Monday, March 24, 2008

F1 Terbaik Edisi Ke-10 : Berpanas Di Litar!

seminggu bercuti, macam-macam agenda saya. kembali ke situ sana sini, hidup di KL, life saya kembali rancak. bukan maksud di Penang saya tidak suka, tapi itulah bezanya. jika Penang membuatkan hidup saya 'menjadi orang biasa', KL menuntut saya untuk sentiasa berkejar sini sana. kadang-kadang rezeki yang datang bukanlah saya cari, namun peluang itu sentiasa terbuka. hidup dikelilingi mereka-mereka yang rapat dengan dunia media contohnya, baik hiburan atau politik, bisa memberi anda suatu pengalaman baru setiap masa.

"besok free?". soal AM dari hujung gagang. saya berkira-kira.

"free, kenapa?".

"nak jemput pi tengok F1. final race. mahu?". tak fikir panjang, awal-awal lagi saya terus bersetuju. jika musim lalu saya terlepas perlumbaan, pastinya tawaran AM kali ini tak mungkin saya lepaskan.

pagi ahad.

awal pagi kami dah bersiap. dari rumah meredah cuaca pagi ke KLCC. hujan lebat di KL seharian semalam membuatkan terowong SMART terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada sistem operasi banjir.

seperti biasa, pihak media dan para undangan PETRONAS telah ramai yang berkumpul di perkarangan lobi KLCC. beberapa buah bas juga telah sedia menunggu untuk membawa para penumpang ke SIC. saya pandang sekeliling. memang mood saya berkobar-kobar sedikit pagi itu.

di satu sudut, kelihatan para penumpang dan peminat setia F1 sedang diagih-agihkan senaskhah tabloid tiap seorang. percuma! saya menghampiri.

oh, Kosmo! rupanya. saya juga diberikan senaskhah.

"edisi khas. bacalah!". seorang 'brader' sibuk membuat promosi.

saya belek-belek. halaman demi halaman. wah, Kosmo! bagus. penuh dengan info dan penerangan tentang F1. boleh juga saya tambah dengan homework F1 yang dibaca melalui internet semalam. pertama kali saya merasa selesa dengan Kosmo! di tangan. *iklan*

kami bertolak dari perkarangan KLCC tepat jam sebelas pagi menggunakan laluan baru ke putrajaya-KLIA. awal-awal lagi kami telah diberitahu oleh pengurus bas, perjalanan bakal mengambil masa kira-kira sejam. kurang trafik, lancar dan selesa - tiga perkataan yang boleh digambarkan tentang highway KL-Putrajaya ini.

teruja juga. maklumlah, pertama kali saya menggunakan laluan ini. anda sudah cuba?

tiba sahaja di SIC, saya dan AM bersama wakil-wakil media dan para jemputan PETRONAS yang lain berjalan sejauh kira-kira 500 meter ke pintu masuk litar. di kiri kanan jalan penuh sesak dengan orang ramai, baik yang datang untuk menyaksikan F1 itu sendiri mahupun sekadar jenguk-jenguk dan memeriahkan acara di pintu masuk (pelbagai program menarik disediakan penganjur).

dari check in point (pintu masuk utama), kami terpaksa berjalan lagi sejauh 500 meter ke tempat duduk yang telah ditetapkan (diamond), yang terletak betul-betul berhadapan dengan Pit Building.

saya jamah perut. teringat yang kami belum breakfast. saya lihat AM dah gegas ke kaunter makanan. wah, laju je dia. lapar sangat la tuh.

ada dua set makanan, satu breakfast dan satu lagi lunch set. saya dan AM masing-masing memilih breakfast set. lunch? err, later la.

sambil makan, saya sempat membelek-belek Kosmo! yang entah ke berapa kali. saja mahu lihat, kot-kot ada info yang terlepas. memang saya mahu benar-benar khatam pasal F1 kali ni. setidak-tidaknya info musim ini sarat di kepala. *alang-alang dah datang kan, biar lah tahu hingga ke akar umbi, siapa pelumbanya, dari mana, siapa teratas dan sebagainya.

hampir ke jam satu tiga puluh. sekumpulan gadis litar, dengan baju rekaan pereka yang kian meningkat naik di Malaysia, jovian mandagie, keluar mengiringi Perdana Menteri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi untuk merasmikan acara pit walk. pit walk ni merupakan acara wajib di mana para pelumba F1 diarak di atas kereta vintage mengelilingi kawasan litar. ala-ala catwalk miss-miss la lebih kurang.

sempat juga saya sms faizal, rakan saya yang juga bertindak menjadi pembantu jovian di pit building.

"jangan lupa snap pic pose-pose ngan gadis litar ya. nak letak kat blog."

"ekslusif katanya!". pantas faizal membalas sms saya.

acara sebenar perlumbaan bermula kira-kira jam 2 petang. saya cuba-cuba mengikuti, dari persediaan awal, ujian trek hinggalah ke pembukaan laluan pit.

pertama kali saya benar-benar menjadi seorang pemerhati. jika musim-musim yang lepas, F1 terasa begitu membosankan, tidak kali ini. ah, tak rugi jika kita belajar sesuatu yang baru dalam hidup.

genap pusingan keenam, AM (yang sekian lama gelisah) ajak ke bawah. bising katanya. sakit telinga. ternyata pemakaian alat khas menapis bunyi tidak memadai (alasan aje actually. *saya tahu dia bosan* hik!).

saya follow AM. kami lepak-lepak sambil jejalan di street walk. pelbagai gelagat dan ragam bisa dilihat. yang pasti suasana di sini tak ubah seperti di negara-negara eropah. sekali imbas macam ada pesta beer pula.

terjumpa hui ching, teman rapat Am saya. kami duduk borak-borak seketika.

"guys, i jalan-jalan jap. nak lihat hujung sana!". ujar saya kepada mereka. saja nak snappy-snappy sebenarnya.

siapa kata F1 ni untuk mereka yang berstatus elit dan berduit sahaja?

kikis tanggapan anda. di sini bermacam-macam status yang ada- dari loving couple yang biasa-biasa, pak cik tua yang membawa anaknya (siap bercat dan bercalit di pipi), mak budak (laram merah lagi), individu hinggalah ke rempit-rempit yang berlegar di kawasan 'berbayar'. tak mustahil jika mereka ini kelompok peminat F1 sejati. siapa sanggup menahan bahang dan berasak-asak di tengah panas begini? melabur sejumlah duit. bukan sedikit. jangan enteng. siapa tahu?

saya jalan lagi. tiba-tiba handphone bergetar. sengaja saya vibrate. takut tak dengar.

"ambil food. use your coupon. kita nak masuk dah."

tetiba baru teringat yang saya masih belum mengambil lunch. terus saya gegas kembali ke tempat AM dan hui ching.

lunch food.

not bad. ayam masak merah, nasi tomato, cupcakes (uuh, saya suka!).

"gemok!". usik AM. saya makan separuh. malas dijadikan bahan ketawa.
hampir ke pukul empat. F1 pun dah hampir tamat. saya kembali ke litar bersama AM. seperti yang dijangka ramai, kimi raikonnen (ferrari) mendahului senarai pelumba di tangga teratas diikuti robert kubica (bmw-sauber) sementara heikki kovailanen (mclaren-mercedes) cuma selesa di tangga ketiga.

tercari-cari juga nama-nama tersohor seperti felipe massa (ferrari) dan lewis hamilton (mclaren-mercedes). ah, di mana mereka?

"massa terbabas di selekoh keenam pada pusingan ke-31 tadi. tu la, terlepas!". ujar kak jue. kecewa juga tak dapat tengok. namun saya pulang dengan perasaan yang puas. F1 kali ini benar-benar memberi saya input, dari nama pemain, kedudukan mereka, selain suasana sebenar perlumbaan di litar sepang.

pada yang tak tahu, F1 musim depan bakal diadakan di waktu malam. hah, bagus juga. takder la panas sangat.

terima kasih sekali lagi kepada AM saya dan kak jue (perhubungan media, PETRONAS) kerana buat kesekian kalinya sudi menjemput.

stabuxguy.

No comments:

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...