Thursday, September 22, 2011

Rumah Terbuka (Catatan Selepas Raya)

Ralit membuat kerja sambil mendengar lagu-lagu terbaru Dato' Siti (dari album All Your Love) di laman web, tak sedar sudah masuk ke waktu makan tengahari.

"Encik Kash tak ke open house BPK*?".

*Bahagian Perancang Korporat, pejabat jiran saya

Saya senyum melihat Ifa, pembantu pejabat yang ramah. "Kejap lagi. You pergi dulu. Saya kenyang lagi." Teringat yang saya baru sahaja turun bersarapan dengan Ereen jam sebelas tadi di cafe. Biarpun cuma semangkuk kecil kuah tomyam (dan sedikit isi), cukup buat saya kenyang hingga ke tengahari.

 Open house a.k.a. rumah terbuka. Biasanya suasana ini cuma dapat kita rasa seusai sahaja sambutan Aidilfitri. Saban tahun, rakan-rakan dan kenalan saya mengadakan rumah terbuka. Ada di Klang, Shah Alam, Cheras, malah merata-rata di Kuala Lumpur ini. Ada juga daerah-daerah di KL ni yang belum pernah saya jejak, mujur ada encik GPS, kalau tidak tergaru-garu kepala saya mencari-cari arah rumah teman-teman.

Terima kasih pada yang telah menjemput. Bagi saya yang sudah agak jarang bersosial dan bercampur dengan teman-teman, rumah terbuka adalah waktu terbaik bagi merapatkan kembali silaturrahim.


Percaya atau tidak, saya untung mempunyai kenalan yang ramai, biarpun tak semua kami berteman rapat namun saya hargai kenalan-kenalan saya sebagaimana mereka turut menyumbang dan menjadi sebahagian dalam hidup saya. 

"Maaf ganggu ya Encik Kash, nah ada sedikit makanan. Makanlah ye!". Datang pula Suriati memberikan sepinggan kuih-muih dan rendang. Saya menanggalkan headphones. "Alamak, habis diet saya!". Suriati cuma tersengih.

"Alah, Encik Kash ni, makan je sikit. Takde kesannye...". Takde kesan? Bayangkan kalau satu rumah saya dah makan sepinggan nasi, kalau sepuluh rumah dalam seminggu? Haha!

"Okay, thanks ya Su. Nanti saya makan. Letak je kat situ." Baik betul teman-teman sepejabat saya ni. Cukup mengambil berat. Saya cubit sedikit karipap (antara makanan kegemaran saya), hmmm sedaapp... hihi.

Jika minggu lalu saya bertandang ke hampir tujuh rumah, minggu ini beransur ke tiga rumah sahaja. Lega saya. Yang penting niat kita menziarah tu kan.

Mak cik saya di Shah Alam awal-awal lagi memberi amaran suruh datang. "Tak datang siappp! Tak nak lagi auntie masak ikan kicap kegemaran kamu!". Hehe... "Ya ya, saya datang," ujar saya.

Manja dengan mereka, hanya mak cik-mak cik di KL nilah pengganti ibu saya. Kalau berlapang, akan saya pandu ke rumah mereka (saya ada beberapa auntie di Cheras, Shah Alam). Telefon, rengek-rengek sikit, yaaaa... makan tengahari di sini, di sini ya? Hahaha- best kan? Sayaaaang auntie-auntie saya yang baik-baik.

Oh ya, semalam AM bbm. "Mahu ke Singapore? Doa selamat Kak Mush. Dia ke Mekah hujung bulan depan."

Tentu sahaja saya mahu! Lama tidak bersua Kak Mush dan keluarga di Singapura, seingat saya paling akhir kira-kira lima tahun lalu. Satu tempoh yang agak lama.

Kak Mush adalah kenalan AM sewaktu berkerja di Singapura dulu (sekembalinya AM dari US). Kunjungan saya kali pertama ke sana telah merapatkan kami.

Tak sampai setengah jam AM bbm lagi. "Okay flight semua sudah book. Confirm 21hb, last flight."

Saya pantas menghantar teks pesanan kepada Kak Mush. "Kami confirm ke Singapura. Jumpa di sana ya kak!".

"Sabtu ni awak free? Abang akan dapat kunci rumah baru. Mahu follow tengok?". AM bbm lagi. Saya senyum. Saya tahu AM teruja. Kondo barunya yang terletak di Subang Jaya itu telah pun siap sepenuhnya.

Jujurnya, dah lama saya tak begini dengan AM. Hampir tujuh tahun bersama, AM sudah saya anggap seperti darah daging sendiri. Saya pernah terasa 'kehilangan'nya seketika. Mungkin faktor saya ke Germany dan kemudian menetap di Pulau Pinang 'merenggangkan' seketika hubungan kami.

Saya percaya, masing-masing berperanan untuk menjaga setiap perhubungan- tak kira bagaimanapun rupa bentuk hubungan itu. Saya (mungkin) pernah tersilap, merosak dan memilih sesuatu yang tidak sepatutnya.

Sesal pendapatan, sayang saya sudah terlambat. Ibarat dah terlajak perahu kata orang. Mungkin AM bisa saya cuit, saya rangkul dan pegang erat-erat, namun mereka yang terlepas pandang, cuma bayang-bayang- sedih bukan bila kita mula merasa kehilangan?

Saya cuba menjadi dewasa yang berjaya. Biar gagal, saya berusaha. Saya elak jadi orang meminta-minta, saya faham, tak semua kita bersedia untuk menghulur dan membantu. Sekurang-kurangnya, biar dia dan mereka tahu, tak sia-sia apa yg telah dikorbankan.

Kita tak mampu menyenangkan hati semua orang bukan?


Oh, ya. Selamat kembali buat teman saya Jaja dari Kotaraya Bangkok (saya gelar dia si Kila Fairy sebab rupa dia yang cute!).

*Jajaaaa... you dah habis belajar tapi entri Bangkok Trip I dan Fawaz masih tertangguh! Ampunn!!

Jumpa lagi....



p/s : dengar preview lagu-lagu terbaru Dato' Siti Nurhaliza (album All Your Love) di sini. Klik!

Stabuxguy.

1 comment:

fixckqriey said...

wooooo.. diet erk?! hahaha.. no need la... just enjoy the food... hahaha... enjoy baca post you nie kash...

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...