruskan ke Air Terjun Titi Kerawang. Saya sukakan suasana di sini. Segar dan nyaman.
Terdapat deretan gerai buah-buahan di sepanjang kiri jalan berhampiran kawasan perkelahan. Pastikan anda meletakkan kenderaan betul-betul bagi mengelakkan kesesakkan. Ramai pelancong asing di sini. Saya sarankan anda berhenti dan rehat sebentar untuk mengambil gambar.
Sebaik melepasi Air Terjun Titi Kerawang, saya dihidangkan pula dengan pemandangan laut dan bukit bukau tersergam- buat saya terpegun seketika. Kami memperlahankan kenderaan.
bersambung...
Stabuxguy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured Post
Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!
Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...
-
Gabriel Banang Harvianto : Hari Hari Terus Berganti Hati Ini Semakin Gelisah Melihat Keadaan Sekolah Miring Muhammadiyah Tak ...
-
Mendengar war-war Muzikal The Secret Life Of Nora (TSLON) bakal dipentaskan kira-kira 3 bulan yang lalu, hati saya begitu teruja, l...
-
"Buat apa nak bercinta dengan orang miskin, kalau boleh bercinta dengan orang kaya?" Panasss! Oh, my Gucci- sabar, sabarr... janga...
Search This Blog |
3 comments:
Good...
At least u said something and knowing that u are always fine.
Regards
El-Zaffril
shntek2 pictta
layan suami je mmglah busy menulis, suami u ir sihat?
Post a Comment