Pages

Monday, May 4, 2009

Isu-Isu Dalam Hidup Saya

Sabtu lalu saya menghadiri makan-makan di Shah Alam dengan hati yang tidak (berapa) gembira. Balik dari menghantar Ir di KLIA, otak saya mula berfikir-fikir. Terlalu banyak isu yang bermain, terlalu banyak persoalan yang menyesakkan kotak fikiran.

Ada yang memberi saya (sedikit) masalah tak kurang buat saya sakit kepala.

Saya harus memandu Kia Sorenta kepunyaan ibu Ir sepanjang KLIA ke Batu Tiga, Shah Alam. Terlalu berhati-hati, saya pandu tak sampai 70km/j sambil berdoa semoga saya tidak terlepas simpang. Sampaikan lagu Siti di radio pun saya padamkan.

Ini masalah terbesar saya- fikir-fikir, adakah meluahkan apa yg kita rasa tu lebih baik dari terus-terusan menyimpannya? Bagaimana dengan hati? Bagaimana dengan perasaan? Perhubungan? Kawan-kawan? Orang terapat? Atau keluarga mungkin? Susah.. susahh...

1. Bergelumang hidup di Pulau Pinang selama lebih setahun memberi saya macam-macam. Ada yang seronok untuk dikongsi, tak kurang yang tak berapa elok untuk dicerita. Hidup saya sering disalahtafsir. Buat saya penat dan lebih suka menyimpan segalanya sendiri. Ke kiri pun saya alah, kanan pun saya rebah. Jujurnya, buat hati sering meronta-ronta untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Saya cuba bersikap jujur, namun kekangan dan ketidakfahaman adakalanya menyesakkan saya, menjadikan saya seorang 'Saleh Kamil- lelaki jahat cerita melayu' di mata si polan-si polan.

Sehingga kini saya masih dihimpit dengan pelbagai soalan dan kerenah, hidup saya, apa saya buat, ke mana saya pergi, akan ada mata yang terus memerhati, dan terus berkata pada dirinya sendiri, "Oh, saya tidak kisah, itu hidup anda. Apa yang lepas, lepaslah. Saya ikhlas" tapi dalam masa yang sama terus mempersoal dan mempertikai. Kelakar. Manusia tidak akan mengulangi berkali-kali mengatakannya ikhlas. Lucu dan simpati. Berbaur dan buat saya mengambil sikap mendiamkan diri. Diam itu lebih baik dari terus mengeruhkan keadaan bukan?

Saya berteleku, jauh di sudut hati teringin untuk ke Pulau Pinang dan ke Perlis lagi, menjenguk dan bertanya khabar, beberapa nama yang benar-benar saya rindukan, 'keluarga' yang tidak pernah sepicing pun saya asingkan.

Dia tidak akan faham, mengerti jauh sekali. Apa dia fikir hatinya, jiwanya dikhianati, dicalar sesuka hati. Sedang hakikatnya tidak begitu.

2. Saya punya keluarga yang agak besar. Punya persatuan sendiri, blog dan hari keluarga menjadikan saya sebahagian darinya. Mesyuarat keluarga minggu lalu benar-benar buat saya teruja. Saling berkumpul dan menayang muka, bertukar khabar ala kadar, selain itu tunjuk logo, hasil video yang telah saya sunting sedikit-sebanyak.

Hanya sebilangan yang menghargai, selebihnya buat tidak peduli. Jika anda seorang pereka, dan anda mereka sebuah logo untuk kegunaan persatuan keluarga, apa perasaan anda sebaik mengetahui logo yang dibuat dengan hasil titik peluh anda itu ingin digunapakai untuk tujuan peribadi?

Ya, logiknya logo itu telah menjadi milik persatuan, tapi atas dasar 'menghormati' dan tidak dibayar apa-apa royalti pun, apa salahnya meminta kebenaran si pereka atau sekurang-kurangnya memberitahu tujuan?

"Oh, bak copy logo kamu tu, ***** nak guna untuk sekian, sekian tujuan...". Itu dah lebih dari yang saya mahukan. Hormat.

Paling menyakitkan, si***** ni terus kutip duit dari ahli keluarga (termasuk saya) dan hebahkan pada semua, "***** nak buat t-shirt, kasi duit kamu RM30 sekarang."

"Official ke sendiri ni?". Saja saya mahukan kepastian.

"Untuk pakai sesaja je la. Waktu santai...". No way. Nak buat t-shirt, logo saya? Bro, hormat la sikit... tau kempen harta intelek tak?

Memang saya marah. Bukan tidak fikirkan soal sensitiviti, tapi sampai bila saya mahu biarkan orang lain memijak kepala? Hormat, hormat juga. Mesyuarat juga sepatutnya menjadi tempat untuk kita membangkitkan idea, sama-sama mendengar saranan dan pandangan, dengar sebelum bangkang. Kecewa saya bila terasa dipermainkan, dilayan seperti tiada maruah. Dari hari dia 'mengkhianati' hidup saya beberapa tahun lalu, rasa hormat saya padanya hilang sama sekali.

Gurau? Haha- ada batasnya. Ketuk kepala berkali-kali, pandang kiri-kanan sebelum berkata.

3. Ini pula tentang pilihan.

Saya punya adik yang masih belajar di SAS, Putrajaya. Saya cuba curahkan yang terbaik untuknya. Hubungan kami rapat, terlalu rapat, malah lebih dari adik-beradik yang lain. Mungkin kerana fahaman kami sama, lebih-lebih sayalah tempatnya bermanja.

Namun akibat kekangan-kekangan yang tidak dapat saya huraikan, dia seakan sukar membuat pilihan. Saya jauh hati. Terasa benar dengan beberapa keputusan yang beliau putuskan sejak akhir-akhir ini.

Kata si adik ketiga,"Biarlah. Jangan berkasar. Dia masih 'kecil'. Masih mentah untuk membuat pilihan."

Saya cuba membelek. Ah, menjadi abang yang baik bukan senang. Lebih-lebih lagi jika anda dari sebuah keluarga yang telah retak.

4. Ini satu lagi isu yang menarik. Beberapa kali terjadi dalam hidup saya, buat saya lali dan kepada sesiapa yang ingin mengenali saya, anda faham kenapa saya lebih suka menyendiri dan buat hal sendiri.

Mempunyai pasangan adalah perkara yang ingin dikecapi oleh setiap insan. Tak kiralah normal atau tidak, ianya adalah sesuatu yang membahagiakan. Tak percaya tanya Arep, kan Rep? Ops, lari skrip pula.

Dulu saya pernah dimaki dan dimarah oleh seorang yang sepatutnya menjadi kawan baik saya, tetapi gara-gara teman lelakinya tidak suka saya menghantar sms 'mesra' kepada kawan baik saya berkenaan, hubungan kami renggang dan terputus. Beberapa kali juga saya 'dituduh' macam-macam, 'buat' apa yang saya tidak buat, malah paling kelakar orang lebih tahu cerita hidup saya, apa yang saya lalui berbanding diri saya sendiri.

Antara sebab mengapa saya henti berparti dan bersosial sana-sini.

Tidak mudah jika hidup anda dikawal oleh orang lain. Jika saya tidak sukakan seseorang, atau gaya hidup yang beliau jalankan, tips saya, cepat-cepat hindarkan diri. Itu lebih baik dari buat anda terjerumus atau lebih terperangkap kelak.

Seseorang bertanya,"Kenapa anda tidak menghantar sms ucapan selamat hari jadi kepada saya?".

Jawapan saya mudah,"Saya tidak mahu ucapan saya kepada anda dibaca oleh orang lain, lebih-lebih teman lelaki anda. Nanti timbul salah faham pula."

5. Mahu tahu dari mana saya dapat kekuatan untuk berterus-terang kali ini?

Semalam saya ke Leisure Mall, Cheras untuk makan tengahari dan menonton wayang bersama AM dan dua orang anak angkatnya. Kami singgah di Secret Recipe.

Servis yang maha lambat dan menjemukan, saya tertarik memerhati seorang pelayan mengelap meja di belakang menggunakan kain pengelap (itu saya percaya telah digunakan berkali-kali) dan bahan pencuci khusus. Sebaik mengelap, dia ke kaunter dapur untuk mengambil pesanan yang telah siap. Saya pasti seratus-peratus lelaki itu tidak mengelap tangannya apatah lagi mencuci dengan air bersih.

Paling menarik dia membawakan pesanan saya ke meja. Dari jauh saya bersedia biarpun ditegah AM.

"Saya kena cakap. Kalau tak dia takkan sedar apa salah dia."

Dari awal-awal lagi AM meminta saya memerhatikan gelagatnya yang mengacau-ngacau air menggunakan straw di dalam gelas beberapa pelanggan, sambil mengetuk-ngetuk straw berkenaan sebelum dihidangkan. Yikes!

Demi Tuhan, itu adalah Restoran Secret Recipe!

Lebih bagus kalau saya terus ajak AM makan di gerai mamak sahaja. Dah terang-terang kita tahu kebersihannya kadang meloyakan tekak (walaupun masih ramai yang berselera ke sana).

"Bukan you baru je lap meja kat belakang tu kan? I tak nampak pun you basuh tangan tadi?", soal saya sinis tapi dia macam blur-blur dan buat tidak faham apa saya maksudkan.

Masih nak menafikan, beberapa ketika barulah dia meminta maaf dan terus berlalu.

Hanya itu yang dia mampu buat. Sedih bukan.

Teringat kata-kata regular yang selalu saya sebut,"Maafkanlah dia, dia tak pegi cabin crew class!".

Balik dari makan tengahari, AM singgah membeli goreng pisang. Saya turun. Habis tunjuk itu, ini saya gerak ke warung sebelah untuk membeli air kelapa.

"Minta bungkus air kelapa ni ya kak...". Dengan harapan penjual perempuan itu mendengar, saya tunggu dia melayan seorang lagi pelanggan.

Sebaik habis, dia terus membuat 'kerja' lain, sedangkan AM sudahpun habis membeli dan mahu pulang. Saya cakap,"Air saya...?".

Dia jawab, "Oh, adik nak air ke? (Adik ok), tak cakap...". Boleh?

Saya jawab,"Dah tadi. 'Akak' je yang tak dengar (pekak)."

Tunggu lagi... dia buat keje lain pula (goreng-goreng, betulkan plastik apa ntah). Saya terus ajak AM balik. "Airnya dik?".

"Cancel...".

"Laaa... merajuk ke adik ni...". (Depan-depan semua orang- pelanggan lain). Saya terus berlalu dan masuk ke kereta.

Yang menariknya, AM boleh pi tunggu air tu dan bawa pula ke kereta sambil melemparkan senyuman paling mahal di dunia. Duh, sabar saya ada batasnya.

Terasa kepala saya benar-benar ringan sekarang.

Stabuxguy - Terbayang sedang menemani Ir berseronok memberi biri-biri, Lamma makan berlatarkan Te Puia dengan suhu sesejuk 8 darjah di New Zealand.

5 comments:

hehe crite yg penuh warna warni:) pape pon cntek r gmba u nih.nice capture!

haks... tengkiu Rizz... timakaseh krn membaca... ntah la.. lama asyik dok simpan je... now masa untuk bersuara... ada yg tak faham lagi tataw la... tepuk dada je la ek...

susah mahu menghindarkan perkara2 sebegitu dalam hidup kita
isu keluarga-kawan-masyarakat sekeliling memang akan terus bergelegar dalm benak kepala. hati tak kan pernah puas atas apa yang kita kecapi.jiwa akan sentiasa mengeluh akan kesusahan diri sendiri.

solusinya?

sabar

hargai mereka yang sentiasa disamping kita

bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Nya

yakinlah ada mereka diluar sana yang lebih menderita, namun mereka masih mampu dan mahu hidup hingga hujung nyawa.

life is full with ups and downs. that is why it is called life. without the good and the bad things in life, it would not be life. it will be boring and a constant state and that is not living.

the trouble and ploblem in our life is only for one purpose... is to make us stronger and wiser.

however it is normal to feel sick and fed-up with all these hassle. afterall we are only human. just remember that you have a shoulder to pour out to. you know how to get me...

cheers up... :)

ada masanya
dunia seakan menentang kita

masa itu baru kita tahu
kita berhati raja
atau bertopeng badut

:)