Hujung minggu, ditunggu-tunggu dan paling menyeronokkan- macam-macam aktiviti, keluar bersama rakan-rakan, tengok wayang. Masa yang sesuai untuk bersantai.
Ada beberapa agenda menarik untuk saya kongsi dengan anda minggu lalu. Showcase Kris Dayanti (KD) di Borneo Baruk Club, Jalan Kia Peng, adalah antara persembahan malam minggu yang paling ingin saya saksi. Bertuah, si manis Sara mengajak saya. Tidak lepas peluang, kami meredah kesesakan malam Jumaat ke sana.
Oh, saya sempat membeli dvd-cd terbaru KD, "Aku Wanita Biasa" di pintu masuk. Tambah teruja sebaik ditayang klip "Aku Wanita Biasa" di skrin berhadapan pentas- melankolik yang sedap didengar, dan jika berkali-kali, anda pasti menangkap maksud yang tersirat.
Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Teringatkan sesuatu?
Apa yang lebih istimewa, selain persembahan amal, KD turut menjemput rakan baiknya, Dato' Siti Nurhaliza (hadir memberi sokongan dan derma) untuk berduet. Siti yang sporting, segera naik ke pentas dan menghangatkan lagi persembahan dengan lagu Penasaran Dan Kopi Dangdut.
Memang lucu melihat Dato' Siti cuba bergelek. Puas dapat melihat kedua-duanya beraksi.
Bersahaja, anggun dan vokal yang sungguh mengujakan- biarpun hanyalah sebuah persembahan showcase dan malam amal mengutip tabung bencana (gempa bumi di Padang baru-baru ini), impak kehadiran KD sungguh luar biasa. Serasa saya turut merasai apa yang dilalui diva dari Indonesia ini, kedukaannya, kesedihan hatinya, KD turut berkongsi dengan para fans-nya di Malaysia.
Pagi Sabtu, Ir kejut saya untuk bersiap. Hari ini kami akan membawa Zara untuk bersarapan di Pantai Dalam.
Zara, yang juga merupakan teman Ir dari Miri kini berada di Kuala Lumpur bagi beberapa urusan.
"Zara mahu sangat makan di kedai Kelantan awak tu. Nanti boleh lah kita ajak dia esok." Ujar Ir berkali-kali semalam sebaik kami pulang ke rumah dari menonton showcase KD.
Kami mengambil Zara di Damansara di rumah abangnya berhampiran Amani Terrace. Kali pertama bersua, orangnya kecil sahaja, pendiam tapi cute. Saya lihat Zara malu-malu untuk berborak.
"You should try nasi kerabu ni, makan ngan budu. Haha!", saran saya sebaik kami tiba di Anis Corner, restoran masakan Kelantan popular di Pantai Dalam.
"Tapi i allergic ngan nasi kaler-kaler...". Saya pandang Zara. Mukanya serius, lalu saya cadangkan dia mengambil nasi dagang.
"Jangan ambil banyak sangat, nanti you muak. Rasanya macam pulut, tak boleh makan banyak kalau tak biasa." Pesan saya sebaik melihat Zara telah mencedok nasi dagang ke dalam pinggan.
Memang lucu melihat Zara makan. Tak sangka gadis genit ni banyak jugak pantang larang.
Pagi itu kami turut disertai oleh Shasha, teman Ir sewaktu di universiti dulu. Lama tak jumpa Shasha. Biarpun Shasha tiba agak lewat, kami sempat berbual dan bertukar-tukar cerita.
Habis sarapan, saya bawa Zara ke IKEA. Dah lama tak ke sini, antara tempat kesukaan untuk menghabiskan masa di hujung minggu saya. Seronok dan ralit kalau berjalan di IKEA. Tidak sedar waktu berjalan. Seperti biasa juga, jika anda tidak merancang untuk membeli, tapi akhirnya terambil jua satu dua barangan.
"What time you musical theatre tu start?". Ir pandang saya seraya melihat jam.
Duh! Hampir terlupa saya. Sudah berjanji dengan Ted dan Ash mahu ke Istana Budaya (IB) petang nanti bagi menonton pementasan teater Cuci The Musical. Ash antara penari yang bakal membuat persembahan di dalam muzikal ini nanti.
Balik dari menghantar Zara, saya bergegas pulang untuk bersiap. Terima kasih ya Ir kerana menghantar saya ke IB. Nasib baik jalan agak lengang hari tu.
"Habis bagitaulah. Saya ke KLCC, mahu lepak-lepak baca buku di Kinokuniya-".
Cuci The Musical (CTM)
"Kelakar!". Hanya itu yang dapat saya simpulkan. Berbeza dengan beberapa siri pementasan teater yang pernah saya saksikan sebelum ini, Cuci ternyata lain dari yang lain. Lucunya tidak slapstik, bertempat dan relevan.
Jujur saya agak pesimis pada awalnya, namun Cuci memberi saya satu interpretasi baru dunia teater. Tidak skeptikal, gabungan AC Mizal, Afdlin Shauki, Awie dan Hans Isaac berjaya mengangkat naskah ini menjadi sesuatu yang berkualiti dan patut dihargai.
Saya gamam sebaik Adibah Noor menyanyi, aura diva di beberapa babak, di selang-seli dengan kemunculan bersahaja Vee (Vanida Imran) yang anggun membuat saya terpaku di tempat duduk. Anda bisa dengar dekahan ketawa penonton setiap beberapa saat sebaik para pelakon bersuara. Memang lucu!
Saya, Ted dan beberapa orang teman ketawa terbahak-bahak dan tak putus-putus bercakap mengenai teater berkenaan hingga ke habis waktu pementasan.
Lima bintang plus-plus buat Hans Isaac selaku penerbit serta kru-kru terlibat. CTM sememangnya hebat!
Sungai Buloh dan Beli Pokok
Jika Jumaat dan Sabtu saya terisi dengan aktiviti-aktiviti bercorak hiburan, saya memilih untuk mengikut AM ke Sungai Buloh pada Ahadnya.
Kami ke sana bagi mencari pokok baru menggantikan pokok lama di dalam rumah yang telah mati. Tidak sukar ke Sungai Buloh, hanya beberapa minit mengikuti Lebuhraya Damansara dari rumah.
Kami sempat berhenti bersarapan di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Pelbagai variasi pilihan makanan dan gerai di sini, dari restoran makanan segera hinggalah ke makanan panas tempatan.
Selesai mengisi perut, kami menyambung kembali perjalanan ke kebun pokok dan tanaman di Sungai Buloh.
Pada yang tak tahu, Sungai Buloh adalah 'syurga' bagi mereka gemar bercucuk tanam. Pilihan pokok dan tanaman yang pelbagai, dari yang bersaiz kecil hinggalah ke besar, sesuai untuk ditanam di halaman dan dalam rumah, juga bagi mereka yang memiliki kondo/apartment.
Hampir tiga jam juga kami menghabiskan masa di sini, mencari-cari pokok yang sesuai. Dari satu kebun ke satu kebun, akhirnya saya memilih tiga jenis pokok untuk diletakkan di balkoni rumah serta depan pintu masuk.
Saya pandang AM. "Mana pokok abang?".
"Entah. Takde yang sesuai pun." Duh, cerewet juga abang angkat saya sorang ni. Rasanya dah habis keliling satu kawasan kebun di Sungai Buloh ni kami geledah, takde satu pun yang menetapi citarasanya.
Hari hampir petang. Cuaca tidak begitu mengizinkan untuk kami berlama-lama.
"Jom balik. Nak hujan."
"Ok, minum air kelapa dulu!".
p/s : Kepada mereka yang meminati Dato' Siti Nurhaliza, jom ramai-ramai kita memeriahkan Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza pada 14 November ini di Stadium Melawati, Shah alam. Tempat duduk terhad. Jumpa di sana!
Stabuxguy.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured Post
Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!
Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...
-
Mendengar war-war Muzikal The Secret Life Of Nora (TSLON) bakal dipentaskan kira-kira 3 bulan yang lalu, hati saya begitu teruja, l...
-
Gabriel Banang Harvianto : Hari Hari Terus Berganti Hati Ini Semakin Gelisah Melihat Keadaan Sekolah Miring Muhammadiyah Tak ...
-
"Buat apa nak bercinta dengan orang miskin, kalau boleh bercinta dengan orang kaya?" Panasss! Oh, my Gucci- sabar, sabarr... janga...
Search This Blog |
1 comment:
Kash,
Thanks for this entry and the pics. Terkejut (dan hairan) bila tetiba u tade in my FB list..delete ke?
Anyway, really appreciate the meet-up the other day. Hopefully, to meet you again someday, with lots of other activities. It's my pleasure of meeting you, finally. ;-)
Yes, I memang pendiam dan pemalu sket. hihi.
Post a Comment