Pages

Monday, August 17, 2009

Hujung Minggu Terbaik : PD Getaway Dan Harijadi Bil Bil

Hujung minggu antara masa senggang terbaik untuk bersama teman-teman, menonton wayang, makan-makan, jalan-jalan- tambah menyenangkan jika mereka adalah antara orang-orang yang anda sayang.

Melarikan diri seketika (biarpun atas dasar berkerja) ke Port Dickson (PD) Sabtu lalu benar-benar memberi saya peluang untuk mencuri sedikit ketenangan.

Pelawaan Am, teman saya ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.

Sebetulnya Am meminta saya membantunya.

"Kawan I mahu sanding. You boleh ambil gambar kan?". Teragak-agak dengan permintaan Am, saya meminta untuk menelefonnya kembali.

"Bagaimana? Setuju?". Soal Am sebaik saya menelefonnya kembali setengah jam kemudian.

Dari Kuala Lumpur, kami hanya memandu berdua ke PD. Agak lewat sebenarnya, masing-masing punya hal untuk dibereskan.

Kami tiba di The Legend Water Chalets, terletak agak jauh dari kawasan pantai peranginan, entah berapa lama kami tersesat. Penginapannya terletak berhampiran Pekan Lukut.

"Kita check in di sini dulu, get rest- tunggu kawan-kawan I sampai. Besok baru kita ke Rembau." Saya berkira-kira seketika, tidak pernah terfikir suatu hari nanti saya akan jejakkan kaki ke Rembau.

"You lapar? Jom cari food dulu. My friends baru text, mereka lambat lagi." Kami ke kereta dan pandu ke Bandar Port Dickson.

Jujurnya, ini pertemuan kali pertama saya dan Am. Orangnya ramah, petah berbicara dan lucu. Sepanjang perjalanan macam-macam kami bercerita- menyambung di restoran, seolah kami sudah kenal lama.

Jika tidak kerana hubungan sosial yang terjalin di Facebook, dan kesungguhannya meminta bantuan saya, pastinya Am dan saya masih hanya bergelar kawan di talian.

Paling seronok kerana kami mempunyai banyak persamaan. Sikap Am yang sedikit manja dan keanak-anakkan, ditambah perangai gila-gilanya itu memang kena dengan saya.

Persandingan Emi dan Yani.

Kali kedua saya melakukan fotografi untuk majlis perkahwinan. Gugup juga. Biarpun cuma persandingan di kampung, tanpa bekalan dan kelengkapan kamera yang agak lengkap, saya cuba juga melakukan yang terbaik. Berkali-kali saya berkata kepada Am, kamera saya tidak mempunyai flash yang baik, tapi percaya saya dapat melakukannya, Am berkeras mahukan saya untuk majlis ini.

"I know you can do well, Wan...".

Saya dibawa bertemu Emi, teman rapatnya di Rembau. Sama sepertinya, Emi, yang juga seorang jurutera di Kemaman, Terengganu ini juga seorang yang ramah. Sekejap sahaja kami sudah bisa bergaul dan berbual mesra. Secara tidak langsung memberi saya semangat untuk memberikan yang terbaik bagi persandingan Emi dan isterinya ini.

Majlis berjalan dengan agak baik dan lancar. Biarpun penat berpeluh dan berkejar ke sana-ke mari, namun saya gembira. Banyak pengalaman berharga dapat saya kutip sepanjang hari. Lebih menggembirakan dapat berkenalan dan melihat pelbagai ragam manusia dan tetamu.

Am juga memperkenalkan saya dengan kedua ibu bapanya. Dalam diam, saya kagum melihat keakraban mereka. Lahir dalam keluarga kecil, Am saya anggap bertuah.

"My parents pun kenal keluarga Emi ni. Kami satu sekolah dari kecil lagi." Saya angguk mendengar info dari Am. Patutlah, ujar saya tersenyum dalam hati.

Habis majlis, saya dan Am kembali memandu ke PD. Saya mengambil peluang untuk berbual dan beramah mesra dengan rakan-rakannya di chalet pula.

"Semua ni kawan-kawan rapat I masa kerja retail dulu. Ada yang dah kahwin, ada yang masih bujang. Tapi kami semua satu kepala." Ujar Am tersenyum. Saya angguk sambil melayan kanak-kanak bermain.

Hampir malam. Kami membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

"I ada hal esok pagi kalau tak boleh lepak PD sehari lagi."

"It's ok. I pun ada birthday party my cousin esok."

Am menghantar saya pulang ke Kuala Lumpur.

Kepenatan, saya langsung tertidur. Mujur juga telah mandi sebelum bertolak tadi.

Ahad, 16 Ogos, 2009.

Puas tidur, saya bangun sambil tersenyum sendiri. Masih terbayang momen-momen di PD dan suasana majlis perkahwinan Emi dan Yani. Seronok. Seakan tidak puas bersama Am dan rakan-rakan.

Habis mengelamun, saya ke bilik air, cuci muka dan gosok gigi. Dah lama tidak rasa gembira macam ni.

Saya ke dapur, cukup bersarapan jus oren dan epal, saya berkira-kira mahu ke KLCC- gym, jalan-jalan sambil-sambil boleh mencari hadiah yang sesuai buat si cilik Nabil, sepupu saya yang comel. Teringat yang dari minggu lalu Kak Long saya memesan, "Jangan lupa 16 haribulan... datang rumah Along, ada buat makan-makan birthday Nabil."

Habis gym saya ke Kinokuniya. Pantas ke rak siri The Ladybird, saya memilih-milih beberapa buku yang menarik. Saya mencari-cari siri Peter and Jane. Hah, dapat pun. Belek punya belek, saya tertarik dengan dua buah naskah dari siri yang sama. Pantas ke kaunter untuk membayar harga, saya meminta petugas kaunter membalutnya sekali.

"As a gift... thank you." Ujar saya seraya menghulurkan wang.

Teringat yang Bil-Bil (panggilan manja Nabil) suka menonton Ben 10, saya ke bahagian permainan kanak-kanak di tingkat dua Isetan.

Takpe, buku boleh buat baca, mainan as a bonus. Saya ambil jam Ben 10 untuk Nabil dan patung Barbie untuk Aisy. Ralat pula jika tak membeli apa-apa untuk Aisy, sepupu saya yang seorang lagi tu. Nanti terkebil-kebil dia melihat Nabil banyak dapat hadiah.

Saya tiba di rumah Kak Long tepat jam tiga petang. Dah ramai ahli keluarga yang sampai. Nabil meluru ke arah saya.

"Ayah Shah! Ayah Shah! Mana hadiah Nabil?".

"Hah, kena salam dulu baru dapat hadiah!". Pantas Nabil menyalam saya. Rindu juga lama tak jumpa si comel nih.

Saya mencari-cari kelibat Aisy Thaqifah, adik sepupu saya seorang lagi.

"Mana Aisy, tak sampai lagi?".

"Kak Ngah masih dalam perjalanan. Kejap lagi sampai la tu...". Saya angguk. Ternampak hidangan kek Ben 10 dan nasi dagang di meja, saya terus mengambil pinggan. Lapar. Masih belum makan tengahari katanya.

Nabil seronok duduk di sebelah menemani saya makan. Saya melayannya berbual. Makin kaletah budak ni, desis saya. Terlihat Naim yang juga semakin galak dan nakal, ikut jejak langkah abangnya ini.

Paling Nabil gembira sewaktu sesi membuka hadiah. Macam-macam permainan dia dapat, dari t-shirt Ben 10, lego, kereta hinggalah ke jam dan kasut kasual.

Hmm, seronok jadi budak-budak ni kan?

Stabuxguy.

6 comments:

mmg seronok jadi budak...

**mengimbas zaman kecik2**

nk satu patung barbie... hihihi
lm x singgah cini.. byk prubahan.

kash, pls accept my fb

meriah la tgok pngntin hehehe

pergh...memang stylo pakai 70-200 tuh...

geram tgk deyh!!!