
Saya cuba gagahkan diri. Kata MB, menulis perlukan kreativiti. Lebih mulus dan dekat dari hati.
Mungkin 'berbeza cuaca', buat saya tergerak untuk mengemaskini sesuatu di sini.
Kembali ke Pulau Pinang, negeri yang hampir setahun saya tinggalkan, kali ini saya bercuti habis-habisan- bukan, bukan untuk membeli-belah, tapi menikmati kembali apa yang telah saya tinggalkan.
Bukan mudah sebenarnya untuk berkongsi dan membuat mereka di sekeliling kita faham. Saya akur, hidup adalah untuk kebahagiaan diri sendiri, biarpun kadangkala kita harus sensitif dengan perasaan dan kehendak orang lain.
Peluang ini saya ambil untuk mengucapkan takziah dan sekalung Al-Fatihah kepada MB dan keluarga, di atas kehilangan ayahanda tercinta menjelang Aidilfitri lalu.
Semoga roh Bapak dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka-mereka yang beriman.
Amin.
Apa yang berbeza tentang kehidupan di Pulau Pinang?
Bagi sesetengah orang, mungkin biasa-biasa sahaja. Pulau Pinang pesat dengan pembangunan, sana sini jentera dan jalan dikorek pelbagai rupa- semuanya untuk pembangunan. Bina jambatan, rekreasi, riadah, paling penting hotel-hotel, tempat makan dan kompleks perniagaan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di sini.
Hari pertama jejakkan kaki, saya ajak MB.
"Mahu keliling pulau. Snappy-snapy dan nikmati pemandangan!". MB seperti biasa hanya menurut. Dia juga seperti teruja. Dah lama tak jalan-jalan macam tu katanya. Kerja menimbun, siapkan kertas kerja.
Hentian pertama kami, Gertak Sanggul.




Masih ingat lagi kali pertama saya ke mari, MB membawa saya- buat saya kagum dengan keindahan dan mula merasai keseronokkan bakal tinggal di sini, sementelah saya seorang yang sukakan laut.


Hentian kedua- kami berhenti di Pondok Upeh untuk sarapan. Di sini terletak dua buah institusi penting milik MARA, Kolej Kemahiran Tinggi dan MRSM Balik Pulau.



Dari gerai makan di Pondok Upeh, perjalanan diteruskan ke Air Terjun Titi Kerawang. Saya sukakan suasana di sini. Segar dan nyaman.





bersambung...
Stabuxguy
3 comments:
Good...
At least u said something and knowing that u are always fine.
Regards
El-Zaffril
shntek2 pictta
layan suami je mmglah busy menulis, suami u ir sihat?
Post a Comment