Pages

Thursday, August 13, 2009

Catatan Buat AM

Hidup tidak indah. Saya bangun dari kesilapan, namun terjatuh dan terjatuh lagi. Sekian kali, saya merenung kehidupan... terkadang bertanya pada diri sendiri, mungkinkah akan ada sebuah jalan penyelesaian?

Berbatu saya berjalan, antara kerjaya dan kehidupan (yang baru bertatih), perhubungan dan rakan-taulan, bukan mudah menongkah, lebih-lebih jika si dia antara yang teratas di kepala.

Saya biarkan segala-galanya nampak mudah, namun sebenarnya payah. Tidak senang bukanlah keutamaan, namun hidupkan terpaksa merangkak sesekali- saya pegang itu sebagai azimat. Saya cuba percaya, tahun-tahun mendatang kan bisa memberi perubahan (walau saya sedar, takdir sesebuah perhubungan sukar diramalkan).

Saya noktah di situ.

Lama saya tidak kembali. Hari ini buat saya tersenyum sedikit. Balik dari menghantar AM ke Skypark, langsung saya singgah ke rumahnya.

Jujurnya, sejak kembali berpindah di Kuala Lumpur, agak jarang saya ke sini. Rumah AM masih seperti setahun yag lalu, tak banyak yang berubah.

Saya peluk bantal-bantal di sofa, terasa benar-benar lapang dan gembira. Teringat yag beberapa tahun dulu saya 'membesar' di sini. Berborak dan menghabiskan malam-malam menonton tv bersama AM.

Ada juga sesekali AM meluahkan,"dah tua-tua ni, makin ramai pula kawan-kawan yang jauhkan diri...". AM tergelak sinis. Saya cuma tersenyum pahit.

Mungkin AM terkilan dengan keputusan saya ke Pulau Pinang setahun yang lalu. Namun, hidup tanpa saya di sisi buat dia (kian) betah sendiri.

Alangkah baiknya jika hidup kita tidak perlu membuat pilihan.

Hey, kesat mata-

Entah kenapa hari ini terlalu nostalgik.

Saya bayangkan AM seronok berlari-lari menghabiskan hujung minggu di Perhentian.

"Pasti tak nak ikut?". Saya geleng. Dalam hati, bukan tak nak, tapi keadaan tidak mengizinkan.

Saya pujuk diri, hujung bulan nanti saya ke Pulau Pinang. Awal-awal lagi saya dah menempah tiket penerbangan- bulan Ramadhan, bimbang kehabisan.

Saya capai hos, putarkan pili di bilik air, sinsingkan jeans dan siram pokok. Udara dari balkoni buat saya tersenyum sendiri.

Hari ini Ir pulang. :)

Stabuxguy.

0 comments: