"danke!"
"bitte."
dua istilah ringkas yang kian terlekat dibibir saya sejak akhir-akhir ni.
maksudnya?
hehehe... terima kasih.... kembali....
mudah bukan?
saya amalkan tiap kali berurusan bukan sahaja dengan uncle ramli dan aunty rozi (yg puas menolak untuk bergambar dan di minta pose di sini) malah sesiapa sahaja di sini, malahan penjual roti!
hari ni buat pertama kali saya bertemu dengan my foster family, christa dan mario. dua beradik yang peramah dan cukup mengambil berat.
begitu senang dengan mereka, saya dibawa ke papenburg. sebuah pekan pelabuhan tidak jauh dari wilhemshaven, bandar tempat tinggal kami.
bersama kami, christa turut membawa teman sekerjanya, david yang berasal dari amerika. david juga baru di sini. punya keluarga dan bekerja sebagai jurutera di salah sebuah syarikat gas di sini.
tepat jam 10 pagi, christa dan mario menjemput saya di rumah. berpandukan arah gps* pada kereta, kami tuju ke daerah papenburg di selatan wilhemshaven. perjalanan mengambil masa cuma kira-kira sejam. selepas mencari parking, christa membuka bekalan. kami mini-picnic di kereta. ada chicken ham, roti keju, muffin, pisang- oh, banyak sekali.
dan saya jatuh cinta pada minuman mandarine-banane yang dibawa christa. sedap sekali! dibeli dari PLUS (pasaraya ala 7E).
"rajin ya kamu!". ujar saya.
christa yang kurang fasih berbahasa inggeris cuma tertawa dan berkata sesuatu kepada mario.
"she said, it's for your- her brother!". wahh, terharu saya seketika.
papenburg
kincir angin
fort meyer
kami dibawa dan dipecahkan kepada dua kumpulan ke lobi. saya tertarik dan bangga jap dengan ukiran perkataan 'selamat datang' yang diletakkan sebaris dengan bahasa-bahasa lain di pintu masuk lobi. tak sangka bahasa malaysia pun wujud di sini.

dari satu ruang ke satu ruang (dipanggil dek), tiap penerangan terperinci diberi (dan semuanya dalam bahasa german!) tentang kapal, sejarah pelabuhan, pemilik awal dan sebagainya.
sempat mario mengusik dan bertanya saya, "kamu mahu tinggal di dalamnya?". hahaha! saya cuma gelak sahaja. ada peluang, apa salahnya.
ternyata berbaloi juga christa dan mario membawa saya ke mari. dari pelabuhan, sekali lagi kami menaiki bas untuk kembali ke pekan papenburg. christa sempat memberikan saya sebuah plastik.

"a gift for you."
"ah, thank you, christa!". berkali-kali saya mengucapkan dank e kepadanya.
di papenpurg, kami picnic sekali lagi di kereta. penat juga asyik jalan sahaja. tak sedar hampir tiga jam kami tour di pelabuhan tadi.
"ice-cream anyone? kash, do you like ice-cream?".
"not really. my teeth... nein...", ulang saya berkali-kali sambil menunjukkan gigi. christa faham.
"no ice-cream. okay. we go." ujarnya senyum.
harlesiel
hampir sejam kami di situ, christa memandu pula ke sebuah lagi 'port' berhampiran yang dikenali sebagai Hooksiel. kali ini lebih kecil dan merupakan kawasan pendaratan kapal.
"for you. must try. eat." saya angguk sahaja. mati la saya dari 'burger' keju untuk sarapan, pastu 'burger' ikan untuk lunch dan sekarang, ikan lagi untuk dinner.
takpe, cuba aje even saya allergic seafood. bila lagi kan. huhuhu...
dalam hati- waaaaaa.. rindu nak makan nasi lemakk!!
"welcome to our family, kash! can't wait to see you around!". saya terharu. nyata cerita dan cakap-cakap negatif orang tentang warga german meleset sama sekali. sepanjang saya di sini, tidak pernah saya melihat masyarakat di sini tidak senyum ataupun bersifat anti-asia.
ungkapan-ungkapan seperti danke, bitte, tshus seakan sebati dan melekat serta menjadi sebahagian dari pertuturan mereka sehari-hari. bagus lah. yang baik kita jadikan teladan yer tak?
"don't forget we come and pick you again tomorrow ya for the bbq."
saya angguk sebelum kereta mereka akhirnya menghilang. penat, namun ah, pengalaman. itu yang penting. saya tersenyum sendiri.
*gps - sistem mapping yang dipasangkan pada kereta bagi petunjuk arah/jalan. kebanyakkan kereta di negara-negara barat mempunyai sistem ini.
stabuxguy - puas!
12 comments:
Stabuxguy
I'm happy knowing that you are now able to get along with those people and your new atmosphere. Enjoy your life there while you're still in Germany. And my regards to Christa and Mario... ahh... kangen banget deh... :)
Salam, this is my first time drop by to your blog and I find it cool! Very infomative. I got your link from my-kenalan.
xis,
kangen sama kamu juga yach!
kifli,
hmm... hi to u. salam dr saya juga. saw ur pic tadi, cam familiar. hmm. apa pun selamat singgah di sini ya.
danke!
K.
Stabuxguy
your very top pic with Chista... I saw a car far behind you.. err.. looks like my missing Waja... err.. takkan kena bawak larik sampai Germany... :)
seronok baca kisah mu kat germany kash ..post byk2 lagi ya ... nanti i masuk baca lagi ... enjoiiiii
wah dah update!
good good!
xis,
ye ke? hahaa tak pasan plak... tadi tgok balik baru nampak... huhuhu....
sabar ya bang... kan dah order baru tu.... huhuhu... bila la agaknya nak merasa naik kan.... huhuhu...
care!
p/s : mana my akak n AM ni? kak crabby... iskandarr?? (",)
K.
"ice-cream anyone? kash, do you like ice-cream?".
"not really. my teeth... nein...", ulang saya berkali-kali sambil menunjukkan gigi. christa faham.
Kash, apa susah.. mintak je aiskrim, tanpa aiskrim... dapat la cone ... hehehehehe
ini macam la.. jangan dok sedih, 3 bulan tak lama, jangan lepas peluang tengok negeri orang! sebab tak ada negeri bukan orang...
org europe mmg baik. mcm kita juga di asia, ade yg baik, ade yg negatif sikit. tu sume sifat manusia..
tp kan, nape bahse french kat bawah?? huhu :p
so far, when i was in germany, pyh sket nk dpt mknn halal kalo nk compare dgn france..kat freiburg, selalu pg mkn kebab pak arab je..haha
(teringat plak nasik lemak dlm flite MAS mase nk balik mysia ari tu)
all the best kash! Gambatte kudasai! (gudlak). Jaga diri bebaik. Ingat Tuhan selalu.
bluehikari.com/nikki
Stabuxguy
AM is busy and Kak Wan is on a vacation... and me too.. busy.. hari ni curik2 time baca your blog.. :)
Post a Comment