Wednesday, October 31, 2007

SEHATI BERDANSA@Zeta Bar, KL Hilton

Rabu, 31 Oktober 2007
Agak lama saya meninggalkan 'dunia selebriti' dan hiruk-pikuk hiburan tanahair. Sebaik ke German dan penutupan Catatankash, dunia hiburan tanahair hanya dua peratus dalam diri saya. sekadar mengikuti sedikit-sebanyak melalui paparan akhbar-akhbar di internet. Namun pelawaan SM (yang saya anggap sifu) untuk menghadiri majlis pelancaran buah tangan terakhirnya bersama saluran Ria (sebelum bertukar ke saluran Awani) saya terima dengan hati yang terbuka.

Sebelum apa-apa, terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah
kepada SM dan warga kerja Astro keseluruhannya di atas pelancaran program Sehati Berdansa petang semalam yang bertempat di Zeta Bar, KL Hilton.

Langsung dari casting untuk TVC di Damansara Kim, saya gegas ke Hilton untuk acara pelancaran. Sudah agak ramai pihak media dan jemputan yang hadir. Beberapa selebriti tempatan juga kelihatan. Cari-cari juga muka beberapa orang teman bloggers yang lain namun hanya Budiey yang kelihatan. lama tak bersua, kami bertukar-tukar khabar.

Sedikit info tentang Sehati Berdansa-

Sebuah program hiburan yang di alih formatnya dari program luar negara dan disuntik elemen Malaysia. Terus-terang, melihatkan promonya sahaja buat saya teruja. Lebih-lebih lagi selebriti kegemaran saya, Vee atau Vanida Imran juga terlibat dalam program ini. Vee akan bergandingan dengan Rashidi, suaminya sebagai pasangan penari dan diberi bimbingan khas oleh Lan (Sazlan Mat Adnan), seorang penari profesional dan juga pemilik kepada studio Sazlan Dancers.

Konsep

Memang saya agak kabur pada awalnya, seperti kata Linda Onn- si pengacara majlis, ingatkan rancangan kecik aje, rupa-rupanya besar juga!

Sehati Berdansa adalah merupakan sebuah program realiti yang memperkenalkan seni tarian ke kaca televisyen anda. Program yang bakal bersiaran di saluran Ria
ini akan bermula pada 5 November depan dengan episod pengenalan, Detik Sehati Berdansa.

Sebanyak lapan orang selebriti tanahair dari pelbagai industri, bersama-sama suami dan isteri mereka akan mencuba bakat dalam bidang tarian. Selain Vee dan Shidi, antara yang terlibat ialah, dramatis terkenal, Anne Ngasri dan suaminya Abdul Wafi, pelakon dan penerbit Rizman Khuzaimi dan isteri, Kartina Ayoob. Penyanyi kumpulan OAG, Radhi Razali dan isterinya Shazlin Sharif, penyanyi jazz (yang juga merupakan antara tunjang utama Muzikal P. Ramlee yang sedang hangat di IB) Atilia Raha Haron dan suaminya Ariff Johan Abdul Jalil, dan penyanyi terkenal Haiza Nordin dan suaminya Hanafpe Omar juga mencuba nasib. Turut terlibat adalah personaliti TV Raiana Rahman dan suaminya Zain Shah dan bekas pemain bola sepak terkemuka Azman Adnan dan isterinya Asfarina Muhammad, bekas penyanyi kumpulan Feminin.

Seorang kareografer tari profesional akan dikhususkan kepada setiap pasangan. Mereka akan diberi latihan dan bimbingan intensif sebagai persediaan untuk pertandingan. Pasangan-pasangan ini akan menerima cabran selama lapan minggu, di mana setiap minggu tema dan jenis tarian yang berlainan akan diperkenalkan.

Program tajaan produk SilkyGirl & Silky For Men ini bakal dihoskan oleh penyampai radio popular Linda Onn serta pelakon yang tidak asing lagi, Fahrin Ahmad dan pengacara/pelakon Awal Ashari.

Namun, apa yang menarik minat saya selain dari perbezaan konsep program yang ditonjolkan, Sehati Berdansa juga turut menyelitkan unsur-unsur kebajikan di mana setiap pasangan selebriti mewakili satu pertubuhan kebajikan yang berbeza, sebagai contoh, Vee dan Shidi- mereka mewakili Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan wang tunai yang terkumpul pada setiap minggu akan dihulurkan ke persatuan ini.

Menderma sambil berhibur.

Nah, apa tunggu lagi, nantikan saja kemunculan wajah-wajah selebriti kesayangan anda di kaca TV- eksklusif bakal menari untuk anda setiap minggu. Pastikan temujanji anda dengan Astro Ria ya!

kredit gambar : sultanmuzaffar @ SM

Stabuxguy

2 comments:

Anonymous said...

That explaint why you cannot meet up with me. Looks like you enjoy the event. Thats good. Sama la kita kan... ada kawan kawan yg hebat2, celeb2 dan kaya2.

Norm
(Musim Dingin Terakhir)

shay said...

i love vee and shidi..they made a perfect couple kan..i am rooting for them to win!

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...