Friday, September 4, 2009

Hidup Dan Pandangan

Masuk kali ini sudah entah draf ke berapa saya tulis, padam dan tulis lagi. Beberapa bulan kebelakangan ini memang menyukarkan saya lebih-lebih lagi dengan kehadiran Facebook sebagai medium baru untuk bercerita, mengemaskini status anda di laman web- lebih cepat, efisyen dan terkini.

Namun semalam saya menyedari, saya masih sayangkan laman blog ini- ianya (lebih) bersifat peribadi, tidak terlalu terbuka (sesiapa yang regular atau tersinggah sahaja bisa membaca) dan paling penting tiada sesiapa bisa "membuang" saya sesuka hati dari laman hidup mereka. Itu benar. Pengajaran berguna yang saya peroleh dari laman Facebook.

Facebook juga mendekatkan saya dengan teman-teman baru. Mengetahui, masih ada di kalangan mereka yang tidak prejudis dan menerima saya sekarang seadanya.

Pagi-pagi saya menerima kiriman sms dari MB berbunyi begini, "Dear friends-bapak can go home today for whatever reason. Thank you very much for your doa, well wishes, emotional support and being with us during the challenging time moments. God bless all of you."

Terbayang waktu melihat tubuh Bapak (saya juga memanggilnya "Bapak" di atas faktor-faktor hubungan rapat dengan MB dan keluarga) yang longlai, terkujur di katil hospital dengan lingkaran wayar terlilit sana-sini, duh! Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya waktu itu. Biarpun tidak banyak memori saya dengan Bapak, beberapa kali bersua dan melawatnya sewaktu di Morib, namun itulah yang saya akan ingat sampai bila-bila.

Syukur Bapak beransur sihat. Biarpun ramai yang bertanya, "Kash, how's your dad? Masih kat hospital?". Mengiya pun tidak, saya cuma tersenyum. Saya faham perasaan mereka yang concern, mungkin terbaca status saya di Facebook baru-baru ini buat mereka ingin tahu.

Kash, macam mana trip ke Penang, okay?

Sebetulnya saya cuma sempat 'menikmati' Pulau Pinang tidak sampai 24 jam sebelum bergegas balik ke Kuala Lumpur sebaik selesai berbuka disebabkan masalah kesihatan Bapak yang tidak mengizinkan.

Tiba di lapangan terbang, saya bermalam di rumah MB. Sam, sahabat saya yang juga pensyarah di UUM turun dari sana untuk sama-sama menemani saya di Pulau Pinang. Agak lama saya tidak berbual-bual dan lepak bersamanya. Begitu juga dengan MB. Hampir enam bulan saya tidak jejakkan kaki ke rumahnya.

Pai 'Selamat Datang' yang dimasak MB- sedapp!

Keesokkannya, MB mengajak saya berbuka bersama Kak Intan dan Kak Ida, antara mereka yang saya kenal dan rapat sewaktu berada di sini dulu. Sayang Kak Intan tidak membawa keluarganya bersama, lama juga saya tidak bertemu Arif, Iman dan Ehsan. Tidak cukup membacanya di blog Kak Intan a.k.a. Mamachupan hari-hari, saya berazam untuk menemui mereka jika berkunjung ke sana lagi.

Buka puasa bersama dua 'Diva' USM, Kak Intan dan Kak Ida di Vistana

Oh saya sempat juga singgah di rumah Dr. Juliana sebelumnya (waktu tengahari) dengan membawakan Danial KFC. Tidak sabar agaknya menunggu kedatangan saya dan Sam, Danial awal-awal lagi menunggu kami di luar rumah. Berkali-kali saya memesan agar dia tidak menghampiri jalanraya. Danial yang masih bersekolah rendah patuh dengan arahan saya.

Saya dan Sam, bersama gelagat Danial sewaktu berkunjung ke rumah Dr. Juliana

Apa yang paling saya rindu tentang Pulau Pinang?

Mereka-mereka inilah. Selain menikmati minuman ais coklat di cafe Starbucks di E-gate dan Queensbay Mall, juga jalan-jalan melihat matahari petang di Teluk Tempoyak- makan malam yang awesome.

Dua antara kesukaan mesti-beli saya jika melepak di cafe Starbucks!

Sekarang anda tahu macam mana berat badan saya 'naik mendadak' bukan?

Terfikir, saya mungkin sukakan kehidupan di Kuala Lumpur, punya teman-teman yang (agak) ramai, bisa berhibur, tengok wayang sana-sini, tetapi kualiti hidup tidak bisa saya dapati sebagaimana di sini.

Lain padang, lain belalang bukan?

K.

4 comments:

. said...

yeay.. update akhirnya.. i emo tgk u update lirik lagu.. motif suruh i baca lirik lagu? :(

stabuxguy said...

aritha!!

motip nak emo.. hahaha... sowi la dear... bukan yu saja yg tego... ramai lagi yg selalu singgah sini tanya i, nape lama x update citer... tu la... smua ni gara2 FB la punya pasal.. kekeke.... takpe, start hr ni i akan kurangkan FB n mula menulis kat sini balik... hopefully yu okay kat sana... balik raya nanti kita jumpa k... uh btway duit dvd tu i kasi cash je raya nanti can? lebih afdal gitu... you gv me, i gv yu...

luv yu itak!

. said...

ok, no issue on that arrangement :)

Anonymous said...

Teluk Tempoyak? Tak pernah dengar pun nama tempat tu. Kat ne?

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...