Wednesday, May 30, 2007

Catatan Dari Melawi

hampir seminggu saya 'away' seketika. bukan ke mana-mana. habis trip ke sarawak dua minggu lalu, saya bergegas ke melawi di kelantan pula. berbeza dengan kepulangan sebelumnya, saya dan keluarga MCC berkampung selama beberapa hari di sana.

hari keluarga

penat! namun seronok. memang seronok. biarpun jumlah penyertaan keluarga pada tahun ini agak berkurangan sedikit, namun tetap meriah dan berjaya mencapai matlamat asal program - menyatukan kami sekeluarga.

di samping kemeriahan bergurau senda, bertukar-tukar cerita, MCC kali ini juga diserikan kembali dengan beberapa permainan menarik yang telah diatur khas oleh dua orang koordinator berpengalaman dari kalangan MCC sendiri iaitu uncle man dan ayah sue saya. hampir saban tahun mereka berdualah yang menjadi nadi penggerak dalam mengatur perjalanan MCC sebenarnya. nyata edisi kali ini lebih matang, segar dan banyak perubahan dilakukan.


selain aturcara permainan, MCC kali ini juga dimeriahkan lagi dengan program 'malam seribu bintang'. berkonsepkan "retro groove", malam kemuncak acara hari keluarga ini turut di selang-selikan dengan cabutan bertuah, persembahan kumpulan, penyampaian hadiah serta acara karaoke. macam-macam aksi dan gelagat dapat disaksikan pada malam berkenaan. ada yang kelakar dalam membuat persembahan, ada yang masih malu-malu, dan tak kurang juga yang menonjolkan bakat terpendam masing-masing.

saya tak terkecuali. saban tahun dilabel menjadi 'bintang karaoke', kali ini khas buat arwah babalong saya yang telah kembali ke rahmatullah pertengahan 2006 lalu, saya tujukan lagu kegemaran beliau, "namunku punya hati".

diiringi dengan tayangan slideshow, masing-masing terpaku dan ada yang kelihatan tersedu-sedu di kerusi. saya tak terkecuali. sedaya mungkin, saya cuba menghabiskan bait-bait lagu. sebak.
balik kepada hari keluarga kali ini, ia memberi saya seribu satu perasaan yang berbaur. melihat sepupu-sepupu yang kian membesar, makcik-pakcik yang kian meningkat usia, kelahiran dan kematian, mereka yang hadir dan meninggalkan kita, jauh di sudut hati, saya belajar mengenal diri. belajar menilai di mana arah dan tujuan hidup ini.

barangkali, inilah tahun terakhir buat saya (bersama mereka). namun saya tetap bangga, sekurang-kurangnya MCC punya misi dan nadi yang masih bernyawa.

berat untuk tinggalkan semua-semuanya. bukan tak sayangkan keluarga, apatah lagi merekalah yang membesarkan dan memberi corak dalam kehidupan kita. namun hidup itu ditakdir berbeza-beza laluannya. mungkin nasib saya lebih cerah di rantau orang. jika tak cuba, kita tak tahu. risiko? ah, di mana-mana sahaja punya risiko. hanya corak dan dugaannya sahaja yang berbeza.

yang penting saya cekalkan hati. tabahkan diri. ya, saya mesti cuba. kalau tak sekarang, bila lagi?

penat bila berada disekeliling mereka-mereka yang mengenali kita, namun tidak pernah cuba memahami kehendak dan kemahuan kita. lebih parah, pada yang hanya tahu mengata dan melihat kita jatuh. tak perlu pergi jauh, kalangan keluarga sendiri juga ada yang begitu. maaf, saya tidak tujukan pada siapa-siapa, cukup saya katakannya secara umum.

kita bercakap dan bertindak dari pengalaman. AM saya, dia lebih mengetahui. kak sam juga, kalian berdua tahu apa kehendak dan keinginan saya.

izinkan saya minta restu anda berdua. izinkan saya... izinkan saya....

stabuxguy - selamat tinggal, malaysia!

Sunday, May 20, 2007

Budak Kopi Kembali

Hari Keluarga MCC 2007 - Backdrop Majlis Perasmian

arghhh tensi .. tensiii.... banyak betul dateline yang berderet-deret menunggu saya. lagi beberapa hari saya akan pulang ke negeri kelahiran. seperti biasa, aturcara hari keluarga yang dinanti-nanti. gembira?

ya, tak sabar juga (biarpun serba-salah pada awalnya).

"Syah*... dah siapkan bunting hari keluarga? video perasmian macam mana? program dah print?".

*panggilan keluarga

tanggungjawab!

sudah dua tahun MCC tidak mengadakan hari perjumpaan besar-besaran sebegini. paling akhir ialah pada kenduri kak ngah saya dulu, itupun dah setahun berlalu. hormat kepada pemergiaan arwah babalong, ayah saudara saya yang juga meninggal pada tahun yang sama, hari keluarga ditunda.

berikut ialah beberapa siri backdrop, tag nama dan sebagainya yang telah saya siapkan. hampir semuanya beres kecuali siaran multimedia (untuk perasmian).

bisa lihat-lihat ya. nak komen pun boleh juga! :)

Tag nama AJK

Tag nama 016 (Kump. Keselamatan)

Backdrop Malam Seribu Bintang

dua minggu saya di timur malaysia. seronok. tak dapat saya ulas lanjut. cukup saya katakan bayu sabah dan angin di sarawak terasa begitu lain sekali. makin buat hati saya berkobar-kobar untuk ke bali sekali lagi.

"dude, you suka pulau kan? i bawa you ke koh samui. mahu?".

pucuk dicita pula.

tapi...

"bawa i? kenapa...".

"kahwin. ya, kita kahwin di sana!".

hahaha! saya gelak besar. gila!

memang saya gila pulau. langkawi, perhentian, pangkor, bali... saya suka hampir semuanya. indah. ya, pulau-pulau yang mendamaikan. segera teringatkan kak sam yang saban tahun ke bali. dah jadi rutin katanya. duh, alangkah bagus jika saya juga mampu berbuat begitu!

saya - tiba di KLIA hampir petang. sempat melirik jam. mana si dia?

[ sms ]

"i masih on the way. lagi 20 minit ya. jam kat seremban tadi...".

"it's ok. susahkan you aja. i leh amik erl ke sentral...".

"no, it's fine. i amik you kat KLIA nanti. dekat aje, i dari PD, balik rumah mak...".

saya mati nak kata apa-apa.

KLIA.
4.20 petang.

mujur di airport punya wi-fi sekarang. sempat saya belek-belek blog sm dan vernon seketika. macam-macam cerita menarik hari ni. yang hangat - tentunya MILA. yess.. MILAA juara. ratu AF pertama. teruja juga menonton persembahannya semalam. bukan senang tapi MILA membuktikan - perempuan juga bisa.

Mila mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara wanita pertama
(Foto The Star Oleh Norafifi Ehsan)


tahniah buat MILA. wazupp, wazzuppp!

opss! cukup pasal hiburan. *sekadar selingan*

tiba di rumah, saya dakap si bobo sepuas-puasnya. ahhh... home sweet home. rasa empuk sangat baring di katil sendiri. wah, rumah dah ada sofa baru!

saya ke dapur, kacau horlinks kegemaran. hilang stress minggu-minggu kebelakangan.

"aiit, khayal. ingat sapa tu?". armin kejutkan saya.

saya senyum kulat-kulat. armin gemar mengusik.

"masak jom? laparr...", rengek saya.

"eiii.. manjaa!".

haks!

stabuxguy - tak sabar dah nak tunggu hari keluarga...

Wednesday, May 16, 2007

Tenang Tanah Kenyalang


hai, hai dan hai buat anda semua - para pengunjung cafe saya. maaf lambat mengwar-warkan di mana saya, apa saya buat dan paling penting, oh, dude kamu sihat ke? cerita terbaru?

yup! saya okay. sebetul-betul okay. hampir seminggu di bintulu dan miri. menghabiskan sisa-sisa hari di sini - ada yang baik dan selebihnya biar saya simpan sendiri. apa pun saya seronok. tanah kenyalang benar-benar memberi saya ruang untuk berhenti berfikir dan relaks sepuas-puasnya. damai dan tenang.

anda pernah ke mari? sayang, jika di catatan dulu saya bisa menceritakan segala-galanya serba terperinci, apa yang seronok, dan menarik tentunya. namun di stabux, saya lebih suka membiarkannya privasi. biarlah, kadang, meletakkannya sebagai memori buat diri sendiri itu adalah lebih indah. buat saya tersenyum di hari-hari mendatang. saya perlu lebih berhati-hati, dek tak mahu pisang berbuah dua kali. *senyum*

berita buat kak sam dan AM saya, saya bahagia di sini. sambil berkerja, cuci mata (hehe!), saya baca blog-blog anda, ikuti perkembangan kalian - oh, happy sungguh ya. teringin juga ke morib, takpe la, punya masa, nanti saya ajak AM ke sana lagi sekali ya, kak?

jika dulu saya hanya menyaksikan keindahan morib (dan pantainya) di filem-filem dan tv sahaja, oh ya plus dalam risalah yang diberi kak sam dulu, eh, itu tempat yang sama kah? hah, nanti balik kuala lumpur saya plan-plan sama AM ya.

hujung bulan - minggu-minggu tersibuk buat saya. habis sahaja di sini jumaat nanti, saya perlu bersedia menghadapi persiapan hari keluarga pula. dengarnya kali ni agak meriah juga. saya masih lima puluh-lima puluh sebenarnya. mahu join atau tidak. kerja-kerja di kl berlambak-lambak. banyak yang tertangguh. kepada izwan dari NISER, akan saya siapkan dvd anda. jangan risau. minggu depan kita snappy-snappy di putrajaya ya! buat lynn, vcd pertunangan anda telah pun siap. bila nak hantar kredit? khairul dan gina... nanti saya sampaikan vcd perkahwinan anda juga kepada zoel ya?

semalam si eidie juga tak habis-habis menelefon, sms. "beb, kat mana? kak shida nak you design website butik pengantin untuk dia."

saya khabarkan kepada eidie - "masih di miri la dear. jumpa you next week, can?".

patah tumbuh, hilang berganti.

jika awal minggu lalu, saya fikir sarawak adalah tempat yang ideal untuk saya. di sini saya bisa bekerja dan melupakan segala-galanya. jauh dari hiruk pikuk, kesesakan di kota. paling penting, jauh dari cerita-cerita yang melukakan. namun ternyata kuala lumpur masih kemas terlekat di hati saya. saya rindukan petang-petang di starbucks klcc, nonton wayang di TGV, tunggu AM habis kerja di lobi, amadesa - ah, semua-semuanya. sungguh! saya tak betah di sini.

"maafkan saya encik kamal. saya tolak tawaran ni...".

menyesal?

tak juga. saya percaya, rezeki itu ada di mana-mana.

saya selesa berkerja sendiri.

dude, sampai bila?

orang lain dah pakai kereta, boleh beli rumah.

hahaha! saya cuma tergelak sendiri. itu orang. biarlah. saya tak kisah. saya selesa begini. saya punya rancangan ke bali. bina life dan jalani hidup saya di sana. ini serius. saya tak main-main.

insya-allah!

jumpa lagi...

stabuxguy - teringat sunset petang di bali sewaktu jalan-jalan di tg. batu, bintulu

Thursday, May 10, 2007

Ex Vs. Ex


"akak keliruuu..!".

itu adalah frasa atau tagline kegemaran saya akhir-akhir ini. baik di rumah, di dalam kereta, di kedai-kedai makan, frasa itu bagaikan wajib dan kadang turut membuatkan saya dan armin (teman serumah saya) ketawa pecah perut. masih terbayang gelagat dan aksi ogy bila menuturkannya di siri konsert af baru-baru ini.

nah, dude. mana hang menghilang. lama tak update blog. await... hang bawa diri ka?

no lah. saya okay! (nak sedapkan hati - konon!).

anda punya ex? erm, berapa ramai? tiga, empat- atau sepuluh mungkin?

jom kita berkongsi.

KL sentral.
6.45 petang.


dari pertemuan ringkas saya dan K*** di secret recipe, saya terserempak pula dengan encik A di tepi lrt. encik A adalah ex saya. lama kami tidak bertemu.

jelaskan- anda pernah mengalami situasi seperti saya? dari ex bertemu ex. ah, bisa berlaku di mana-mana sahaja. bukan sekali, malah berkali-kali. paling teruk, anda terpaksa 'pretend' (menyorok) perasaan sendiri, "oh, saya okay. dari kedai tadi. makan-makan. lepak sama rakan...".

"kamu benar? nampak macam menangis?". A tarik saya ke tepi. buat kesekian kalinya saya terlepas tren.

"kamu mahu ke mana?".

"klcc."

"tapi ini ke bangsar...". saya termalu seketika.

di secret recipe.

"kamu harus tahu. saya cintakan kamu. terlalu. terlalu sayangkan kamu. namun saya tak boleh. sama sekali tak boleh...".

"alasan?".

"kamu jangan marah saya. janji?".

saya angguk.

"i'm attached...".

nah, sama sekali saya tidak terkejut. malah pertemuan ini bukanlah untuk tujuan merujuk, sekadar ingin mengetahui puncanya. itu sahaja. saya puas. puas dengan apa yang keluar dari bibirnya. biarpun airmata laju menitik, ah, kejamm... saya menggetap bibir.

"please, don't cry...".

apa bezanya...?

"kamu tipu saya!".

"maafkan saya... saya terlalu cintakan kamu...".

ah, persetan! cinta-

alangkah baiknya jika kita tidak berjumpa. alangkah baiknya jika hati kamu tidak saya miliki. sekali-kali alangkah baik jika saya, kamu, saling tidak mengenali. dan alangkah baiknya jika saya mati...

"you masih menangis?". A menghulurkan sapu tangannya kepada saya.

"maaf, i dah lambat sebenarnya. ada assignment, kena balik ke tempat kerja. i'll see you next time? kita sembang panjang..?".

kelibat encik A hilang dari pandangan. saya tak pasti setelah sekian lama tidak berjumpa, dan itulah setelah hampir setahun saya cuba menjauhkan diri darinya...

"you nampak lain sekarang. senang hati ya?". hahaha! gelak saya dalam hati. encik A masih tak berubah. suka mengusik dan bergurau begitu.

saya bayangkan jika K*** pun begitu. dia tertawa, mengusik saya di depan, sekarang. terbayang juga yang dia gemar mendakap dan merangkul saya, kejap dalam pelukannya.

"saya tak bisa melepaskan kamu... sampai bila-bila."

manis betul bibir berkata-kata kan?

"kenapa tak makan? nak i suapkan?".

saya geleng, "public lah...", tukas saya lembut.

"i tak kisah...".

"dear, you're not my boyfriend...". saya memulangkan paku buah keras. K*** tersentak. saya lihat wajahnya merah.

ikut hati mahu sahaja saya berlalu dari situ dan meninggalkannya cepat-cepat. namun saya rasional. itu drama namanya. saya bukan pelakon. saya masih menghormatinya sebagai seorang 'teman' biarpun hati saya bagai dipijak-pijak olehnya.

namun saya sedar. saya bebas kini. bebas dari semuanya. dan saya harus gembira. tak perlu fikir apa-apa lagi. selesai kata orang putih. the end.

ah, teringatkan penerbangan ke bumi kenyalang besok. hati saya puas dan tidak sabar. moga saya beroleh ketenangan di sana. buat mereka-mereka yang terlalu penting dalam hidup saya... yeahh, you know who... yesss, youu... i love youu.. both of you! hanya kalian berdua yang benar-benar memahami saya. saya cinta anda!

terima kasih atas segalanya...

stabuxguy - cinta pada yang lebih menghargai itu lebih baik

Thursday, May 3, 2007

Pengalaman Dan Pengajaran


hidup ini singkat. terlalu singkat.

kadang kita mudah dipertemukan dengan orang yang kita sayang. dan semudah itu juga kita ditinggal dan dibiar terkapar sendirian.

pengalaman tidak bisa mengajar kita jika kita sendiri tidak menjadikan pengalaman itu satu pengajaran.

hari ketiga mei. saya kembali ke daerah saya, syurga kecil yang bisa buat saya merasakan, oh! inilah dunia (sebenar) saya.

pagi khamis yang indah. namun saya bangkit dengan perasaan yang sedikit ralat.

ralat kerana sesuatu yang telah saya pegang, kini hilang dari genggaman.

saya tidak kisah jika saya kehilangan sesuatu yang memang salah saya, atau saya sendiri yang tidak menginginkannya. namun saya bisa resah jika sesuatu itu 'hilang' di luar kemampuan dan bukan (seratus-peratus) kehendak saya.

seperti tadi, pengalaman tidak mengajar kita.

saya akui, usah terlalu cepat memberikan diri dan maruah anda. cinta adalah sesuatu untuk dikongsi dan dinikmati bersama. bayangkan jika cinta anda putus asa (tidak kira cinta pada sesiapa pun. universal), perlukah anda terus bertahan ataupun membiarkannya berlalu begitu sahaja?

saya cuba kumpulkan beberapa pengalaman-pengalaman lalu. saya cuba tanyakan pada diri sendiri. serik?

ah, lima puluh-lima puluh.

hilang- ianya umpama takdir yang tak bisa untuk kita halang. cinta kita pada ibu dan nenek tersayang, cinta kita pada ayah dan abang, dan cinta-cinta itu pasti kan hilang. hilang bagai dedebu yang berterbangan.

barangkali ada yang berkata, hidup macam ni takkan kekal. perhubungan seperti ini juga takkan kekal. dan cinta kepada si polan, si polan ini juga takkan kekal. itu fakta. ya. fakta. tapi tak salahkan jika kita terus menikmatinya (selagi ada)?

silapnya, saya meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadapnya. ibarat, saya mendaki terlalu jauh, dan risikonya bisa buat saya jatuh (berguling-guling!).

masalah ada di mana-mana. jangan sesekali mencampurkan urusan cinta di dalamnya. setiap yang buruk bisa dibaiki dan dipulih kembali. saya gemar berbincang. apa-apa hal dibawa berbincang. itu menunjukkan betapa kita menghargai dan benar-benar mencintai seseorang.

namun saya masih kehilangan. cinta, orang-orang yang saya sayang, mereka yang saya hormat dan melahirkan (saya).

ada yang memahami perasaan saya, lalu berkata begini, "for me, better to have good friend that appreciate and caring on us, rather than someone who gave us nothing. i can be good friend to you ok? honestly... dahh.. senyum, pi cuci muka dan take breakfast. tk cr."

sms yang bisa buat saya tersenyum pagi-pagi.

"you don't know what you are capable of. life must go on. kita tak tau if kita mati, it would be beter. alam kubur lain. baik teruskan hidup and doakan untuk yang pergi. kalau kita pergi, siapa nak doakan mereka?".

saya dapat bayangkan teman saya ini di depan, bercekak pinggang dan persis seorang abang yang sedang menasihatkan saya. oh, saya setuju dengan kata-katanya. ya! hidup mesti terus.

dan ini pula sms dari teman saya di bali.

"i will give my life for you babe... i missed you too! very much! you know i will always luv you! plz come!".

saya tahu kak sam atau AM pasti dah biasa dengar ayat-ayat kat atas ni. paling kuat pun mereka akan pandang sama sendiri dan berkata, "okkk, NEXTTT!".

sebetulnya teman saya ini mengajak saya untuk datang dan tinggal bersamanya di bali. hmm, menarik juga. pernah terlintas untuk tinggal dan menetap di sana, jauh dari kesibukkan, jauh dari kesesakkan, dan yang paling penting, jauh dari semua cinta-cinta yang pernah saya miliki di sini.

saya bisa punya kehidupan baru (yang lebih baik) di sana. ah, itu cuma perancangan. jika AM mahu ke bali julai nanti, ada juga kak sam mengajak, mahu survey tiket dulu katanya.

jujurnya, saya suka kehidupan di sana. ah, fikir-fikirlah-

yang pasti saya sudah bisa membayangkan kehidupan selama dua, tiga bulan tanpa masalah!

bangun pagi di kuta, makan tengahari di butinuk, jalan-jalan sambil menikmati secawan kopi (di kala sunset) di discovery, dinner di pantai jinbara.

"hey, kamu. kelihatannya kamu di double six semalam ya? kamu dari jakarta?". hahaha! ingat lagi ayat tu. saya geleng sambil tersenyum. "nope, malaysia."

cinta, cinta, cinta.

yang pasti saya kini kehilangan. biarlah. pergilah. cinta itu datang dan pergi (tanpa paksaan). saya akur. jika ianya datang kembali, saya pasti berkata, "pergilahhh.. jika tidak YOU akan MENYESALLL!".

yess!

stabuxguy - hargailah cinta

Tuesday, May 1, 2007

Sandaran Hati

1 mei hari pekerja.

anda gembira? ya, buat para pekerja yang gigih di luar sana- selamat bersantai-santai buat anda. raikan 1 mei dengan relaks. hilangkan stress, apa kata tonton saja dvd, wayang sekali-sekala, (lekas!) hubungi teman anda. hey, idea! masak untuk tengahari?

saya, tiada apa untuk diraikan. setiap hari adalah hari bekerja. tiada cuti atau hari yang khusus untuk para 'sambilan' seperti saya (hahaha!).

AM masih di kampung. saya sendiri di rumah. B, teman baru saya juga di kampung. argh, kenapa semua orang mesti begitu sentimental? ternyata sentimen balik kampung bukan hanya relevan pada musim raya sahaja!

teringat posting abang walid saya di blognya, tentang berdiri atas kaki (klik untuk baca).

bukan soal berdikari yang ingin saya sentuh di sini (mungkin lain kali), tapi perihal balik kampung kepada warga kota.

jika anda faham apa yang ditulis oleh bang walid, saya percaya anda pasti tertanya-tanya, di manakah situasi anda?

tepuk dada, tanya selera!

yang pasti jauh di celah-celah kota batu ini, kadang buat saya terfikir sendiri, masih adakah jalan buat saya kembali?

ikutkan hati, mahu sahaja saya kemas baju dan pulang ke tempat asal-usul. ingin saya peluk sang mama erat-erat dan berkata, "mama, saya mengalah! KL bukan untuk saya."

ah, itukah kata hati saya?

tak mungkin. mama terlalu jauh dari saya. ingin saya menggapai, mencapai empat kalimah mama itu (sekurang-kurangnya) namun mama semakin jauh dari saya. jauh dan semakin jauh...
papa.

juga jauh (dan semakin menjauh) dari saya. keretakan itu punca. dan ianya ada di mana-mana. saya bukan sendiri, kata kak sam. saya punya AM. ya, hanya dia (barangkali) yang bisa memahami saya.

dunia masih sayangkan saya, jika tidak saya pasti sudah terbenam tujuh kaki di dalamnya.

saya pandang B. ya, dia orang baru (dalam hidup saya!). warna yang (membara) dibawanya demi mewarnai hidup saya.

saya rangkul penuh kejap.

"jangan tinggalkan Ling ya...".

"ah, perpisahan buat saya sedih. ya, janji saya takkan sekali-sekali tinggalkan awak...".

mei.

ada beberapa agenda menarik menunggu.

minggu kedua saya bakal ke bintulu. hal kerja.

pertama kali menjejakkan kaki ke bumi kenyalang sebenarnya, satu peluang yang saya nanti-nanti sekian lama. jika dua tahun dulu saya pernah ke kota di bawah bayu, menyerap setiap inci nafas di dalamnya buat saya tersedar, oh begitu indah rupanya malaysia!

balik dari bintulu, saya bakal ke melawi pula (terletak di daerah bachok, kelantan).

hari keluarga 2007.

gembira (tak terkata) dan pastinya buat saya tak sabar menanti untuk bersama sanak-saudara. papa, umi, adik sarah... hey, inilah masanya! lupakan sengketa, kesibukkan di kota-kota, duh, sekian lama tak bertegur-sapa. jangan ingat raya aje kita perlu berkumpul ya!

namun jauh ke dasar, terpalit juga rasa terkilan. melihat wajah umi di samping papa, buat saya (nak tak nak) terasa hiba juga. biarpun saya ingin melihat papa gembira, hakikat itu tetap terpahit untuk diterima.

"sayang jangan risau ya, mama juga happy di samping abah. mama okay...".

itulah harga untuk sebuah kehidupan namanya. kita tak bisa meramal apa yang terjadi pada masa depan.

erm, sesekali mata saya menjeling ke adik sarah, wajah comel itu tersenyum sambil merangkak-rangkak kepada saya. oh, sesungguhnya dia masih tak mengerti apa-apa.

ah, dude... dia tak bersalah. terima dia seadanya, kata hati saya.

"Ling jangan nangis lagi. B ada, B akan ada ada si sisi Ling selama-lamanya.. i don't want to see you cry..". saya pandang lagi warna hati saya sekali lagi.

saya cuba beringat.

"kita tak bisa meramal masa depan...".

stabuxguy

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...